TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Friday 29 August 2014

Siri Mudahnya Berniaga 2014 Dr. Azizan Osman

Alhamdullilah syukur diberikan peluang dan digerakkan hati olehNya untuk hadir ke Siri Mudahnya Berniaga Edisi Khas 2014 yang telah diadakah dilokasi City Bayview Hotel, Melaka pada 23 Ogos 2014 yang lalu..

Allahu Akbar, ramai sungguh yang hadir, yang muda, yang warga emas, OKU, yang pregnant pun ada, Doktor Pakar pun ada, dari Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan respek juga ada yang datang dari Terengganu sanggup bermalam di Melaka semata-mata untuk tidak mahu melepaskan peluang hadir ke Klinik Usahawan anjuran DAO ni.. Yang duduk, yang berdiri, yang bersila…tahniah semua…!!!
Dalam Klinik Usahawan - Siri Mudahnya Berniaga (Edisi Khas 2014), DAO telah berkongsi sedikit ilmu atau tips bagaimana nak pelajari formula pantas dan cara mudah membina perniagaan yang berjaya dan menguntungkan, bagaimana nak menarik kebahagian, kesihatan, kekayaan dan kejayaan di dalam kehidupan dan bagaimana nak ubah hidup dengan memahami langkah kejayaan yang memang telah terbukti...!!!

Khusus buat mereka yang “baru berniaga” atau “baru nak berniaga”, yang berniaga samada full time atau part time, usahawan yang belum berjaya, sedang berjaya atau mahu lebih berjaya, amat-amatlah digalakkan hadir ke Klinik Usahawan seperti ini.

Hidup anda adalah pilihan anda! Anda malas kerana orang malas tidak akan berjaya dan tidak ada ubatnya.

Peringatan dari DAO:-
*Program ini tidak menjamin hidup anda boleh berubah tetapi kami jamin yang hidup anda tidak akan berubah jika anda tidak ada Mentor, Ilmu, Strategi yang betul, Kuasa Tindakan dan Keinginan untuk merubahnya! Kami berikan ilmu kepada mereka yang mempunyai keinginan dan kemahuan untuk bertindak! Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan!




Sunday 10 August 2014

Meriahkan Aidilfitri Bersama Shaklee 2014

Assalamualaikum.
Alhamdullilah petang tadi 09hb Ogos, saya dan suami berpeluang menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Hari Raya Shaklee 2014 bertempat di Equatorial Hotel Melaka. Pertama kali bagi saya dan suami menyambut raya bersama keluarga besar Shaklee. Memang best sebab bukan setakat orang melayu jer tau yang datang, ada Chinese dan Indian jugak... Sporting siap pakai baju raya lagi you..
Beberapa acara menarik telah disediakan oleh pihak Shaklee seperti cerita pasal asal usul Shaklee, Tips Kesihatan oleh Pakar Nutrisi Shaklee Ms. Charlotte, Motivation Sharing, games, cabutan bertuah - macam biasa nombor saya memang tak pernah pun bertuah, rugi rugi.. hadiah semua best-best & yang paling best ucapan dari President Shaklee Malaysia Mr. Victor Lim... memang sempoi..

Sementara orang dewasa dengar pasal bisness Shaklee nie, yang anak-anak dok merata tempat dalam bilik tu sibuk mewarna. Macam-macam ragam anak ada.. tapi memang enjoy...
Saya selitkan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan pada majlis tersebut. Terima kasih tak terhingga buat suami yang tak jemu melayan isterinya yang dok sibuk nak berposing jer...

Memang BEST sambutan hari raya Shaklee ni, setahun sekali jer... Insyaallah tahun depan datang lagi.




Saturday 9 August 2014

Alfalfa Dan ESP Shaklee: Tips Menambah Susu Badan (Milk Booster) Cepat Dan Mudah

Betul ke ada supplement yang boleh menjadi milk booster...? Ya! Betul Shaklee adalah pilihan terbaik supplement ibu-ibu yang ingin menambahkan susu badan. Memang ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah pengeluaran susu (milk booster).

Apa kata ibu-ibu mencuba Set Bajet Breastfeeding Shaklee Alfalfa & ESP.
Set ini merupakan set bajet yang dicadangkan sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan. Ramai yang telah berjaya meningkatkan pengeluaran susu dari 0.5 oz ke 5 oz hanya dalam masa 10 minit! Mari kita lihat bagaimana supplements tersebut mampu membantu dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.
Credit to my kazen: Limpahan stok susu baby Zahra semasa dalam pantang

Alfalfa: Herba yang terkenal dengan kemampuan meningkatkan penghasilan susu ibu (milk booster). Alfalfa tablet boleh dimakan begitu sahaja atau dipecahkan menjadi serbuk untuk dijadikan minuman herba.

ESP: Sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. Apa yang perlu anda tahu, badan anda memerlukan 3 elemen penting untuk menghasilkan susu badan iaitu lemak, air dan protein. Jadi, ESP perlu ada dalam menu harian anda. Keperluan protein buat ibu menyusu ialah sebanyak 1.1 grams bagi setial 1 kg berat badan bagi memastikan penghasilan susu badan tidak terjejas. Protein yang disalurkan kepada bayi melalui susu ibu akan turut membantu tumbesaran bayi.

Perlu diingatkan, set ini hanyalah sebagai "alat bantuan" tambahan dalam usaha anda untuk meningkatkan penghasilan susu. Pastikan anda mengamalkan rutin wajib seperti menambahkan kekerapan pam atau direct feeding, dan juga pengambilan air dan kalori yang mencukupi.

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Bajet Breastfeeding di atas? Klik Online Order




Tuesday 5 August 2014

Sambutan Hari Raya Shaklee 2014

[TERBUKA UNTUK SEMUA]

Dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Shaklee Di Melaka pada 09 August 2014 (Sabtu) @ Equatorial Hotel Melaka, 2.00ptg - 5.00ptg.
Banyak aktiviti-aktiviti menarik & cabutan bertuah menanti anda di sana…!!!

Orang-orang Melaka, apa tunggu lagi jom ramai-ramai memeriahkan majlis ini dan jangan lepaskan peluang keemasan setahun sekali bersama Shaklee ini...




Monday 4 August 2014

Shaklee Get Clean Water Filter – Diperbuat Dari BLOK KARBON TEMPURUNG KELAPA

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air PERTAMA yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar/mesra alam.

Get Clean Water Pitcher Shaklee diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan bendasing lain.
Merupakan jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras. Untuk SATU BLOK PENURAS boleh menuras menuras kandungan air sehingga 303 LITER air atau bersamaan dengan 80 GELEN air atau bersamaan 600 botol minuman mineral

Apa yang lebih menarik ialah alat gantinya yang murah. Hanya perlu menukar blok penuras berjaring tu sahaja apabila mencecah kapasiti yang disarankan ataupun setidak-tidaknya boleh tukar blok penurasnya apabila mencecah jangkamasa penggunaan setiap 4 bulan. Kiranya mana yang capai lebih awal. Tak perlu susah payah mencuci filter. Senang kerja...!!!
Kebaikan yang anda perlu tahu…
1.    Kos untuk satu blok karbon ini adalah lebih kurang RM54 sahaja untuk tempoh 4 bulan. Sangat jimat!
2.    Kos cuma beberapa sen untuk seliter air. Lebih kurang RM13 sahaja sebulan.
3.    Ia menggunakan sistem meter automatik untuk menunjukkan berapa banyak air yang telah ditapis. Ini merupakan indikator untuk menentukan masa menukar filter
4.    Sekali tapisan adalah untuk 7 gelas air (lebih kurang 1.5 liter air)

Anda berminat ingin membeli secara terus Filter (3 Pack) di atas? Klik Online Order




Sunday 3 August 2014

Get Clean Water Pitcher Shaklee

Filter Air Bergerak, Mudah, Ringan dan Cepat.

Kalau nak tahu, Shaklee bukan hanya ada vitamin je tau. Penapis air pun ada! Yang bestnya, penapis air ni boleh dibawa kemana-mana sahaja. Ringan.Tak perlu nak sambung ke paip ke atau kena pakai elektrik ke.Tak payah! Hanya tuang jer air paip ke dalam penapis ni, terus dah boleh minum! Tak payah masak pun. Lagi best bila tengah haus terus minum 'fresh-fresh' dari air paip.Tak caya??? Betul, memang sedap..

Ada ker jug air macam nie..?? Bole tapis air kat mana-mana aja..Mudah, cepat & selamat. Memang ada tapi HANYA DI SHAKLEE…Confirm jenama lain memang tak de..

Memang best lah produk Shaklee - Water Pitcher atau boleh juga dipanggil Jug Penapis Air.

Apa yang best Water Picther nie?
a)    Senang untuk dibawa ke mana-mana
b)    Menjiimatkan wang
c)    Jimat elektrik
Get Clean Water Pitcher Shaklee merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jug air yang lain, Get Clean Water Pitcher Shaklee menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Apa tunggu lagi kawan? Cepat buat pilihan bijak bermula hari ini! 
·         Hanya beberapa sen bagi seliter air
·         Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
·         Jag air bermeter automatic pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras. Tidak memerlukan kuasa elektrik
·         Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
·         Menjimatkan kos–air tanpa perlu dimasak

Anda berminat ingin membeli secara terus Get Clean Water Pitcher Shaklee di atas? Klik Online Order




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H | MAAF ZAHIR BATIN | IKHLAS DARI PENGEDAR SAH SHAKLEE MELAKA

Salam sayang buat semua pengunjung blog ini...

Di kesempatan ini, bersempena bulan Syawal yang mulia, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pengunjung blog "Kedai Vitamin Anda" & pengguna produk kesihatan semulajadi Shaklee yang mengenali saya dan keluarga. Saya memohon sepuluh jari sebagai tanda memohon kemaafan atas segala keterlanjuran yang disedari atau tidak disedari, kesilapan yang dilakukan oleh diri ini secara langsung atau tidak langsung.
Bersama Suami & Anak Tersayang Di Pagi Raya
Ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala khilaf; terlanjur kata, tersilap bicara dan terkasar perbuatan. Saya juga memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada kekurangan, salah dan silap sepanjang kewujudan blog ini.  Apa-apa kekurangan mohon diperbetulkan. Insyaallah akan cuba diperbaiki di masa akan datang. Baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang sebaliknya adalah dari diri saya sendiri.

Semoga Ramadhan yang berlalu telah menjadikan diri kita seorang hamba yang lebih baik dari sebelum ini dan semoga Syawal kali ini memberi seribu satu makna kepada kita semua.

Sepanjang hari raya ini, setiap pagi jangan sesekali lupa ambil sebiji B-Complex ye. Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT, selamat semuanya walau di mana anda berada.

Nak beli produk Shaklee: Call/SMS/WhatsApp/WeChat  013-615 1984 (Fiza) dan dapatkan Konsultasi percuma selepas pembelian

Nak jadi ahli Shaklee:  Call/SMS/WhatsApp/WeChat  013-615 1984 (Fiza) untuk pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos member kit ke depan pintu anda ATAU dengan setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA.

Kelebihan sebagai ahli Shaklee: Penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.  Jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Ikhlas daripada:
En. Zaine Hasan
Pn. Norhafizah Nordin
Nurulhana Humaira Zaine
Pengedar Sah Shaklee Melaka (SID 1116367)




Keistimewaan dan Kebaikan VIVIX Shaklee

VIVIX Shaklee mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan VIVIX begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

VIVIX cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Memperbaiki DNA:Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. VIVIX membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. VIVIX sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki Tenaga Sel:Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. VIVIX membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi: Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. VIVIX membantu mengembalikan keremajaan.

10 KEBAIKAN VIVIX
1) Menggalak penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes/kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dalam proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

VIVIX telah terbukti berkesan menyelesaikan masalah penyakit-penyakit serius seperti: -
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis – Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan – lambat sembuh

Di Shaklee, satu produk yang Berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.

Anda berminat ingin membeli secara terus VIVIX di atas? Klik Online Order



Saturday 2 August 2014

Basic-H, Pencuci Organik Shaklee Selamat Dan Menakjubkan

Anda tahu tak dengan menggunakan Basic-H nie ia dapat menyegarkan semula sayur-sayur yang dah kecut tersimpan dalam peti ais. Apa yang perlu anda buat ialah titiskan 3-4 titik Basic-H dalam air pastu rendam sayur tersebut, biarkan 15 minit dan lihatlah hasilnya sayur akan jadi fresh semula. Cuma jika daun sayur dah kuning tu tak bole ler jadi hijau semula… Kalu bertukar hijau tu ajaib la pula…
Memang tak dinafikan keberkesanan Basic-H nie..Jadi selepas ini gunakan Basic-H untuk mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan yang anda beli di pasar daripada racun & bahan kimia sebelum anda masak dan makan.
Pastikan selepas ini anda memiliki sebotol Basic-H dirumah, kerana kehebatannya, jimat kerana hanya perlu beberapa titik sahaja dan kerana anda sayangkan alam semesta ini.

Semestinya Basic-H ini Mesra Alam kerana ramuan semulajadi  yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.

Anda berminat ingin membeli secara terus Basic-H di atas? Klik Online Order