TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Saturday 7 February 2015

Bahaya Tekanan Darah Rendah?

Selalu tak rasa pening kepala dan kadang-kadang pernah pitam/pengsan? Bila pergi check-up, baru tahu sebenarnya kita ada masalah Low Blood Pressure/Tekanan Darah Rendah. Tolong jangan ambil ringan masalah nie tau?

Tekanan darah rendah atau dikenali sebagai Hipotensi, adalah lebih sukar untuk diubati berbanding tekanan darah tinggi kerana ubat rawatan untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya. Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkan gangguan kesihatan yang kronik. Oleh kerana itu, hipotensi tidak menyebabkan orang ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan langsung.

Apa itu Tekanan Darah Rendah?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Nota:
Andai bacaan tekanan darah kita melebihi 130/85 mmHg, itu tandanya tekanan darah tinggi
Andai bacaan tekanan darah kita kurang 130/75 mmHg itu tandanya tekanan darah rendah.
Kebiasaanya bacaan bagi tekanan darah rendah yang serius adalah 90/60 mmHg.

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan dan infeksi.

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet.

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah.

Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti: -
  • Sering menguap
  • Pening kepala ketika posisi badan berubah
  • Kerap pitam
  • Pengsan (tahap serius)
  • Sukar untuk berkonsentrasi
  • Mata berkunang-kunang/penglihatan kurang jelas (rabun)
  • Mual
  • Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • Pernafasan/kadar denyutan jantung cepat dan pendek
  • Cepat haus
  • Sentiasa letih
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Merasa cepat lelah/sesak nafas terutama bila cuaca panas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Lemah daya ingatan
  • Mudah berpeluh
  • Tangan dan kaki kebas 
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu: -
a)    Kekurangan volume darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
b)    Dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
c)    Masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
d)    Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
e)    Kekurangan hormon - paras hormon tiriod yang rendah
f)     Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

Bagi anda yang menghadapi masalah tekanan darah rendah, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:
a)    Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
b)    Jangan berdiri terlalu lama
c)    Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
d)    Diet rendah karbohidrat
e)    Banyakkan minum air putih
f)     Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
g)    Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
h)    Melakukan aktiviti senaman secara teratur

Pilih lah supplement yang memberi kesan yang baik untuk jangka masa yang panjang, semestinya dari SHAKLEE. Vitamin terbaik untuk dikongsi bersama kerana sememangnya ianya berbeza dari jenama supplement yang lain.


Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Tekanan Darah Rendah di atas? Klik Online Order



No comments:

Post a Comment