Seriously, memang takut
sangat jika terkena MIGRAIN.. sebab sakit kepalanya berdenyut-denyut.. bila
menyentuh bab kepala otak ni... habis hilang semua fungsi saraf lain.. SEBAB
fokus lebih pada sakit saja kan.. confirm memang tak boleh buat kerja lain lagi
dah.. baring pun rasa tak selesa... Hanya mereka yang ada MIGRAIN saja yang tau
macam mana azabnya.
1.0
Apakah itu MIGRAIN?
MIGRAIN sebenarnya berasal
daripada perkataan Perancis yang bermaksud “sakit sebelah kepala”. Juga
dikenali sebagai “hemikrania” dari perkataan Greek yang membawa maksud “sebelah
tengkorak” atau di kenali sebagai “vescular headache”.
MIGRAIN ialah sejenis
penyakit kepala yang kronik, sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut
pada sebelah kepala dan berlangsung antara 4 – 72 jam sehingga seseorang itu
tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya, tidak boleh makan, minum dan
hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Ada juga yang bermula di
sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda
MIGRAIN yang berlainan.
MIGRAIN berlaku apabila
darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang
teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, MIGRAIN juga memberi rasa
tidak selesa kepada perut dan rasa loya sehingga menyebabkan seseorang pesakit boleh
muntah.
Kadang kala seseorang
pesakit itu boleh merasakan aura iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik,
gelombang cahaya atau pancaran cahaya di depan matanya. Kemudian disusuli
dengan tangan, bahu dan muka menjadi sejuk dan kebas. Kebiasaannya, berlaku 30
minit sebelum sakit kepala menyerang.
Kira-kira 40% MIGRAIN dirasai
di seluruh kepala, 40% bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh
kepala, manakala 20% lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke
seluruh kepala. Serangan MIGRAIN datang secara berperingkat dan kesakitan
mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam.
Namun begitu menurut kajian
yang dibuat, MIGRAIN tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius.
Jenis-jenis MIGRAIN yang
utama.
1
- Classic Migraine (wujud bersama aura)
Lebih kurang 10% hingga 15%
pesakit mengalami MIGRAIN jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya MIGRAIN,
tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau
prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit.
Tanda-tanda aura ini adalah
seperti di bawah dan selepas tanda-tanda ini hilang, MIGRAIN mula menyerang.
- Terlihat
cahaya terang (bright spots)
- Garisan
zigzag (zigzag lines)
- Penglihatan
berganda (double vision)
- Buta
sementara (temporary blindness)
- Kebas
(numbness)
- Kepala
terasa berpusing (dizziness)
- Pening
(drowsiness)
- Sukar
bercakap (slurred speech)
- Keliru
(confusion)
2
- Common Migraine (tanpa aura)
Berlaku tanpa amaran awal
terlebih dahulu seperti mana Classic Migraine. Jenis MIGRAIN ini lebih kerap
terjadi.
3
- Opthalmoplegic Migraine
Terlalu jarang berlaku
tetapi kesan MIGRAIN jenis ini adalah sakit kepala yang keterlaluan yang boleh
menyebabkan mata menjadi juling dan buta sementara.
4
- Status Migraine
Berlaku apabila seseorang
itu mengalami MIGRAIN yang teruk dan berterusan yang kesannya boleh mengakibatkan
pesakit mendapat strok.
2.0
Apakah penyebab MIGRAIN?
Sehingga ke saat ini, punca
sebenar MIGRAIN masih belum lagi diketahui atau dipastikan tetapi menurut
kajian, MIGRAIN boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila
berlaku MIGRAIN salur-salur darah di dalam kepala mengembang dan menguncup dengan
cepat atau secara mengejut dan pengaliran darah ke otak akan berkurangan menyebabkan
kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.
MIGRAIN boleh juga disebabkan
oleh faktor keturunan. Jika ibu pernah mengalami MIGRAIN semasa muda, anaknya
juga besar kemungkinan boleh mengalami MIGRAIN.
Beberapa Makanan Ini Ternyata Penyebab Migrain
Antara punca-punca lain
berlaku MIGRAIN: -
- Silau
akibat lampu yang terang
- Bunyi
bising atau terlalu kuat
- Bau
wangian yang terlampau kuat
- Tekanan
fizikal atau emosi
- Tidak
cukup atau terlebih tidur atau tidur yang tidak teratur
- Merokok
atau terdedah kepada asap rokok
- Stress
- Kerabunan
mata
- Menundakan
waktu makan dan membiarkan perut kosong terlalu lama
- Pemakanan
yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG)
- Minum
minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan. Ini adalah kerana
kafein akan menyempitkan saluran darah
- Perubahan
cuaca (ini termasuk keadaan pancaran matahari yang panas terik)
- Keletihan melampau
3.0
Siapa golongan yang kerap mengalami MIGRAIN?
Sebenarnya, kira-kira 70%
daripada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan wanita menghidap MIGRAIN
dan selebihnya 30% adalah lelaki. Wanita lebih terdedah kepada penyakit MIGRAIN
berkemungkinan disebabkan perubahan hormon estrogen yang tak stabil iaitu
sebelum dan semasa kedatangan haid atau hamil.
Juga didapati MIGRAIN selalu
dihidapi oleh mereka yang selalu risau atau rungsing dan tidak ketinggalan mereka
yang rabun siang atau malam, jauh atau dekat.
Didapati juga banyak kes MIGRAIN
kerap dilaporkan ketika dalam kehamilan yang kebanyakan disebabkan oleh tekanan
emosi. Ia biasanya berlaku di awal kehamilan. Secara fisiologi, wanita yang
hamil tidak mempunyai kekuatan seperti wanita yang tidak hamil. Oleh itu, tekanan
perasan samada di tempat kerja atau di rumah dan kesedihan menyebabkan mereka senang
mendapat MIGRAIN ini. Bagi wanita yang sering mengalami MIGRAIN sebelum hamil,
kehamilannya boleh menyebabkan MIGRAIN bertambah teruk.
4.0
Kesan jika dibiarkan sahaja MIGRAIN tanpa rawatan?
Kebiasaanya, pesakit
MIGRAIN akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi
mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit MIGRAIN yang teruk, mereka diberi dos
dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada
kesakitan yang ditanggung.
Bagi wanita hamil yang
sering mengadu MIGRAIN dan pada masa yang sama mempunyai tekanan darah tinggi,
ia perlu mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut kerana risiko yang boleh
meragut nyawa ibu dan anak.
Pesakit MIGRAIN juga akan
mengambil tindakan diluar jangkaan yang boleh mengundang maut seperti contoh
dengan menghantukkan kepala di dinding dan mengambil ubat-ubatan terlarang pada
kadar dos yang tinggi, akibat tidak dapat menahan kesakitan yang dialami.
Untuk pengetahuan, pesakit
MIGRAIN yang teruk boleh menyebabkan kerosakan dan kecacatan otak secara kekal
jika tidak dirawat dengan segera. Sumber
dari DailymailUK mendapati MIGRAIN yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko
luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi padu otak berbanding mereka
yang tiada MIGRAIN.
Penulis kajian, Dr. Messoud
Ashina dari Universiti Copenhagen berkata: -
“Secara tradisinya, MIGRAIN
dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak. Kajian dan
analisis meta mencadangkan bahawa gangguan itu mungkin secara kekal mengubah
struktur otak dengan pelbagai cara”
5.0
Bagaimana produk Shaklee dapat membantu mengatasi MIGRAIN?
Pengambilan ubat-ubatan
yang berlebihan akan lebih memudaratkan dan keburukannya boleh mendatangkan
risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan seperti strok. Oleh yang
demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement semulajadi adalah
langkah terbaik bagi mengatasi masalah MIGRAIN.
Kenapa pengambilan supplement
lebih baik daripada ubat-ubatan? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan
(vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan
nutrisi seimbang.
Supplement Shaklee yang
dapat membantu untuk atasi masalah MIGRAIN adalah: -
a)
B-Complex
- B-Complex
memang dikenali sebagai vitamin saraf dan juga dikenali sebagai vitamin
yang menenangkan, lengkap dengan 8 jenis vitamin B (termasuk vitamin B2)
yang sangat penting untuk membantu memelihara kesihatan dan melegakan
tekanan harian
- Vitamin
B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) yang terbukti dapat
mengurangkan kesakitan akibat MIGRAIN. Juga pengambilan vitamin ini dapat
mengurangkan stress, strok dan depressi
- Vitamin
B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan
membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Kekurangan tenaga juga
dikatakan punca kepada MIGRAIN
- Ia berupaya merangsang pengeluaran hormon serotonin di bahagian otak atau dikenali sebagai ‘hormon gembira’. Hormon ini penting untuk melegakan stress orang yang sedang MIGRAIN
b) Ostematrix
- Terdiri
dari Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan
darah yang normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan masalah
tekanan dan kemurungan
- Kalsium
dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki
depresi, mood swing dan sakit kepala
- Magnesium
dapat mengekalkan metabolisma Kalsium dan membantu sistem saraf,
pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata dan membantu
untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang. Magnesium mengawal
pergerakan di dalam salur darah, mengurangkan rasa sakit dan membantu
melegakan sistem saraf yang stress yang merupakan punca MIGRAIN
- Vitamin
D amat penting untuk penyerapan Kalsium. Kalsium yang tiada Vitamin D
tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh menjadi sisa/batu dalam ginjal
atau pundi kencing
Kesimpulannya, sila
pertimbangkan pengambilan supplement sebagai satu percubaan untuk mengurangkan
MIGRAIN kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang kebanyakannya diperbuat
daripada dadah yang telah diformulasikan di makmal. Jadi, tindakan sewajar
perlu diambil sebelum MIGRAIN menjadi lebih teruk dan merbahaya.
Anda berminat ingin membeli
secara terus Cadangan Set Migrain di atas? Klik Online Order
Sudah cuba shaklee.. Tiada perbezaan.. Sy mengidap migrain kronik.. Setiap hari mesti migrain menyerang
ReplyDeleteAda dos dadah ke dgn shaklee
ReplyDelete