TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Wednesday 17 December 2014

Resdung Dan Shaklee

Lazimnya, kebanyakkan orang mempunyai penyakit resdung samada ditahap kronik ataupun tidak. Penyakit resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia. Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama “Sinusitis”. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut.

Tanda-tanda Menghidap Resdung
Hidung selalu tersumbat
Lendir dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat pada muka terutama kawasan di antara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tak sihat berpanjangan
Gatal hidung, kerap bersin dan sebagainya

Punca Penyakit Resdung
Resdung adalah alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luar biasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak.

Apabila kita mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak secara semulajadi. Seterusnya, ianya akan menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Jika udara tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.

Apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini?

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Struktur hidung yang tidak normal akibat daripada tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ”senget”  atau tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Selain itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. Resdung boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Bagaimana Resdung Terjadi?
Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil yang dinamakan 'ostium' ke dalam rongga hidung. Apabila 'ostium' tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari. Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat. Ini kerana mukosa hidung dilengkapi dengan sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.


Komplikasi Penyakit Resdung
·      Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
·      Jangkitan otak (meningitis)
·      Sakit tekak yang kronik
·      Jangkitan tulang muka
·      Memburukkan keadaan lelah
·      Berdengkur yang kronik
·      Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
·      Alahan hidung atau hidung sensitive
·      Selesema yang melarat.

Petua Mencegah Resdung
√ Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
√ Elakkan daripada menggunakan cadar atau selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
√ Selalu bersihkan karpet dengan menggunakan vacuum cleaner
√ Pakai penutup hidung semasa hendak membersihkan rumah
√ Banyakkan meminum air suam/mineral
√ Jagalah kebersihan muka
√ Elakkan memakan makanan yang mengundang pada alahan (contoh: makanan laut)

Cadangan Vitamin Shaklee
Set Resdung Shaklee yang mempunyai 3 supplement iaitu Alfafa Complex, B-Complex dan Vitamin C disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini!

Alfalfa Complex
·      Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
·      Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
·      Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement.

B-Complex
·      Kandungan B6 dalam B-Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
·      Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, BComplex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
·      Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C
·      Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
·      Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
·      Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi yang diselidik dan diuji secara klinikal, selamat dari bahan-bahan kimia berbahaya dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Jadi, kepada penghidap resdung di luar sana, saya memang sarankan anda mencuba Set Resdung Shaklee ini. 

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Resdung di atas? Klik Online Order



No comments:

Post a Comment