Pemutih wajah merupakan salah satu
produk kosmetik yang paling dicari oleh kaum wanita. Banyak wanita yang
berpendapat bahawa putih itu cantik, maka mereka sanggup melakukan apa
sekalipun demi memutihkan kulit wajah. Salah satunya dengan menggunakan produk
pemutih. Akan tetapi, kebanyakan kaum wanita tak berpikir panjang mengenai efek
dari produk pemutih tersebut. Yang mereka fikirkan hanyalah bagaimana
memutihkan wajah dengan cepat dan dengan kadar segera, walaupun krim pemutih wajah
tersebut mahal harganya.
Di negara kita terlalu banyak sangat
promosi jualan krim pemutih kulit/wajah baik di akhbar, jualan langsung di Shopping Complex mahupun di salun-salun kecantikkan. Kulit orang Malaysia yang
kebanyakkan sawo matang dan hitam manis membuatkan bahan kosmetik ini laris dan
pelanggan mahukan yang mempunyai efek pemutih yang cepat.
Perasan tak, selalunya promosi
mengatakan kulit akan menjadi putih dalam tempoh waktu singkat, ada tu dalam masa 3 hari jer boleh putih, kononnya.
Maka banyak persoalan pula yang timbul.
a)
Adakah
benar promosi tersebut?
Ia, memang
benar.
b)
Bagaimana
boleh jadi begitu cepat kesan memutih?
Disebabkan
oleh kandungan ‘kortikosteroid’ di dalam krim itu yang membolehkan kulit wajah
menjadi cerah dalam waktu yang singkat.
c)
Adakah
‘kortikosteroid’ ini berbahaya?
‘Kortikosteroid’
tidak merbahaya malah sering digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kulit.
d)
Jadi,
‘kortikosteroid’ di dalam produk pemutih kulit itu selamat digunakan?
Tidak
selamat. ‘Kortikosteroid’ digunakan untuk merawat penyakit kulit tertentu
sahaja dan penggunaan jangka panjang akan menimbulkan banyak kesan sampingan.
Produk krim
pemutih wajah digunakan sehari-harian, malah ada yang 3 kali sehari. Jumlah
‘kortikosteroid’ di dalam produk ini juga tinggi supaya kesan memutihkan wajah
menjadi semakin cepat. Keadaan ini dipanggil ‘overdose kortikosteroid’.
Penggunaan produk ini sememangnya
memberi kesan pemutihan yang cepat namun begitu terdapat banyak kesan sampingan
yang akan timbul terutama di wajah. Kalau di tangan mungkin kita tidak terlalu
kisah tetapi wajah ni objek paling berharga terutama wanita.
Oleh yang demikian, berhati-hati kaum
wanita di luar sana, carilah alternatif lain jika benar ingin memutihkan kulit.
Gunakan cara semulajadi yang lebih berkesan dan selamat. Jika anda ingin
mengetahui cara atau kaedah yang selamat, KLIK SINI.
No comments:
Post a Comment