TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Thursday 23 October 2014

Shaklee Perlu Silica Gel?

Seorang rakan bertanya, "Kenapa Shaklee? Kan ada banyak jenis vitamin di Farmasi? Pilih sajalah kat situ lebih senang". Ya, pil vitamin memang mudah didapati, di Farmasi malah Supermarket juga ada menjual vitamin.

Masalahnya, bagus ke? Vitamin ni tak sama macam buah. Buah di mana-mana pun sama kecuali mungkin dari segi rasanya. Contoh, Strawberi yang ditanam di Malaysia mungkin lebih masam dari Strawberi di England, tapi kedua-duanya masih buah yang sama dihasilkan dari pokok Strawberi.

Tapi vitamin dihasilkan di kilang-kilang berbeza dengan bahan-bahan yang berbeza.

Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'seakan vitamin'. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses-proses secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin-vitamin ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya.


Jadi kita mesti berhati2 dalam memilih vitamin, bukan main pukul rata sama saja semua.

Apa keistimewaan Shaklee? Shaklee dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin semulajadi yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan Silica Gel di dalam botol Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika untuk menyerap lembapan kecuali produk untuk kanak-kanak seperti Chewable Vitamin C. Kerana dikhuatiri sekiranya kanak-kanak mengambil sendiri vitamin mereka, dikhuatiri mereka mengambilnya dengan tangan basah, jadi tak eloklah untuk pil vitamin tu. Tapi Silica Gel dalam produk kanak-kanak ni memang unik. Ia tak sama macam yang biasa anda lihat.


Kenapakah perlu Silica Gel? Kerana bila vitamin-vitamin ini bertindakbalas dengan lembapan, ia akan berubah menjadi substance yang lain. Buktinya, cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli di Farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua-kedua vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar wana!!! Anda boleh cuba kalau tak percaya.

Jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik, why not get a better one? Shaklee adalah semulajadi, tanpa pewarna tambahan, tanpa pengawet, tanpa perasa dan tanpa Silica Gel. Pilihan ditangan anda…



Monday 20 October 2014

Bahaya Krim Pemutih Wajah

Pemutih wajah merupakan salah satu produk kosmetik yang paling dicari oleh kaum wanita. Banyak wanita yang berpendapat bahawa putih itu cantik, maka mereka sanggup melakukan apa sekalipun demi memutihkan kulit wajah. Salah satunya dengan menggunakan produk pemutih. Akan tetapi, kebanyakan kaum wanita tak berpikir panjang mengenai efek dari produk pemutih tersebut. Yang mereka fikirkan hanyalah bagaimana memutihkan wajah dengan cepat dan dengan kadar segera, walaupun krim pemutih wajah tersebut mahal harganya.


Di negara kita terlalu banyak sangat promosi jualan krim pemutih kulit/wajah baik di akhbar, jualan langsung di Shopping Complex mahupun di salun-salun kecantikkan. Kulit orang Malaysia yang kebanyakkan sawo matang dan hitam manis membuatkan bahan kosmetik ini laris dan pelanggan mahukan yang mempunyai efek pemutih yang cepat.

Perasan tak, selalunya promosi mengatakan kulit akan menjadi putih dalam tempoh waktu singkat, ada tu dalam masa 3 hari jer boleh putih, kononnya. Maka banyak persoalan pula yang timbul.

a)    Adakah benar promosi tersebut?
Ia, memang benar.

b)    Bagaimana boleh jadi begitu cepat kesan memutih?
Disebabkan oleh kandungan ‘kortikosteroid’ di dalam krim itu yang membolehkan kulit wajah menjadi cerah dalam waktu yang singkat.

c)    Adakah ‘kortikosteroid’ ini berbahaya?
‘Kortikosteroid’ tidak merbahaya malah sering digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kulit.

d)    Jadi, ‘kortikosteroid’ di dalam produk pemutih kulit itu selamat digunakan?
Tidak selamat. ‘Kortikosteroid’ digunakan untuk merawat penyakit kulit tertentu sahaja dan penggunaan jangka panjang akan menimbulkan banyak kesan sampingan.
Produk krim pemutih wajah digunakan sehari-harian, malah ada yang 3 kali sehari. Jumlah ‘kortikosteroid’ di dalam produk ini juga tinggi supaya kesan memutihkan wajah menjadi semakin cepat. Keadaan ini dipanggil ‘overdose kortikosteroid’.

Penggunaan produk ini sememangnya memberi kesan pemutihan yang cepat namun begitu terdapat banyak kesan sampingan yang akan timbul terutama di wajah. Kalau di tangan mungkin kita tidak terlalu kisah tetapi wajah ni objek paling berharga terutama wanita.

Oleh yang demikian, berhati-hati kaum wanita di luar sana, carilah alternatif lain jika benar ingin memutihkan kulit. Gunakan cara semulajadi yang lebih berkesan dan selamat. Jika anda ingin mengetahui cara atau kaedah yang selamat, KLIK SINI.



Sunday 19 October 2014

Ribbon Cutting Ceremony Home Office Shaklee Malaysia

Tanggal 18 October 2014 merupakan hari bersejarah bagi Shaklee Malaysia  kerana ianya adalah hari perasmian @ grand opening home office baru Shaklee Malaysia yang terletak di Bangunan Pinnacle, Sunway. Dulu dekat Empire sekarang dah pindah ke bangunan baru di Pinnacle Sunway. Ya, home office Shaklee dah berpindah ke tempat yang lebih luas. Dengan Shaklee yang semakin dah dikenali ramai, tentunya Shaklee memerlukan tempat yang lebih luas, selesa dan tersusun. Tahniah Shaklee.


Seronok jer dengar cerita mereka yang pergi tu. Mereka yang dah jejak kami ke home office Shaklee Malaysia ini begitu teruja sebab home office nie lebih luas dan selesa, mesra kanak-kanak, mesra untuk ibu yang menyusukan bayi, ruang menunggu dan bertemu pelanggan juga sangat selesa. Anak-anak yang sebelum ni jenuh menunggu ibu & ayah..pasti tak nak pulang sebab pihak Shaklee Malaysia telah menyediakan kawasan playground untuk mereka. Bila agaknya saya dapat jejak kaki ke home office Shaklee nie yer... Insyaallah, satu hari nanti sampai ler tu...


Shaklee semestinya bisnes keluarga bukan individu sebab tulah Shaklee selalu dihati.




Saturday 18 October 2014

Masker Putih Telur

Salam hujung minggu semua pembaca blog Kedai Vitamin Anda!

Kali ni saya nak berkongsi petua mengecilkan pori-pori wajah dan membuatkan kulit anda lebih lembut, halus dan segar. Siapa yang tidak mendambakan kulit yang halus tanpa cela? Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing ingin memiliki kulit yang cantik, licin dan berseri. Saban tahun, kita dapat melihat pelbagai lambakan produk kecantikan dijual di pasaran ekoran permintaan yang tinggi terhadap produk sebegini.

Produk kecantikan yang ada di pasaran sememangnya memberikan kesan yang nyata, namun perlu diingat bahaya bahan kimia yang ada dalam setiap produk akan memberikan kesan buruk dalam jangka waktu panjang.

Jadi salah satu alternatif yang boleh digunakan bagi menggantikan produk kecantikan berkimia ini adalah melalui penggunaan bahan-bahan semula jadi. Salah satu bahan semula jadi yang terbukti berkesan untuk kecantikan kulit wajah adalah telur ayam.


Caranya,
1. Pecahkan sebiji telur ke dalam bekas. Ambil putih telur sahaja.
2. Sapukan putih telur rata pada wajah seperti masker.
3. Tunggu sehingga kering dan wajah terasa tegang
4. Akhirnya, bersihkan masker menggunakan air suam.

Setelah bersih rasakan perbezaannya. Mudahkan? Tetapi pastikan jangan bercakap atau ketawa ketika masker masih di muka ya 

Khasiat yang terkandung di dalam putih telur dapat menjadi solusi untuk anda yang mengalami masalah kulit wajah seperti kulit kering dan berminyak serta berjerawat. Di dalam putih telur, terdapat sumber protein seperti Fosforus, Kalsium, Zink dan Potassium. Selain itu, putih telur juga mengandungi Asid Amino yang baik untuk membentuk kesihatan otot tubuh. Telur juga memiliki banyak vitamin B2 dan B3 yang berupaya untuk mengatasi masalah jerawat serta dapat menghilangkan bintik-bintik hitam, menghalus dan melembapkan kulit, mengecilkan pori-pori dan mencerahkan wajah.

Sebagai alternatif kepada putih telur, anda juga boleh menggunakan Alfalfa, ESP, Vitamin C dan Vitamin E Shaklee sebagai masker.. salah satu cara yang memang rata-rata pengguna Shaklee tahu hasil dan kesannya penggunaanya.. yang penting Shaklee dari 100% dari bahan semulajadi, halal dan berdaftar dengan KKM.


Nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan dan khasiat Alfalfa, ESP, Vitamin C dan Vitamin E Shaklee, boleh klik link di bawah: -



Friday 17 October 2014

JAGALAH KESIHATAN OTAK KITA!!!

Penyebab utama kerosakan pada otak, kebiasaannya adalah: -


1. Tidak Sarapan Pagi
Mereka yang tidak mengambil sarapan pagi memiliki kadar gula darah yang rendah, yang mengakibatkan supply nutrisi ke otak menjadi kurang.

2. Makan Terlalu Banyak
Terlalu banyak makan terutama yang lemaknya tinggi, mengakibatkan pembuluh darah otak mengeras kerana penimbunan lemak pada dinding dalam pembuluh darah. Akibatnya kemampuan kerja otak akan menurun.

3. Merokok
Zat dalam rokok yang terhisap akan mengakibatkan penyusutan otak secara cepat, serta dapat mengakibatkan penyakit Alzheimer.

4. Mengambil Gula Terlalu Banyak
Pengambilan gula yang terlalu banyak akan menyebabkan terganggunya penyerapan protein dan nutrisi, sehingga terjadi ketidakseimbangan yang akan mengganggu perkembangan otak.

5. Kurang Tidur
Otak memerlukan tidur sebagai saat beristirahat dan memulihkan kemampuannya. Kekurangan tidur akan mempercepat kerosakan sel-sel otak.

6. Menutup Kepala Saat Tidur
Kebiasaan tidur dengan menutup kepala meningkatkan konsentrasi zat karbondioksida dan menurunkan konsentrasi oksigen yang dapat menimbulkan efek kerosakan pada otak.

7. Jarang Berkomunikasi
Komunikasi diperlukan sebagai salah satu cara mengerakkan kemampuan kerja otak. Jarangnya berkomunikasi akan menyebabkan kemampuan intelektual otak jadi kurang terlatih.



Thursday 16 October 2014

Testimonial Pengguna VIVIX

Sihat Itu Indah Bersama Shaklee VIVIX





Shaklee Labur RM1 juta Bantu 2,000 Keluarga Jaga Kesihatan

PETALING JAYA - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. menyalurkan bantuan berjumlah RM1juta dalam bentuk minuman nutrisi kepada 2,000 keluarga yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih. 

Ia menerusi program "Shaklee Cares For Our Children" yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat. 

Presiden Shaklee, Victor Lim berkata, matlamat penganjuran program bersama Yayasan MyKasih itu menekankan pentingnya pengambilan nutrisi dalam kanak-kanak tempatan untuk meningkatkan kesihatan mereka. 

"Kami komited membantu memberi sumbangan dan pada masa sama mempromosikan gaya hidup sihat melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam program kemasyarakatan kami.

"Nutrisi sangat penting dalam tumbesaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

"Oleh itu, kerjasama dengan pihak yayasan dalam memastikan kanak-kanak ini sentiasa sihat melalui program bantuan makanan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran pengumuman kolaborasi dengan Yayasan MyKasih bagi penganjuran program Shaklee Cares for Our Children.

Shaklee Malaysia bekerjasama dengan MyKasih dalam usaha mencukupkan keperluan nutrisi keluarga, terutama di kalangan kanak-kanak. Dari statistik masih terdapat kanak-kanak di Malaysia yang meninggal dunia akibat kekurangan nutrisi.

Oleh itu Shaklee Malaysia memberi sumbangan dalam bentuk Meal Shakes bagi memenuhi keperluan nutrisi anak-anak ini. Selain dari bantuan kewangan dan barang-barang keperluan asas, Meal Shakes untuk anak-anak dan keluarga ini disumbang oleh pihak Shaklee agar bukan saja dapat menampung keperluan nutrisi, malah mereka tidak perlu risau lagi tentang bekalan nutrisi kerana wang mereka boleh digunakan untuk keperluan lain.

Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Tan Sri Datin Paduka Seri Hjh Zaleha Ismail yang juga merupakan pengerusi Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia.

Notakaki: KLIK SINI jika anda ingin tahu kebaikan & khasiat Meal Shakes



Petua dan Tips Segar Bertenaga Sepanjang Hari


Jom kita amalkan;

·      Biasakan bangun awal pagi dan hirup udara luar yang segar. Jangan tinggal solat Subuh dan lebih elok jika disambung dengan bacaan Ayat Ma’thurat atau Al-Quran.

·      Buatlah senaman ringan di dalam rumah atau berjoging di luar rumah. Senaman dapat memberikan otot sentiasa sihat dan badan cergas.

·      Bersarapan secukupnya atau sekadar alas perut. Amalkan sarapan yang rendah glisemik.

·      Ambil buah-buahan, sayuran serta makanan berprotein seperti ikan dan daging dalam hidangan tengahari. Elakkan makanan manis.

·      Elak minuman soda kerana menyebabkan kita cepat dahaga dan tidak baik untuk kesihatan tulang. Minum air masak sebanyak mungkin.

·      Amalkan keadaan posisi yang betul. Jika duduk hendaklah tegak, punggung lurus dan bahu tegak. Elak posisi menyandar kerana tubuh akan mudah kepenatan.

·      Dapatkan tidur yang mencukupi. Kita memerlukan minima 6 jam tidur untuk elakkan badan rasa lemah letih lesu bila bangun pagi. Amat digalakkan untuk mengamalkan pengambilan Ostematrix Shaklee - KLIK DISINI sebelum tidur untuk kesan pemulihan sengal-sengal badan dengan cepat. Kalsium yang cukup membantu kita mendapat tidur yang berkualiti sekaligus memulihkan badan daripada sengal-sengal dengan cepat.

Cukup setakat ini perkongsian pada kali ini. Tapi kalau setakat baca sahaja dan tak amalkan segala tips di atas pun tak guna. Akhir kata selamat beramal.



Wednesday 15 October 2014

Zinc Complex Shaklee, Khasiat Tak Terduga

Sebenarnya tidak ramai yang tahu akan kelebihan dan kebaikan Zink. Hari ini saya ingin share dengan anda kebaikan Zinc Complex Shaklee.
APA itu ZINC? Apa kepentingan dan Kebaikan Zinc dalam kehidupan kita ni? Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Mari kita lihat antara kepentingan serta kebaikan Zink yang perlu anda tahu.


1. PENJAGAAN KULIT
Kajian menunjukkan Zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

2. PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan Zink menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada Zink. Zink menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

3. KESIHATAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zink amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zink juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.

4. BOTAK
Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan. Pengambilan diet yang mengandungi Zink amat diperlukan untuk mencegah masalah ini. Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zink.

5. PEMBIAKAN
Bagi kaum lelaki, Zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

6. EKZEMA
Ekzema juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia berlaku akibat kekurangan Zink dalam badan.
Zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

7. JERAWAT
Zink adalah penting dalam memadamkan jerawat daripada kulit. Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.
Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

8. FUNGSI BIOLOGI
Zink berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap stress, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

9. JANGKITAN
Zink memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin.
Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

10. ANTIOKSIDAN
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

11. ATURAN ENZIM
Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zink.

12. KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan TETAPI dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui ZinC Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan. Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zink untuk mencegah keletihan kronik.

13. KEHILANGAN TULANG
Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dank keras.

14. BUTA MALAM
Pengambilan Zink akan memperbaiki penglihatan. Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zink seperti daging lembu, kambing, ketam dan tiram.

15. MENGANDUNG
Zink amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Anda berminat ingin membeli secara terus Zinc Complex Shaklee di atas? Klik Online Order



Sunday 12 October 2014

Soy Protein Isolated Vs Soy Protein Concentrate

Terdapat banyak jenis produk soya di pasaran, selain air soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Selain itu soya juga terdapat dalam bentuk tepung seperti protein soya (Soy Protein). Soy Protein juga mempunyai banyak kategori antaranya Soy Protein Concentrate, Textured Soy Protein dan Soy Protein Isolate.


Apakah beza antara 3 jenis Soy Protein ini?

>> Soy Protein Concentrate adalah protein soya yang diasingkan dari bahan larut air dan lemak dari serbuk kacang soya. Kandungan protein dalam Soy Protein Concentrate dalam 65% dan ia masih ada rasa soya kerana karbohidrat di dalamnya masih ada.

>> Soy Protein Isolate pula adalah Soy Protein Concentrate yang diasingkan karbohidrat daripadanya, menjadikan ia adalah protein soya paling ‘pure’ dengan kandungan protein lebih kurang 90%.

>> Textured Soy Protein pula bila tepung protein soya yang melalui proses extrusion yang mana menjadikan teksturnya menjadi padat dan kasar.

Perbezaan proses yang dijalankan ke atas soya-soya ini memberi seribu perbezaan terhadap kesan-kesan langsung dan kesan sampingannya.

Malah, Soy Protein Isolate juga dihasilkan dengan proses berbeza yang turut memberi kesan kepada khasiat dan kandungan phytonutrien dalam soya tersebut.

Antara proses-proses yang mengurangkan khasiat malah memberi kesan buruk terhadap Soy Protein Isolate ialah:
a)    Diproses dengan suhu tinggi
b)    Pengasingan dibuat dengan menggunakan alcohol
c)    Penggunaan bahan kimia

Oleh itu, kita harus bijak memilih protein soya terbaik untuk diambil sebagai tambahan kepada diet. Pastikan produk soya pilihan anda selamat dari soya-soya yang boleh meningkatkan risiko kanser!

ESP Shaklee merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan secara semulajadi yang rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

[Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu]

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Persoalannya adakah ESP Shaklee SAMA dengan soya jenis lain?
Jawapannya TIDAK.  ESP Shaklee adalah Isolated Soy Protein yang diperbuat dari Non-GMO Soy.

Anda berminat ingin membeli secara terus Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee di atas? Klik Online Order

*credit to http://mamamahya.biz/



Friday 10 October 2014

Anda Stress... Tension...?

Anda biasa tak letih di awal pagi hari? Atau mungkin 'stress' akibat ‘traffic jam’ sebelum tiba diofis tadi?

Apa kata lain kali masa drive tu anda cuba buat senaman ringkas dengan mengunyah ‘Chewing Gum’ sambil dengar radio Sinar FM tu.. memang layan habis ler.. Sebenarnya mengunyah ni dapat merangsang otot-otot wajah tau. Menurut kajian, ini akan mengelakkan munculnya ‘stress line’ di wajah dan membuat anda rasa lebih segar dan salah satu petua awet muda ler juga tu..


Atau pun kalau anda rasa penat nak mengunyah ‘Chewing Gum’, anda boleh jer cuba amalkan 1 biji B-Complex setiap pagi.

KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan dan khasiat B-Complex.

Cubalah nanti!



Thursday 9 October 2014

Hilangkan Parut dengan Kulit Pisang!!!

Anda gemar makan pisang?Jika jawapannya YA SUKA, bagus... teruskan membaca.

Pisang bukan sahaja tinggi khasiatnya malah menurut petua orang dulu-dulu, kulit pisang mampu membantu menghilangkan parut-parut yang ada pada kulit muka atau badan. Tenyehkan jer bahagian dalam kulit pisang pada parut tersebut dan amalkan setiap hari. Itu pun jika anda rasa anda yakin ler... Jika anda rasa ragu-ragu, anda jangan buat pula...nanti parut tak hilang, lain bala pula yang anda dapat...


Mungkin anda boleh mencuba dengan mengamalkan secara konsisten Vitamin E + Vitamin C + B Complex Shaklee yang memang telah terbukti berkesan. Lagipun kesemua vitamin Shaklee memang berdaftar dengan KKM & Halal.  Gabungan ketiga-tiga vitamin ini akan membantu membina kolagen dalam kulit, menaikkan seri wajah, membantu menghilangkan jerawat, jeragat dan parut serta menjadikan kulit licin, mulus dan gebu sentiasa.
Boleh KLIK SINI jika anda ingin maklumat lanjut khasiat gabungan ketiga-tiga vitamin tersebut. 

Selamat mencuba dan lihat sendiri keberkesanannya! 



Anda Risau Dengan Kesan Parut Yang Sukar Hilang?

"Sejak amalkan Set Kecantikan Shaklee - B Complex, Vitamin E dan Vitamin C, kulit wajah saya semakin berseri dan sihat. Kesan parut jerawat dah hilang." - Itulah testimoni kebanyakkan customer yang telah mengambil Set Kecantikan Shaklee ni. Kebanyakkan mereka amat-amat berpuas hati.


Memang benar, parut jerawat memang menganggu. Kadang-kadang terpaksa ditutup dengan solekan tebal kalau hendak keluar rumah. Gabungan ketiga-tiga vitamin ini sebenarnya akan membantu membina kolagen dalam kulit, menaikkan seri wajah, membantu menghilangkan jerawat, jeragat dan parut serta menjadikan kulit licin, mulus dan gebu sentiasa.

Vitamin C: Penting untuk pengikatan kolagen dan juga sebagai askar untuk melindungi sel sihat, menjaga keutuhan sel agar tidak rosak, sumber antioksidan, untuk mencantikkan kulit wajah dari dalam 

B Complex: Memberi tenaga kepada sel, mengurangkan tekanan dan mencantikkan kulit wajah dari dalam, membantu menaikkan seri muka, membantu untuk saraf yang baik dan mood yang ceria

Vitamin E: Sebagai antioksidan untuk mencantikkan kulit. Sememangnya sangat bagus untuk kulit yang cantik, mengurangkan inflamasi, mengurangkan bengkak, menyembuhkan luka dan juga baik untuk sistem saraf

Jika anda makan secara konsisten dan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, insyaAllah anda akan dapat lihat hasil yang positif.

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Kecantikan di atas? Klik Online Order

Perhatian:
>> Jika anda mengalami masalah jerawat yang teruk, disarankan untuk mengambil juga Alfalfa yang berfungsi untuk membuang toksin-toksin yang banyak dalam badan yang menjadi punca jerawat.

>> Jika anda mempunyai masalah parut dan mahukan hilangkan dengan lebih cepat disarankan mengambil ESP bersama.



Rahsia Meal Shakes

Sering kali kita dengar orang bercerita tentang Meal Shakes...ape benda ni?? Apa lebihnya Meal Shake kalau dibandingkan dengan produk lain? Kenapa perlu ambil Meal Shake?

Bagi customer baru Shaklee, Meal Shakes adalah sejenis pemakanan lengkap dari vitamin, mineral dan protein. Meal Shakes sesuai diambil oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa malah seisi keluarga sebagai sarapan yang mudah disediakan dan tentulah penuh khasiat dengan nutrisi.


Setiap bancuhan atau hidangan Meal Shakes, memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.

Kelebihan Meal Shakes yang perlu anda tahu:

1. Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin A-Z, mineral dan ‘Trace Mineral’.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

3. Untuk Pembesaran - Mengandungi Asid Folik, Biotin, kaya dengan Kalsium dan Magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses pembesaran.

4. Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

5. Pemulihan Kulit - Mengandungi lengkap vitamin B-Complex, Iron, Copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan kualiti warna kulit.

6. Detox -  Kaya dengan serat untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut (terutama bagi mereka yang sering sembelit) 

Bahaya Kekurangan Protein
Berisiko untuk menghadapi masalah: anemia, penyakit buah pinggang, penyakit hati, ulser perut & usus, penglihatan kurang baik, pengaliran darah yang tidak lancar, kolesterol tinggi, low blood sugar, tekanan darah rendah, saraf tidak stabil, kurang daya penyembuhan luka, ketahanan badan rendah terhadap jangkitan, kelesuan, penat dll.

Jumlah Protein harian yang diperlukan:

Kanak-kanak (bawah 12 tahun)
1-3 tahun: 23gm
4-6 tahun: 30gm
7-10 tahun: 34gm

Perempuan 11-18 tahun: 46gm
Lelaki 11-14 tahun: 45gm

Dewasa
Lelaki (15+): 56gm
Wanita (19+): 44gm
Hamil: 74gm
Menyusu: 64gm

Siapa Yang Perlukan Meal Shakes?
1. Kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit atau pun kanak-kanak obes.

2. Sesuai untuk ibu-ibu mengandung, menyusu, pesakit yang dalam proses pemulihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik dan ingin kekal sihat.

3. Mereka yang tak gemar supplemen dalam bentuk tablet kerana Meal Shakes ni dalam bentuk serbuk, dibancuh menjadi minuman yang lazat.

4. Meal Shakes juga bagus untuk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan.

Anda berminat ingin membeli secara terus Meal Shakes di atas? Klik Online Order