TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Monday 9 February 2015

CoQ Health Shaklee Bukan Sekadar Untuk Jantung Yang Sihat

CoQ Health Plus Shaklee ialah supplement yang mengandungi co-enzim Q10 yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan tenaga dari dalam sel badan kita. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan dan ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati.

Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaja meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.

FUNGSI CO-ENZIM Q10
● Untuk kesihatan jantung
- Membantu untuk mencegah penyakit-penyakit kardiovascular termasuk penyakit arteri tersumbat
- Menguatkan otot-otot jantung
- Memperbaiki mutu kehidupan dan kesihatan mereka yang telah mengalami kegagalan fungsi jantung
- Membantu untuk mengawal tekanan darah

● Untuk penyakit kanser
- Para doktor telah menggunakan co-enzim Q10 untuk membantu pesakit kanser payudara dan menyokong kesihatan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi

● Untuk penyakit kencing manis
- Co-enzim Q10 dapat menambah penghasilan insulin yang mana membantu pesakit yang menghidap kencing manis

● Untuk kesihatan gigi
- Co-enzim Q10 telah digunakan untuk mereka yang mempunyai simptom bagi sakit gusi dan 'muscular dystrophy' dan menghasilkan keputusan yang sangat memberansangka

● Untuk kesihatan minda
- Ujian klinikal telah menunjukkan pesakit yang menghidap Parkinson mendapat manfaat dari pengambilan co-enzim Q10

● Untuk mengurangkan berat badan
- Obesiti boleh juga dikaitkan dengan kekurangan co-enzim Q10 di dalam tubuh badan. Kajian juga telah menyarankan bahawa co-enzim dapat membantu pesakit yang mengalami sindrom cepat penat yang kronik

● Untuk kesuburan lelaki
- Dalam kajian yang melibatkan pesakit lelaki tidak subur, co-enzim Q10 didapati meningkatkan kuantiti sperma, meningkatkan kualiti sperma sekaligus menyebabkan peningkatan kadar kesuburan


SIMPTOM KEKURANGAN CO-ENZIM Q10
● Co-enzim hanya terdapat dalam beberapa jenis sumber makanan. Ini menyebabkan ramai orang kekurangan co-enzim Q10 di dalam tubuh badan mereka sekaligus boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan mereka.

● Antara simptom-simptom kekurangan co-enzim Q10 termasuklah: -
a) Kegagalan fungsi jantung
b) Angina
c) "Valve prolapse"
d) Tekanan darah tinggi
e) Strok
f) Kekurangan tenaga
g) Jangkitan gusi
h) Melemahkan sistem imun badan


KEBAIKAN CoQ HEALTH PLUS
● Mengandungi co-enzim Q10 yang penting untuk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi
● Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau
● Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
● Digunakan untuk membantu penyakit kanser seperti kanser payudara dan membantu pesakit yang menerima rawatan kemoterapi
● Membantu meningkatankan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis
● Mengelakkan masalah penyakit gusi
● Membantu pesakit Parkinson
● Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma

~CoQ Health Plus memang bagus untuk mereka yang ada potensi mendapat serangan sakit jantung, untuk yang menderita penyakit kanser, untuk mereka yang nak mengawal paras gula dan macam-macam lagi.

~Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil supplement sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.




Saturday 7 February 2015

Bahaya Tekanan Darah Rendah?

Selalu tak rasa pening kepala dan kadang-kadang pernah pitam/pengsan? Bila pergi check-up, baru tahu sebenarnya kita ada masalah Low Blood Pressure/Tekanan Darah Rendah. Tolong jangan ambil ringan masalah nie tau?

Tekanan darah rendah atau dikenali sebagai Hipotensi, adalah lebih sukar untuk diubati berbanding tekanan darah tinggi kerana ubat rawatan untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya. Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkan gangguan kesihatan yang kronik. Oleh kerana itu, hipotensi tidak menyebabkan orang ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan langsung.

Apa itu Tekanan Darah Rendah?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Nota:
Andai bacaan tekanan darah kita melebihi 130/85 mmHg, itu tandanya tekanan darah tinggi
Andai bacaan tekanan darah kita kurang 130/75 mmHg itu tandanya tekanan darah rendah.
Kebiasaanya bacaan bagi tekanan darah rendah yang serius adalah 90/60 mmHg.

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan dan infeksi.

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet.

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah.

Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti: -
  • Sering menguap
  • Pening kepala ketika posisi badan berubah
  • Kerap pitam
  • Pengsan (tahap serius)
  • Sukar untuk berkonsentrasi
  • Mata berkunang-kunang/penglihatan kurang jelas (rabun)
  • Mual
  • Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • Pernafasan/kadar denyutan jantung cepat dan pendek
  • Cepat haus
  • Sentiasa letih
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Merasa cepat lelah/sesak nafas terutama bila cuaca panas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Lemah daya ingatan
  • Mudah berpeluh
  • Tangan dan kaki kebas 
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu: -
a)    Kekurangan volume darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
b)    Dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
c)    Masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
d)    Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
e)    Kekurangan hormon - paras hormon tiriod yang rendah
f)     Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

Bagi anda yang menghadapi masalah tekanan darah rendah, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:
a)    Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
b)    Jangan berdiri terlalu lama
c)    Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
d)    Diet rendah karbohidrat
e)    Banyakkan minum air putih
f)     Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
g)    Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
h)    Melakukan aktiviti senaman secara teratur

Pilih lah supplement yang memberi kesan yang baik untuk jangka masa yang panjang, semestinya dari SHAKLEE. Vitamin terbaik untuk dikongsi bersama kerana sememangnya ianya berbeza dari jenama supplement yang lain.


Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Tekanan Darah Rendah di atas? Klik Online Order



Friday 6 February 2015

Shaklee Master Celebration Ummu Durrah

Sebenarnya malu lak nak update blog pasal Shaklee Master Celebration Nor Fahana (Ummu Durrah) & Master Saiful yang telah pun selamat diadakan di Philea Resort Melaka pada 18 January 2015 hari tu.. Dah hampir sebulan pun berlalu, baru dok heboh nak update ni…. Sebenarnya pc saya masuk ‘hospital’ tu pasal ler blog nie dah lama terperap tak der update2… nak update guna ‘hp canggih’ ni, maaf ler tak pandai ler pulak…  J
Tapi sebab saya nak juga berkongsi perasaan excited saya masa di sana, saya update gak ler juga yer.. kalu ada yang sudi membaca tu terima kasih ler banyak-banyak saya ucapkan tau… Ikhlas nie..
Ok, sebenarnya MasCel (Master Celebration) adalah majlis penghargaan Shaklee kepada mereka yang sudah bergelar Master Coordinator (pangkat tertinggi) dalam dunia Shaklee. RM50K diperuntukkan bagi menghargai usaha kerja keras mereka yang dah sampai ketahap Master ni. Pilih je mana-mana hotel 5-star yang kita nak. Semua 100% Shaklee akan sediakan dan uruskan... Kita cuma hantar badan jer.. Best tak? Gila tak best…

Serius saya cakap memang perasaan sangat ler teruja bila kita tengok mereka diraikan macam pengantin baru lagi tu. Sebenarnya, ni kali kedua saya hadir MasCel ni.. Memang kalu boleh setiap kali ada MasCel, saya nak pergi sedup aura-aura positif.. Sapa yang tak pernah pergi, lain kali cuba pergi & rasai sendiri pengalaman tu.. serius saya tak bohong, memang best…!!!

Selain acara ‘persandingan’ yang memang semua orang yang hadir tunggu-tunggu tu, bab makan pun best.. mewah uolls.. mau tak nyer, makan kat hotel 5-star.. Saja-saja nak pergi makan bayar duit sendiri berfikir gak tu 2-3 kali.. Betul tak? Makan free weh siapa tak nak.. Shaklee belanja tak pergi memang ler rugi..
J

Kat sana makan memang boleh kenyang sampai kembung perut ni. Macam-macam ada..!!


Ok lah.. saya tak nak citer panjang lebar.. cite pun dah basi... jom kita layan jer photo yang ada tu.. TAPI PERINGATAN, lain kali kalu ada acara MasCel ni korang pergi juga tau… MASUK PERCUMA jer...



Thursday 5 February 2015

‘The Secret of Chewable Vita C Plus Shaklee’

Chewable Vita C Shaklee kini sudah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Kini nama baru Chewable Vita C adalah Chewable Vita C Plus.
Selalu orang salah anggap Chewable Vita C Plus ini hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Tanggapan ini salah sama sekali! Chewable Vita C Plus Shaklee ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak berusia dari satu tahun ke atas hinggalah ke golongan berusia/dewasa.

TAHUKAN ANDA…???
5 biji Chewable Vita C Plus bersamaan dengan 1 biji SR Vitamin C Shaklee. 
1 biji Chewable Vita C Plus Shaklee bersamaan dengan 1/2 biji oren (100mg).

Mungkin ada yang kata, tak bestnya kena makan banyak-banyak. Hakikatnya RASA OREN SEMULAJADI Chewable Vita C Plus Shaklee JAUH LEBIH SEDAP dari SR Vitamin C Shaklee yang agak pahit sedikit.

Shaklee memberikan 2 pilihan vitamin C kepada pelanggannya iaitu Sustained Release Vitamin C 500mg atau Chewable Vita C Plus 100mg. Setiap jenis vitamin C ini mempunyai cara tindakannya yang tersendiri dan juga keistimewaanya ke atas tubuh badan pemakannya. 

Manfaat vitamin C dalam Chewable Vita C Plus Shaklee setara dengan SR Vitamin C Shaklee iaitu: -
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon anti-stress
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selsema dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih – berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah
  • Merawat jangkitan saluran kencing. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

Kandungan Chewable Vita-C Plus (100mg)
# Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
# Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg, membekalkan;
a)    2.0mg Hesperidin
b)    2.0mg Lemon Bioflavonoids
c)    1.50mg Orange Biofolavonoids
d)    0.50mg Grapefruit Bioflavanoids)
# Rose Hips Powder - 40.00mg

Cara pengambilan
Bagi kanak-kanak, boleh ambil terus sebiji sebab dos 100mg dalam setiap biji vitamin dah bersesuaian untuk usia kanak-kanak.

Kalau orang dewasa, boleh ambil sampai 5 biji sehari samada diambil sekaligus 5 biji atau satu-satu.

Tak perlu ditelan, boleh saja dikunyah-kunyah atau dihisap. Dengan mengunyah Chewable Vita-C Plus, air liur akan membantu memecahkan vitamin C tersebut dan membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan dengan mengunyah vitamin C setiap hari membolehkan vitamin C diserap dengan lebih berkesan.

Anda berminat ingin membeli secara terus Chewable Vita-C Plus Shaklee di atas? Klik Online Order