TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Wednesday 8 April 2015

DIA Bangunkan KITA Pada Malam Hari… !!!

Kadang-kadang kita terjaga waktu tengah malam . Pukul 2-3-4 pagikan.. Bila terjaga tu apa kebiasaan yang kita buat? Yang saya perasan, kita cuma bangun tidur pergi toilet buang air atau ke dapur minum air atau pun tidur semula dibuai mimpi yang ‘indah’. Adakah kita mengambil peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah? Wallahu a'lam…

Ketahuilah, sebenarnya bukan sengaja Allah kejutkan kita. Bukan sebab Allah nak kacau tidur kita tapi sebab Allah rindu dengan kita.. Allah nak dengar rintihan kita.. Allah kejutkan kita sebab DIA betul-betul rindu pada KITA.. Apabila kita terbangun pada waktu tengah malam, tu petanda panggilan kasih sayangNya.

Ya Allah… tiba-tiba rasa syahdu pulak bila tulis post nie… sebab saya pun tidak menggunakan sebaik mungkin masa tersebut… Kalah dengan pujuk rayu ‘mereka’…

Allahu Akbar.. Indahnya kalu kita dapat bercinta dengan Allah senyap-senyap, dalam suasana yang tenang, dalam kepekatan malam.. Benar-benar buat kita rasa kerdil sangatkan…


Antara kelebihan orang yang rajin buat Solat Tahajjud:
  1. Mukanya berseri-seri
  2. Memperolehi ketenangan jiwa sama ada ditimpa kesusahan atau tidak
  3. Hatinya bersih dan mudah menjauhi kemungkaran
  4. Doa dimakbulkan Allah
  5. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah
  6. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas
  7. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari
  8. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai
  9. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan
  10. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT
  11. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi
  12. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  13. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim
Kalau lah ada sesiapa selepas membaca post saya ni, nak mudahkan bangun solat malam, cuba amalkan tips ni:
  1. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur kita mencukupi
  2. Ambil wuduk sebelum tidur
  3. Sebelum tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud
  4. Maafkan semua orang sebelum tidur
  5. Tidur menghadap ke kanan
  6. Baca Doa
-       Subhanallah (33 kali), Alhamdulillah (33 kali) and Allahu Akbar (34 kali) - Jumlah 100 kali
-       Surat Al-Ikhlas, Surat Al-Falaq, Surat An-Nas dan Surat Al-Kafirun 
-       Ayat Kursi

  1. Hindar hal yang makruh sebelum tidur
  2. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang

Rasulullah SAW pun ada bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Sekarang kita semua sudah tahu apa kebaikan Solat Sunat Tahajjud, bolehlah selepas ni buat pilihan samada nak mulakan atau tidak yer..



No comments:

Post a Comment