TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Wednesday 7 September 2016

CABARAN “30 DAYS RADIANT ME”

Assalammualaikum,


Setelah sekian lama bercuti akhirnya kembali dengan entry terbaru CABARAN “30 DAYS RADIANT ME”.. Ingat lagi bilamana diumumkan dalam group pada 14hb July 2016 tentang program #VivixCollagenEffect30days, terus ramaiii yang bersorak kegembiraan.

Tau kenapa???

Sebab apabila kami membeli sebotol VIVIX, automatic kami layak diberi 30 sachet Collagen Powder Shaklee secara PERCUMA dari penganjur program.. Gilerrrr.. Maunya tak bersorak kegembiraan happy sakan. Bukan 1-2 sachet tau. 30 sachet terus untuk sebulan punya makan. Kalau saja-saja nak beli sendiri kos collagen tu jer dah hampir RM500++.. Syukur pada Allah apabila pihak pengajur bermurah hati nak bagi secara PERCUMA pada semua peserta program. Semoga bertambah murah rezeki pihak penganjur lagi nanti. InsyaAllah.

Target penganjur nak bagi kita rasa sendiri effect selepas pengambilan #VivixCollagen secara konsisten.. nak kita tengok apakah perubahan ketara sepanjang sebulan tu.. Kulit bertambah glowing ker? Berat badan menurun ker? Perut buncit dah susut ker? Tapi serius cakap sebenarnya target utama klong nak try #VivixCollagen sebab nak pulihkan rasa kebas di tangan... sebab ramai yang cakap #VivixCollagen ni baik untuk sakit sendi atau kebas tangan... since klong pun dah cantik dan awet muda (uwekkkkk), so klong dah tau once consume #VivixCollagen nanti, automatic tu dapat ler bonus kulit cantik flawless lagi.. bertambah cantik ler tu nanti.. suka encik hubby nanti.. hiiii


CABARAN HARI KE-2


Sebelum ni memang klong pernah ambil VIVIX dan Collagen secara berasingan, tapi ambil secara serentak sekali macam program ni memang tak pernah… so untuk program CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” ni kita semua peserta bermula 02hb Ogos 2016.. dan percaya tak effectnya tu the next day 03hb Ogos dah dapat rasai.. WOW!!! Baru satu hari  proses ‘mencuci’ dah bermula.. mak oii habis segala mak nenek dalam usus ni semua dicuci bersih… memang terasa perut tu kosong bersih… tu baru hari pertama, kalau dah tiap-tiap hari dicuci bersih macam ni mau tak perut yang buncit jadi pepeh terus.. can you imagine..??? Ehhhh.. korang faham tak pepeh tu apa??? Kalau tak faham buat-buat faham jer lah yer…Heeee…

Jadi semua peserta feedback ‘healing crisis’ masing-masing dalam group. Mungkin ada pembaca blog ni yang tak faham apa itu Healing Crisis’ atau bahasa melayunya Krisis Penyembuhan. So klong share sikit la yer supaya lain kali bila korang ada ambil apa-apa supplement dan alami ‘healing crisis’ ni, korang dah boleh get ready Setiap vitamin yang kita ambil tidak kiralah brand apa sekali pun, kebiasannya akan mengalami Krisis Penyembuhan ini tapi kalau boleh tu pilihlah Shaklee supplement semulajadi terbaik dunia.. (^__^)

'Healing Crisis’ ni ada macam-macam.. Kadang-kadang tu ada yang masalah awalnya sakit kepala akan semakin sakit kepalanya. Ada tu yang asyik keluar angin jer. Ada yang melawaskan. Ada yang memang jenis badan bertoksin akan rasa keletihan melampau dan macam-macam lagi jenis 'Healing Crisis’. Memang setiap krisis berbeza dengan individu yang lain. Jadi apa perlu dibuat untuk melalui krisis ini? TERUSKAN. Jangan berputus asa bilamana menghadapi Krisis Penyembuhan ini.  Senang cerita, cuba korang bayangkan sedang mencuci paip karat kat rumah korang yang dah berkeladak bertahun-tahun tu.. Confirm banyak kekotoran segala bagai karat yang akan keluar. Betul ker betul?


TARGET NAK PULIH KEBAS TANGAN
Macam klong cakap di awal entry, target join program ni sebab nak cuba kurangkan rasa kebas dekat tangan kanan ni.. Doctor panggil ‘Carpal Tunnel Syndrome (CTS)’. Pernah dengar tak? Aneh sekali nama sindrom ni jika kali pertama mendengarnya.

Actually, klong sendiri pun tak pernah dengar dan tak pernah ambil tahu pun pasal CTS ni... Alkisah penghujung Mei 2016, selepas majlis perkahwinan adik bongsu klong, tangan kanan klong tiba-tiba rasa kebas semacam.. kebas sangat-sangat... Pada awalnya klong fikirkan mungkin sebab terlalu banyak buat kerja berat dan penggunaan tangan yang kerap melampau... tapi kebas ni makin lama makin kuat rasanya.. makin menjadi-jadi pulak... tak tahu nak explain rasa kebas tu macam mana.. yang pasti untuk hilangkan rasa kebas tu klong gigit-gigit semua jari-jari tangan kanan ni.. Haaaa.. boleh bayangkan tak macam mana situasi masa tu..bila malam nak tidur satu hal lagi.. nak tidur rasa tak selesa.. rasa macam nak hempapkan tangan kanan ni dengan something yang berat.. so apa klong buat masa nak tidur letak tangan kanan bawah bantal atas kepala.. masa tu baru rasa macam pergghhhh leganya rasa... lagi satu hal bila nak mengemas rumah, masa pegang penyapu atau mop rasanya Ya Allah sakitnya tangan.. kebas sangat-sangat.. Nak pegang dan taip HP pun punya payahnya.. memang tak boleh langsung guna jari tangan kanan ni.. rasa macam kena ‘current shock’.. so nak tak nak, suka atau tidak, terpaksa guna jari tangan kiri ni.. ambik kau dah macam budak baru nak belajar menaip jer masa tu...kiranya memang masa tu buat apa pun rasa tak selesa.. Kadang-kadang menangis sebabbbbb entah ler yer tak tahu menangis sebab apa.. tapi serius siapa yang dah pernah alami CTS ni dia akan faham apa yang klong rasai pada masa tu.. Dahsyatkan penangan CTS ni..

Isyyyy... awat dah panjang berjela-jela klong citer pasal CTS ni lak.. nak citer pasal CABARAN “30 DAYS RADIANT ME”.. dah melalut jauh pulak.. ampunlah  yer.. sedia maklum ler dah lama tak berblogging.. mencurah-curah pulak idea nak tulis.. hahaha...


PROMOSI VIVIX DATANG LAGI
Masa program CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” ni, bestnya tengah promo VIVIX.. apa orang kata “pucuk dicita ulam mendatang”.. ehhh.. betul ker peribahasa ni??? Ada kena mengena ker??? Kalau salah tu minta abaikan jer lah yer… klong ni Engineer.. bab-bab peribahasa ni memang out ler.. hahaha…



Oleh sebab masa tu VIVIX pun tengah promo murah, rugi pulak rasanya kalau tak rembat, kebas tangan ni pula dah menjadi-jadi, penganjur pula announce pasal program ni.. apa lagi zasssss tak tunggu lagi terus klong register masuk nama nak join juga... walaupun klong rasa kebanyakan yang join program ni target untuk kecantikan, untuk nak slim badan, tapi klong target lain.. ‘Nak Kurangkan Kebas Tangan’.. kalau ada yang gelak.. ‘ada aku kisah...’... heeeee..

Klong beli VIVIX ni pun sebab rakan-rakan Shaklee yang bagi tau untuk pesakit CTS disarankan mengamalkan pengambilan minuman campuran botani VIVIX sebagai alternative daripada memakan ubat hospital atau melakukan pembedahan.. WHAT? OPERATION?.. seram sejuk terus bila dengar bab operation ni... taubatttt...


APA ITU CARPAL TUNNEL SYNDROME
Chopp... sebelum klong go further, korang tau tak CTS tu apa?? CTS tu sebenarnya suatu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (Median Nerve) dipergelangan tangan. Dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80% kes pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.. Ermmm.. macam betul jer fakta ni.. yang pompuan umur 40an tu dah boleh standby apa yang patut lah yer nak elakkan CTS ni dari berlaku...

Kita akan merasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan. Terutama tangan kanan. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutama semasa memandu, semasa memegang objek seperti penyapu, telefon, pen atau semasa tidur. Jangan anggap kebas tangan tidak bahaya tau.. so don’t play-play yer...

Siapa yang dah ada tanda-tanda awal Carpal Tunnel Syndrome tu haaa tunggu apa lagi, cepat-cepat dapatkan segera VIVIX dan Collagen... Nak order??? Meh terus order jer dengan klong.. senang sikit nak consult nanti... heeee....

Klong sendiri pun sedaya upaya nak kurangkan pergerakan tangan kanan ini. Tapi apakan daya.... semua kerja memerlukan kita menggunakan tangan kanan ni...betul tak?

Biasanya bila tangan kita rasa kebas, kita pun turut rasa berdenyut pada sendi tangan hingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan. Keadaan ini berlaku biasanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat... Huuuu.. nak nangis masa ni...


Kebiasaannya pula rawatan terbaik untuk pesakit Carpal Tunnel Syndrome ni ialah MINOR OPERATION di bahagian pergelangan tangan. Ohhhhh.. tidakkkk.. imagine lepas operation tangan kananku perlu ‘bercuti’.. mampus ler mak nak oiii.. tengok gambar operation ni pun klong dah rasa nak meraung.. seram sejuk dah wei.. 


MERAWAT CARPAL TUNNEL SYNDROME DENGAN VIVIX + COLLAGEN
Pengalaman sendiri selama 30 hari bermula 02hb Ogos 2016 dan berakhir 31hb Ogos 2016 dengan mengamalkan secara konsisten VIVIX + Collagen, apa yang klong boleh simpulkan bahawa kebas ditangan BERJAYA DIKURANGKAN.. Walaupun tak 100% sembuh atau hilang terus kebas tapi at least kita dah boleh rasa kebas tu berkurangan.. Syukur alhamdullilah.

BUKTInya, klong tidak perlu lagi menaip menggunakan tangan kiri, tidur malam tangan dah tak perlu letak bawah bantal, menyapu mengemop rumah pun boleh jer dah ni dan ermmmm apa lagi yer..Apa-apa pun memang VIVIX + Collagen membantu sangat-sangatlah pada  mereka yang ada simptom CTS ni.

"Klong tolong buktikan…"
Maaf, klong tak dapat nak buktikan dengan testimonial bergambar sebelum dan selepas. Sebab ia melibatkan ‘feel’.. diri sendiri sahaja yang boleh rasa kebas atau tidak lagi tangan dan jari-jari.. serius tak boleh digambarkan.. dan macam di awal entry klong dah bagi tau target klong hanya untuk mengurangkan kebas di tangan sebab tu klong tak fokus sangat pada kecantikan dan penurunan berat badan. Jadi tiada testimonial bergambar.

Cuma apa yang klong boleh simpulkan untuk mereka-mereka yang mempunyai simptom CTS ni segeralah amalkan VIVIX + Collagen secara konsisten. Andai kata tiada bajet nak beli kedua-duanya.. klong rekemen anda go for VIVIX dulu.

Kepada pihak penganjur terima kasih daun keladi kerana telah bersusah payah menganjurkan program ni dan monitor #VivixCollagenEffect30days untuk kesemua peserta program.

CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” =>>  YES, I CAN FEEL THE DIFFERENCE

BERINGATLAH, JANGAN DIANGGAP KEBAS TANGAN TIDAK BAHAYA!!



Klong Shaklee Independent Distributor kini di Melaka. Penghantaran di seluruh Malaysia
Shaklee ID: 1116367 | fiza1974@yahoo.com | Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

No comments:

Post a Comment