TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Saturday 14 March 2015

Rahsia Di Sebalik Warna Buahan dan Sayuran

Rakyat Malaysia amat menggemari makanan sehingga kita sering bertanya, "Hai, dah makan?" setiap kali bertemu rakan dan keluarga. Namun, perlu diingat makan bukan saja untuk memuaskan selera tetapi untuk memenuhi keperluan pemakanan kita.

Kita perlukan tenaga, makronutrien (karbohidrat, protein dan lemak), mikronutrien (vitamin dan mineral) dan fitokimia (unsur makanan yang terdapat secara semula jadi dalam makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan).

Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan rupa. Rasanya juga pelbagai... ada yang manis, masam, pahit, kelat, lemak dan berbagai lagi.

Warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja cantik di pandangan mata tetapi juga memberi petunjuk akan kandungan khasiat di dalamnya dan boleh dijadikan panduan memilih pemakanan kesihatan kita.

Warna-warna yang pelbagai pada setiap buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya juga menjelaskan kepada kita akan kandungan serta khasiat yang terkandung di dalamnya. Oleh itu mudah untuk kita memilih serta memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan dengan hanya melihat melalui warnanya.

Hampir setiap buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh badan. Vitamin merupakan keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sentiasa sihat. Oleh itu jangan sesekali abaikan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin yang secukupnya untuk kesihatan tubuh badan.

Khasiat Disebalik Warna


Berwarna Merah
Mengandungi Lycopen yang bertindak sebagai antioksida untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin dan hesperidin. Nutrisi ini dapat mengurangkan risiko kanser prostate pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL serta menghalang radikal bebas yang berbahaya.

Berwarna Oren
Mengandungi Beta-carotine (salah satu sumber Vitamin A) yang di perlukan oleh tubuh badan sebagai bahan immunisasi melindungi kulit dan sel-sel badan dari pencemaran bahan kimia dan alam sekitar.

Berwarna Kuning
Mengandungi Vitamin C yang melindungi daripada jangkitan dan selesema, meningkatkan imunisasi badan serta pertumbuhan dan pembaikan tisu. Selain itu ia juga mengandungi Potassium yang juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.

Berwana Hijau
Mengandungi Folate yang membina sel-sel tubuh selain Indoles dan Lutein yang membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, kesihatan retina dan penglihatan. Ia juga mengandungi Allyl Sulfides yang bertindak menyerang sel-sel kanser

Berwarna Putih
Mengandungi banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko penyakit usus besar, payudara dan kanser prostate serta menjaga keseimbangan hormon dan mengurangkan risiko kanser.

Berwarna Biru
Mengandungi Anthocyanins pula membantu untuk ­melindungi mata daripada ­zarah bebas yang berbahaya, melegakan mata yang letih dan memperbaiki peredaran darah.

Berwarna Ungu
Mengandungi Resverator yang mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.

Berwarna Coklat
Mengandungi Fiber yang bertindak seolah-olah seperti span di dalam badan, menyerap segala bahan-bahan yang tidak dikehendaki - kolesterol jahat, lemak degil, lebihan gula (diabetes), dan juga lebihan asid urik (gout) dan lain-lain lagi. Dengan kata ringkasnya, Fiber sangat bagus untuk melawaskan sistem penghadaman kita.


Ingatlah... Tubuh badan yang sihat menjana otak yang cerdas serta kehidupan yang aman dan bahagia. Kesihatan boleh diperolehi melalui sumber pemakanan yang seimbang, berkhasiat serta halal disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pilihlah makanan yang berkhasiat mengikut keperluan. Buah-buahan dan sayuran segar adalah sebahagian dari makanan keperluan yang di perlukan oleh tubuh badan anda. Makanlah ia sekadar perlu dan jangan berlebihan dan membazir kerana ia akan membawa kemudaratan.

Artikel: Rahsia Disebalik Warna Buah Dan Sayuran (Entri republish 22.1.13)



No comments:

Post a Comment