TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Thursday 10 July 2014

101 IMPIAN

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya menarik kejayaan dunia dan akhirat dengan menulis 101 IMPIAN ini supaya jelas matlamat dan tindakan saya seperti yang disarankan oleh orang-orang yang terbukti berjaya dan dikongsikan dengan anda supaya di aminkan hajat saya oleh para mukminin dan solehin.. Insyaallah..

“Ya Allah, Kau murahkan rezekiku, lipat gandakan rezekiku, moga setiap ringgit yang ku terima dapat ku belanja ke jalanMu, Kau rahmatilah hambaMu ini dan kabulkan lah setiap impian ku ini. Amin”

101 IMPIAN KU…

1.         Master Shaklee Februari 2016, di Philea Resort Melaka
2.         Duduk semeja lunch, hi tea @ dinner bersama CEO Shaklee Roger Barnett
3.         Dapat jumpa dan peluk cium PM Kak Cery
4.         Empayar BSL berkembang dengan melebihi 10 orang leader
5.         Anak cucu cicit Shaklee melebihi 1000 orang
6.         Anak cucu cicit Shaklee berjaya membina empayar masing-masing
7.         Mahu membantu anak cucu cicit Shaklee berjaya dan menjadi leader yang terbaik
8.         Dapat tiket percuma Umrah dari Shaklee
9.         Dapat tiket percuma percutian mewah dari Shaklee
10.      Dapat hadir ke “National Conference Shaklee”
11.      Suri rumah bergaji sekurang-kurang RM4,000 December 2015
12.      Beri pada adik Norhafizree RM10,000 untuk deposit kereta baru
13.      Membayar hutang TAPEM adik Norhafizree secara keseluruhan sebelum berakhir tahun 2016
14.      Beri pada adik Norhafendi duit RM20,000 untuk selesaikan hutang piutang
15.      Renovate rumah di Taman Krubong Perdana dan Kampung Ladang RM50,000 setiap rumah
16.      Mempunyai ‘Private Swimming Pool’ di rumah Taman Krubong Perdana 
17.      Saya inginkan kolam ikan dihalaman rumah Kampung Ladang
18.      Saya nak tukar hiasan dalaman rumah Taman Krubong Perdana dan Kampung Ladang yang dihias oleh Interior Designer
19.       Mempunyai rumah ekslusif dengan bilik gym,home theater room dan mini perpustakaan
20.       Ada Small Office Home Office (SOHO) untuk urusan perniagaan Shaklee
21.       Saya nak seorang pembantu rumah untuk membantu kerja-kerja di rumah
22.       Saya nak seorang pemandu peribadi untuk membawaku ketempat-tempat tertentu
23.       Saya nak seorang tukang kebun untuk membantu membersihkan halaman & menjaga bunga-bunga tanaman mak
24.       Bawa semua family bercuti dalam Malaysia setiap bulan
25.       Buat Gathering/Family Day setahun sekali
26.       Bagi mak, mak mertua dan ayah mertua duit belanja RM1,000 seorang setiap bulan
27.       Banyakkan amalan bersedekah pada anak yatim, OKU, ibu tunggal dan fakir miskin
28.       ‘Financial Freedom’ dan ‘Debt Free’ sebelum berakhir tahun 2016
29.       Aku nak menguruskan sendiri kewangan sedia ada dengan baik
30.       Aku nak selesaikan semua hutang piutang sebelum berakhir tahun 2016
31.       Bawa mak, mak mertua, ayah mertua & semua ahli keluarga buat Umrah bersama December 2015
32.       Dapat menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah
33.       Dapat beribadat di Masjidil Haram, Madinah, Aqsa dan di Raudhah
34.       Berjaya mengucup Hajarul Aswad
35.       Bawa suami, mak, mak mertua dan ayah mertua pergi mengerjakan Haji pakej 1st class tahun 2017
36.       Fokus pada pembelajaran anak Nurulhana Humaira bermula January 2015
37.       Sediakan Guru Tuisyen persendirian untuk anak di rumah
38.       Saya mahu menjadi ibu mithali & anak solehah
39.       Saya mahu jadi seorang isteri yang sangat luar biasa hebatnya di mata suami
40.       Beli kereta idamanku BMW putih plat NEZ4
41.       Beli dan hadiahkan suami kereta idaman Toyota Wish putih
42.       Buat mini surau kat rumah Kampung Ladang untuk keluarga dan saudara mara dapat sembahyang berjemaah
43.       Adakan kelas agama Fardhu Ain di mini surau untuk keluarga dan jiran-jiran setiap minggu
44.       Adakan kelas mengaji di mini surau untuk keluarga dan jiran-jiran setiap hujung minggu
45.       Sembahyang berjemaah dengan keluarga di mini surau setiap hari
46.       Buat Kenduri Kesyukuran, Arwah & Tahlil samada di rumah Taman Krubong Perdana atau Kampung Ladang setiap bulan
47.       Diberikan kesihatan yang sempurna dan berpanjangan
48.       Jaga mak sehingga akhir hayat
49.       Buat Umrah setiap tahun
50.       Bercuti ke luar negara bersama keluarga setahun sekali
51.       Bawa keluarga membeli belah di luar negara tanpa perlu ada masalah duit
52.       Bawa keluarga bercuti menaiki Star Cruise
53.       Buat 2 biji rumah sewa di tanah Bertam Ulu dan sedekah duit sewa pada yang berkenaan
54.       Mempunyai doktor peribadi untuk keluarga
55.       Ada pakar pemakanan dan kesihatan peribadi untuk keluarga
56.       Buat simpanan RM50,000 seorang untuk anak, adik-adik dan anak buah
57.       Jualan produk kesihatan Shaklee meningkat setiap hari, minggu dan bulan
58.       Nak buat mini kedai Shaklee di rumah
59.       Pergi Spa dan Facial setiap minggu
60.       Bawa mak dan keluarga shopping di butik
61.       Hadiahkan mak dan mak mertua barang kemas 
62.       Sponsor kenduri kahwin adik Norhafizree
63.       Mempunyai ‘Rumah Persinggahan/Percutian” di Fraser Hill
64.       Beli Apartment Sevices di Port Dickson
65.       Pendapatan RM50,000 sebulan bermula February 2016
66.       Tolong adik-beradik dari segi kewangan
67.       Rawatan kesihatan mak, mak mertua dan ayah mertua di Mahkota Medical Centre
68.       Makan malam di hotel bersama keluarga setiap bulan
69.       Solat 5 waktu setiap hari jangan sesekali ditinggalkan
70.       Mengamalkan Solat sunat DHUHA, TAUBAT dan TAHAJUD setiap hari
71.       Sedekah Al-Quran, telekung dan sejadah di masjid, surau dan sekolah pondok Tahfiz
72.       Bersedekah makan tengahari setiap kali solat Jumaat
73.       Aku menghargai insan-insan yg hadir dalam hidupku
74.       Aku mempunyai sifat positif dan sabar yg tinggi, tidak merungut, tidak suka marah dan merendah diri
75.       Aku mempunyai  keluarga yang bahagia begitu juga hubunganku dengan adik-beradik dan sanak saudara menjadi lebih erat dan akrab
76.       Membayar zakat kepada golongan fakir miskin
77.       Memberi bantuan pada badan-badan kebajikan yang memerlukan
78.       Mahu makan di mana-mana sahaja yang aku suka tanpa berkira tentang duit lagi
79.       Mahu membeli belah apa-apa sahaja barang yang aku suka tanpa berkira tentang duit lagi
80.       Nak beli dan beri hadiah yang paling istimewa/mahal setiap kali ulang tahun kelahiran suami
81.       Nak beli dan beri hadiah yang paling istimewa/mahal setiap kali ulang tahun kelahiran anak
82.       Nak beli dan beri hadiah yang paling istimewa/mahal setiap kali Hari Ibu & Hari Bapa
83.       Nak raikan ulang tahun perkahwinan di tempat-tempat yang romantik setiap tahun
84.       Nak lakukan sebanyak mungkin amal kebajikan agar pahala yang aku terima dihadiahkan buat mak dan arwah ayah
85.       Aku, suami dan anak sentiasa bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang diberiNya
86.       Aku mahukan kekayaan rezeki yang melimpah ruah
87.       Beli tanah dan wakafkan untuk kebajikan dan perkuburan islam
88.       Anak Nurulhana Humaira sihat berjaya dunia dan akhirat
89.       Mendalami ilmu agama dan tutup aurat yang sempurna
90.       Bagi semua adik-beradik dan saudara-mara cuba, rasa, nilai dan berkongsi khasiat dan keberkesanan produk kesihatan Shaklee
91.       Mampu taja saudara mara yang teringin pergi mengerjakan umrah
92.       Dapat beli baju yang cantik-cantik yang labuh dan menutup aurat dengan lebih banyak
93.       Mendapat ramai kawan-kawan yang sentiasa positif dan saling mengingatkan
94.       Menaja ‘Shopping Raya’ untuk anak-anak yatim setiap tahun
95.       Dapat bercuti dan stay di bilik Suite Hotel 5 bintang
96.       Beli kerusi urut berjenama Gintell
97.       Beli dan hadiahkan suami & adik2 motor idaman mereka
98.       Dapat menjejak kami semula melihat university dan rumah penginapan semasa belajar di UK
99.       Mati dalam Husnul Khatimah dan dapat mengucap Syahada
100.    Mohon dimatikan didalam Husnul Khatimah dan dalam keadaan tidur
101.    Kubur aku nanti di tepi jalan agar senang orang yang lalu lalang jalan itu dapat mendoakan aku semasa aku di alam barzah


101 Impian Norhafizah Nordin
Rabu, 09/07/2014, 2:00PM

  
Alhamdulillah, siap juga akhirnya 101 IMPIANKU, semoga dipermudahkan jalan oleh Yang Maha Kuasa.

Terima kasih pada yang sudi mendoakan, anda kaya berjaya dunia dan akhirat,semoga hajat anda juga dimakbulkan jua!!! Aminnnn



No comments:

Post a Comment