TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Friday 5 December 2014

Darah Tinggi dan Shaklee!!

Sihat hari ini atau baru balik jumpa Doktor? "Bad news" lak Doktor cakap ada darah tinggi? Atau memang ayah ibu ada masalah darah tinggi?

Ingat, jangan ambil mudah dengan masalah tekanan darah tinggi. Ia perlu dirawat dan dicegah dengan sebaik mungkin. Ia dikenali sebagai "silent killer" atau pembunuh senyap kerana tidak memberikan sebarang gejala, tanda dan simptom. Itulah bahaya yang anda perlu tahu.

Sebelum tu, jom kita berkenalan dulu dengan penyakit ini. 

Apa itu Tekanan Darah?
Tekanan darah ialah apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
Tekanan darah diukur dalam dua bacaan. Contoh bacaan normal ialah 120/80 dan bacaan darah tinggi adalah 140/90. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Maksud Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi berlaku apabila saluran darah (arteri) yang sempit akibat kolesterol dan lemak yang berkumpul menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi saluran darah yang sempit itu. Darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk sampai ke tisu badan.
Lama-kelamaan mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai Aterosklerosis. Jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar). Sangat bahayakan..

Ayuh, saya kongsikan sedikit cara turunkan darah tinggi secara tradisional serta apa supplement yang selamat untuk diambil oleh pesakit darah tinggi.

1. Minum jus air belimbing atau blend buah epal hijau dan buatkan jus.

2. Kalau ada daun pegaga pun boleh dibuatkan jus dan minum airnya.

3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat. Tenangkan fikiran.

4. Bacalah ayat suci Al-Quran atau surah pendek semasa berehat dan concentrate semasa baca kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit.

5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram.

6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim ataupun lebihkan sayur-sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber).

7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!


Selain tu, produk supplement SHAKLEE juga memang boleh membantu! Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-


1. CoQ Heatlh Plus
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan. Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.


2. Garlic
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
- Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- Menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah


3. OmegaGuard
Omega-3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5,000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega-3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

Atau

Terus ambil 1 jenis supplement sahaja iaitu VIVIX - mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak unggu yang kaya dengan PolIfenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat anti-oksida dan anti-penuaan semulajadi. VIVIX adalah pilihan terbaik. Tak payah susah-susah lagi nak ambil banyak jenis suplemen atau pil. Hanya ambil satu sudu teh sehari dan hasilnya memang menakjubkan. Ye la, badan kita kan terdiri daripada sel. Jika sel ini dilindungi dan dipelihara kesihatannya dengan baik, jadi semua fungsi badan yang lain juga akan baik.

Sekarang ini, tepuk dada, tanyalah pada diri sendiri. Adakah anda masih lagi berkira dengan nikmat kesihatan sedangkan ramai yang sudah menarik nafas lega selepas mengambil supplement SHAKLEE? 

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Tekanan Darah Tinggi di atas? Klik Online Order 

ATAU membeli secara terus VIVIX di atas? Klik Online Order




No comments:

Post a Comment