Sekarang
zaman sudah moden. Wanita pula ramai yang bekerja. Mungkin, kaum wanita yang
bekerja sudah pun melebihi kaum lelaki, baik dari segi bilangan mahupun
pangkat. Ada yang bekerja untuk membantu suami, ada pula kerana si suami tak
hirau tanggungjawab sebagai ketua keluarga, ada yang bekerja kerana mengejar
harta dunia, ada pula untuk melangsaikan hutang-piutang, ada yang untuk saja-saja,
suka-suka dan hilang bosan, ada yang cuma ikut-ikut orang jer, ada yang
terpaksa takut risau apa orang lain kata atau perli nak jadi “Pengganggur
Terhormat ker”??? Jadi anda yang mana satu???
Saya?? Saya
pilih yang no 1… yer membantu si suami, serta membalas jasa baik mak dan arwah ayah..
rasa tak puas lagi membalas jasa mereka… Kalu tak bekerja macam mana nak bagi
mak ayah duit??? Tak kan nak minta duit suami??? Tak patut ler pula rasa nyer…
Ya!! Soalan
sinonim bagi seorang lepasan graduate, "Lepas ni nak kerja apa?". Baik
orang kampung atau bandar, tua atau muda, rata-rata manusia mempunyai mentaliti
'rugilah belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja'. Betul tak??
Saya juga
adalah seorang graduate dari University of North London, UK… bunyi macam gempak
jer.. perggg.. graduate oversea.. takkan balik Malaysia tak nak kerja lak??
Buat abis duit MARA taja belajar jauh2, nak menggangur lak… betul gak tu…tapi
apa yang duk sibuk-sibuk nak kerja hanya dari rumah?? Mesti ada rahsia yang
tersembunyikan….Rahsia nie ler yang sama nak kongsi bersama anda pembaca blog
sekalian.. J
Kini sudah bertukar nama ke "London Metropolitan University"...Ini laluan harian ku sewaktu belajar dulu..
Namun, pernahkah
kita terfikir dan bertanya, "Di manakah tempat seorang wanita dalam
Islam?" Apakah di luar rumah atau di dalam rumah? Hal ini tidak dilepas
pandang dalam Islam sebenarnya...Seperti yang dijelaskan dalam hadith yang
penuh bermakna dan mendalam maksudnyer nie..
"Seorang lelaki adalah pemimpin
yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seseorang isteri menjadi
pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suaminya dan anak-anaknya.
Maka setiap kalian adalah pemimpin dan kalian akan dipertanggungjawabkan
terhadap apa yang kalian pimpin."
Sebenarnya,
kalu difikir-fikir sedalam-dalamnya, adalah baik untuk para ibu berada di rumah
demi mendidik anak-anak dan supaya mereka mendapat perhatian ibu yang amat
penting ketika mereka membesar. Sekiranya ibu keluar bekerja, siapakah peranan
mendidik anak yang ditinggalkan? Jiran? Pengasuh? Mak? Kesian, anak-anak membesar
tanpa cukup kasih sayang dan perhatian kita sebagai ibu kan....
Sebenarnya,
anak-anak kita mahukan ibu mereka berada di sampingnya tapi anak-anak tak
berani nak cakap... Perhatikan anak-anak kita apabila si ibu mengambil cuti
atau balik awal, cukup gembira hingga tak terkata. Betul tak?? Kalau si ayah, mereka
tak berapa nak heran sangat....
Cuba lihat
wanita yang baru habis pantang dan perlu sambung bekerja, mudah atau payah?
Bagi yang kata nampak senang sahaja, alamilah sendiri. Bahkan, ramai kaum ibu
yang bekerja kalau diberi pilihan pasti mahu berhenti kerja, sebab penat....penat....penat....Mana
tidaknya, pagi-pagi keluar ke pejabat (tak masuk lagi bab kesibukan jalanraya),
balik kerja ada tugasan-tugasan rumah yang perlu diselesaikan, masak lagi,
anak-anak pula nak perhatian juga.
Ada
pula yang menggunakan alasan "Berbaktilah Kepada Negara". Berbaloikah
anak-anak terabai atas alasan berbakti kepada negara? Usahlah berkata tentang
bakti kepada negara sekiranya bakti kepada keluarga pun tidak mampu kita
laksanakan!!!
JADI
KESIMPULANNYA KERJA DARI RUMAH.. IMPIAN NAK RILEKS DI RUMAH TAPI MESTI BERDUIT!!!
**Tunggu
sambungan Part 3 yer...dah macam novel lak..
No comments:
Post a Comment