TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Sunday 1 March 2015

DTX Complex Shaklee - Tonik Hati?

Kita jarang mendengar DTX Complex Shaklee ini disebut-sebutkan? Rupa-rupanya DTX Complex Shaklee ni adalah produk tonik hati. Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Jadi kita perlu sangat-sangat menjaga kesihatan hati kita.

Macam mana hendak jaga hati kita?? Jika hati kita rosak apa akan jadi??? Macam-macam penyakit bakal timbul nanti.. Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan.

Bercakap pasal sakit hati ini, tentu ramai yang tahu apa ubat penawar untuk melembutkan hati. Dah tentulah amalan kerohanian mampu membentuk jiwa dan hati kita supaya sentiasa tenang. Tapi bagaimana nak menjaga kesihatan hati kita? Aaaargh ramai yang memandang sebelah mata sahaja tentang penjagaan kesihatan hati kita. Betul tak?

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula, contohnya : serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai "Industri Pemprosesan" dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan memulihkannya.

Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee berkata:
"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita"

Apa Sebenarnya Fungsi Hati 
Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Terletak di kawasan kanan atas abdomen, bertanggungjawab antaranya untuk:
a)    Rembesan hempedu
b)    Bertindak sebagai detoksifikasi
c)    Mengawal paras gula dalam darah
d)    Penting dalam metabolisma lemak

Jika hati menjadi radang atau jangkitan, maka kemampuannya untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini menjadi lemah. Penyakit hati dan jangkitan adalah disebabkan oleh suatu keadaan yang bervariasi termasuk jangkitan virus, serangan bakteria dan perubahan kimia atau fisik di dalam tubuh. Penyebab yang paling utama dari kerosakan hati adalah kurang nutrisi.

Simptom-Simptom Jangkitan Hati
a)    Keletihan melampau
b)    Rasa loya
c)    Mata berwarna kuning
d)    Air kencing berwarna gelap
e)    Hilang selera makan
f)     Kulit gatal
g)    Lingkaran gelap pada atas dan bawah mata
h)    Perut menjadi buncit
i)      Bau mulut yang menyengat

Rawatan Awal?
Rawatan awal termasuklah pengambilan supplement tambahan DTX COMPLEX SHAKLEE.

DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Kajian juga menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Berikut Adalah Bukti Saintifik
a) Ekstrak biji Benih Pokok Susu Tisel
- Penyelidikan menunjukkan herba ini menyokong keupayaan badan untuk mempuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.

b) Silymarin
- Ini komples bioflavonoid semulajadi dalam milk thistle mempunyai sifat antioksidan yang membantu mengekalkan integriti sel hati.

c) Chinensis Schizandra
- Ini herba Cina mempunyai antioksidan yang menyokong sintesis ptotien untuk membaiki sel hati.

d) Dandelion
-  Dikenali sebagai 'gigi singa'. Herba ini membantu mengekalkan aliran hempedu yang diperlukan untuk menghapuskan sebatian detoxified oleh hati

Khasiat DTX Complex Shaklee
1. Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat
2. Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu
3. Membekalkan antioksodan yang menyahtoksikkan hati
4. Melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
5. Mengandungi bahan ekstrak Schizandra, ekstrak Dandelion, ekstrak Cendawan Reishi, ekstrak kunyit dan ekstrak Articok
6. Ektrak biji benih Pokok Susu Tisel membantu membuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula
7. Mengandungi ramuan yang dapat membantu mengekalkan aliran hempedu
8. Menawarkan bahan-bahan botani yang melindungi sel-sel hati
9. Membantu badan mengeluarkan toksin

Selain mengamalkan supplement DTX Complex Shaklee, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata,

“Membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu”

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan"

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam”

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum"

Kesihatan bukan untuk diabaikan. Jika anda ada tanda-tanda di atas segeralah berjumpa Doktor untuk mengesahkan penyakit anda. Selain ubat dari Doktor, kita boleh berikhtiar dengan DTX Complex Shaklee.


Nota:
DTX Complex Shaklee tidak disarankan kepada wanita mengandung atau menyusu dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun haruslah mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan.

Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji/botol

Anda berminat ingin membeli secara terus DTX Complex Shaklee di atas? Klik Online Order



No comments:

Post a Comment