Salam hujung minggu semua pembaca blog
Kedai Vitamin Anda!
Kali ni saya nak berkongsi petua
mengecilkan pori-pori wajah dan membuatkan kulit anda lebih lembut, halus dan
segar. Siapa yang tidak mendambakan kulit yang halus tanpa cela? Baik lelaki
mahupun perempuan, masing-masing ingin memiliki kulit yang cantik, licin dan
berseri. Saban tahun, kita dapat melihat pelbagai lambakan produk kecantikan dijual
di pasaran ekoran permintaan yang tinggi terhadap produk sebegini.
Produk kecantikan yang ada di pasaran
sememangnya memberikan kesan yang nyata, namun perlu diingat bahaya bahan kimia
yang ada dalam setiap produk akan memberikan kesan buruk dalam jangka waktu
panjang.
Jadi salah satu alternatif yang boleh
digunakan bagi menggantikan produk kecantikan berkimia ini adalah melalui
penggunaan bahan-bahan semula jadi. Salah satu bahan semula jadi yang terbukti
berkesan untuk kecantikan kulit wajah adalah telur ayam.
Caranya,
1. Pecahkan sebiji telur ke dalam bekas. Ambil putih telur sahaja.
2. Sapukan putih telur rata pada wajah seperti masker.
3. Tunggu sehingga kering dan wajah terasa tegang
4. Akhirnya, bersihkan masker menggunakan air suam.
1. Pecahkan sebiji telur ke dalam bekas. Ambil putih telur sahaja.
2. Sapukan putih telur rata pada wajah seperti masker.
3. Tunggu sehingga kering dan wajah terasa tegang
4. Akhirnya, bersihkan masker menggunakan air suam.
Setelah bersih rasakan perbezaannya.
Mudahkan? Tetapi pastikan jangan bercakap atau ketawa ketika masker masih di
muka ya
Khasiat yang terkandung di dalam putih
telur dapat menjadi solusi untuk anda yang mengalami masalah kulit wajah
seperti kulit kering dan berminyak serta berjerawat. Di dalam putih telur,
terdapat sumber protein seperti Fosforus, Kalsium, Zink dan Potassium. Selain
itu, putih telur juga mengandungi Asid Amino yang baik untuk membentuk
kesihatan otot tubuh. Telur juga memiliki banyak vitamin B2 dan B3 yang
berupaya untuk mengatasi masalah jerawat serta dapat menghilangkan bintik-bintik
hitam, menghalus dan melembapkan kulit, mengecilkan pori-pori dan mencerahkan
wajah.
Sebagai alternatif kepada putih telur,
anda juga boleh menggunakan Alfalfa, ESP, Vitamin C dan Vitamin E Shaklee
sebagai masker.. salah satu cara yang memang rata-rata pengguna Shaklee tahu
hasil dan kesannya penggunaanya.. yang penting Shaklee dari 100% dari bahan
semulajadi, halal dan berdaftar dengan KKM.
Nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan
dan khasiat Alfalfa, ESP, Vitamin C dan Vitamin E Shaklee, boleh klik link di bawah: -
>> Alfalfa
>> Vitamin C
>> Vitamin E
No comments:
Post a Comment