TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Thursday 16 October 2014

Shaklee Labur RM1 juta Bantu 2,000 Keluarga Jaga Kesihatan

PETALING JAYA - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. menyalurkan bantuan berjumlah RM1juta dalam bentuk minuman nutrisi kepada 2,000 keluarga yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih. 

Ia menerusi program "Shaklee Cares For Our Children" yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat. 

Presiden Shaklee, Victor Lim berkata, matlamat penganjuran program bersama Yayasan MyKasih itu menekankan pentingnya pengambilan nutrisi dalam kanak-kanak tempatan untuk meningkatkan kesihatan mereka. 

"Kami komited membantu memberi sumbangan dan pada masa sama mempromosikan gaya hidup sihat melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam program kemasyarakatan kami.

"Nutrisi sangat penting dalam tumbesaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

"Oleh itu, kerjasama dengan pihak yayasan dalam memastikan kanak-kanak ini sentiasa sihat melalui program bantuan makanan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran pengumuman kolaborasi dengan Yayasan MyKasih bagi penganjuran program Shaklee Cares for Our Children.

Shaklee Malaysia bekerjasama dengan MyKasih dalam usaha mencukupkan keperluan nutrisi keluarga, terutama di kalangan kanak-kanak. Dari statistik masih terdapat kanak-kanak di Malaysia yang meninggal dunia akibat kekurangan nutrisi.

Oleh itu Shaklee Malaysia memberi sumbangan dalam bentuk Meal Shakes bagi memenuhi keperluan nutrisi anak-anak ini. Selain dari bantuan kewangan dan barang-barang keperluan asas, Meal Shakes untuk anak-anak dan keluarga ini disumbang oleh pihak Shaklee agar bukan saja dapat menampung keperluan nutrisi, malah mereka tidak perlu risau lagi tentang bekalan nutrisi kerana wang mereka boleh digunakan untuk keperluan lain.

Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Tan Sri Datin Paduka Seri Hjh Zaleha Ismail yang juga merupakan pengerusi Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia.

Notakaki: KLIK SINI jika anda ingin tahu kebaikan & khasiat Meal Shakes



No comments:

Post a Comment