TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Thursday 20 November 2014

PERCUTIAN TAJAAN SHAKLEE!!!

Setiap tahun, saya akan pastikan kami sekeluarga bercuti.. Kalau tahun lepas 2013, kami memilih bercuti ke Bukit Merah, tahun ni lain sikit…

Dari awal tahun memang saya dah target tahun nie nak bercuti ke sebuah Homestay yang ada private swimming pool supaya kami puas mandi manda tanpa sebarang gangguan.. Dan saya juga merancang untuk aktiviti BBQ di tepi kolam renang… Memang saya impikan sangat-sangat percutian macam ni.. dan setelah puas mencari akhirnya saya berjumpa dengan “Tengku Man Pool Homestay”..  

Kebiasaan setiap tahun, saya terpaksa simpan sedikit duit gaji setiap bulan supaya saya dapat ‘sponsor’ ahli keluarga untuk pergi bercuti… Tapi bezanya percutian kali ni, kalu nak tahu saya langsung tidak menggunakan duit gaji sendiri tetapi 100% guna duit bonus Shaklee!!! First time ni... Seronok yang amat sangat.. Syukur Alhamdulillah, dah la percutian ‘tajaan’ Shaklee, pastu apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Seronok kan dengar. Hehehe..

Actually bisnes Shaklee ni tak la sesusah mana. Berniaga secara online kan. Memang mudah… Sebab hanya update & share je di media sosial pasal produk Shaklee dengan niat untuk membantu lagi ramai orang di luar sana mengambil supplement yang 100% semulajadi. Cukup-cukup la kita ni makan ubat sintetik yang banyak bahan kimia, silap hari bulan beracun lak…

Yang penting kena rajin ler.. Kalau nak dibandingkan berniaga rumah ke rumah, berniaga online tersangat2 lah mudahnya. 

Mula-mula tu memang la rasa malu tapi sekejap je rasa malu.. pas tu dah tak malu dah. Wat pe nak malu, kat dalam facebook bukan orang nampak kita pun. Update status yang bukan-bukan tak malu pulak, so HARUS think POSITIVE!.

Tapi biasalah manusia, banyak ragam, kita update sikit pasal bisnes orang kata menyemak kat wall, itu ini, bla bla bla... Orang dok mengutuk mengata biarkan je. Orang-orang macam ni memang kategori orang yang Negatif. Maaf ler kalau saya unfren/unfollow, sebab saya tak perlukan orang-orang yang negatif ni. Rugi!!!..

Jadi, siapa-siapa yang kat luar sana sanggup cabar diri untuk menceburi bisnes online, meh join “Empayar BSL”. Berniaga Shaklee paaaaaling mudah... modal tak banyak mana pun RM75 je SEUMUR HIDUP dan bonus anda yang tentukan, nak 2, 3, 4, 5 angka, suka hati anda!. Sangat-sangat berbaloi..

Kalau rasa berminat tu, jangan fikir-fikir lagi. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda berjaya… Kalau rasa nak tahu lebih lanjut istimewanya menjadi ahli Shaklee, KLIK SINI.

Dah ler, panjang lebar lak saya ngomel, meh saya share dengan anda gambar percutian kali ini. Bessstt......






Monday 17 November 2014

Harapan Pulih Pesakit Kanser?

Kanser sememangnya sakit yang sangat ditakuti dan antara pembunuh utama rakyat Malaysia. Kanser berlaku disebabkan oleh perubahan dalam gen yang mengawal pembesaran dan pemusnahan sel. Kebiasaannya sel akan menjadi tua dan mati seterusnya diganti dengan sel yang baru. Tetapi sel kanser membiak apabila selepas proses penuaan sel tersebut tidak mati malah membiak menjadi berganda-ganda.

Set Kanser Shaklee terdiri dari:

1)     VIVIX
Ramuan semulajadi di dalam VIVIX:
a) Muscadine Grape – mengandungi profil polyphenol yang berkualiti untuk awet muda dan asid ellargik sejenis fitonutrien kepekatan tinggi anti-kanser, anti-virus dan anti bakteria. Diambil melalui proses ektraksi sejuk untuk mngekalkan kualiti tertingginya.

b) Purple Carrot – sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia termasuk carotenoid, phenolics, polyacetalenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Juga mengandungi anthocyanins sejenis antioksida yang berkualiti tinggi merupakan anti-kanser, anti-radang, anti-mikrobial dan baik untuksaluran darah, lipoprotin dan platelet, mengurangkan risiko penyakit koronari jantung. Juga mengandungi asid klorogenik dipercayai mengurangkan masalah diabetik.

c) Elderberry – mengandungi flavonoids, ciri antioksida yang kuat, mengukuhkan mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria. Juga sekali lagi kaya dengan anthocyanin, ie anti-radang, juga baik untuk sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan selsema atau influenza.

Elderberry juga mengandungi vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid amino, caretonoid, tannin dan rutin.

Lain-lain manfaat Elderberry  ialah mampu mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, strok dan serangan jantung, pengurangan stress, penglihatan, penghadaman, jangkitan yeast, astma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes.

d) Polygonum Cupidatum – tumbuhan berasal dari asia, juga terdapat di Amerika Utara dan Eropah, merupakan sumber komersial ravestrol yang penting melawan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan dan memanjangkan usia, dari segi kajian purata jangkahayat akan datang ialah 120 tahun.

Bagaimana Vivix dapat membantu pesakit kanser?
Bahan-bahan dalam VIVIX seperti resveratrol bertindak memperbaiki seawal peringkat DNA lagi. Sebab itulah, VIVIX mampu membantu pesakit kanser.

Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.

Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan peluang sembuh dengan lebih baik.

Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan kanser.


2)     Nutriferon
Kajian terhebat dalam bidang Imunologi yang ditemui olih Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, tahun 1954. Satu formula exclusive dan dipaten oleh Shaklee dan terdapat dimana-mana syarikat lain.

Antara manfaat – mengukuh sistem imun dalam masa 3 hari, melawan kanser dan tumor, melindungi dari influenza, meringan stress dan kelesuan, melambatkan penuaan, mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit hepatitis B & C, menstabilkan proses menopos dan mengurangkan masalah PMS.

Bagaimana Nutriferon membantu pesakit kanser?
Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag.

Melawan Kanser & Tumor – Interferon semulajadi mengandungi poliksakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglubalin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.



VIVIX dan Nutriferon hanya asbab yang membantu pesakit kanser melalui proses pemulihan dengan lebih baik. Shaklee TIDAK PERNAH menetapkan VIVIX dan Nutriferon sebagai ubat atau suplemen anti kanser.. namun VIVIX dan Nutriferon mampu membantu pesakit kanser melalui proses pemulihan dengan lebih baik dengan meningkatkan tahap kesihatan pesakit ketika dalam rawatan doktor.

Proses pemulihan bergantung juga sejauh mana tahap kanser tersebut dan dengan izin dan Kuasa Allah yang Maha Penyembuh. Apapun usaha harus ada dan yang paling penting, semangat dan keinginan untuk sembuh dan tidak mudah putus asa walaupun seberat mana sekalipun penyakit yang Allah berikan.. Setiap penyakit itu pasti ada penawarnya..

Seterusnya sebagai muslim, doa adalah medium terbaik untuk memohon kesembuhan disamping ikhtiar terbaik, segalanya berlaku dengan izin Allah dan mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Pesakit Kanser di atas? Klik Online Order



Thursday 13 November 2014

JANGAN MAKAN ALFALFA SHAKLEE..!!!

Eh… Biar betul, kenapa pulak...bahayakah Alfalfa Shaklee ni..?

Baca tajuk pun dah berderau darahkan.. relax.. relax .. Teruskan baca dulu tau.

Sebelum anda ingin mengamalkan sebarang produk yg berasaskan Alfalfa (medicago sativa), pastikan ia dihasilkan daripada DAUN sahaja kerana ia lebih SELAMAT. Elakkan mengamalkan serta mengambil produk Alfalfa yang dihasilkan daripada BENIH (sprout) kerana ia TIDAK SELAMAT untuk penggunaan jangka masa panjang. Paling penting, pastikan ia ditanam secara organik.

Allfalfa adalah tumbuhan herba yang banyak sangat faedah dan 1001 khasiatnya. Sangat-sangat berharga dan telah di guna pakai sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi, kita perlu yakin dan kenal pasti proses penanaman serta proses penghasilan Alfalfa itu sendiri bagaimana.


Shaklee menanam sendiri pokok Alfalfa, menjalankan proses sendiri dan menjaga kualiti Alfalfa untuk diproses sehingga menjadi tablet. Shaklee hanya menggunakan daun Alfalfa yang dikeringkan dengan udara secara semulajadi.

Supplement adalah untuk kita membina kesihatan yang baik dan bukan bertujuan untuk merawat apa-apa penyakit. Perlu jelas kenapa dan untuk tujuan apa kita mengambil apa jua jenis supplement. Mengambil supplement membantu kita mendapatkan semula khasiat yang kekurangan dalam badan kita akibat daripada kita yang tidak dapat menjaga pemakanan seharian kita. Selain itu, persekitaran hari ini juga adalah antara salah satu sebab kita perlu mengambil supplement. Melainkan jika anda memang yakin, anda mampu untuk setiap hari mendapatkan kesemua nutrien yang di perlukan tubuh.

Peringatan:
SLE tidak boleh ambil Alfalfa kerana Alfala mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan.

Wanita mengandung tidak dinasihatkan mengambil Alfalfa kerana Alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran.

Anemia tidak boleh ambil Alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.

Anda berminat ingin membeli secara terus Alfalfa Shaklee di atas? Klik Online Order

Notakaki:
Tidak semua Alfalfa adalah sama, kebanyakan Alfalfa yang didapati di Supermarket adalah Alfalfa Sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau.
Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia. 100% semulajadi.



Wednesday 12 November 2014

Petua Berhenti Merokok Dengan Vitamin Semulajadi Shaklee

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti Vitamin B, C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.


Vitamin C
Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal.

Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah. Kekurangan vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis.

Pengambilan tambahan vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan.

Vitamin E
Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.

Vitamin D (Ostematrix-Kalsium,Vitamin D & Magnesium)
Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis. Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Vitamin B
Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Perokok di atas? Klik Online Order



Tuesday 11 November 2014

Kebaikan, Kelebihan dan Khasiat Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Kebaikan, kelebihan dan khasiat Advanced Joint Health Tablet Shaklee kini tidak boleh dipertikaikan lagi.  Seawal 5 hari, penggunanya boleh merasai kelegaan pada sendi-sendi tubuh.  Kebaikan, kelebihan dan khasiat Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah hasil kajian klinikal dari bahan semulajadi turun temurun.  Kebaikan Advanced Joint Health Tablet ini memberikan impak positif bagi semua peringkat umur.  Khasiat Advanced Joint Health Tablet ini tidak memberikan kesan sampingan seperti kebanyakan produk glukosamin yang lain.

Umum mengetahui yang arthrtis dan penyakit seumpamanya merasakan keradangan dan kadang-kadang bengkak pada sendi.  Begitu juga dengan sakit lutut.  Usah khuatir lagi, remedi semulajadi yang telah dimodenkan tanpa meninggalkan kesan sampingan telahpun dicipta.  Inilah kebaikan dan khasiat Advanced Joint Health Tablet yang dirumus khas dengan tambahan penggalak kolagen semulajadi.

Keistimewaan Advance Joint Health Tablet Shaklee (yang membuatkan, semakin ramai mempercayai dan berlumba-lumba mencuba produk ini), antaranya:
a)    100% bebas kerang-kerangan (bagi yang elergik kerang-kerangan, tak perlu risau ok)
b)    100% vegetarian (sesuai betul dengan individu yang vegetarian mahupun yang tidak)
c)    100% bebas kondroitin (bebas kondroitin beerti ‘penyerapan glukosamin yang lebih baik’, kehadiran kondroitin seperti dalam kebanyakan produk lain hanya menghalang penyerapan glukosamin).
d)    Hanya 2 tablet diperlukan sehari
e)    Tablet jenis mudah telan
f)     Tiada perasa, pemanis atau pengawet
g)    Bebas gluten  (gluten adalah bahan yang menghalang penyerapan zat dan mineral ke dalam tubuh)

Jadi mengapa membiarkan kesakitan itu terus membantutkan pergerakan anda, ibu bapa anda dan orang lain.  Mengapa tidak mencubanya sekarang dan mengapa merisikokan dengan pengambilan ubat perskripsi yang ternyata memberi kesan jangka masa panjang? Walhal pilihan yang lebih baik kini dihujung jari anda sahaja. Rata-rata yang telah mencuba, semua memberikan komen positif.


Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

**Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Anda berminat ingin membeli secara terus Advanced Joint Health Tablet Shaklee di atas? Klik Online Order