TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Tuesday 30 September 2014

Meriahnya Sambutan Master Celebration Shaklee

Adoi ler…!!! Majlis Shaklee Master Celebration (MasCel) Master Siti Farhana & Ahmad Firdaus dah lama pun berlangsung di Marriott Putrajaya pada 20 September 2014 yang lalu… tapi baru ler berkesempatan nak update blog... kiranya dah basi ler cite nie yer... Tapi saya tak kira la, saya nak share gak dengan pengunjung blog saya nie..

Syukur Alhamdulillah, berkesempatan juga akhirnya saya hadir ke majlis nie... dan yang paling teruja sangat sebab inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke hotel nie. Teruja punya pasal, kul 12 tengahari kita orang dah terpacak kat hotel tu… Lawak jer, sampai krew kat situ pun tegur “awalnya akak sampai, majlis kul 3 baru mula”.. Nak cover punya pasal jawab jer ler “takut jalan jam bang oii”… hehehe..

Anda mungkin nak tahu apa tu MasCel…???

Shaklee Master Celebration (MasCel) sebenarnya adalah suatu majlis yang diadakan oleh pihak Shaklee untuk meraikan Master Coordinator iaitu rank terakhir dalam Shaklee…..Kiranya macam majlis pengiktirafan dari Shaklee. Jangan terperanjat pula tau sebab setiap kali pihak Shaklee menganjurkan majlis Master Celebration, sekitar RM50,000 akan diperuntukkan. WOW…!!! Banyaknya…Terima kasih Shaklee.

Kenapa saya nak sangat hadir ke majlis seperti ini? Sebenarnya, saya dah plan awal-awal nak peluk si Nana Macarona tu... suruh melekat aura Master dia tu kat saya nie… Alhamdullilah, hajat tu tercapai... Iye ler, mana tau bila dah datang majlis nie terkena tempias jadi “Master” satu hari nanti. Insyaallah…

Bestnya saya dapat bawa sekali salah seorang anak didik saya dari Empayar Brightstar Leader (BSL) ke majlis nie. Biar terbuka sikit minda tu, tengok macam mana orang lain boleh berjaya, ambil tips macam mana nak berjaya juga. Nasib baik la, anak didikku nie pun berkobar2 nak pegi MasCel.

Selepas selesai makan-makan, maka bermulalah acara masuk dewan dengan perarakan semua Master-Master yang hadir dan diikuti yang terakhir Master yang diraikan. Adoi…!!! Naik bulu romaku masa ni.. dah macam arak pengantin lak…

Dah tak nak tulis panjang-panjang, citer pun dah basi, jom layan gambar-gambar sekitar majlis MasCel Master Siti Farhana & Ahmad Firdaus.






Kesimpulannya, peluang hadir ke Master Celebration ni sangat menarik sekali. Mana tau satu hari nanti, saya suami isteri pula hadir sebagai “Master Coordinator”… 




No comments:

Post a Comment