Rakyat Malaysia amat menggemari
makanan sehingga kita sering bertanya, "Hai, dah makan?" setiap kali
bertemu rakan dan keluarga. Namun, perlu diingat makan bukan saja untuk
memuaskan selera tetapi untuk memenuhi keperluan pemakanan kita.
Kita perlukan tenaga, makronutrien
(karbohidrat, protein dan lemak), mikronutrien (vitamin dan mineral) dan
fitokimia (unsur makanan yang terdapat secara semula jadi dalam makanan
berasaskan tumbuh-tumbuhan).
Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai
pelbagai bentuk, saiz, warna dan rupa. Rasanya juga pelbagai... ada yang manis,
masam, pahit, kelat, lemak dan berbagai lagi.
Warna-warna buah-buahan dan
sayur-sayuran bukan sahaja cantik di pandangan mata tetapi juga memberi
petunjuk akan kandungan khasiat di dalamnya dan boleh dijadikan panduan memilih
pemakanan kesihatan kita.
Warna-warna yang pelbagai pada setiap
buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya juga menjelaskan kepada kita akan
kandungan serta khasiat yang terkandung di dalamnya. Oleh itu mudah untuk kita
memilih serta memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan dengan
hanya melihat melalui warnanya.
Hampir setiap buah-buahan dan
sayur-sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh badan. Vitamin merupakan
keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sentiasa sihat. Oleh itu
jangan sesekali abaikan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk
membekalkan vitamin yang secukupnya untuk kesihatan tubuh badan.
Khasiat
Disebalik Warna
Berwarna
Merah
Mengandungi Lycopen yang bertindak
sebagai antioksida untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin
dan hesperidin. Nutrisi ini dapat mengurangkan risiko kanser prostate pada
lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar
kolesterol LDL serta menghalang radikal bebas yang berbahaya.
Berwarna
Oren
Mengandungi Beta-carotine (salah satu
sumber Vitamin A) yang di perlukan oleh tubuh badan sebagai bahan immunisasi
melindungi kulit dan sel-sel badan dari pencemaran bahan kimia dan alam
sekitar.
Berwarna
Kuning
Mengandungi Vitamin C yang melindungi
daripada jangkitan dan selesema, meningkatkan imunisasi badan serta pertumbuhan
dan pembaikan tisu. Selain itu ia juga mengandungi Potassium yang juga baik
untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri
serta berfungsi sebagai pencuci perut.
Berwana
Hijau
Mengandungi Folate yang membina
sel-sel tubuh selain Indoles dan Lutein yang membantu menurunkan tekanan darah
dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, kesihatan retina dan penglihatan.
Ia juga mengandungi Allyl Sulfides yang bertindak menyerang sel-sel kanser
Berwarna
Putih
Mengandungi banyak flavonoid yang
dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG,
dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko penyakit usus
besar, payudara dan kanser prostate serta menjaga keseimbangan hormon dan
mengurangkan risiko kanser.
Berwarna
Biru
Mengandungi Anthocyanins pula membantu
untuk melindungi mata daripada zarah bebas yang berbahaya, melegakan mata
yang letih dan memperbaiki peredaran darah.
Berwarna
Ungu
Mengandungi Resverator yang mampu
membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah,
anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.
Berwarna
Coklat
Mengandungi Fiber yang bertindak
seolah-olah seperti span di dalam badan, menyerap segala bahan-bahan yang tidak
dikehendaki - kolesterol jahat, lemak degil, lebihan gula (diabetes), dan juga
lebihan asid urik (gout) dan lain-lain lagi. Dengan kata ringkasnya, Fiber
sangat bagus untuk melawaskan sistem penghadaman kita.
Ingatlah... Tubuh badan yang sihat
menjana otak yang cerdas serta kehidupan yang aman dan bahagia. Kesihatan boleh
diperolehi melalui sumber pemakanan yang seimbang, berkhasiat serta halal
disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pilihlah makanan yang berkhasiat
mengikut keperluan. Buah-buahan dan sayuran segar adalah sebahagian dari
makanan keperluan yang di perlukan oleh tubuh badan anda. Makanlah ia sekadar
perlu dan jangan berlebihan dan membazir kerana ia akan membawa kemudaratan.
Artikel: Rahsia Disebalik Warna Buah
Dan Sayuran (Entri republish 22.1.13)
No comments:
Post a Comment