TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Friday 29 August 2014

Siri Mudahnya Berniaga 2014 Dr. Azizan Osman

Alhamdullilah syukur diberikan peluang dan digerakkan hati olehNya untuk hadir ke Siri Mudahnya Berniaga Edisi Khas 2014 yang telah diadakah dilokasi City Bayview Hotel, Melaka pada 23 Ogos 2014 yang lalu..

Allahu Akbar, ramai sungguh yang hadir, yang muda, yang warga emas, OKU, yang pregnant pun ada, Doktor Pakar pun ada, dari Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan respek juga ada yang datang dari Terengganu sanggup bermalam di Melaka semata-mata untuk tidak mahu melepaskan peluang hadir ke Klinik Usahawan anjuran DAO ni.. Yang duduk, yang berdiri, yang bersila…tahniah semua…!!!
Dalam Klinik Usahawan - Siri Mudahnya Berniaga (Edisi Khas 2014), DAO telah berkongsi sedikit ilmu atau tips bagaimana nak pelajari formula pantas dan cara mudah membina perniagaan yang berjaya dan menguntungkan, bagaimana nak menarik kebahagian, kesihatan, kekayaan dan kejayaan di dalam kehidupan dan bagaimana nak ubah hidup dengan memahami langkah kejayaan yang memang telah terbukti...!!!

Khusus buat mereka yang “baru berniaga” atau “baru nak berniaga”, yang berniaga samada full time atau part time, usahawan yang belum berjaya, sedang berjaya atau mahu lebih berjaya, amat-amatlah digalakkan hadir ke Klinik Usahawan seperti ini.

Hidup anda adalah pilihan anda! Anda malas kerana orang malas tidak akan berjaya dan tidak ada ubatnya.

Peringatan dari DAO:-
*Program ini tidak menjamin hidup anda boleh berubah tetapi kami jamin yang hidup anda tidak akan berubah jika anda tidak ada Mentor, Ilmu, Strategi yang betul, Kuasa Tindakan dan Keinginan untuk merubahnya! Kami berikan ilmu kepada mereka yang mempunyai keinginan dan kemahuan untuk bertindak! Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan!




No comments:

Post a Comment