Borak-borak kosong dengan member
dan member tanya lah macam mana boleh terjebak dengan bisness Shaklee ni.
Secara ringkas, saya bermula sebagai pengguna, jatuh hati dengan keberkesanan
produk, terus jadi ahli dan seterusnya saya amalkan konsep sharing di media
sosial.
Sebenarnya, dalam Shaklee
ni “We Answer To Nobody” sebab kita adalah bos kepada diri kita sendiri. Bila
nak buat kerja, bila nak relax, bila nak cuti, bila nak gi shopping, pukul
berapa nak settle kerja semua tiada paksaan. Semuanya terpulang kepada diri
kita sendiri untuk tentukan… hehehe… tapi tu yang dah bergelar “WAHM” la..
macam saya ni still makan gaji, jadi tak merasa lagi kebebasan macam ni. Tapi
soon or later, saya juga bakal mendapat title termahal tu… J J J
Tapi ada gak yang join
Shaklee, awal-awal bersemangat konon nak berShaklee tapi last-last terkubur
tengah jalan.. Agak-agak kenapa ya?
Mungkin sebab lost.. tak
tau macam mana nak mula, apa nak buat… semua nak Upline yang sudukan...
Sebenarnya bisnes Shaklee adalah bisnes kita sendiri. Jadi semuanya kita kena
tentukan sendiri. Memang dalam Shaklee kita ada Upline. Tugas Upline ni
sebenarnya sebagai ‘Guardian Angel’ kita je untuk membantu kita memulakan langkah
Shaklee kita. Tapi ramai orang salah anggap tugas Upline ni untuk sediakan
semua benda sampaikan nak promote pun suruh Upline tolong. Mana boleh macam tu
kan.. Tapi hakikatnya ramai orang macam tu lah.. Sebab tu ramai yang susah nak
berjaya. Bak kata orang, suka di ‘spoon feed’. Disuap macam baby yang tak reti
berdikari tu…
Susah ke nak berjaya dalam
Shaklee? Jujurnya, sangat mudah untuk berjaya dalam Shaklee sebab segala tips
dan panduan telah disediakan dengan terperinci. Tinggal untuk dilaksanakan
sahaja. Hanya Copy&Paste untuk result yang sama! TAK PERLU susah payah nak
buat langkah yang baru pun. TAK PERLU hadir kelas sana sini untuk korek rahsia
berbisnes.
Credit to Anisah Husnulkhotimah
Malangnya tak ramai yang
istiqamah. Belajar tidak bersungguh! Ya, dalam Shaklee kita perlu belajar untuk
berjaya, belajar untuk mendekatkan diri dengan “Pemilik Rezeki Yang Agung”.
Komen yang paling biasa didengar
"dah ramai sangat buat Shaklee, ada ke yang nak beli lagi, ada ke yang nak
bisnes lagi". Tidak dapat dinafikan, memang ramai SID yang aktif dan yang
tidak aktif. Memang ramai! Dan yang penting, Shaklee dah berada di pasaran
sejak tahun 1950-an dan di Malaysia pun dah bertahun-tahun lamanya. Bermakna Shaklee
memang established company, sudah ada record dan bertahan lama.
Kenapa mahu takut jika ramai
kenal Shaklee? Bukankah itu bagus untuk bantu marketing? Yang perlu dibina
sekarang ini ialah brand diri kiri sendiri. Macam mana nak buat orang suka pada
kita, nak buat sampai orang akan membeli dengan kita. Setiap cabaran yang
datang, mesti dilihat sebagai peluang, bukan halangan dan sekatan.
Jadi apa tips untuk anda berjaya dalam Shaklee
ni?
1.
Rajin belajar info produk
• Kalau nak jual produk
dekat orang wajiblah tahu fungsi produk tersebut. Tak kan info produk pun nak
kena orang suapkan juga? Semuanya di hujung jari. Google sahaja..
2.
Jangan malu untuk menjadi ‘aggressive’
• Jadi ‘aggressive’ ni
bukannya paksa orang beli dengan kita tapi berani menggunakan ayat-ayat power untuk
memikat hati potential customer.
3.
Jangan malas membaca dan mencari jawapan
• Malas ni memang satu
penyakit. Rata-rata memang malas mencari. Memandangkan kita ada Support Group
dan Upline, ramai orang suka bertanya terus. Nakkan jawapan on-the-spot.
• Memang tak ramai yang
akan usaha mencari dulu jawapan sebelum bertanya. Sedangkan kalau Google sahaja
pun pasti akan jumpa jawapan. Alasan paling mudah tak sempat. Tapi ini kan
bisnes anda, jadi kenalah ikhtiar untuk sempat.
• Malas mencari ilmu inilah
punca utama ramai yang gagal dalam Shaklee. Semuanya nak disuap.
4.
Dekati rapat-rapat Mentor atau Upline
• Yang ni ramai orang tak
buat. Kenapa?
5.
Tetapkan Target dan Matlamat
• Yang ni pun ramai sangat
orang tak buat. Sangat penting untuk kenal pasti apa matlamat dan target kita
dalam berShaklee ni. Barulah kita tahu kemana hala tuju kita kelak.
Kalau nak tulis tips ni banyak
lagi tapi kalau tulis banyak sangat pun orang tak baca tak guna juga. Semoga
perkongsian ini memberi kesan di hati anda especially buat anak-anak di
“Empayar BrightStar Leader (BSL)”. Hasil usaha bisnes Shaklee semuanya
tertakluk kepada usaha dan strategi yang disusun, ilmu yang ada dan kekuatan minda,
emosi dan rohani masing-masing.
Apa-apa pun ALHAMDULILLAH & TAHNIAH, apabila
Shaklee telah dinobatkan sebagai Best
Brand in MLM (Nutritional Supplement Category) di majlis gilang gemilang Brand Laureate Award 2014-15.
Buat yang belum lagi jadi
ahli dan berminat nak menyertai “Empayar BSL”, boleh hubungi saya di talian
013-615 1984 untuk pendaftaran!
No comments:
Post a Comment