APA
ITU DETOX?
Detox adalah proses
membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding
usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih,
barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah
detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya
tahap penyerapan nutrien pada kadar yang paling optimum.
Terutamanya bagi mereka
yang ingin menguruskan badan, proses detox adalah penting. Detox penting untuk
mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Bila toksin terlampau banyak, badan
akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau
diet harian anda. Produk detox yang dicadangkan adalah Herb-Lax ataupun Alfalfa.
Jika dilihat kedua-duanya mempunyai fungsi detox dan melawaskan. Jadi apa beza Herb-Lax
dengan Alfalfa?
APA
ITU TOKSIN?
Toksin dalam tubuh manusia
terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan
bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja
kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia
mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan
dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah
sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan
sebagainya.
Fakta daripada pelbagai kes
penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh
toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan
sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang
menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa
ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
Namun, TIDAK ramai yang
terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.
Toksin terdapat hampir di
semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan
yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok,
pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat
dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di
mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia lalu menghasilkan toksin.
Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan
dua organ utama utama iaitu hati dan usus.
Antara kaedah penyingkiran
toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar
yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang normal. Terdapat
mereka yang hanya membuang air besar seminggu sekali. Ini kerana corak
pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum
air masak serta kurang bersenam.
Jika seseorang tidak
membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada
di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya
menjadi toksin dalam tubuh. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu
pula, akan diserap semula dalam badan.
Antara penyakit yang
diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah ialah: -
a)
Penyakit
Kulit
b)
Tumor
c)
Demam
d)
Penyakit
Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
APA
ITU HERB-LAX SHAKLEE?
Herb-Lax bukanlah julap
seperti yang biasa dipasaran. Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan
sesuai untuk diamalkan sekali sekala pada hujung minggu. Ia akan membuat
pembersihan dan penyingkirkan toksin dari usus dengan sangat lancar dengan
syarat banyak makan buah dan minum air masak. Kita takkan lalui cirit-birit dengan
Herb-Lax, cuma memang akan rasa sangat selesa perut selepas proses membuang.
Rata-rata penyakit berpunca
dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya
bakteria dan memang dikatakan perut adalah rumah penyakit. Maka pembersihan usus
seminggu sekali melalui Herb-Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang
baik.
Sifatnya yang menggalakkan
tindakan pembersihan yang lembut dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal
untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Fungsi Herb-lax
adalah untuk menyingkirkan najis yang tersekat. Tindakan pembersihannya yang
lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural
bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.
Ramuan asas Herb-Lax
Shaklee ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi
barat. Ia mengandungi herba semulajadi iaitu :-
- Alfalfa
Leave
- Senna
Seed
- Blue
Malva Flower
- Buckhorn
Bark
- Licorice
Root
- Rhubarb
Root
- Fennel
Seed
- Culver’s Root
APA
KEBAIKAN HERB-LAX SHAKLEE?
• Pembersihan najis yang
tersekat
• Meransang usus untuk
percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau
tersimpan lama dalam tubuh kita
• Membantu masalah sembelit
• Tindakan pembersihannya
yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
• Mengempiskan perut
• Ia membantu dalam
mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa
atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
SIAPA
PERLUKAN HERB-LAX SHAKLEE?
• Pengamal tegar ubat tahan
sakit
• Mereka yang ada masalah
pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
• Mereka yang mengalami
banyak jerawat
• Pesakit gout
• Mereka yang ingin
membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplement
APA
ITU ALFALFA COMPLEX SHAKLEE?
Alfalfa Complex: Herba yang
kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu
proses detox seluruh tubuh. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan
badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah
penghadaman dan banyak lagi.
Alfalfa Complex Shaklee
merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.
Shaklee dalam tahun 1950-an, menggunakan daun Alfalfa terbaik yang tumbuh
secara organik di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk
kalsium, kalium, fosforous, zat besi dan magnesium serta klorofil,
bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin. Alfalfa juga mengandungi
vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
Tumbuhan ini mengambil masa
sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki
ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya
dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun Alfalfa
yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara
secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.
Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Kemudian, daun-daun yang
telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi
tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan
Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet Alfalfa mengandungi 300mg.
APA
KEBAIKAN ALFALFA COMPLEX SHAKLEE?
• Dikatakan tumbuhan
terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia
• Mencuci usus bagi
membuang toksik
• Mengandungi enzim yang
tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan
• Melegakan sembelit
• Terkenal sebagai purifier
untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat
• Mencuci buah pinggang dan
merawat kencing kotor
• Membuang angin dalam
badan (toksin punca angin berlebihan dalam badan)
• Menghilangkan kelesuan
dan tekanan (toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
• Melegakan elergi dan
ekzema
• Meneutralkan asid dalam
badan (kealkalian yang tinggi)
• Meringankan masalah
badan, kaki dan nafas berbau
• Melegakan sakit sendi dan
belakang
• Merawat arthritis, ulcer
dan athma
• Mengurangkan migrain
melalui kombinasi Magnasium dan Calcium
• Mengandungi bioflavonoid
yang membantu radang lapisan perut
• Sumber Vitamin K
semulajadi untuk kuasa penyembuhan pendarahan gusi dan hidung
• Mengurangkan pengekalan
air berlebihan dalam pundi kencing
• Merendahkan tahap
kolestrol
• Menstabilkan paras gula
dalam darah
• Mengatasi kesan sampingan
kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser dengan meningkatkan sel darah
putih untuk lawan penyakit
• Meningkatkan stamina
seorang suami
• Sebagai penggalak susu yg
mempercepatkan penghasilan susu badan untuk ibu menyusukan bayi (milk boster)
• Memulihkan urat selepas
bersalin
• Memberi kelegaan semasa
haid
• Merawat masalah keputihan
pada wanita
• Membesar dan menegangkan
payudara
• Bertindak seperti kacip
fatimah kepada para isteri
SIAPA
PERLUKAN ALFALFA COMPLEX SHAKLEE?
• Lelaki dan wanita yang
pentingkan kesihatan
• Ibu yang menyusu bayi (milk
booster)
• Mereka yang mempunyai
masalah kewanitaan
• Mereka yang mempunyai
allergi, athma dan resdung
• Pesakit yang mempunyai
darah kotor contohnya pesakit diabetes.
• Individu yang mempunyai
masalah penghadaman. Alfalfa kaya dengan fiber, membantu melancarkan sistem
penghadaman
• Individu yang mempunyai
urik asid berlebihan. Alfalfa meneutralkan semula asid tersebut
• Semua individu yang mahu
mengamalkan supplement, perlu detox terlebih dahulu bagi memudahkan nutrisi
diserap dengan lebih baik oleh badan
SIAPA
YANG TAK DIGALAKKAN AMBIL ALFALFA COMPLEX SHAKLEE?
• Pesakit buah pinggang
yang menjalani dialisis tidak boleh mengambil sebarang supplement
• SLE – Tidak boleh
mengambil Alfalfa dan juga Vitalea. Walaupun di dalam Vitalea hanya terdapat
sedikit Alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika mereka sedang
mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi
daripada doktor bertauliah
• G6PD – Tidak boleh
mengambil Alfalfa kerana Alfalfa kaya dengan Vitamin K
• Ibu menyusukan anak yang
mana anaknya mengalami jaundis
• Ibu hamil
KEISTIMEWAAN
ALFALFA COMPLEX SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN
1. Sumber terbaik dari daun
alfalfa (tanpa akar dan batang)
2. Alfalfa Shaklee ditanam
tanpa semburan bahan kimia
3. Disediakan dalam dua pek
bersaiz 330 biji dan 700 biji
4. Pil boleh dihancurkan
dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5. Alfalfa tiada perasa
tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan
6. Membersihkan hati
7. Membantu melengkapkan
zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang
PERLU
AMBIL HERB-LAX ATAU ALFALFA?
-
ADA
masalah ‘membuang/sembelit’: Ambil HERB-LAX
-
TIADA
masalah ‘membuang/sembelit’: Ambil ALFALFA
Tips
Pengambilan:
• Alfalfa boleh diambil
setiap hari sebagai tambahan diet harian, manakala di hujung minggu boleh
mengambil Herb-Lax.
• Pada hari anda mengambil
Herb-Lax tidak perlu lagi mengambil Alfalfa.
• Maximum pengambilan Alfalfa
adalah 10 biji sehari selepas makan. Mulakan dengan dos kecil (2 biji sehari)
terlebih dahulu. Untuk kurus dan keperluan biasa, hanya perlu 6 biji sehari.
Ibu menyusukan anak perlu 10 biji sehari. Alfalfa tidak boleh diambik serentak
dengan Vita-E, GLA dan CoQHealth.
Anda
berminat ingin membeli secara terus HERB-LAX
SHAKLEE di atas? Klik Online Order
Anda
berminat ingin membeli secara terus ALFALFA
COMPLEX SHAKLEE di atas? Klik Online Order
Good info. Suka saya baca. Saya nk ty kalau lps lunch kita ambil alfalfa. Then malam sebelum tidur kita ambil herblax.hri yang sama. Tq
ReplyDeleteBole je.. Cuma jgn diajar mkn herblax setiap hari tau
ReplyDeletekanak2 berumur 7 tahun boleh makan dak
ReplyDeleteKalu bole jgn dimanjakan usus tu dgn supplement dr kecil.
DeleteHerb lax ambi 2 kali seminggu je.. Alfafa tiap hari
ReplyDeleteYe betul. Tu yg terbaik
Deletenak harga set alfalfa ngan herb-lax... berape ye?
ReplyDelete