TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Saturday 27 September 2014

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

1. Belilah beberapa buah kerusi/bangku dan letakkan di dalam Masjid/Surau/Madrasah supaya dapat digunakan oleh jemaah yang sakit, uzur, warga emas dan jemaah yang ingin menggunakannya disaat solat.

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang singgah kelak kerumah anda.

3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji/upah harian/mingguan/bulanan dan disumbangkan kepada anak-anak yatim dan orang miskin.

4. Sentiasa sediakan wang kecil didalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

5. Letakkanlah sebuah kotak di dalam bilik tidur. Setiap kali anda merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak tersebut sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Jika hadir dalam mana-mana acara keramaian/kenduri-kendara, belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk bersedekah kepada orang-orang yang memerlukannya nanti.

7. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu dan niatkan untuknya bersedekah.

8. Belilah Al-Quran dan letakkan di Masjid/Surau/Madrasah. Bayangkan berapa banyak pahala yang anda dapat daripada setiap huruf yang mereka baca.

9. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doamu setulus ikhlas hati.

10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu.

12. Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa, ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita yang telah meninggal dunia.

13. Kirimkan setiap mesej kebaikan kepada kenalan anda.

Selamat bersedekah.




No comments:

Post a Comment