TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Monday 4 May 2015

Awas! Ancaman Diabetes.. VIVIX Membantu Merawat Diabetes

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.

Dengan pengambilan VIVIX secara berterusan dapat membantu merawat diabetes selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas. Ada pesakit yang sembuh sepenuhnya penyakit diabetes dengan mengamalkan VIVIX secara berterusan.


VIVIX adalah satu-satunya supplement di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. VIVIX sangat bagus untuk merawat terutamanya penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menghadapi penyakit 3 serangkai, amatlah disyorkan amalkan VIVIX.

Bagaimana VIVIX membantu merawat diabetes?
a)    Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”): Ramuan VIVIX yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes. VIVIX adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

b)    Mengawal kepekatan gula dalam darah: Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan VIVIX, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

c)    Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera: Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam VIVIX membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

d)    Mencegah pembentukan protein AGE: Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan VIVIX adalah dengan memperlahankan pembentukan protein AGE ini.

Orang kata mencegah lagi baik daripada mengubati. Beringat sebelum kena. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Jika anda menghidapi diabetes bolehlah berikhtiar dengan VIVIX. Kuasa penyembuhan di tangan Allah. Sambil amalkan VIVIX jangan berhenti menadah tangan memohon kesembuhan daripada yang Maha Berkuasa..

Untuk yang masih sihat pula janganlah mendabik dada bahawa akan selalu sihat selamanya. Jika berkemampuan adalah bagus mengamalkan VIVIX dari usia yang muda ni. Kesihatan yang sihat sangat bernilai untuk manusia dan tiada galang gantinya!
Jadi apa tunggu lagi! Pesakit diabetis wajib mengamalkan VIVIX ni. Ini semuanya kuasa Allah. Kita berikhtiar dan Allah yang menentukannya.



Shaklee 100 years Anniversary | FREE VITA-LEA

Bulan ini sekali lagi buat julung kalinya, Shaklee buat kejutan yang tidak disangka-sangka.. Ya, sempena 100 tahun Vita-Lea, Shaklee berbesar hati memberikan SEBOTOL VITA-LEA (bernilai RM94) SECARA PERCUMA kepada setiap ahli baru yang mendaftar dengan belian minimum 1 produk sahaja… First time Shaklee buat promosi macam ni tau. .. Best ke best?? Terasa macam nak register semula jadi ahli.. Hahaha

Asalnya VITA-LEA diciptakan dalam bentuk cecair yang mana dinamakan sebagai SHAKLEE VITALIZED MINERALS iaitu pada tahun 1915. Wow!! Sudah 100 tahun rupanya usia Shaklee Vita-lea ni..satu-satunya multivitamin TERTUA & TERBAIK di dunia. Hebat kann?? Shaklee adalah pelopor supplement pertama di dunia.

1 botol VITA-LEA tahan 2-4 bulan gak tu.. la nie nak g toilet pun kena berbayar kan.. ni multivitamin & multiminerals di beri secara FREE… dan di saat banyak barang lain naik harga selepas GST dilaksanakan pada April 2015, pihak Shaklee pulak berbesar hati bagi PRODUK FREE!! Thanks Shaklee!! (^__^)



ANDA NAK FREE VITA-LEA BERNILAI RM94??!! Jom daftar ahli segera..!! Hubungi segera talian 013-615 1984 untuk pendaftaran ahli.



Friday 10 April 2015

Gara-gara Ter’SIGN-UP’ Dengan……

Alahai... memang sejak kecil saya ni memang ler tak minat langsung dunia bisness nie.. memang tak pernah terlintas satu ari akan jadi ‘bussiness woman’.. cewah.. bab-bab nak menjual nie memang malu ler sangat-sangat.. susah nak buka mulut cakap ada jual tu ada jual nie… berat mulut nak bercerita, terasa keyakinan diri sangat rendah, selalu fikir negative... apa la nanti orang kata bila buat bisnes itu bisness ni nanti.

Tapi bila dah ter’sign-up’ dengan Shaklee, buka Bisnes Manual, baca satu persatu apa yang syarikat tawarkan… Baru terbeliak biji mata ni.. Rupa2nya... jeng jeng jeng…


5 JENIS BONUS DITAWARKAN:

1) Retail Profit
Untung runcit hasil dari jualan produk. Untung sehingga 33% dari harga produk.

2) Performance Bonus
Bonus yang diberi berdasarkan jualan. Makin tinggi sales.. makin banyak bonus Shaklee bagi.

3) Leadership Bonus
Istimewa untuk leader Shaklee. Reward yang diberi sebab telah bantu ahli-ahli dalam organisasi. Yang nie semua orang boleh dapat kalu dapat title ‘leader’.. senang jer sebenarnya nak dapat title ni.. ‘WORK HARD, WORK SMART’

4) Car Bonus
Sebenarnya Car Bonus yang dimaksudkan ialah bayaran tunai untuk membayar duit bulanan kereta sekiranya kita membeli kereta baru. Tapi kalau kita tidak membeli apa-apa kereta pun boleh, gunakan untuk perkara-perkara lain. Contoh nak bayar installment kereta yang tengah guna sekarang/nak menyimpan/nak guna untuk shopping, terpulang pada kita. Bestkan?

5) Conference/Convention
Shaklee akan offer trip ke oversea atau umrah (bagi yang islam). Trip ni trip 5/6 bintang. Bayangkan 1 tiket worth RM1 juta. Pengsan dengar…


Ini lah antara 5 point yang saya perlu hadapi bila saya dah ter’sign-up’. Alhamdulillah, satu persatu saya akan merasainya kelak.

Anda pembaca blog saya ni, nak baca je ke atau nak sama-sama macam saya TERPAKSA jugak? Kalau dah buat keputusan, terpaksa ikut saya ter’sign-up’, jangan berlenggah-lenggah lagi… boleh hubungi di talian 013-615 1984… saya tunggu tau.. J



Wednesday 8 April 2015

DIA Bangunkan KITA Pada Malam Hari… !!!

Kadang-kadang kita terjaga waktu tengah malam . Pukul 2-3-4 pagikan.. Bila terjaga tu apa kebiasaan yang kita buat? Yang saya perasan, kita cuma bangun tidur pergi toilet buang air atau ke dapur minum air atau pun tidur semula dibuai mimpi yang ‘indah’. Adakah kita mengambil peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah? Wallahu a'lam…

Ketahuilah, sebenarnya bukan sengaja Allah kejutkan kita. Bukan sebab Allah nak kacau tidur kita tapi sebab Allah rindu dengan kita.. Allah nak dengar rintihan kita.. Allah kejutkan kita sebab DIA betul-betul rindu pada KITA.. Apabila kita terbangun pada waktu tengah malam, tu petanda panggilan kasih sayangNya.

Ya Allah… tiba-tiba rasa syahdu pulak bila tulis post nie… sebab saya pun tidak menggunakan sebaik mungkin masa tersebut… Kalah dengan pujuk rayu ‘mereka’…

Allahu Akbar.. Indahnya kalu kita dapat bercinta dengan Allah senyap-senyap, dalam suasana yang tenang, dalam kepekatan malam.. Benar-benar buat kita rasa kerdil sangatkan…


Antara kelebihan orang yang rajin buat Solat Tahajjud:
  1. Mukanya berseri-seri
  2. Memperolehi ketenangan jiwa sama ada ditimpa kesusahan atau tidak
  3. Hatinya bersih dan mudah menjauhi kemungkaran
  4. Doa dimakbulkan Allah
  5. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah
  6. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas
  7. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari
  8. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai
  9. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan
  10. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT
  11. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi
  12. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  13. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim
Kalau lah ada sesiapa selepas membaca post saya ni, nak mudahkan bangun solat malam, cuba amalkan tips ni:
  1. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur kita mencukupi
  2. Ambil wuduk sebelum tidur
  3. Sebelum tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud
  4. Maafkan semua orang sebelum tidur
  5. Tidur menghadap ke kanan
  6. Baca Doa
-       Subhanallah (33 kali), Alhamdulillah (33 kali) and Allahu Akbar (34 kali) - Jumlah 100 kali
-       Surat Al-Ikhlas, Surat Al-Falaq, Surat An-Nas dan Surat Al-Kafirun 
-       Ayat Kursi

  1. Hindar hal yang makruh sebelum tidur
  2. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang

Rasulullah SAW pun ada bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Sekarang kita semua sudah tahu apa kebaikan Solat Sunat Tahajjud, bolehlah selepas ni buat pilihan samada nak mulakan atau tidak yer..



Tuesday 7 April 2015

Indahnya Buat Business Dengan Shaklee

Alhamdulillah, hampir setahun lebih saya bersama Shaklee sebagai pengguna tegar Shaklee dan Shaklee ni juga yang bagi saya pendapatan sampingan setiap bulan. Syukur saya ditemukan dengan leader yang baik, yang banyak membantu saya dalam berShaklee.

Ada yang bertanya susah tak buat bisness Shaklee? Sebenarnya, tiada yang senang dalam dunia ni. Macam mana pun kita perlu bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Tapi sebenarnya, takde la susah sangat sebab business plan Shaklee ni simple sangat. Konsep siapa usaha lebih dia dapat lebih, tak kira la upline ker, downline ker.

Ada juga yang bertanya macam-macam soalan bila nak buat Shaklee ni. Ye lah saya pun dulu macam tu juga. Tanya itu ini kan kat upline saya.. sampai dah betul-betul yakin barulah saya daftar ahli. Ni antara soalan popular yang ditanya:

Q: Saya ni pemalu la.
A: Saya pun kategori pemalu gak... hehehe.. Tapi itu lah keindahan bisnes Shaklee, share jer kebaikan Shaklee kat orang lain dengan niat untuk bantu ekonomi keluarga.

Q: Saya nampak dah ramai SID, boleh jual ke?
A: Ya, masa nak mula aktif bisnes Shaklee dulu, saya pun berfikiran macam tu. Tapi kalau saya masih berteka-teki macam tu, saya tak akan berada di rank SUPERVISOR sekarang. Percaya rezeki Allah yang bagi.

Q: Saya tak ada modal besar lah nak buat Shaklee?
A: Ya Allah....nak buat apa nya modal besar-besar. Cuma bayar yuran yang tak sampai pun RM100. Seumur hidup pulak tu.. Selebihnya kita fokus sharing produk, InsyaAllah boleh dapat modal 100% semula di bulan pertama.

Q: Upline duduk jauh, macam mana nak guide?
A: Sekarang ni semua online jer, guna whatsapp atau Facebook


Sebenarnya sejak saya buat dan fokus pada Shaklee, banyak perkara yang telah merubah hidup saya. Meh, saya kongsikan sikit tau:

1. Bonus - Saya puas hati buat Shaklee sebab kalu saya usaha lebih, saya dapat bonus lebih. Puas hati gak bila tengok ‘anak-anak’ gembira melihat bonus Shaklee masuk account mereka setiap bulan.

2. Kawan - Sekarang dah semakin ramai kawan. Sideline jadi kawan, customer pun jadi kawan.

3. Motivasi - Upline & leader sentiasa bagi motivasi dan dorongan pada kita untuk berjaya. Support group sangat kuat.

4. Peningkatan amalan rohani - Antara kenapa saya suka sangat dengan Shaklee ini, bukan sekadar ajar buat sales dan motivasi diri tetapi banyak mengajar, membimbing dalam amalan rohani. Dulu bukan la saya kata tak solat, tak puasa. WAJIB tu. Tetapi benda-benda sunat macam solat sunat & berzikir ni memang jarang dibuat. Selepas berShaklee, leader2 setiap hari tegaskan buat business mesti jaga hubungan kita dengan ALLAH. ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI. Solat Tahajud, Solat Dhuha, Zikir YA WAHAB, bersedekah jangan lupa. SUBHANALLAH.. selepas itu memang banyak MAGIC yang berlaku sebenarnya.

5. Membantu ramai orang - Shaklee bukan setakat nak menjual sahaja tetapi bantu selesaikan masalah orang lain juga. Puas hati bila customer bagi feedback yang mereka semakin sihat, semakin cergas dan gembira.

6. Berimpian - Di Shaklee, kami diajar “POWER OF DREAMS”. Pentingnya kita bermimpi. LIKE ATTRACTS LIKE.. detik dalam hati pun dah dikira doa juga.


Saya teringin sangat nak bantu lebih ramai orang untuk memperoleh pendapatan 4-5 angka sebulan dengan Shaklee. Tiada yang MUSTAHIL dalam hidup ini... Yang MUSTAHIL apa bila kita menyatakan TIDAK BOLEH. Halangan BESAR adalah diri kita sendiri. 

Nak ubah hidup ke arah yang lebih baik?? JOMMMM saya bimbing. Tiada paksaan sebab yang nak berjaya adalah ANDA. 

Dengan cara yang betul dan usaha gigih, InsyaAllah semua orang mampu berjaya dalam business Shaklee ini. Semoga semua 'anak-anak Shaklee Empayar BSL’ akan turut berjaya bersama-sama. Aamiin. 



Monday 6 April 2015

Kenapa Peniaga Online Tak Pamer Harga Barang?

Topik agak hangat yer… Sekarang ni rata-rata yang peniaga kat media social tak kisah lah FB, instagram memang tak der pamerkan harga barang. Saya sendiri pun tak pamerkan harga setiap barang kat setiap post saya...

Oleh yang demikian, ramai ler pulak yang complain peniaga online tak letak harga. Kalu nak tahu harga barang tu, nak kena “PM, PM for price, PM me for details”. Pelanggan pun dah sampai naik menyampah bila tengok ayat standard “PM for details, PM me for best price”. Kadang-kadang tu siap marah-marah kat peniaga, siap cakap peniaga tak jujur berniaga dan macam-macam lagi ler kata-kata tohmahan yg dilemparkan.. aduh.. sakitnye menusuk kalbu.. tapi saya tak pernah melenting.

Kenapa?
Sebabnya, saya faham tu lah hak sebagai pengguna. Tapi Alhamdullilah setelah saya berShaklee, baru lah saya faham.. kenapa ayat “PM for price” tu sangat popular.

Shaklee sendiri pun meletakkan syarat tak boleh pamer harga setiap barang. Ia melanggar Rules & Regulatian Shaklee Malaysia.

Kenapa tidak boleh pamer harga?
Ada sebabnya.. saya ambil contoh paling mudah ye… Bayangkan lah, saya telah peruntukan sedikit modal untuk buat FB Ads dan kemudian ramai pula yang berminat.. contoh adalah feedback 20-30 orang yg berminat nak membeli.. tup-tup ada pulak yang diam-diam PM bakal pelanggan saya dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah. Senang cakap, curi pelanggan tanpa berusaha… Tak sihat lah berniaga macam ni kan.. !!

Alasan lain pulak sebab pengedar nak beri kebebasan kepada penjual untuk menetapkan harga jualan sendiri asalkan ia tak melebihi Retail Price atau Harga Jualan.. Sebagai pembeli yang bijak kenalah pandai survey yer.. Ye la, “Best Customer Will Wins & Will Get The Best”.. Kalu nak satu-satu benda, kena la usaha lebih sikit.. usaha untuk buat survey....

Jadi, saya harap kita semua sama-sama lah memahami situasi dan keadaan penjual-penjual online ni dan yang penting take it positively..



Friday 20 March 2015

Ramainya Orang Buat Shaklee, Boleh Berjaya Ker?

Borak-borak kosong dengan member dan member tanya lah macam mana boleh terjebak dengan bisness Shaklee ni. Secara ringkas, saya bermula sebagai pengguna, jatuh hati dengan keberkesanan produk, terus jadi ahli dan seterusnya saya amalkan konsep sharing di media sosial.

Sebenarnya, dalam Shaklee ni “We Answer To Nobody” sebab kita adalah bos kepada diri kita sendiri. Bila nak buat kerja, bila nak relax, bila nak cuti, bila nak gi shopping, pukul berapa nak settle kerja semua tiada paksaan. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk tentukan… hehehe… tapi tu yang dah bergelar “WAHM” la.. macam saya ni still makan gaji, jadi tak merasa lagi kebebasan macam ni. Tapi soon or later, saya juga bakal mendapat title termahal tu… J J J

Tapi ada gak yang join Shaklee, awal-awal bersemangat konon nak berShaklee tapi last-last terkubur tengah jalan.. Agak-agak kenapa ya?

Mungkin sebab lost.. tak tau macam mana nak mula, apa nak buat… semua nak Upline yang sudukan... Sebenarnya bisnes Shaklee adalah bisnes kita sendiri. Jadi semuanya kita kena tentukan sendiri. Memang dalam Shaklee kita ada Upline. Tugas Upline ni sebenarnya sebagai ‘Guardian Angel’ kita je untuk membantu kita memulakan langkah Shaklee kita. Tapi ramai orang salah anggap tugas Upline ni untuk sediakan semua benda sampaikan nak promote pun suruh Upline tolong. Mana boleh macam tu kan.. Tapi hakikatnya ramai orang macam tu lah.. Sebab tu ramai yang susah nak berjaya. Bak kata orang, suka di ‘spoon feed’. Disuap macam baby yang tak reti berdikari tu…

Susah ke nak berjaya dalam Shaklee? Jujurnya, sangat mudah untuk berjaya dalam Shaklee sebab segala tips dan panduan telah disediakan dengan terperinci. Tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Hanya Copy&Paste untuk result yang sama! TAK PERLU susah payah nak buat langkah yang baru pun. TAK PERLU hadir kelas sana sini untuk korek rahsia berbisnes.

Credit to Anisah Husnulkhotimah

Malangnya tak ramai yang istiqamah. Belajar tidak bersungguh! Ya, dalam Shaklee kita perlu belajar untuk berjaya, belajar untuk mendekatkan diri dengan “Pemilik Rezeki Yang Agung”.

Komen yang paling biasa didengar "dah ramai sangat buat Shaklee, ada ke yang nak beli lagi, ada ke yang nak bisnes lagi". Tidak dapat dinafikan, memang ramai SID yang aktif dan yang tidak aktif. Memang ramai! Dan yang penting, Shaklee dah berada di pasaran sejak tahun 1950-an dan di Malaysia pun dah bertahun-tahun lamanya. Bermakna Shaklee memang established company, sudah ada record dan bertahan lama.

Kenapa mahu takut jika ramai kenal Shaklee? Bukankah itu bagus untuk bantu marketing? Yang perlu dibina sekarang ini ialah brand diri kiri sendiri. Macam mana nak buat orang suka pada kita, nak buat sampai orang akan membeli dengan kita. Setiap cabaran yang datang, mesti dilihat sebagai peluang, bukan halangan dan sekatan.

Jadi apa tips untuk anda berjaya dalam Shaklee ni?

1. Rajin belajar info produk
• Kalau nak jual produk dekat orang wajiblah tahu fungsi produk tersebut. Tak kan info produk pun nak kena orang suapkan juga? Semuanya di hujung jari. Google sahaja.. 

2. Jangan malu untuk menjadi ‘aggressive’
• Jadi ‘aggressive’ ni bukannya paksa orang beli dengan kita tapi berani menggunakan ayat-ayat power untuk memikat hati potential customer.

3. Jangan malas membaca dan mencari jawapan
• Malas ni memang satu penyakit. Rata-rata memang malas mencari. Memandangkan kita ada Support Group dan Upline, ramai orang suka bertanya terus. Nakkan jawapan on-the-spot.
• Memang tak ramai yang akan usaha mencari dulu jawapan sebelum bertanya. Sedangkan kalau Google sahaja pun pasti akan jumpa jawapan. Alasan paling mudah tak sempat. Tapi ini kan bisnes anda, jadi kenalah ikhtiar untuk sempat.
• Malas mencari ilmu inilah punca utama ramai yang gagal dalam Shaklee. Semuanya nak disuap.

4. Dekati rapat-rapat Mentor atau Upline
• Yang ni ramai orang tak buat. Kenapa?

5. Tetapkan Target dan Matlamat
• Yang ni pun ramai sangat orang tak buat. Sangat penting untuk kenal pasti apa matlamat dan target kita dalam berShaklee ni. Barulah kita tahu kemana hala tuju kita kelak.

Kalau nak tulis tips ni banyak lagi tapi kalau tulis banyak sangat pun orang tak baca tak guna juga. Semoga perkongsian ini memberi kesan di hati anda especially buat anak-anak di “Empayar BrightStar Leader (BSL)”. Hasil usaha bisnes Shaklee semuanya tertakluk kepada usaha dan strategi yang disusun, ilmu yang ada dan kekuatan minda, emosi dan rohani masing-masing.
Apa-apa pun ALHAMDULILLAH & TAHNIAH, apabila Shaklee telah dinobatkan sebagai Best Brand in MLM (Nutritional Supplement Category) di majlis gilang gemilang Brand Laureate Award 2014-15.

Buat yang belum lagi jadi ahli dan berminat nak menyertai “Empayar BSL”, boleh hubungi saya di talian 013-615 1984 untuk pendaftaran!



Thursday 19 March 2015

Shaklee Sentiasa Di HatiKu….

Apabila sesuatu produk bagus dan berkesan, ia pasti sentiasa mendapat tempat di hati semua orang. Kini makin hari makin ramai yang sudah terbuka hati untuk mendapatkan vitamin Shaklee dengan tujuan memulihara kesihatan dan juga mengekalkan kesihatan diri. Produk baik seharusnya di kongsi bersama dengan orang yang tersayang!

“Sihat dan Bahagia Di Hari Tua” itulah yang saya pilih. Sebagai bonus, saya ambil peluang menjana pendapatan luar biasa dengan bisnes Shaklee walaupun hanya secara Part Time. Seronok sangat dapat berShaklee sebab kami dapat bantu ramai orang untuk hidup lebih sihat. InsyaAllah dengan izinNya.

Apa yang saya SUDAH dan BAKAL dapat dengan berShaklee?

1. Cash Bonus - setiap bulan Shaklee masukkan cash RM dalam acc Maybank saya.. Alhamdullilah, saya SUDAH menikmatinya setiap bulan!

2. Car Bonus - setiap bulan juga Shaklee BAKAL bayarkan duit kereta baru yang saya pakai kelak!

3. Free Trip - setiap tahun Shaklee akan bayarkan free trip untuk SID yang layak percutian dalam dan luar negara berserta mengerjakan Umrah. InsyaAllah, saya BAKAL merasai percutian tersebut apabila cukup point kelak!

Amacam, berminat? Jadi apa nak buat sekarang nie? Senang aja, daftar ahli dengan cuma bermodalkan RM65 sahaja (seumur hidup) dan anda akan ditunjuk ajar bagaimana bermula dari ZERO KE HERO… Nak tahu apa kelebihan menjadi ahli Shaklee, KLIK SINI.


~Kita Bahagia Bila Kita Sihat, Kita Bahagia Bila Bantu Orang Lain Sihat~



Wednesday 18 March 2015

10 Cara Mulakan Diet Untuk Kurus

Adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan lansing seperti yang kita nak? Tak dinafikan, Shaklee Slimming Set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat, kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.

Ramai yang mengambil supplement seperti Cinch Shake Mix, OmegaGuard, Alfalfa, Lecithin dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus. Dan perlu juga diingatkan berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak.

Mulakan diet kurus dengan 10 cara berikut.

1. Makan sumber protein pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan
  • Bagi mereka yang dah ada ‘Cinch Shake Mix’, dicadangkan mengambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda.
  • Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, jogging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif, tiada masalah ambil diwaktu sarapan.

2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta
  • Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu (selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spaghetti dan yang seangkatan dengannya.
  • Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.

3. Makan makanan yang segar
  • Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sausage, nugget, daging burger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan.
  • Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah. 

4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil pada waktu malam
  • Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik.
  • Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. Tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam tapi sebaik baiknya makan di awal waktu petang.

5. Elakkan makan buah-buahan berlebihan
  • Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah-buahan banyak baik untuk kesihatan tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah-buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum.
  • Bagi yang tak selalu makan buah-buahan, dicadangkan pengambilan supplement Vitamin C Plus SR adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.

6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu
  • Ketepikan susu atau produk tenusu kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak.
  • Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik dengan sumber kalsium dan magnesium.

7. Hentikan serta merta minuman berkarbonat
  • Kandungan gula di dalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula di dalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain.
  • Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.

8. Hentikan penggunaan minyak sayur-sayuran seperti minyak bunga matahari ataupun minyak jagung
  • Minyak yang terjual dikedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.

9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan
  • Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu/tak tepu?
  • Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti daging bahagian rusuk, keju, mentega, susu penuh krim dan makanan yang diproses (segera).
  • Hindarkan terus margarine dan makanan bergoreng.
  • Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan minyak Omega 3 seperti OMEGAGUARD adalah yang terbaik.

10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
  • Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih.
  • Sekiranya urine berwarna kuning bermakna anda belum cukup air.

Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus di atas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.

SARAPAN
  • Makan 5 biji ALFALFA COMPLEX setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
  • Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG (anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama). Anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu ESP.
  • Anda akan kenyang sehingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan dan anda akan makan dengan kuantiti yang sedikit.

MAKAN TENGAH HARI
  • Sebelum makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGAGUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
  • Makan nasi (agak2 sebesar genggaman tangan) + ikan/daging (yang tidak berlemak)/dada ayam.
  • Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus, kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng.
  • Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
  • Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
  • Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.

MAKAN MALAM
  • Seboleh-bolehnya elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
  • Ataupun anda boleh menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKE MIX atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan tetapi seelok-eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes Mix.
  • Sebelum tidur, makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur. 

Selamat mencuba.



Tuesday 17 March 2015

Shaklee Johor Bahru New Branch Opening Ceremony

Pada 15 March 2015 yang lalu, satu lagi sejarah Shaklee tercipta iaitu “Pembukaan Cawangan Baru Shaklee Di Johor Bahru”. Cawangan baru Shaklee di JB telah berpindah di kawasan yang lebih besar dan cantik, berhadapan dengan Ponderosa Golf & Country Club.

Alamat penuh cawangan Shaklee Taman Molek
No. 47, 49 & 51,
Jalan Molek 3/20,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru

Perasmian pembukaan cawangan baru Shaklee Johor ini telah dirasmikan oleh Presiden Shaklee Malaysia 'Victor Lim’, seorang yang peramah dan kelakar. Diberitahu yang cawangan Shaklee Johor ni paling besar tau dalam Malaysia dengan keluasan 6,000 kaki persegi. Kos perbelanjaan renovate pun dah nak cecah sampai RM600,000. Wow!! Ini bermakna sale JB meletup-letup sampai boleh buat macam tu!!


Program telah bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 1 tengahari. Menurut sahabat SID yang hadir, majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Alhamdulillah.

Yang paling best, Performance Drink dan juga Meal Shakes disediakan secara percuma. Best nyer.. dah ler tengah panas minum pula Performance Drink, dah kena sangat ler tu.. Thanks Shaklee… J

Lepas tu ada gak sesi Pemeriksaan Kesihatan percuma. Boleh tengok keadaan kesihatan luaran dan dalaman. Ada orang yang kita lihat cantik dan handsome secara luaran tetapi organ dalamannya sudah tua. Jadi kalu nak kesihatan dalaman pun kuat dan muda, kena lah rajin ambil nutrisi yang cukup dan cara paling mudah dan berkesan ialah dengan pengambilan vitamin SEMULAJADI dari Shaklee.  

Semoga perniagaan Shaklee terus berkembang dan menjadi pilihan ramai. InsyaAllah, Aamiin.