Belajar
tinggi-tinggi… sampai Universiti... sampai oversea… tapi last-last nak duduk
rumah je?!!! Belajar sampai dapat Degree... mesti nak kerje opis, kerje gomen,
keje makan gaji… tak gitu ke? Dulu mungkin sesuai tapi sekarang bila dikaji
rupanya 9 dari 10 pintu rezeki
adalah dari perniagaan… Kalau
kita lihat ramai yang bekerja dari rumah lebih kaya dari yang makan gaji…betul
tak?? Mereka bebas tidak terikat dengan masa… waktu bekerja adalah fleksibel!!!
Kalau betul-betul kena pada tempatnya, bisnessnya, saya rasa boleh dapat lebih
dari kerja yang makan gaji.
Cukuplah
rasanya hampir 17 tahun saya kerja makan gaji, menghambakan diri pada syarikat
dan bila dikaji rupanya penat lelah selama nie tak memberi makna langsung pada
syarikat... Mereka hanya perlukan khidmat kita sahaja semata-mata... pengakhirannya
baru tahu mereka tak hargai langsung apa pun yang kita buat selama nie... Itu
pengalaman saya lah bekerja dalam tempoh yang agak lama tanpa bertukar tempat
kerja, kononnya setia pada yang satu, kononnya kontrak mati… chittt.. porahh...
Selepas kejadian ini baru terdetik dihati ini untuk bekerja hanya dari rumah...
Terasa sia-sia pengorbanan selama ini… sedih sangat-sangat…
WAHM @ Work At Home Mom...satu perkataan yang cukup popular
& sangat trend sekarang… Zaman millenium ni rasanya dah ramai ibu-ibu yg
bekerja hanya dari rumah. Mungkin saya agak ketinggalan…tak pe Insyaallah masa
untuk WAHM akan tiba...bakal tiba…Insyaallah.. J
Kalau dulu
ibu yang bekerjaya adalah satu trend tapi sekarang WAHM adalah trend terbaru. Ramai
orang bercerita pasal WAHM, WAHM, WAHM… Kalau dulu pagi-pagi ada yang nak
rushing hantar anak-anak ke rumah babysitter, rushing nak siapkan anak-anak pergi
sekolah.... rushing nak buat sarapan… rushing nak bersiap-siap untuk ke
pejabat... takut jammed lagi… sekarang semua mereka yang bergelar WAHM tak
perlu risau semua tu lagi… seronokkan?? Kita boleh cuti sesuka hati, kalau anak
sakit ke, demam ke, ada emergency ke... tak payah susah-susah nak apply cuti.
Buatnya cuti dah habis... Unpaid Leave pulakkkk... oohh... letih la gitu.
Bila Hati Dah Nekad...
Untuk seseorang yang nekad memilih kerjaya terbaru sebagai WAHM @ Work At Home Mom... pertama kita
perlu ada perancangan yang baik. Memang tak boleh dinafikan, hidup memerlukan
duit, tapi beringat yer… duit bukanlah segalanya dan janganlah sampai kita jadi
hamba duit… Walaupun tak sebanyak atau semewah mana... yang penting cukup untuk
menampung dan membantu belanja-belanja dapur, kalau dapat lebih itu rezeki yang
Allah bagi pada kita. Bersyukur...
Sepanjang
bekerja makan gaji nie... saya lebih fokuskan matlamat "BEBAS
KEWANGAN" agar satu hari nanti saya dapat berhenti kerja dengan hati yang tenang.
Saya cuba berusaha untuk menghabiskan segala tanggungan hutang-piutang yang ada
secepat mungkin... Tapi saya tak fikir saya mampu…ditambah dengan hati yang
tidak berapa seronok bekerja selepas pengalaman kerja sebelum ini..
Pengalaman
bekerja ditempat lama sememangnya menusuk ke hati hingga ke saat ini…
Alhamdullilah Allah beri peluang bekerja di syarikat yang lebih baik… tapi
kekerapan outstation membuat saya rasa lebih penat…penat…penat.. bukan penat
badan tapi penat sebab perlu fikirkan suami, anak, mak yang ditinggalkan.. sape
yang nak memasak untuk mereka ya??? Ya Allah… mak yang buat semua tu.. mak tak
sihat… tapi mak gagahkan dengan gunakan sebelah tangan buat semua kerja tu???
Mak tak sampai hati kata nye... itu lah mak... pengorbanan seorang mak… Semoga
Allah mengampuni segala dosa mak dan menempatkan mak kelak di Syurga ya...
**menitis air mataku dikala ini**
Hanya Allah sahaja tempat aku mengadu dan Allah jua yang tahu perasaan ku di kala ini....
Inilah juga
salah satu punca “aku mesti cari kerja lain, duduk rumah, tak nak nyusahkan mak
lagi”… Aku mesti… Aku mesti… Aku mesti… Setiap kali solat, berdoa, agar Allah
permudahkan segala urusan saya, kabulkan doa saya… Mungkin orang lain atau
suami pun tak dapat menyelami perasaan saya diketika ini, hanya Allah sahaja
yang tahu betapa saya telah membuat banyak dosa kerana membebankan mak saya…I
Really Love You Mum… Mak.. doakan juga anak mak berjaya dalam perniagaan ni..
dengan hasil perniagaan inilah anak mak ni dapat bagi duit belanja mak
bulan-bulan.. Tak mungkin akan aku minta duit hasil penat lelah kerja suami..
tak mungkin sama sekali… Kami adik beradik memang dilahirkan dari keluarga yang
agak susah dan diajar untuk tidak meminta.. jadi sehingga dah bersuami pun
masih terikut-ikut untuk tidak meminta apa-apa darinya.. Apa yang diberi, apa
yang dihadiahkan, diterima dengan satu perkataan Alhamdullillah…
JADI
KESIMPULANNYA KERJA DARI RUMAH.. IMPIAN NAK RILEKS DI RUMAH TAPI MESTI BERDUIT!!!
**Nak baca lagi, tunggu Part 4 pula yer….Insyaallah
No comments:
Post a Comment