TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Thursday 15 September 2016

SET EKZEMA SHAKLEE

Assalammualaikum,

Memang mencabar entry blog kali ini,
SET EKZEMA SHAKLEE nama diberi,
Nanti klong sediakan semua maklumat terperinci,
Korang semua baca dan ambil serius nanti…

Hehehe.. jangan marah..

Pembuka bicara,
Berpantun sekali sekala..
….
Nampak…kau ada…???
Hahaha.. melalut jer klong ni..


APA ITU EKZEMA?
Ok.. straight to the point, ramai ker yang tak tahu lagi apa itu EKZEMA? Sebab klong sendiri pun tak tahu detail apa itu EKZEMA.. Kalau sama-sama tak tau, yok kita study dulu..

EKZEMA sebenarnya merupakan masalah penyakit kulit. Keadaan kulit dimana menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Menurut kajian, penyakit EKZEMA mempunyai pertalian genetic dimana sekiranya salah seorang samada ibu atau bapa merupakan penghidap EKZEMA maka secara automatik ia akan memberi kesan genetic tersebut kepada anak-anak… Oooo, bermakna EKZEMA ni penyakit genetic la yer… baru tau…!!!!

EKZEMA ni kira benda baru bagi klong sebab dalam family klong memang tak pernah ada yang kena. Syukur alhamdullilah.


Penyakit EKZEMA boleh dihadapi oleh pelbagai peringkat umur dan BUKAN penyakit berjangkit.
a)    Kebiasaannya bagi orang dewasa, EKZEMA akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut.
b)    Sementara bagi bayi pula kebiasaan menyerang bayi berumur diantara 2-6 bulan dan tanda-tanda EKZEMA jelas kelihatan pada bahagian pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala.

Penyakit ini menyerang tidak kira masa.. ada yang mengidap EKZEMA sejak bayi dan ada pula yang mendapat EKZEMA ketika dewasa.

Apa maksud sebenar EKZEMA yer?
Ada yang tau ker?
Macam ni lah, senang citer klong assume semua orang tak tau jer lah yer..
Sebenarnya, perkataan EKZEMA (ECZEMA) tu berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud ‘mendidih’ dan berkataan EK bermaksud ‘keluar’. Kalau dalam bahasa Yunani pula, zema tu bermaksud ‘mendidih’..

Ia terbahagi kepada 2 jenis EKZEMA.
1.    ACUTE ECZEMA
a)    Erythema: Kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
b)    Papules: Pembentukan tompok-tompok merah

2.    ECZEMA KRONIK
a)    Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
b)    Kulit menebal kasar dan berkedut

Isyyyy… takut pula dengan EKZEMA ni.. ingat EKZEMA ni tak serius mana pun.. tapi rupanya boleh tahan serius gak yer… don’t play play.. huuuuu…


APAKAH SIMPTOM AWAL PENYAKIT EKZEMA?
Antara simptom awal yang dapat dikesan ialah: -
1.    Kulit akan pecah dan merekah
2.    Kawasan kulit tertentu akan koyak
3.    Kulit terasa sangat kering
4.    Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
5.    Menggaru menyebabkan kulit terasa seperti menebal
6.    Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
7.    Kulit kelihatan seperti ada tompok, lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu


APAKAH PUNCA ATAU FAKTOR EKZEMA?
Jom kita ambil tahu pula bagaimana EKZEMA ni terjadi. Apakah puncanya?
.
.
.
.
.
.
Pulakkkkk…
Kalau nak tahu, sehingga ke saat ini, punca sebenar EKZEMA masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya… Namun begitu berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa kemungkinan punca atau faktor-faktor dalaman atau luaran yang telah dikenalpasti.

Antaranya:
1.    Pencemaran udara
2.    Terdapat sejarah penyakit ini didalam keluarga (genetic)
3.    Perubahan emosi (resah dan stress)
4.    Alahan kepada;
a)    Makanan dan bahan pengawet
b)    Persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
c)    Bahan pencuci (sabun, detergen)
d)    Pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
e)    Fabric tertentu
f)     Cuaca yang panas
g)    Kuat berpeluh
h)    Air berklorin tinggi


BAGAIMANA KITARAN EKZEMA?
EKZEMA ni tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan ‘allergens’ atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering, yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah dibawah.



LANGKAH MENGELAKKAN EKZEMA MENJADI SEMAKIN TERUK
Menurut pakar kulit, penyakit EKZEMA tidak dapat sembuh sepenuhnya. Namun rawatan dan perhatian yang intensif dapat mengurangkan penyakit tersebut daripada menjadi lebih kronik. Yang paling penting, pesakit perlu mendisplinkan diri dengan penjagaan makanan, pakaian, selalu bersenam dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Oleh demikian, dicadangkan:
1.    Pakaian
a)    Pakai pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas
b)    Elakkan memakai pakaian yang ketat serta tidak menyerap peluh

2.    Pemakanan
a)    Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
b)    Elakkan makan makanan yang mendatangkan alergik seperti makanan laut, kekacang dll

3.    Persekitaran
a)    Mewujudkan pengudaraan yang baik ditempat tinggal
b)    Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana
c)    Sentiasa menukar cadar dan selimut
d)    Menggunakan sarung tangan (jika perlu)

4.    Sikap
a)    Elakkan terdedah kepada matahari yang kerap
b)    Elakkan mandi dengan air panas
c)    Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru
d)    Sentiasa mematuhi arahan doctor


BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU MERAWAT EKZEMA?
InsyaAllah, dengan mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten, ia dapat membantu merawat EKZEMA. Alhamdulillah, ramai customer yang mendapat rawatan bersama SET EKZEMA SHAKLEE beri feedback positif. Memang akan nampak perubahan yang cepat dan sangat ketara! Kiranya memang berbaloilah keluar duit beli supplement SET EKZEMA SHAKLEE ni. Lagi pun supplement Shaklee bukan drugs dan semua natural. So, CONFIRM tak der side effect yang pelik-pelik.


 Apa supplement Shaklee yang terbaik bagi pesakit EKZEMA? Jom teruskan membaca…


A.   Bagi bayi berusia bawah 1 tahun
Kepada ibu yang menyusukan anak yang menghidap EKZEMA, disarankan untuk mengambil:


1.    Omega Guard
2.    Energizing Soy Protein (ESP)
~Khasiat dan kebaikkan daripada pengambilan Omega Guard dan ESP, dapat disalurkan kepada bayi melalui penyusuan susu ibu kelak~

3.    Herbal Blend Cream - Manakala Herbal Blend Cream boleh disapu kepada kulit bayi bagi tujuan mengurangkan rasa kegatalan dan pedih luka.
*TIDAK sesuai bagi ekzema berair

4.    Vitamin E - Untuk luka-luka pada kulit pula, boleh sapukan Vitamin E ini (gunting sedikit dihujung kapsul)


B.   Bagi kanak-kanak berumur 1 tahun keatas


1.    Ambil Omega Guard bagi mengawal dan merawat EKZEMA, menguatkan membrane sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan

2.    Selain itu, ambil juga Meal Shakes yang diperkaya dengan mineral dan multivitamin untuk kesihatan tisu kulit serta menghilangkan parut.

3.    Kombinasi Herbal Blend Cream dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka akibat EKZEMA.
      *TIDAK sesuai bagi ekzema berair


C.   Bagi remaja dan dewasa


1.    Energizing Soy Protein (ESP) – Sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat EKZEMA. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal sihat dan gebu.

2.    Omega Guard – Berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan kerana penghidap EKZEMA menpunyai kulit yang sensitive.

~Gabungan ESP dan Omega Guard memastikan EKZEMA tidak terus merebak dan memelihara kulit dari dalam~

3.    Vitamin E
4.    GLA Complex
~Gabungan Vitamin E dan GLA berkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan EKZEMA sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit.

5.    Herbal Blend Cream – Bagus untuk melegakan kegatalan dan pedih akibat luka EKZEMA.
      *TIDAK sesuai bagi ekzema berair

6.    Alfalfa Complex – Bertindak sebagai penyahtoksin dan mempertingkatkan lagi kekuatan sistem dalam tubuh badan.


TAPI sebenarnya tidak semestinya pun anda perlu ambil semua apa yang dicadangkan tersebut. Boleh jer ambil supplement berdasarkan bajet yang anda ada. Tapi alangkah bagusnya kalau boleh ambil semua apa yang dicadangkan, Kiranya dapatlah merawat EKZEMA dengan lebih optimum. Apa-apa pun langkah terbaik cuba hubungi klong dulu dan insyaAllah klong akan cadangkan yang terbaik untuk anda.

Jadi buat pesakit EKZEMA, jangan putus asa. Masih ada harapan EKZEMA anda sembuh. Cubalah supplement Shaklee ni dulu. InsyaAllah, berbaloi-baloi sangat.


Klong Shaklee Independent Distributor kini di Melaka. Penghantaran di seluruh Malaysia
Shaklee ID: 1116367 | fiza1974@yahoo.com | Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

2 comments:

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete


  2. If you’re going to strap on the same fake watchesevery day, it needs to look good with both your Tuesday suit and your Sunday t-shirt, but you don’t want it to be boring. You don’t have to spend five figures to get a great breitling replica.Theklockor kopior Globemaster ($120) handles all situations effortlessly and is packed with technology like a totally anti-magnetic movement and a more accurate and durable co-axial escapement,you’ll notice the seconds hand seems to tick like on a quartz
    rolex replica, but this rolex replicais because of a special gear-and-spring system inside that gives it the so-called “deadbeat seconds” for more precise timekeeping.As the brand’s iconic omega repliqueindividual product, admirable adroitness and absolute kelly 35cm demonstrates what both central and outside.
    Buy Cheap air max
    online.



    ReplyDelete