Adakah dengan hanya makan
supplement akan membuatkan kita kurus dan lansing seperti yang kita nak? Tak
dinafikan, Shaklee Slimming Set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti
kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat, kita tak boleh bergantung
100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping
memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.
Ramai yang mengambil
supplement seperti Cinch Shake Mix, OmegaGuard, Alfalfa, Lecithin dan
sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang
seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus. Dan perlu juga diingatkan berat
ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg,
kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus
kering pulak.
Mulakan diet kurus dengan
10 cara berikut.
1.
Makan sumber protein pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan
- Bagi
mereka yang dah ada ‘Cinch Shake Mix’, dicadangkan mengambil semasa
sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup
anda.
- Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, jogging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif, tiada masalah ambil diwaktu sarapan.
2.
Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta
- Roti
putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu (selepas
program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spaghetti
dan yang seangkatan dengannya.
- Kalau
anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan
oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi
dari oat masak.
3.
Makan makanan yang segar
- Elakkan
sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sausage, nugget,
daging burger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi
lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan.
- Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.
4.
Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan
ambil pada waktu malam
- Pilihan
terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih
baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan
nasi beras perang adalah lebih baik.
- Sukatan
nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita
sahaja. Tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam tapi sebaik
baiknya makan di awal waktu petang.
5.
Elakkan makan buah-buahan berlebihan
- Selalunya
kita silap. Kita menganggap makan buah-buahan banyak baik untuk kesihatan
tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah-buahan
yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Maksima
2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti
apple, pear dan plum.
- Bagi
yang tak selalu makan buah-buahan, dicadangkan pengambilan supplement Vitamin
C Plus SR adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg
vitamin C iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.
6.
Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya
susu lembu
- Ketepikan
susu atau produk tenusu kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt
yang tidak berlemak.
- Untuk
pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan
terbaik dengan sumber kalsium dan magnesium.
7.
Hentikan serta merta minuman berkarbonat
- Kandungan
gula di dalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan
gula di dalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain.
- Untuk
menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat
baik untuk kesihatan, membakar lemak, memberi tenaga dan meningkatkan
metabolisma tubuh.
8.
Hentikan penggunaan minyak sayur-sayuran seperti minyak bunga matahari ataupun
minyak jagung
- Minyak
yang terjual dikedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah
teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri.
Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.
9.
Perhatikan jenis lemak yang anda makan
- Bukan
jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis
lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu/tak tepu?
- Kandungan
lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang
mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti daging bahagian rusuk, keju,
mentega, susu penuh krim dan makanan yang diproses (segera).
- Hindarkan
terus margarine dan makanan bergoreng.
- Jangan
buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih
12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari.
Pengambilan minyak Omega 3 seperti OMEGAGUARD adalah yang terbaik.
10.
Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air
sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
- Minum
air selagi urine anda tidak berwarna putih.
- Sekiranya
urine berwarna kuning bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10
langkah permulaan untuk diet kurus di atas, anda juga perlu mengamalkan
pengambilan supplement dengan cara yang betul.
SARAPAN
- Makan
5 biji ALFALFA COMPLEX setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
- Ambil
2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG (anda boleh tambah kurma 3
biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama). Anda juga boleh
menggantikan dengan 3 sudu ESP.
- Anda
akan kenyang sehingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun
selalunya akan berkurangan dan anda akan makan dengan kuantiti yang sedikit.
MAKAN
TENGAH HARI
- Sebelum
makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGAGUARD. Ini akan mengawal nafsu
makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
- Makan
nasi (agak2 sebesar genggaman tangan) + ikan/daging (yang tidak berlemak)/dada
ayam.
- Pilihan
terbaik lauk adalah yang direbus, kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya
lauk yang digoreng.
- Makan
sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
- Sekiranya
anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3
kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan
terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
- Elakkan
minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam
atau panas sahaja.
MAKAN
MALAM
- Seboleh-bolehnya
elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam. Sekiranya anda makan
bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
- Ataupun
anda boleh menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKE MIX atau ESP
sebagai pengganti. Buat seperti sarapan tetapi seelok-eloknya anda senaman
sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes Mix.
- Sebelum tidur, makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment