TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Monday 9 February 2015

CoQ Health Shaklee Bukan Sekadar Untuk Jantung Yang Sihat

CoQ Health Plus Shaklee ialah supplement yang mengandungi co-enzim Q10 yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan tenaga dari dalam sel badan kita. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan dan ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati.

Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaja meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.

FUNGSI CO-ENZIM Q10
● Untuk kesihatan jantung
- Membantu untuk mencegah penyakit-penyakit kardiovascular termasuk penyakit arteri tersumbat
- Menguatkan otot-otot jantung
- Memperbaiki mutu kehidupan dan kesihatan mereka yang telah mengalami kegagalan fungsi jantung
- Membantu untuk mengawal tekanan darah

● Untuk penyakit kanser
- Para doktor telah menggunakan co-enzim Q10 untuk membantu pesakit kanser payudara dan menyokong kesihatan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi

● Untuk penyakit kencing manis
- Co-enzim Q10 dapat menambah penghasilan insulin yang mana membantu pesakit yang menghidap kencing manis

● Untuk kesihatan gigi
- Co-enzim Q10 telah digunakan untuk mereka yang mempunyai simptom bagi sakit gusi dan 'muscular dystrophy' dan menghasilkan keputusan yang sangat memberansangka

● Untuk kesihatan minda
- Ujian klinikal telah menunjukkan pesakit yang menghidap Parkinson mendapat manfaat dari pengambilan co-enzim Q10

● Untuk mengurangkan berat badan
- Obesiti boleh juga dikaitkan dengan kekurangan co-enzim Q10 di dalam tubuh badan. Kajian juga telah menyarankan bahawa co-enzim dapat membantu pesakit yang mengalami sindrom cepat penat yang kronik

● Untuk kesuburan lelaki
- Dalam kajian yang melibatkan pesakit lelaki tidak subur, co-enzim Q10 didapati meningkatkan kuantiti sperma, meningkatkan kualiti sperma sekaligus menyebabkan peningkatan kadar kesuburan


SIMPTOM KEKURANGAN CO-ENZIM Q10
● Co-enzim hanya terdapat dalam beberapa jenis sumber makanan. Ini menyebabkan ramai orang kekurangan co-enzim Q10 di dalam tubuh badan mereka sekaligus boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan mereka.

● Antara simptom-simptom kekurangan co-enzim Q10 termasuklah: -
a) Kegagalan fungsi jantung
b) Angina
c) "Valve prolapse"
d) Tekanan darah tinggi
e) Strok
f) Kekurangan tenaga
g) Jangkitan gusi
h) Melemahkan sistem imun badan


KEBAIKAN CoQ HEALTH PLUS
● Mengandungi co-enzim Q10 yang penting untuk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi
● Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau
● Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
● Digunakan untuk membantu penyakit kanser seperti kanser payudara dan membantu pesakit yang menerima rawatan kemoterapi
● Membantu meningkatankan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis
● Mengelakkan masalah penyakit gusi
● Membantu pesakit Parkinson
● Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma

~CoQ Health Plus memang bagus untuk mereka yang ada potensi mendapat serangan sakit jantung, untuk yang menderita penyakit kanser, untuk mereka yang nak mengawal paras gula dan macam-macam lagi.

~Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil supplement sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.




No comments:

Post a Comment