TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Tuesday 3 June 2014

PART 2: Kenapa Nak Kerja Di Rumah? Kenapa Tak Nak Makan Gaji?

Sekarang zaman sudah moden. Wanita pula ramai yang bekerja. Mungkin, kaum wanita yang bekerja sudah pun melebihi kaum lelaki, baik dari segi bilangan mahupun pangkat. Ada yang bekerja untuk membantu suami, ada pula kerana si suami tak hirau tanggungjawab sebagai ketua keluarga, ada yang bekerja kerana mengejar harta dunia, ada pula untuk melangsaikan hutang-piutang, ada yang untuk saja-saja, suka-suka dan hilang bosan, ada yang cuma ikut-ikut orang jer, ada yang terpaksa takut risau apa orang lain kata atau perli nak jadi “Pengganggur Terhormat ker”??? Jadi anda yang mana satu???

Saya?? Saya pilih yang no 1… yer membantu si suami, serta membalas jasa baik mak dan arwah ayah.. rasa tak puas lagi membalas jasa mereka… Kalu tak bekerja macam mana nak bagi mak ayah duit??? Tak kan nak minta duit suami??? Tak patut ler pula rasa nyer…

Ya!! Soalan sinonim bagi seorang lepasan graduate, "Lepas ni nak kerja apa?". Baik orang kampung atau bandar, tua atau muda, rata-rata manusia mempunyai mentaliti 'rugilah belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja'. Betul tak??

Saya juga adalah seorang graduate dari University of North London, UK… bunyi macam gempak jer.. perggg.. graduate oversea.. takkan balik Malaysia tak nak kerja lak?? Buat abis duit MARA taja belajar jauh2, nak menggangur lak… betul gak tu…tapi apa yang duk sibuk-sibuk nak kerja hanya dari rumah?? Mesti ada rahsia yang tersembunyikan….Rahsia nie ler yang sama nak kongsi bersama anda pembaca blog sekalian.. J
Kini sudah bertukar nama ke "London Metropolitan University"...Ini laluan harian ku sewaktu belajar dulu..

Namun, pernahkah kita terfikir dan bertanya, "Di manakah tempat seorang wanita dalam Islam?" Apakah di luar rumah atau di dalam rumah? Hal ini tidak dilepas pandang dalam Islam sebenarnya...Seperti yang dijelaskan dalam hadith yang penuh bermakna dan mendalam maksudnyer nie..

"Seorang lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seseorang isteri menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kalian pimpin."

Sebenarnya, kalu difikir-fikir sedalam-dalamnya, adalah baik untuk para ibu berada di rumah demi mendidik anak-anak dan supaya mereka mendapat perhatian ibu yang amat penting ketika mereka membesar. Sekiranya ibu keluar bekerja, siapakah peranan mendidik anak yang ditinggalkan? Jiran? Pengasuh? Mak? Kesian, anak-anak membesar tanpa cukup kasih sayang dan perhatian kita sebagai ibu kan....
Sebenarnya, anak-anak kita mahukan ibu mereka berada di sampingnya tapi anak-anak tak berani nak cakap... Perhatikan anak-anak kita apabila si ibu mengambil cuti atau balik awal, cukup gembira hingga tak terkata. Betul tak?? Kalau si ayah, mereka tak berapa nak heran sangat....

Cuba lihat wanita yang baru habis pantang dan perlu sambung bekerja, mudah atau payah? Bagi yang kata nampak senang sahaja, alamilah sendiri. Bahkan, ramai kaum ibu yang bekerja kalau diberi pilihan pasti mahu berhenti kerja, sebab penat....penat....penat....Mana tidaknya, pagi-pagi keluar ke pejabat (tak masuk lagi bab kesibukan jalanraya), balik kerja ada tugasan-tugasan rumah yang perlu diselesaikan, masak lagi, anak-anak pula nak perhatian juga.

Ada pula yang menggunakan alasan "Berbaktilah Kepada Negara". Berbaloikah anak-anak terabai atas alasan berbakti kepada negara? Usahlah berkata tentang bakti kepada negara sekiranya bakti kepada keluarga pun tidak mampu kita laksanakan!!!

JADI KESIMPULANNYA KERJA DARI RUMAH.. IMPIAN NAK RILEKS DI RUMAH TAPI MESTI BERDUIT!!!

**Tunggu sambungan Part 3 yer...dah macam novel lak..



No comments:

Post a Comment