TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Tuesday 30 September 2014

Meriahnya Sambutan Master Celebration Shaklee

Adoi ler…!!! Majlis Shaklee Master Celebration (MasCel) Master Siti Farhana & Ahmad Firdaus dah lama pun berlangsung di Marriott Putrajaya pada 20 September 2014 yang lalu… tapi baru ler berkesempatan nak update blog... kiranya dah basi ler cite nie yer... Tapi saya tak kira la, saya nak share gak dengan pengunjung blog saya nie..

Syukur Alhamdulillah, berkesempatan juga akhirnya saya hadir ke majlis nie... dan yang paling teruja sangat sebab inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke hotel nie. Teruja punya pasal, kul 12 tengahari kita orang dah terpacak kat hotel tu… Lawak jer, sampai krew kat situ pun tegur “awalnya akak sampai, majlis kul 3 baru mula”.. Nak cover punya pasal jawab jer ler “takut jalan jam bang oii”… hehehe..

Anda mungkin nak tahu apa tu MasCel…???

Shaklee Master Celebration (MasCel) sebenarnya adalah suatu majlis yang diadakan oleh pihak Shaklee untuk meraikan Master Coordinator iaitu rank terakhir dalam Shaklee…..Kiranya macam majlis pengiktirafan dari Shaklee. Jangan terperanjat pula tau sebab setiap kali pihak Shaklee menganjurkan majlis Master Celebration, sekitar RM50,000 akan diperuntukkan. WOW…!!! Banyaknya…Terima kasih Shaklee.

Kenapa saya nak sangat hadir ke majlis seperti ini? Sebenarnya, saya dah plan awal-awal nak peluk si Nana Macarona tu... suruh melekat aura Master dia tu kat saya nie… Alhamdullilah, hajat tu tercapai... Iye ler, mana tau bila dah datang majlis nie terkena tempias jadi “Master” satu hari nanti. Insyaallah…

Bestnya saya dapat bawa sekali salah seorang anak didik saya dari Empayar Brightstar Leader (BSL) ke majlis nie. Biar terbuka sikit minda tu, tengok macam mana orang lain boleh berjaya, ambil tips macam mana nak berjaya juga. Nasib baik la, anak didikku nie pun berkobar2 nak pegi MasCel.

Selepas selesai makan-makan, maka bermulalah acara masuk dewan dengan perarakan semua Master-Master yang hadir dan diikuti yang terakhir Master yang diraikan. Adoi…!!! Naik bulu romaku masa ni.. dah macam arak pengantin lak…

Dah tak nak tulis panjang-panjang, citer pun dah basi, jom layan gambar-gambar sekitar majlis MasCel Master Siti Farhana & Ahmad Firdaus.






Kesimpulannya, peluang hadir ke Master Celebration ni sangat menarik sekali. Mana tau satu hari nanti, saya suami isteri pula hadir sebagai “Master Coordinator”… 




Saturday 27 September 2014

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

1. Belilah beberapa buah kerusi/bangku dan letakkan di dalam Masjid/Surau/Madrasah supaya dapat digunakan oleh jemaah yang sakit, uzur, warga emas dan jemaah yang ingin menggunakannya disaat solat.

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang singgah kelak kerumah anda.

3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji/upah harian/mingguan/bulanan dan disumbangkan kepada anak-anak yatim dan orang miskin.

4. Sentiasa sediakan wang kecil didalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

5. Letakkanlah sebuah kotak di dalam bilik tidur. Setiap kali anda merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak tersebut sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Jika hadir dalam mana-mana acara keramaian/kenduri-kendara, belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk bersedekah kepada orang-orang yang memerlukannya nanti.

7. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu dan niatkan untuknya bersedekah.

8. Belilah Al-Quran dan letakkan di Masjid/Surau/Madrasah. Bayangkan berapa banyak pahala yang anda dapat daripada setiap huruf yang mereka baca.

9. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doamu setulus ikhlas hati.

10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu.

12. Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa, ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita yang telah meninggal dunia.

13. Kirimkan setiap mesej kebaikan kepada kenalan anda.

Selamat bersedekah.




Friday 5 September 2014

Fenomena #shakleeeffect Melanda..

Tu dia... Fenomena #shakleeeffect sedang melanda. Ramai dok heboh pasal #shakleeeffect. Apa sebenarnya fenomena ni?

Untuk memudahkan anda, sebenarnya #shakleeeffect ni lebih kepada berkongsi apa sebenarnya kesan Shaklee ke atas kehidupan seharian. 



Semakin ramai yang dah rasa #shakleeeffect ini. Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi pengalaman saya dengan produk Shaklee terhadap kesihatan, kehidupan dan kerohanian seharian saya yang berubah sama sekali.. Cer baca dulu kat sini BAGAIMANA SAYA MENGENALI SHAKLEE 

Saya memang sangat berpuas hati dengan #shakleeeffect yang saya rasai dan alami sendiri... Meh sini saya cite kisah hal saya. Dulu saya memang terlalu letih, boleh dikategori sebagai ‘keletihan melampau’, penat, stress macam2 lagi ler.. Badan rasa macam nak tidur jer sepanjang hari, badan nie sakit2, beli dan makan vitamin B-Complex kat Klinik, kat Farmasi, macam-macam jenama, bertukar-tukar, asal orang cakap baik jer terus beli… yang murah yang mahal semua makan tapi kesan sama jer.. langsung tak der perubahan..

Cer google lak.. berkenalan dengan Shaklee, beli & cuba supplement Zinc, B-Complex & Vita-lea… boleh tahan sampai 4 bulan.. bila makan tu dah dapat rasa perbezaan dan Alhamdullilah saya tak der lagi alami ‘keletihan melampau’.. saya tambah lagi dengan ESP, Alfalfa, GLA Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix. Saya dah rasai sendiri #shakleeeffect.

Kalau nak tahu, kami sekeluarga dah jadi pengguna tegar Shaklee dan masing-masing ada kisah #shakleeeffect tersendiri.

Ibu – OmegaGuard, Ostematrix & Vivix
Anak – ESP, Vitamin C & OmegaGuard
Suami – Zinc, OmegaGuard, Alfalfa & Vitamin E
Kngah – Vitamin C, Vitamin E & OmegaGuard
Busu – Alfalfa & Lecithin

Sekarang nie saya dah semakin seronok nak berkongsi kebaikan bila kita sendiri yang merasai #shakleeeffect. Saya sangat dan amat berpuas hati dengan #shakleeeffect yang dirasai dan sentiasa teruja untuk berkongsi #shakleeeffect bersama anda semua!




Wednesday 3 September 2014

Promosi Berganda Shaklee September 2014

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Memang tidak disangka-sangka bulan ni Shaklee buat surprise, untuk pertama kalinya ada DUA promosi dalam sebulan “Promosi Berganda Shaklee: Meal Shakes dan Collagen Powder”... Memang semua SID & customer-customer pun tak ketinggalan berasa sangat teruja. Eh, macam tak percaya pula tu kan… !!!

Promosi Meal Shake Beli 3 Percuma 1
Meal Shake adalah produk yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana Meal Shakes diperkaya dengan 19 jenis vitamin dan mineral penting.  Ianya juga kaya dengan kalsium dan rendah kandungan indeks glisemik. Pengambilan Meal Shakes dapat menyediakan nutrisi asas untuk pertumbuhan dan pembesaran yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang kerap sakit, kurang makan sayur, mengalami masalah sembelit dan kurang selera makan.

Bukan kanak-kanak jer yang sesuai minum Meal Shakes ni. Untuk orang dewasa pula, Meal Shakes boleh dijadikan sebagai pengambilan sarapan pagi segera yang penuh berkhasiat.


Promosi Collagen Powder Beli 6 Percuma 1
Collagen Powder adalah kolagen yang tulen dan berkualiti tinggi. Ianya dihasilkan daripada ekstrak sisik ikan merah (spesis ikan dari laut dalam). Collagen Powder Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton, dimana mudah untuk diserap oleh tubuh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit.

Satu tips nak kongsi dengan semua penggemar Collagen. Kalau boleh sebelum beli Collagen, sila tanya dulu pada penjual berapa kandungan Dalton dalam Collagen tersebut. Kalau tinggi kandungan Dalton susah badan kita nak serap khasiat Collagen tersebut.

Antara kebaikan Collagen ialah untuk anti-penuaan, menegangkan kulit, menghaluskan kulit, mengurangkan masalah sakit sendi, melembabkan kulit serta mencantikkan kulit dari luar dan dalam.

Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan produk promosi Shaklee pada harga istimewa. Lambat nanti gigit jari tau.. Hubungi saya cepat-cepat untuk mendapatkan pada Harga Istimewa & Konsultasi percuma untuk anda.