TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Monday 20 October 2014

Bahaya Krim Pemutih Wajah

Pemutih wajah merupakan salah satu produk kosmetik yang paling dicari oleh kaum wanita. Banyak wanita yang berpendapat bahawa putih itu cantik, maka mereka sanggup melakukan apa sekalipun demi memutihkan kulit wajah. Salah satunya dengan menggunakan produk pemutih. Akan tetapi, kebanyakan kaum wanita tak berpikir panjang mengenai efek dari produk pemutih tersebut. Yang mereka fikirkan hanyalah bagaimana memutihkan wajah dengan cepat dan dengan kadar segera, walaupun krim pemutih wajah tersebut mahal harganya.


Di negara kita terlalu banyak sangat promosi jualan krim pemutih kulit/wajah baik di akhbar, jualan langsung di Shopping Complex mahupun di salun-salun kecantikkan. Kulit orang Malaysia yang kebanyakkan sawo matang dan hitam manis membuatkan bahan kosmetik ini laris dan pelanggan mahukan yang mempunyai efek pemutih yang cepat.

Perasan tak, selalunya promosi mengatakan kulit akan menjadi putih dalam tempoh waktu singkat, ada tu dalam masa 3 hari jer boleh putih, kononnya. Maka banyak persoalan pula yang timbul.

a)    Adakah benar promosi tersebut?
Ia, memang benar.

b)    Bagaimana boleh jadi begitu cepat kesan memutih?
Disebabkan oleh kandungan ‘kortikosteroid’ di dalam krim itu yang membolehkan kulit wajah menjadi cerah dalam waktu yang singkat.

c)    Adakah ‘kortikosteroid’ ini berbahaya?
‘Kortikosteroid’ tidak merbahaya malah sering digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kulit.

d)    Jadi, ‘kortikosteroid’ di dalam produk pemutih kulit itu selamat digunakan?
Tidak selamat. ‘Kortikosteroid’ digunakan untuk merawat penyakit kulit tertentu sahaja dan penggunaan jangka panjang akan menimbulkan banyak kesan sampingan.
Produk krim pemutih wajah digunakan sehari-harian, malah ada yang 3 kali sehari. Jumlah ‘kortikosteroid’ di dalam produk ini juga tinggi supaya kesan memutihkan wajah menjadi semakin cepat. Keadaan ini dipanggil ‘overdose kortikosteroid’.

Penggunaan produk ini sememangnya memberi kesan pemutihan yang cepat namun begitu terdapat banyak kesan sampingan yang akan timbul terutama di wajah. Kalau di tangan mungkin kita tidak terlalu kisah tetapi wajah ni objek paling berharga terutama wanita.

Oleh yang demikian, berhati-hati kaum wanita di luar sana, carilah alternatif lain jika benar ingin memutihkan kulit. Gunakan cara semulajadi yang lebih berkesan dan selamat. Jika anda ingin mengetahui cara atau kaedah yang selamat, KLIK SINI.



No comments:

Post a Comment