TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Saturday, 2 September 2017

PANTANG LARANG SEMASA PENGAMBILAN SHAKLEE

Haaa.. jangan tak tahu ya.. nak amalkan supplement Shaklee ni pun ada pantang larangnya..

Ada beberapa perkara yang tak boleh semasa mengamalkan supplement Shaklee ni TAPI jangan risau pantang larangnya simple jer tetapi penting untuk anda amalkan.... tujuannya untuk memastikan supplement yang anda ambil memberi kesan kepada anda dan memberikan feedback positif kepada kesihatan anda.

Meh baca beberapa tips menarik semasa pengambilan supplement Shaklee pilihan anda tu yer!

TIDAK BOLEH
➊ Alfalfa Complex TIDAK BOLEH diambil bersama dengan VITAMIN E atau GLA COMPLEX kerana kandungan Vitamin E akan mengganggu penyerapan Alfalfa.

➋ Vitalea mengandungi zat besi dan seeloknya TIDAK DIAMBIL dengan minuman bersusu atau OsteMatrix (mempunyai kandungan kalsium) kerana kedua-dua nutrisi ini cenderung untuk “bind” dan ini boleh menyebabkan penyerapan kedua-dua nutrisi ini terganggu.

➌ ELAKKAN pengambilan minuman ber-caffeine semasa ingin mengambil supplement kerana caffeine mengurangkan efisiensi penyerapan supplement.

DIBENARKAN
Pengambilan protein seperti ESP atau CINCH SHAKE digalakkan pada WAKTU PAGI semasa perut kosong kerana kadar metabolisme kita tinggi pada waktu pagi.

➋ Kalsium ataupun OsteMatrix digalakkan untuk diambil sebelum tidur untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam badan semasa tidur.

➌ Vitalea DIGALAKKAN diambil bersama dengan VITAMIN C kerana zat besi di dalam Vitalea memerlukan Vitamin C supaya nutrisinya lebih mudah diserap.

➍ Vitamin larut lemak iaitu A,D,E,K adalah DIGALAKKAN untuk diambil selepas pengambilan makanan berlemak / berminyak kerana ia memerlukan lemak untuk kadar penyerapan yang lebih tinggi.

Simple jer pantang larangnya kan... Jadi janganlah anda takut-takut untuk mencuba supplement Shaklee yer...

Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

Tuesday, 29 August 2017

HERB-LAX vs LECITHIN

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
 
Kali ni nak menjawab kepada persoalan customer tentang kebaikan dan perbezaan HERB-LAX dan LECITHIN.
 
Herb-Lax dan Lecithin ni sebenarnya merupakan SET BAJET KURUS yang sangat laku. Merupakan set asas bagi mereka yang ingin menurunkan berat dan merupakan set paling bajet! 

Ia merupakan kombinasi bakar dan buang. Kombinasi yang sangat popular untuk detox, kempiskan perut, bakar lemak, kurus dan mengatasi masalah pencernaan atau sembelit.
 
Herb-Lax mengandungi 9 herba semulajadi seperti daun alfafa, daun senna, anise seed, blue malva flower, buckhorrn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Sifat utamanya ialah menggalakkan pembersihan atau julap lembut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.
 
 
 
Manfaat Utama Herb-Lax
1. Pembersihan najis yang tersekat
2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
3. Membantu masalah sembelit
4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
5. Mengempiskan perut
6. Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut
 
 
Manfaat Utama Lecithin
1. Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak
2. Melindungi hati
3. Pemecahan lemak dan kolestrol - bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh
4. pelangsingan - menghalang obesiti
5. Mencantikkan otot dan kulit
6. Memperbaiki alergik
7. Menghalang kejadian batu karang
8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
9. Menghalang tekanan darah tinggi
10. Memperbaiki prostat lelaki
11. Meringankan sembelit - pelembut najis yang berkesan, melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus
 
 
TAPI yang paling penting adalah anda perlu konsisten dan juga minum air masak yang cukup dalam sehari.. 
 
Anda tahu berapa keperluan air masak untuk badan anda dalam sehari?
 
Setiap 25kg berat, anda perlukan 1liter air masak. Jadi, berapa berat anda, kira jer lah keperluan air masak yang anda perlu minum dalam sehari.. Air manis tak kira yer.. Pastikan jangan nak ngelat tau.. 😁
 


Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

Wednesday, 23 August 2017

ASAL vs UBAH. APA TU?

 
 
Asal : Saya takde duit nak berniaga.
Ubah : Sebab saya tiada duitlah saya mesti berniaga.
.
.
Asal : Saya mana ada bakat berniaga.
Ubah : Saya mesti cari mentor belajar berniaga.
.
.
Asal : Keluarga saya mana ada yang berniaga.
Ubah : Saya mesti jadi contoh kepada keluarga saya.
.
.
Asal : Saya mana ada masa nak berniaga.
Ubah : Saya mesti belajar uruskan masa.
.
.
Asal : Saya takut gagal, tak laku dan malu.
Ubah : Apa yang saya dapat jika saya takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat jer.
.
.
Asal : Saya takut sombong bila kaya.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong.
.
.
Asal : Saya banyak hutang.
Ubah : Sebab banyak hutanglah saya mesti berjaya dalam bisnes.
.
.
Asal : Saya belum bersedia. Ilmu & pengalaman tiada.
Ubah : Saya mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang saya berniaga.
.
.
Asal : Kalau saya kaya & berjaya, saya takut lalai.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang lalai.
.
.
Asal : Bila masa sesuai untuk bermula?
Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok.
.
.
.
Jom berubah! Mari kita berniaga!
 
 
 
Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

Tuesday, 22 August 2017

TARIK TRAFIK KE BLOG

Soalan: Bagaimana untuk menjadikan blog berada pada bahagian paling atas carian.

Jawapan: Kemaskini blog secara harian – pastikan mengemaskini blog sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu atau 1 artikel setiap hari. Pastikan blog sentiasa aktif.
.
.
.
See..  Sekurang2nya 1 artikel setiap hari utk pastikan blog aktif.
 
Ini targetku sekarang...!!!
 
  
Idea pun mcm tgh melimpah ruah jer ni... Harap-harap biarlah konsisten. Korang followers blog ni doakan klong juga yer.. Klong janji akan update post yg bermanafaat jer..
 
Yang penting username/password kena simpan baik-baik.. Kalau tidak 'haruuuuu' lg 😅
 
 
 
Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

Sunday, 20 August 2017

DAH SAMPAI MASA UBAH LAYOUT BLOG?

LAST POST SEPTEMBER 2016
.
.
.
Walawei.. hampir setahun blog ni tak dikemaskini. Kalu blog ni seperti almari baju di rumah, maknanya dah penuh dengan sarang labah-labah...!!! 😰
 
 
Betullah.. Menulis ni bukanlah sesuatu perkara yang senang apatah lagi hendak konsisten...
 
Bila hilang idea, hilang minat dan kekangan masa untuk menulis, blog ni dibiarkan begitu sahaja seperti rumah yang sudah usang menunggu masa untuk roboh menyebabkan blog tidak dikemaskini.
 
Tapi sekarang ni ku rasa macam dah menemui semangat untuk menulis semula.. 😬
 
Terima kasih kepada customer Shaklee yg datang dari blog ni..  Yg dah beri semangat utk ku terus menulis dan menulis dan sharing kebaikan 'sidia'..
 
InsyaAllah, blog ini akan cuba dikemaskini dengan lebih kerap dgn isi yg lebih bermanfaat kepada pembaca. Harap-harap tak der ler lg 'hangat-hangat tahi ayam'.. 😜
 
Jadi, SELAMAT KEMBALI ku ucapkan pada diriku sendiri...!!!
 

 
Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

I FORGOT MY BLOGSPOT USERNAME

"Now I can't open my blogspot to modify my blog"
.
.
.
.
Nak nangis wei bila lupa username...!!! Keep on trying sooo many times. Try n error jer but still salah jugak..  😭

Macam mn bole lupa ni..  Gamaknya otak dah beku kot 😆
.
.
.
Tapi tak putus asa..  Still trying, sbb hati ni dah meronta-ronta nak berblogging semula..  Rasa mcm dah terlalu byk benda nak sharing with you guys..  *kununnnn* 😁

And finally, akhirnya yesza dah berjaya..  💪💪💪 tak tunggu lagi terus save username/password. Puas hati dapat signin semula blog yg dah berlapuk ku tinggalkan ni..

So dah bolehlah start new post..  Tp yg penting fokus post tetap pada 'sidia' ler 😊
.
.
.
Kesimpulan dan pengajarannya ialah kita 'JANGAN MUDAH PUTUS ASA'...

Gagal sekali tak bermakna akan gagal terus kan? Setuju?

Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

Thursday, 15 September 2016

SET EKZEMA SHAKLEE

Assalammualaikum,

Memang mencabar entry blog kali ini,
SET EKZEMA SHAKLEE nama diberi,
Nanti klong sediakan semua maklumat terperinci,
Korang semua baca dan ambil serius nanti…

Hehehe.. jangan marah..

Pembuka bicara,
Berpantun sekali sekala..
….
Nampak…kau ada…???
Hahaha.. melalut jer klong ni..


APA ITU EKZEMA?
Ok.. straight to the point, ramai ker yang tak tahu lagi apa itu EKZEMA? Sebab klong sendiri pun tak tahu detail apa itu EKZEMA.. Kalau sama-sama tak tau, yok kita study dulu..

EKZEMA sebenarnya merupakan masalah penyakit kulit. Keadaan kulit dimana menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Menurut kajian, penyakit EKZEMA mempunyai pertalian genetic dimana sekiranya salah seorang samada ibu atau bapa merupakan penghidap EKZEMA maka secara automatik ia akan memberi kesan genetic tersebut kepada anak-anak… Oooo, bermakna EKZEMA ni penyakit genetic la yer… baru tau…!!!!

EKZEMA ni kira benda baru bagi klong sebab dalam family klong memang tak pernah ada yang kena. Syukur alhamdullilah.


Penyakit EKZEMA boleh dihadapi oleh pelbagai peringkat umur dan BUKAN penyakit berjangkit.
a)    Kebiasaannya bagi orang dewasa, EKZEMA akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut.
b)    Sementara bagi bayi pula kebiasaan menyerang bayi berumur diantara 2-6 bulan dan tanda-tanda EKZEMA jelas kelihatan pada bahagian pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala.

Penyakit ini menyerang tidak kira masa.. ada yang mengidap EKZEMA sejak bayi dan ada pula yang mendapat EKZEMA ketika dewasa.

Apa maksud sebenar EKZEMA yer?
Ada yang tau ker?
Macam ni lah, senang citer klong assume semua orang tak tau jer lah yer..
Sebenarnya, perkataan EKZEMA (ECZEMA) tu berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud ‘mendidih’ dan berkataan EK bermaksud ‘keluar’. Kalau dalam bahasa Yunani pula, zema tu bermaksud ‘mendidih’..

Ia terbahagi kepada 2 jenis EKZEMA.
1.    ACUTE ECZEMA
a)    Erythema: Kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
b)    Papules: Pembentukan tompok-tompok merah

2.    ECZEMA KRONIK
a)    Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
b)    Kulit menebal kasar dan berkedut

Isyyyy… takut pula dengan EKZEMA ni.. ingat EKZEMA ni tak serius mana pun.. tapi rupanya boleh tahan serius gak yer… don’t play play.. huuuuu…


APAKAH SIMPTOM AWAL PENYAKIT EKZEMA?
Antara simptom awal yang dapat dikesan ialah: -
1.    Kulit akan pecah dan merekah
2.    Kawasan kulit tertentu akan koyak
3.    Kulit terasa sangat kering
4.    Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
5.    Menggaru menyebabkan kulit terasa seperti menebal
6.    Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
7.    Kulit kelihatan seperti ada tompok, lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu


APAKAH PUNCA ATAU FAKTOR EKZEMA?
Jom kita ambil tahu pula bagaimana EKZEMA ni terjadi. Apakah puncanya?
.
.
.
.
.
.
Pulakkkkk…
Kalau nak tahu, sehingga ke saat ini, punca sebenar EKZEMA masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya… Namun begitu berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa kemungkinan punca atau faktor-faktor dalaman atau luaran yang telah dikenalpasti.

Antaranya:
1.    Pencemaran udara
2.    Terdapat sejarah penyakit ini didalam keluarga (genetic)
3.    Perubahan emosi (resah dan stress)
4.    Alahan kepada;
a)    Makanan dan bahan pengawet
b)    Persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
c)    Bahan pencuci (sabun, detergen)
d)    Pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
e)    Fabric tertentu
f)     Cuaca yang panas
g)    Kuat berpeluh
h)    Air berklorin tinggi


BAGAIMANA KITARAN EKZEMA?
EKZEMA ni tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan ‘allergens’ atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering, yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah dibawah.



LANGKAH MENGELAKKAN EKZEMA MENJADI SEMAKIN TERUK
Menurut pakar kulit, penyakit EKZEMA tidak dapat sembuh sepenuhnya. Namun rawatan dan perhatian yang intensif dapat mengurangkan penyakit tersebut daripada menjadi lebih kronik. Yang paling penting, pesakit perlu mendisplinkan diri dengan penjagaan makanan, pakaian, selalu bersenam dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Oleh demikian, dicadangkan:
1.    Pakaian
a)    Pakai pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas
b)    Elakkan memakai pakaian yang ketat serta tidak menyerap peluh

2.    Pemakanan
a)    Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
b)    Elakkan makan makanan yang mendatangkan alergik seperti makanan laut, kekacang dll

3.    Persekitaran
a)    Mewujudkan pengudaraan yang baik ditempat tinggal
b)    Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana
c)    Sentiasa menukar cadar dan selimut
d)    Menggunakan sarung tangan (jika perlu)

4.    Sikap
a)    Elakkan terdedah kepada matahari yang kerap
b)    Elakkan mandi dengan air panas
c)    Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru
d)    Sentiasa mematuhi arahan doctor


BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU MERAWAT EKZEMA?
InsyaAllah, dengan mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten, ia dapat membantu merawat EKZEMA. Alhamdulillah, ramai customer yang mendapat rawatan bersama SET EKZEMA SHAKLEE beri feedback positif. Memang akan nampak perubahan yang cepat dan sangat ketara! Kiranya memang berbaloilah keluar duit beli supplement SET EKZEMA SHAKLEE ni. Lagi pun supplement Shaklee bukan drugs dan semua natural. So, CONFIRM tak der side effect yang pelik-pelik.


 Apa supplement Shaklee yang terbaik bagi pesakit EKZEMA? Jom teruskan membaca…


A.   Bagi bayi berusia bawah 1 tahun
Kepada ibu yang menyusukan anak yang menghidap EKZEMA, disarankan untuk mengambil:


1.    Omega Guard
2.    Energizing Soy Protein (ESP)
~Khasiat dan kebaikkan daripada pengambilan Omega Guard dan ESP, dapat disalurkan kepada bayi melalui penyusuan susu ibu kelak~

3.    Herbal Blend Cream - Manakala Herbal Blend Cream boleh disapu kepada kulit bayi bagi tujuan mengurangkan rasa kegatalan dan pedih luka.
*TIDAK sesuai bagi ekzema berair

4.    Vitamin E - Untuk luka-luka pada kulit pula, boleh sapukan Vitamin E ini (gunting sedikit dihujung kapsul)


B.   Bagi kanak-kanak berumur 1 tahun keatas


1.    Ambil Omega Guard bagi mengawal dan merawat EKZEMA, menguatkan membrane sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan

2.    Selain itu, ambil juga Meal Shakes yang diperkaya dengan mineral dan multivitamin untuk kesihatan tisu kulit serta menghilangkan parut.

3.    Kombinasi Herbal Blend Cream dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka akibat EKZEMA.
      *TIDAK sesuai bagi ekzema berair


C.   Bagi remaja dan dewasa


1.    Energizing Soy Protein (ESP) – Sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat EKZEMA. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal sihat dan gebu.

2.    Omega Guard – Berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan kerana penghidap EKZEMA menpunyai kulit yang sensitive.

~Gabungan ESP dan Omega Guard memastikan EKZEMA tidak terus merebak dan memelihara kulit dari dalam~

3.    Vitamin E
4.    GLA Complex
~Gabungan Vitamin E dan GLA berkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan EKZEMA sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit.

5.    Herbal Blend Cream – Bagus untuk melegakan kegatalan dan pedih akibat luka EKZEMA.
      *TIDAK sesuai bagi ekzema berair

6.    Alfalfa Complex – Bertindak sebagai penyahtoksin dan mempertingkatkan lagi kekuatan sistem dalam tubuh badan.


TAPI sebenarnya tidak semestinya pun anda perlu ambil semua apa yang dicadangkan tersebut. Boleh jer ambil supplement berdasarkan bajet yang anda ada. Tapi alangkah bagusnya kalau boleh ambil semua apa yang dicadangkan, Kiranya dapatlah merawat EKZEMA dengan lebih optimum. Apa-apa pun langkah terbaik cuba hubungi klong dulu dan insyaAllah klong akan cadangkan yang terbaik untuk anda.

Jadi buat pesakit EKZEMA, jangan putus asa. Masih ada harapan EKZEMA anda sembuh. Cubalah supplement Shaklee ni dulu. InsyaAllah, berbaloi-baloi sangat.


Klong Shaklee Independent Distributor kini di Melaka. Penghantaran di seluruh Malaysia
Shaklee ID: 1116367 | fiza1974@yahoo.com | Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

Wednesday, 7 September 2016

CABARAN “30 DAYS RADIANT ME”

Assalammualaikum,


Setelah sekian lama bercuti akhirnya kembali dengan entry terbaru CABARAN “30 DAYS RADIANT ME”.. Ingat lagi bilamana diumumkan dalam group pada 14hb July 2016 tentang program #VivixCollagenEffect30days, terus ramaiii yang bersorak kegembiraan.

Tau kenapa???

Sebab apabila kami membeli sebotol VIVIX, automatic kami layak diberi 30 sachet Collagen Powder Shaklee secara PERCUMA dari penganjur program.. Gilerrrr.. Maunya tak bersorak kegembiraan happy sakan. Bukan 1-2 sachet tau. 30 sachet terus untuk sebulan punya makan. Kalau saja-saja nak beli sendiri kos collagen tu jer dah hampir RM500++.. Syukur pada Allah apabila pihak pengajur bermurah hati nak bagi secara PERCUMA pada semua peserta program. Semoga bertambah murah rezeki pihak penganjur lagi nanti. InsyaAllah.

Target penganjur nak bagi kita rasa sendiri effect selepas pengambilan #VivixCollagen secara konsisten.. nak kita tengok apakah perubahan ketara sepanjang sebulan tu.. Kulit bertambah glowing ker? Berat badan menurun ker? Perut buncit dah susut ker? Tapi serius cakap sebenarnya target utama klong nak try #VivixCollagen sebab nak pulihkan rasa kebas di tangan... sebab ramai yang cakap #VivixCollagen ni baik untuk sakit sendi atau kebas tangan... since klong pun dah cantik dan awet muda (uwekkkkk), so klong dah tau once consume #VivixCollagen nanti, automatic tu dapat ler bonus kulit cantik flawless lagi.. bertambah cantik ler tu nanti.. suka encik hubby nanti.. hiiii


CABARAN HARI KE-2


Sebelum ni memang klong pernah ambil VIVIX dan Collagen secara berasingan, tapi ambil secara serentak sekali macam program ni memang tak pernah… so untuk program CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” ni kita semua peserta bermula 02hb Ogos 2016.. dan percaya tak effectnya tu the next day 03hb Ogos dah dapat rasai.. WOW!!! Baru satu hari  proses ‘mencuci’ dah bermula.. mak oii habis segala mak nenek dalam usus ni semua dicuci bersih… memang terasa perut tu kosong bersih… tu baru hari pertama, kalau dah tiap-tiap hari dicuci bersih macam ni mau tak perut yang buncit jadi pepeh terus.. can you imagine..??? Ehhhh.. korang faham tak pepeh tu apa??? Kalau tak faham buat-buat faham jer lah yer…Heeee…

Jadi semua peserta feedback ‘healing crisis’ masing-masing dalam group. Mungkin ada pembaca blog ni yang tak faham apa itu Healing Crisis’ atau bahasa melayunya Krisis Penyembuhan. So klong share sikit la yer supaya lain kali bila korang ada ambil apa-apa supplement dan alami ‘healing crisis’ ni, korang dah boleh get ready Setiap vitamin yang kita ambil tidak kiralah brand apa sekali pun, kebiasannya akan mengalami Krisis Penyembuhan ini tapi kalau boleh tu pilihlah Shaklee supplement semulajadi terbaik dunia.. (^__^)

'Healing Crisis’ ni ada macam-macam.. Kadang-kadang tu ada yang masalah awalnya sakit kepala akan semakin sakit kepalanya. Ada tu yang asyik keluar angin jer. Ada yang melawaskan. Ada yang memang jenis badan bertoksin akan rasa keletihan melampau dan macam-macam lagi jenis 'Healing Crisis’. Memang setiap krisis berbeza dengan individu yang lain. Jadi apa perlu dibuat untuk melalui krisis ini? TERUSKAN. Jangan berputus asa bilamana menghadapi Krisis Penyembuhan ini.  Senang cerita, cuba korang bayangkan sedang mencuci paip karat kat rumah korang yang dah berkeladak bertahun-tahun tu.. Confirm banyak kekotoran segala bagai karat yang akan keluar. Betul ker betul?


TARGET NAK PULIH KEBAS TANGAN
Macam klong cakap di awal entry, target join program ni sebab nak cuba kurangkan rasa kebas dekat tangan kanan ni.. Doctor panggil ‘Carpal Tunnel Syndrome (CTS)’. Pernah dengar tak? Aneh sekali nama sindrom ni jika kali pertama mendengarnya.

Actually, klong sendiri pun tak pernah dengar dan tak pernah ambil tahu pun pasal CTS ni... Alkisah penghujung Mei 2016, selepas majlis perkahwinan adik bongsu klong, tangan kanan klong tiba-tiba rasa kebas semacam.. kebas sangat-sangat... Pada awalnya klong fikirkan mungkin sebab terlalu banyak buat kerja berat dan penggunaan tangan yang kerap melampau... tapi kebas ni makin lama makin kuat rasanya.. makin menjadi-jadi pulak... tak tahu nak explain rasa kebas tu macam mana.. yang pasti untuk hilangkan rasa kebas tu klong gigit-gigit semua jari-jari tangan kanan ni.. Haaaa.. boleh bayangkan tak macam mana situasi masa tu..bila malam nak tidur satu hal lagi.. nak tidur rasa tak selesa.. rasa macam nak hempapkan tangan kanan ni dengan something yang berat.. so apa klong buat masa nak tidur letak tangan kanan bawah bantal atas kepala.. masa tu baru rasa macam pergghhhh leganya rasa... lagi satu hal bila nak mengemas rumah, masa pegang penyapu atau mop rasanya Ya Allah sakitnya tangan.. kebas sangat-sangat.. Nak pegang dan taip HP pun punya payahnya.. memang tak boleh langsung guna jari tangan kanan ni.. rasa macam kena ‘current shock’.. so nak tak nak, suka atau tidak, terpaksa guna jari tangan kiri ni.. ambik kau dah macam budak baru nak belajar menaip jer masa tu...kiranya memang masa tu buat apa pun rasa tak selesa.. Kadang-kadang menangis sebabbbbb entah ler yer tak tahu menangis sebab apa.. tapi serius siapa yang dah pernah alami CTS ni dia akan faham apa yang klong rasai pada masa tu.. Dahsyatkan penangan CTS ni..

Isyyyy... awat dah panjang berjela-jela klong citer pasal CTS ni lak.. nak citer pasal CABARAN “30 DAYS RADIANT ME”.. dah melalut jauh pulak.. ampunlah  yer.. sedia maklum ler dah lama tak berblogging.. mencurah-curah pulak idea nak tulis.. hahaha...


PROMOSI VIVIX DATANG LAGI
Masa program CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” ni, bestnya tengah promo VIVIX.. apa orang kata “pucuk dicita ulam mendatang”.. ehhh.. betul ker peribahasa ni??? Ada kena mengena ker??? Kalau salah tu minta abaikan jer lah yer… klong ni Engineer.. bab-bab peribahasa ni memang out ler.. hahaha…



Oleh sebab masa tu VIVIX pun tengah promo murah, rugi pulak rasanya kalau tak rembat, kebas tangan ni pula dah menjadi-jadi, penganjur pula announce pasal program ni.. apa lagi zasssss tak tunggu lagi terus klong register masuk nama nak join juga... walaupun klong rasa kebanyakan yang join program ni target untuk kecantikan, untuk nak slim badan, tapi klong target lain.. ‘Nak Kurangkan Kebas Tangan’.. kalau ada yang gelak.. ‘ada aku kisah...’... heeeee..

Klong beli VIVIX ni pun sebab rakan-rakan Shaklee yang bagi tau untuk pesakit CTS disarankan mengamalkan pengambilan minuman campuran botani VIVIX sebagai alternative daripada memakan ubat hospital atau melakukan pembedahan.. WHAT? OPERATION?.. seram sejuk terus bila dengar bab operation ni... taubatttt...


APA ITU CARPAL TUNNEL SYNDROME
Chopp... sebelum klong go further, korang tau tak CTS tu apa?? CTS tu sebenarnya suatu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (Median Nerve) dipergelangan tangan. Dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80% kes pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.. Ermmm.. macam betul jer fakta ni.. yang pompuan umur 40an tu dah boleh standby apa yang patut lah yer nak elakkan CTS ni dari berlaku...

Kita akan merasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan. Terutama tangan kanan. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutama semasa memandu, semasa memegang objek seperti penyapu, telefon, pen atau semasa tidur. Jangan anggap kebas tangan tidak bahaya tau.. so don’t play-play yer...

Siapa yang dah ada tanda-tanda awal Carpal Tunnel Syndrome tu haaa tunggu apa lagi, cepat-cepat dapatkan segera VIVIX dan Collagen... Nak order??? Meh terus order jer dengan klong.. senang sikit nak consult nanti... heeee....

Klong sendiri pun sedaya upaya nak kurangkan pergerakan tangan kanan ini. Tapi apakan daya.... semua kerja memerlukan kita menggunakan tangan kanan ni...betul tak?

Biasanya bila tangan kita rasa kebas, kita pun turut rasa berdenyut pada sendi tangan hingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan. Keadaan ini berlaku biasanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat... Huuuu.. nak nangis masa ni...


Kebiasaannya pula rawatan terbaik untuk pesakit Carpal Tunnel Syndrome ni ialah MINOR OPERATION di bahagian pergelangan tangan. Ohhhhh.. tidakkkk.. imagine lepas operation tangan kananku perlu ‘bercuti’.. mampus ler mak nak oiii.. tengok gambar operation ni pun klong dah rasa nak meraung.. seram sejuk dah wei.. 


MERAWAT CARPAL TUNNEL SYNDROME DENGAN VIVIX + COLLAGEN
Pengalaman sendiri selama 30 hari bermula 02hb Ogos 2016 dan berakhir 31hb Ogos 2016 dengan mengamalkan secara konsisten VIVIX + Collagen, apa yang klong boleh simpulkan bahawa kebas ditangan BERJAYA DIKURANGKAN.. Walaupun tak 100% sembuh atau hilang terus kebas tapi at least kita dah boleh rasa kebas tu berkurangan.. Syukur alhamdullilah.

BUKTInya, klong tidak perlu lagi menaip menggunakan tangan kiri, tidur malam tangan dah tak perlu letak bawah bantal, menyapu mengemop rumah pun boleh jer dah ni dan ermmmm apa lagi yer..Apa-apa pun memang VIVIX + Collagen membantu sangat-sangatlah pada  mereka yang ada simptom CTS ni.

"Klong tolong buktikan…"
Maaf, klong tak dapat nak buktikan dengan testimonial bergambar sebelum dan selepas. Sebab ia melibatkan ‘feel’.. diri sendiri sahaja yang boleh rasa kebas atau tidak lagi tangan dan jari-jari.. serius tak boleh digambarkan.. dan macam di awal entry klong dah bagi tau target klong hanya untuk mengurangkan kebas di tangan sebab tu klong tak fokus sangat pada kecantikan dan penurunan berat badan. Jadi tiada testimonial bergambar.

Cuma apa yang klong boleh simpulkan untuk mereka-mereka yang mempunyai simptom CTS ni segeralah amalkan VIVIX + Collagen secara konsisten. Andai kata tiada bajet nak beli kedua-duanya.. klong rekemen anda go for VIVIX dulu.

Kepada pihak penganjur terima kasih daun keladi kerana telah bersusah payah menganjurkan program ni dan monitor #VivixCollagenEffect30days untuk kesemua peserta program.

CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” =>>  YES, I CAN FEEL THE DIFFERENCE

BERINGATLAH, JANGAN DIANGGAP KEBAS TANGAN TIDAK BAHAYA!!



Klong Shaklee Independent Distributor kini di Melaka. Penghantaran di seluruh Malaysia
Shaklee ID: 1116367 | fiza1974@yahoo.com | Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984