TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Wednesday 4 June 2014

PART 3: Kenapa Nak Kerja Di Rumah? Kenapa Tak Nak Makan Gaji?

Belajar tinggi-tinggi… sampai Universiti... sampai oversea… tapi last-last nak duduk rumah je?!!! Belajar sampai dapat Degree... mesti nak kerje opis, kerje gomen, keje makan gaji… tak gitu ke? Dulu mungkin sesuai tapi sekarang bila dikaji rupanya 9 dari 10 pintu rezeki adalah dari perniagaan… Kalau kita lihat ramai yang bekerja dari rumah lebih kaya dari yang makan gaji…betul tak?? Mereka bebas tidak terikat dengan masa… waktu bekerja adalah fleksibel!!! Kalau betul-betul kena pada tempatnya, bisnessnya, saya rasa boleh dapat lebih dari kerja yang makan gaji.

Cukuplah rasanya hampir 17 tahun saya kerja makan gaji, menghambakan diri pada syarikat dan bila dikaji rupanya penat lelah selama nie tak memberi makna langsung pada syarikat... Mereka hanya perlukan khidmat kita sahaja semata-mata... pengakhirannya baru tahu mereka tak hargai langsung apa pun yang kita buat selama nie... Itu pengalaman saya lah bekerja dalam tempoh yang agak lama tanpa bertukar tempat kerja, kononnya setia pada yang satu, kononnya kontrak mati… chittt.. porahh... Selepas kejadian ini baru terdetik dihati ini untuk bekerja hanya dari rumah... Terasa sia-sia pengorbanan selama ini… sedih sangat-sangat…
WAHM @ Work At Home Mom...satu perkataan yang cukup popular & sangat trend sekarang… Zaman millenium ni rasanya dah ramai ibu-ibu yg bekerja hanya dari rumah. Mungkin saya agak ketinggalan…tak pe Insyaallah masa untuk WAHM akan tiba...bakal tiba…Insyaallah.. J

Kalau dulu ibu yang bekerjaya adalah satu trend tapi sekarang WAHM adalah trend terbaru. Ramai orang bercerita pasal WAHM, WAHM, WAHM… Kalau dulu pagi-pagi ada yang nak rushing hantar anak-anak ke rumah babysitter, rushing nak siapkan anak-anak pergi sekolah.... rushing nak buat sarapan… rushing nak bersiap-siap untuk ke pejabat... takut jammed lagi… sekarang semua mereka yang bergelar WAHM tak perlu risau semua tu lagi… seronokkan?? Kita boleh cuti sesuka hati, kalau anak sakit ke, demam ke, ada emergency ke... tak payah susah-susah nak apply cuti. Buatnya cuti dah habis... Unpaid Leave pulakkkk... oohh... letih la gitu.
Bila Hati Dah Nekad...

Untuk seseorang yang nekad memilih kerjaya terbaru sebagai WAHM @ Work At Home Mom... pertama kita perlu ada perancangan yang baik. Memang tak boleh dinafikan, hidup memerlukan duit, tapi beringat yer… duit bukanlah segalanya dan janganlah sampai kita jadi hamba duit… Walaupun tak sebanyak atau semewah mana... yang penting cukup untuk menampung dan membantu belanja-belanja dapur, kalau dapat lebih itu rezeki yang Allah bagi pada kita. Bersyukur...

Sepanjang bekerja makan gaji nie... saya lebih fokuskan matlamat "BEBAS KEWANGAN" agar satu hari nanti saya dapat berhenti kerja dengan hati yang tenang. Saya cuba berusaha untuk menghabiskan segala tanggungan hutang-piutang yang ada secepat mungkin... Tapi saya tak fikir saya mampu…ditambah dengan hati yang tidak berapa seronok bekerja selepas pengalaman kerja sebelum ini..

Pengalaman bekerja ditempat lama sememangnya menusuk ke hati hingga ke saat ini… Alhamdullilah Allah beri peluang bekerja di syarikat yang lebih baik… tapi kekerapan outstation membuat saya rasa lebih penat…penat…penat.. bukan penat badan tapi penat sebab perlu fikirkan suami, anak, mak yang ditinggalkan.. sape yang nak memasak untuk mereka ya??? Ya Allah… mak yang buat semua tu.. mak tak sihat… tapi mak gagahkan dengan gunakan sebelah tangan buat semua kerja tu??? Mak tak sampai hati kata nye... itu lah mak... pengorbanan seorang mak… Semoga Allah mengampuni segala dosa mak dan menempatkan mak kelak di Syurga ya... **menitis air mataku dikala ini**
Hanya Allah sahaja tempat aku mengadu dan Allah jua yang tahu perasaan ku di kala ini....

Inilah juga salah satu punca “aku mesti cari kerja lain, duduk rumah, tak nak nyusahkan mak lagi”… Aku mesti… Aku mesti… Aku mesti… Setiap kali solat, berdoa, agar Allah permudahkan segala urusan saya, kabulkan doa saya… Mungkin orang lain atau suami pun tak dapat menyelami perasaan saya diketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya telah membuat banyak dosa kerana membebankan mak saya…I Really Love You Mum… Mak.. doakan juga anak mak berjaya dalam perniagaan ni.. dengan hasil perniagaan inilah anak mak ni dapat bagi duit belanja mak bulan-bulan.. Tak mungkin akan aku minta duit hasil penat lelah kerja suami.. tak mungkin sama sekali… Kami adik beradik memang dilahirkan dari keluarga yang agak susah dan diajar untuk tidak meminta.. jadi sehingga dah bersuami pun masih terikut-ikut untuk tidak meminta apa-apa darinya.. Apa yang diberi, apa yang dihadiahkan, diterima dengan satu perkataan Alhamdullillah…

JADI KESIMPULANNYA KERJA DARI RUMAH.. IMPIAN NAK RILEKS DI RUMAH TAPI MESTI BERDUIT!!!

**Nak baca lagi, tunggu Part 4 pula yer….Insyaallah



No comments:

Post a Comment