TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Wednesday 18 March 2015

10 Cara Mulakan Diet Untuk Kurus

Adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan lansing seperti yang kita nak? Tak dinafikan, Shaklee Slimming Set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat, kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.

Ramai yang mengambil supplement seperti Cinch Shake Mix, OmegaGuard, Alfalfa, Lecithin dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus. Dan perlu juga diingatkan berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak.

Mulakan diet kurus dengan 10 cara berikut.

1. Makan sumber protein pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan
  • Bagi mereka yang dah ada ‘Cinch Shake Mix’, dicadangkan mengambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda.
  • Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, jogging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif, tiada masalah ambil diwaktu sarapan.

2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta
  • Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu (selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spaghetti dan yang seangkatan dengannya.
  • Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.

3. Makan makanan yang segar
  • Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sausage, nugget, daging burger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan.
  • Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah. 

4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil pada waktu malam
  • Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik.
  • Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. Tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam tapi sebaik baiknya makan di awal waktu petang.

5. Elakkan makan buah-buahan berlebihan
  • Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah-buahan banyak baik untuk kesihatan tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah-buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum.
  • Bagi yang tak selalu makan buah-buahan, dicadangkan pengambilan supplement Vitamin C Plus SR adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.

6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu
  • Ketepikan susu atau produk tenusu kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak.
  • Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik dengan sumber kalsium dan magnesium.

7. Hentikan serta merta minuman berkarbonat
  • Kandungan gula di dalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula di dalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain.
  • Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.

8. Hentikan penggunaan minyak sayur-sayuran seperti minyak bunga matahari ataupun minyak jagung
  • Minyak yang terjual dikedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.

9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan
  • Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu/tak tepu?
  • Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti daging bahagian rusuk, keju, mentega, susu penuh krim dan makanan yang diproses (segera).
  • Hindarkan terus margarine dan makanan bergoreng.
  • Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan minyak Omega 3 seperti OMEGAGUARD adalah yang terbaik.

10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
  • Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih.
  • Sekiranya urine berwarna kuning bermakna anda belum cukup air.

Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus di atas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.

SARAPAN
  • Makan 5 biji ALFALFA COMPLEX setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
  • Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG (anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama). Anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu ESP.
  • Anda akan kenyang sehingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan dan anda akan makan dengan kuantiti yang sedikit.

MAKAN TENGAH HARI
  • Sebelum makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGAGUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
  • Makan nasi (agak2 sebesar genggaman tangan) + ikan/daging (yang tidak berlemak)/dada ayam.
  • Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus, kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng.
  • Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
  • Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
  • Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.

MAKAN MALAM
  • Seboleh-bolehnya elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
  • Ataupun anda boleh menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKE MIX atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan tetapi seelok-eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes Mix.
  • Sebelum tidur, makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur. 

Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment