TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Sunday 14 December 2014

Vitamin B-Complex Ibu Segala Vitamin

Mungkin kita biasa dengarkan.. makan vitamin B-Complex nanti boleh jadi gemuk sebab selera makan bertambah. Namun hakikatnya, bukan vitamin yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan mudah berlaku bila makanan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga sepenuhnya. Di sinilah vitamin B-Complex memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita kerana ia dapat berfungsi seperti ‘starter plug’ yang akan menukarkan gula menjadi tenaga. Bila makanan dapat ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan kegemukan dapat dielakkan.

Kekurangan vitamin B-Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B-Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B-Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Antara tanda-tanda tubuh kekurangan B-Complex?
· Sensitif
· Keletihan
· Mudah marah
· Mudah merajuk
· Emosi yang tidak stabil
· Kemurungan
· Sembelit
· Mudah panic
· Darah gemuruh
· Kurang selera makan
· Kulit wajah nampak kusam

Tahukan anda vitamin B-Complex adalah vitamin larut air. Oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan vitamin B. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari.

Mungkin ada sesetengah yang berpendapat mereka sudah dapat zat yang mencukupi dengan masak sendiri setiap hari. Namun tahukan anda zat makanan mudah hilang dengan cara masakan, cara penyimpanan dan cara penyediaan.

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia kurangnya sel darah merah (hemoglobin low)


Siapa individu yang perlukan vitamin B-Complex?
· Mereka yang terdedah kepada sinaran matahari.
· Mereka yang terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak.
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine.
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan.
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda.
· Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya.
· Wanita yang mengambil pil perancang.


Oleh itu, bermula dari hari ini bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya walaupun hanya 1 biji sehari.



1 botol B-Complex Shaklee mampu menampung selama 4 bulan pengambilan. Jadi dapatkan segera B-Complex Shaklee untuk keperluan Vitamin B lengkap anda. Keistimewaan vitamin B-Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B yang lengkap iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

Anda berminat ingin membeli secara terus B-Complex Shaklee di atas? Klik Online Order



No comments:

Post a Comment