Pengenalan
Alhamdulillah syukur diberi kesempatan
seharian mengikuti Bengkel Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee 2014, sesi menimba
ilmu nutrisi daripada pakar-pakar nutrisi Shaklee yang diadakan di City Bayview
Hotel Melaka pada 14 June 2014 yang lalu. Sebagai seorang pengedar yang sah,
bengkel ini sangat penting kerana dapat mengetahui nutrisi di dalam setiap produk
Shaklee. Bak kata orang "tak kenal maka tak cinta".
Pengetahuan tentang nutrisi memang
penting untuk diri kita sama ada yang menggunakan produk Shaklee atau tidak
kerana ia mempunyai hubungan dengan kesihatan badan kita.
Ramai ahli-ahli Shaklee yang hadir.
Master Ainul pun ada. Bengkel Nutrisi Shaklee dan Ikatan Ukhwah 2-in-1... First
time jumpa.. rasa macam dah lama kenal... Saya bertuah dapat jadi sebahagian
dari keluarga ini… ikatan ukhwah antara kami begitu erat dan mesra sekali. Alhamdulillah…Best
& seronok sangat!!!
Mereka ini ada yang bekerja dan ada
juga suri rumah sepenuh masa dengan satu matlamat ingin menuju puncak sebagai “Master
Coordinator” dan nakkan financial freedom dalam hidup...Master Ainul tak
putus-putus memberi semangat dan inspirasi kepada kami semua. Semoga Master Ainul
dan keluarga memperoleh kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat juga.
Amin...
Tujuan
Bengkel Nutrisi
Dalam bengkel ini, kami semua peserta didedahkan
tentang khasiat dan kebaikan setiap produk serta fakta-fakta produk yang
penting untuk memudahkan proses konsultasi kami. Banyak ilmu-ilmu baru yang kami pelajari dari
pakar nutrisi Shaklee Pn. Sarah dan Ms. Charlotte.
Tentatif dalam bengkel ini terbahagi
kepada 3 slot iaitu: -
a)
Kenapa
badan kita memerlukan supplemen?
b)
Keunikan
supplemen Shaklee – Bahagian 1
c)
Keunikan
supplemen Shaklee – Bahagian 2
Saya sangat teruja menjalani bengkel nutrisi ini. Terlalu banyak ilmu baru yang saya dan rakan-rakan dapat hari ini. Walau pun masa agak singkat, tapi tak menghalang kami untuk menyerap segala ilmu yang dicurahkan. Bila dah makin mengenali Shaklee, barulah kita akan jatuh cinta dengan produknya dan baru tahu sekarang, kenapa Shaklee begitu cerewet dalam menentukan piawaian bahan mentah yang akan digunakan dalam kesemua produk supplementnya.
Apa yang membuatkan saya semakin jatuh
cinta dengan Shaklee ialah bila dapat tahu lebih daripada 350 ujian saringan
bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru untuk memastikan kualiti dan
keberkesanannya terjamin dan lebih daripada 100,000 ujian kualiti dijalankan
setahun.
Patutlah dengan beraninya Shaklee
melaungkan produknya dengan slogan “SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan
SENTIASA MESRA ALAM”...
Refreshment
Istimewanya dengan bengkel ini,
selalunya di refreshment corner pihak penganjur akan menyediakan kopi dan teh
tetapi kali ini uniknya Shaklee, semua peserta dihidangkan dengan 2 produk
Shaklee iaitu dengan Performance Drink (PD) dan juga Energizing Soy Protein
(ESP). Ini adalah satu keunikan yang ada di bengkel ini. First time dapat minum
sesudu PD dicampurkan dengan sesudu ESP.. sedappp sangat-sangat… Isotonik drink
perisa oren tanpa gas dan gula...Memang bertenaga sepanjang hari...
Yang lagi bestnya, kami dapat 1 biji Vitamin
E dan Cinch Tea Mix secara PERCUMA serta berpeluang mencuba masker COLLAGEN
POWDER. Memang mudah diserap oleh badan sebaik sahaja disapu ditangan.
Manfaat
dan kebaikan ESP
- Bertindak
untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
- Membekalkan
tenaga berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar
- Merangsang
pembentukan semula kulit, otot dan mengurangkan kedutan
- Mengembalikan
keserian kulit dan kepejalan otot
- Tiada
pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla.
Manfaat
dan kebaikan Performance Drink (PD)
- Memberikan
tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
- Membekalkan
tenaga dan daya tahan ketahanan fizikal
- Mencegah
penyahidratan
- Mengekalkan
paras gula
Alhamdulillah, memang berkesan
kedua-dua produk ini buat diri saya dan peserta yang lain bertenaga sepanjang
seharian di dalam bengkel. Ini amat penting bagi saya dan para peserta yang
lain untuk mendapat fokus dan memahami apa yang akan disampaikan oleh pakar
nutrisi.
Saya akan berkongsi dengan pengunjung
blog sekalian, ‘Keunikan Supplement Shaklee' pada post akan datang.
Insyaallah...
No comments:
Post a Comment