TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Saturday 14 March 2015

MIGRAIN MEMBAWA MAUT?

Seriously, memang takut sangat jika terkena MIGRAIN.. sebab sakit kepalanya berdenyut-denyut.. bila menyentuh bab kepala otak ni... habis hilang semua fungsi saraf lain.. SEBAB fokus lebih pada sakit saja kan.. confirm memang tak boleh buat kerja lain lagi dah.. baring pun rasa tak selesa... Hanya mereka yang ada MIGRAIN saja yang tau macam mana azabnya.

1.0 Apakah itu MIGRAIN?
MIGRAIN sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud “sakit sebelah kepala”. Juga dikenali sebagai “hemikrania” dari perkataan Greek yang membawa maksud “sebelah tengkorak” atau di kenali sebagai “vescular headache”.

MIGRAIN ialah sejenis penyakit kepala yang kronik, sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan berlangsung antara 4 – 72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.  Individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda MIGRAIN yang berlainan.

MIGRAIN berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, MIGRAIN juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan rasa loya sehingga menyebabkan seseorang pesakit boleh muntah.

Kadang kala seseorang pesakit itu boleh merasakan aura iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran cahaya di depan matanya. Kemudian disusuli dengan tangan, bahu dan muka menjadi sejuk dan kebas. Kebiasaannya, berlaku 30 minit sebelum sakit kepala menyerang.

Kira-kira 40% MIGRAIN dirasai di seluruh kepala, 40% bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20% lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan MIGRAIN datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam.

Namun begitu menurut kajian yang dibuat, MIGRAIN tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius.

Jenis-jenis MIGRAIN yang utama.

1 - Classic Migraine (wujud bersama aura)
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit mengalami MIGRAIN jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya MIGRAIN, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit.

Tanda-tanda aura ini adalah seperti di bawah dan selepas tanda-tanda ini hilang, MIGRAIN mula menyerang.
  • Terlihat cahaya terang (bright spots)
  • Garisan zigzag (zigzag lines)
  • Penglihatan berganda (double vision)
  • Buta sementara (temporary blindness)
  • Kebas (numbness)
  • Kepala terasa berpusing (dizziness)
  • Pening (drowsiness)
  • Sukar bercakap (slurred speech)
  • Keliru (confusion)

2 - Common Migraine (tanpa aura)
Berlaku tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti mana Classic Migraine. Jenis MIGRAIN ini lebih kerap terjadi.

3 - Opthalmoplegic Migraine
Terlalu jarang berlaku tetapi kesan MIGRAIN jenis ini adalah sakit kepala yang keterlaluan yang boleh menyebabkan mata menjadi juling dan buta sementara.

4 - Status Migraine
Berlaku apabila seseorang itu mengalami MIGRAIN yang teruk dan berterusan yang kesannya boleh mengakibatkan pesakit mendapat strok.

2.0 Apakah penyebab MIGRAIN?
Sehingga ke saat ini, punca sebenar MIGRAIN masih belum lagi diketahui atau dipastikan tetapi menurut kajian, MIGRAIN boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku MIGRAIN salur-salur darah di dalam kepala mengembang dan menguncup dengan cepat atau secara mengejut dan pengaliran darah ke otak akan berkurangan menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.

MIGRAIN boleh juga disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu pernah mengalami MIGRAIN semasa muda, anaknya juga besar kemungkinan boleh mengalami MIGRAIN.

Beberapa Makanan Ini Ternyata Penyebab Migrain


Antara punca-punca lain berlaku MIGRAIN: -
  • Silau akibat lampu yang terang
  • Bunyi bising atau terlalu kuat
  • Bau wangian yang terlampau kuat
  • Tekanan fizikal atau emosi
  • Tidak cukup atau terlebih tidur atau tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Stress
  • Kerabunan mata
  • Menundakan waktu makan dan membiarkan perut kosong terlalu lama
  • Pemakanan yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG)
  • Minum minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan. Ini adalah kerana kafein akan menyempitkan saluran darah
  • Perubahan cuaca (ini termasuk keadaan pancaran matahari yang panas terik)
  • Keletihan melampau

3.0 Siapa golongan yang kerap mengalami MIGRAIN?
Sebenarnya, kira-kira 70% daripada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan wanita menghidap MIGRAIN dan selebihnya 30% adalah lelaki. Wanita lebih terdedah kepada penyakit MIGRAIN berkemungkinan disebabkan perubahan hormon estrogen yang tak stabil iaitu sebelum dan semasa kedatangan haid atau hamil.

Juga didapati MIGRAIN selalu dihidapi oleh mereka yang selalu risau atau rungsing dan tidak ketinggalan mereka yang rabun siang atau malam, jauh atau dekat.
Didapati juga banyak kes MIGRAIN kerap dilaporkan ketika dalam kehamilan yang kebanyakan disebabkan oleh tekanan emosi. Ia biasanya berlaku di awal kehamilan. Secara fisiologi, wanita yang hamil tidak mempunyai kekuatan seperti wanita yang tidak hamil. Oleh itu, tekanan perasan samada di tempat kerja atau di rumah dan kesedihan menyebabkan mereka senang mendapat MIGRAIN ini. Bagi wanita yang sering mengalami MIGRAIN sebelum hamil, kehamilannya boleh menyebabkan MIGRAIN bertambah teruk.


4.0 Kesan jika dibiarkan sahaja MIGRAIN tanpa rawatan?
Kebiasaanya, pesakit MIGRAIN akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit MIGRAIN yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Bagi wanita hamil yang sering mengadu MIGRAIN dan pada masa yang sama mempunyai tekanan darah tinggi, ia perlu mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut kerana risiko yang boleh meragut nyawa ibu dan anak.

Pesakit MIGRAIN juga akan mengambil tindakan diluar jangkaan yang boleh mengundang maut seperti contoh dengan menghantukkan kepala di dinding dan mengambil ubat-ubatan terlarang pada kadar dos yang tinggi, akibat tidak dapat menahan kesakitan yang dialami.

Untuk pengetahuan, pesakit MIGRAIN yang teruk boleh menyebabkan kerosakan dan kecacatan otak secara kekal jika tidak dirawat dengan segera.  Sumber dari DailymailUK mendapati MIGRAIN yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi padu otak berbanding mereka yang tiada MIGRAIN.

Penulis kajian, Dr. Messoud Ashina dari Universiti Copenhagen berkata: -
“Secara tradisinya, MIGRAIN dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak. Kajian dan analisis meta mencadangkan bahawa gangguan itu mungkin secara kekal mengubah struktur otak dengan pelbagai cara”


5.0 Bagaimana produk Shaklee dapat membantu mengatasi MIGRAIN?
Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan akan lebih memudaratkan dan keburukannya boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan seperti strok. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah MIGRAIN.

Kenapa pengambilan supplement lebih baik daripada ubat-ubatan? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang.

Supplement Shaklee yang dapat membantu untuk atasi masalah MIGRAIN adalah: -

a)  B-Complex
  • B-Complex memang dikenali sebagai vitamin saraf dan juga dikenali sebagai vitamin yang menenangkan, lengkap dengan 8 jenis vitamin B (termasuk vitamin B2) yang sangat penting untuk membantu memelihara kesihatan dan melegakan tekanan harian
  • Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat MIGRAIN. Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress, strok dan depressi
  • Vitamin B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Kekurangan tenaga juga dikatakan punca kepada MIGRAIN
  • Ia berupaya merangsang pengeluaran hormon serotonin di bahagian otak atau dikenali sebagai ‘hormon gembira’. Hormon ini penting untuk melegakan stress orang yang sedang MIGRAIN 

b)  Ostematrix
  • Terdiri dari Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan masalah tekanan dan kemurungan
  • Kalsium dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala
  • Magnesium dapat mengekalkan metabolisma Kalsium dan membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata dan membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang. Magnesium mengawal pergerakan di dalam salur darah, mengurangkan rasa sakit dan membantu melegakan sistem saraf yang stress yang merupakan punca MIGRAIN
  • Vitamin D amat penting untuk penyerapan Kalsium. Kalsium yang tiada Vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh menjadi sisa/batu dalam ginjal atau pundi kencing
  
Kesimpulannya, sila pertimbangkan pengambilan supplement sebagai satu percubaan untuk mengurangkan MIGRAIN kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang kebanyakannya diperbuat daripada dadah yang telah diformulasikan di makmal. Jadi, tindakan sewajar perlu diambil sebelum MIGRAIN menjadi lebih teruk dan merbahaya.
  
Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Migrain di atas? Klik Online Order



2 comments:

  1. Sudah cuba shaklee.. Tiada perbezaan.. Sy mengidap migrain kronik.. Setiap hari mesti migrain menyerang

    ReplyDelete