TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Friday 11 July 2014

PART 4: Kenapa Nak Kerja Di Rumah? Kenapa Tak Nak Makan Gaji?

Hidup kita ni singkat... Jadi saya rasa tak mau habiskan sebahagian umur saya untuk menjadi hamba bekerja sahaja… cukuplah kerja tu sebagai keperluan saya untuk menyelesaikan urusan yang patut, menambah aset-aset yang perlu dan laksanakan perancangan kewangan yang sepatutnya.

Alhamdulillah... mungkin dah diajar dari kecil oleh mak ayah, berjimat cermat, jadi saya ni bukan kaki shopping atau saja-saja suka-suka nak berbelanja untuk perkara-perkara yg tak tentu hala… berbelanja hanya ikut keperluan…dari kecik, anak dara, hingga dah bergelar ibu… tak berubah sekali pun… Tak percaya…??? Tak suruh percaya pun… J
Mungkin apabila kita nekad menjadi seorang WAHM, mereka yang diluar sana akan bagi negative komen…”bosanlah jadi suri rumah…hari-hari nak buat kerja yang sama jer”. Betul tak?? Sebenarnya, ada banyak perkara indah, aktiviti bermanfaaat & menyeronokkan yang kita boleh buat di rumah yang tak dapat kita buat jika masih bekerja di pejabat... Yang penting kita sendiri perlu bijak mengurus aktiviti seharian supaya tak membosankan.

Apabila saya nekad bergelar surirumah sepenuh masa BERDUIT... Jadi apa saya perlu buat, mencari sesuatu perniagaan yang saya boleh gerakkan secara on-line, tak perlu modal yang besar, tak perlu keluar rumah cari orang, tak perlu simpan stok-stok kat rumah… tapi PERNIAGAAN APA yang tak perlu semua tu??? SEMUA NAK DUIT baru ada masyukkkk…. Pening gak kepala fikir tu… Tapi tak pe, percaya mesti ada jalan yang Allah belum tunjukkan lagi…

Bermulalah perjalanan kisah hidupku dengan Shaklee….

Kes 1: Mak adalah seorang pesakit kategori minor stroke. Saya membelikan mak dan minta mak mencuba produk Shaklee OmegaGuard & OsteMatrix. Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal Shaklee ni… saja jer search kat internet tiba2 terjumpa cite pasal post Shaklee bole merawat pesakit strok… lama gak ler saya buat keputusan untuk beli set ni, tak berapa yakin sebab dah terlalu banyak supplement, yang mahal yang murah semua dah cuba… tapi itulah Allah bukakan hati saya supaya “beli & cuba”..

Alhamdullilah, setelah pengambilan berterusan, mak berasa sangat bertenaga dan yang mengembirakannya apabila membuat pemeriksaan berkala di Klinik Kerajaan, keputusan paras gula & tekanan darah sangat baik. Sehingga doktor pun berasa satu pencapaian yang sangat baik apabila dibandingkan keputusan sebelum dan selepas (tapi doktor tak tahu la yang mak ada makan produk Shaklee ni)… Syukur Alhamdulillah, produk Shaklee buat mak lebih bertenaga sebab tu bila saya outstation mak banyak bantu saya… bab ni yang nak nangis ni….. L

Kes 2: Suami pula kerap bersungut perut terasa senak @ terik dan dada juga kerap sakit. Saya membelikan pula kepada suami produk Shaklee Alfalfa Complex. Sama juga setelah pengambilan berterusan, suami dah tak merungut perut senak/terik dan dada juga tidak berasa sakit lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas tu, saya terfikir kalau produk Shaklee ni baik kenapa aku tak jadi ahli je terus.. jimat sikit duit nanti masa beli dapat harga ahli.. Masa tu outstation kat China, kejap2 wasap Mummy saya sekarang C’Noor Aslizan…tanya itu ini, macam macam lah saya tanya… sebab nak kuar duit RM65 tu kan…J…sebab saya nak kaji dulu, kalu agak2 tak berbaloi jadi ahli, baik tak payah… tapi Mummy saya sempoi jer… langsung tak desak pun suruh jadi ahli.. Cuma layannnnn jer soalan saya dan nasihat sikit2 ler…tapi hati saya tetap kuat suruh jadi ahli dan akhirnya 26 February 2014, berdaftarlah saya sebagai ahli Shaklee yang sah.

Masa tu plan untuk kegunaan sendiri, tak berapa nak faham sangat pun plan Shaklee nie…
Bulan March 2014, saya beli set B-comp, Vita-lea & Zinc sebab badan saya memang rasa keletihan melampau.. memang letih yang amat sangat.. rasa nak tidur jer… Pas makan tu bole dapat rasa perbezaan sebelum dan selepas (sehingga saat ini masih setia dengan set ni)…

Pastu jiran, kawan & adik lak tau saya jadi ahli Shaklee pakat dok order… saya pula jual harga ahli je, lagi ler mereka suka… rupa-rupanya dia orang nie dah tahu awal-awal pasal Shaklee… kiranya aku nie ler yang ketinggalan zaman… emmmmm…

Yang paling best 15 April 2014, Mummy cakap bonus Shaklee masuk…Masa tu baru lagi, rasa macam excited sangat bile tengok ada bonus pertama masuk… Walaupun pada masa tu cuma hanya 2 angka jer tapi at least rasa happy sebab plan jadi ahli nak makan sendiri pun bole dapat bonus gak..sape nak bagi kan... dah lah jual pada dia orang pun pada harga ahli jer pun..
Bermula dari saat dapat bonus pertama dan badan rasa sihat, saya mula percaya pada kelebihan, kehebatan dan keberkesanan yang ada pada produk nutrisi Shaklee dan akhirnya saya nekad untuk menjadi pengedar aktif produk nutrisi Shaklee. Kalau nak tahu sekarang ni kami sekeluarga adalah pengguna tetap produk Shaklee. Tak yah promote ler produk jenama lain, tengok sebelah mata pun dah tak nak…hehehe… Eksyen lak yer…

Tapi dalam masa yang sama sebenarnya ada sedikit rasa terkilan sebab saya tak sempat nak beli produk ni untuk arwah ayah… Kadang-kadang terfikir, agaknya kalu aku cepat lar tahu pasal produk Shaklee, aku beli VIVIX Shaklee produk terbaik tu, mungkin saat ni ayah masih ada lagi… huwaaaaa….Rindu kat arwah ayah…  Al-fatihah buat arwah ayahku Nordin Bin Burok. Amin

Nak tahu tak, bila saya buat bisnes Shaklee ni, baru saya tahu, bisnes ni bukanlah untuk dapat untung semata-mata, bukan untuk diri saya seorang tapi lebih kepada memberi dan membantu orang lain supaya sama-sama sihat dan sama-sama dapat income macam saya dapat. Tak mustahil semua tu... Sebab tu saya mahu terus sustain dengan bisnes ini dan saya tak malu nak beritahu semua orang yang saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR SID No. 1116367 (Norhafizah Nordin) – bakal Master February 2016. Insyaallah 

Ok nanti kita bersambung ke Part seterusnya “Kenapa Akhirnya Shaklee Menjadi Pilihan Bisness”

JADI KESIMPULANNYA KERJA DARI RUMAH.. IMPIAN NAK RILEKS DI RUMAH TAPI MESTI BERDUIT!!!

*Bersambung lagi Part 5…
**Bukan apa, kalu tulis panjang-panjang nanti orang bosan lak nak membaca... biar kasi tertunggu-tunggu pengakhirannya...baru best... 




No comments:

Post a Comment