Assalammualaikum,
Memang mencabar entry blog kali ini,
SET EKZEMA SHAKLEE nama diberi,
Nanti klong sediakan semua maklumat
terperinci,
Korang semua baca dan ambil serius
nanti…
Hehehe.. jangan marah..
Pembuka bicara,
Berpantun sekali sekala..
….
Nampak…kau ada…???
Hahaha.. melalut jer klong ni..
APA
ITU EKZEMA?
Ok.. straight to the point, ramai ker yang tak tahu lagi apa itu EKZEMA?
Sebab klong sendiri pun tak tahu detail
apa itu EKZEMA.. Kalau sama-sama tak tau, yok kita study dulu..
EKZEMA sebenarnya merupakan masalah
penyakit kulit. Keadaan kulit dimana menjadi merah, kering, gatal dan merekah.
Menurut kajian, penyakit EKZEMA mempunyai pertalian genetic dimana sekiranya salah seorang samada ibu atau bapa
merupakan penghidap EKZEMA maka secara automatik ia akan memberi kesan genetic tersebut kepada anak-anak… Oooo,
bermakna EKZEMA ni penyakit genetic
la yer… baru tau…!!!!
EKZEMA ni
kira benda baru bagi klong sebab dalam family klong memang tak pernah ada yang
kena. Syukur alhamdullilah.
Penyakit EKZEMA boleh dihadapi oleh
pelbagai peringkat umur dan BUKAN
penyakit berjangkit.
a)
Kebiasaannya
bagi orang dewasa, EKZEMA akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali,
leher dan lutut.
b)
Sementara
bagi bayi pula kebiasaan menyerang bayi berumur diantara 2-6 bulan dan tanda-tanda
EKZEMA jelas kelihatan pada bahagian pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit
kepala.
Penyakit ini menyerang tidak kira
masa.. ada yang mengidap EKZEMA sejak bayi dan ada pula yang mendapat EKZEMA
ketika dewasa.
Apa maksud sebenar EKZEMA yer?
Ada yang tau ker?
Macam ni lah, senang citer klong assume semua orang tak tau jer lah yer..
Sebenarnya, perkataan EKZEMA (ECZEMA)
tu berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud ‘mendidih’ dan
berkataan EK bermaksud ‘keluar’. Kalau dalam bahasa Yunani pula, zema
tu bermaksud ‘mendidih’..
Ia terbahagi kepada 2 jenis EKZEMA.
1. ACUTE
ECZEMA
a)
Erythema: Kulit berasa panas, bergelojak dan
gatal, keradangan
b)
Papules: Pembentukan tompok-tompok merah
2. ECZEMA
KRONIK
a)
Kulit
menjadi kering, berair dan bersisik
b)
Kulit
menebal kasar dan berkedut
Isyyyy… takut pula dengan EKZEMA ni..
ingat EKZEMA ni tak serius mana pun.. tapi rupanya boleh tahan serius gak yer… don’t play play.. huuuuu…
APAKAH
SIMPTOM AWAL PENYAKIT EKZEMA?
Antara simptom awal yang dapat dikesan
ialah: -
1.
Kulit
akan pecah dan merekah
2.
Kawasan
kulit tertentu akan koyak
3.
Kulit
terasa sangat kering
4.
Rasa
gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
5.
Menggaru
menyebabkan kulit terasa seperti menebal
6.
Kulit
menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
7.
Kulit
kelihatan seperti ada tompok, lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu
APAKAH
PUNCA ATAU FAKTOR EKZEMA?
Jom kita ambil tahu pula bagaimana
EKZEMA ni terjadi. Apakah puncanya?
.
.
.
.
.
.
Pulakkkkk…
Kalau nak tahu, sehingga ke saat ini,
punca sebenar EKZEMA masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya… Namun begitu
berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa
kemungkinan punca atau faktor-faktor dalaman atau luaran yang telah
dikenalpasti.
Antaranya:
1.
Pencemaran
udara
2.
Terdapat
sejarah penyakit ini didalam keluarga (genetic)
3.
Perubahan
emosi (resah dan stress)
4.
Alahan
kepada;
a)
Makanan
dan bahan pengawet
b)
Persekitaran
(asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
c)
Bahan
pencuci (sabun, detergen)
d)
Pemakaian
barang kemas dan bahan kosmetik
e) Fabric
tertentu
f)
Cuaca
yang panas
g)
Kuat
berpeluh
h)
Air
berklorin tinggi
BAGAIMANA
KITARAN EKZEMA?
EKZEMA ni tercetus apabila kulit gagal
berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan ‘allergens’ atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering,
yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat
menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak
dan ruam akan muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah dibawah.
LANGKAH
MENGELAKKAN EKZEMA MENJADI SEMAKIN TERUK
Menurut pakar kulit,
penyakit EKZEMA tidak dapat sembuh sepenuhnya. Namun rawatan dan perhatian yang
intensif dapat mengurangkan penyakit tersebut daripada menjadi lebih kronik.
Yang paling penting, pesakit perlu mendisplinkan diri dengan penjagaan makanan,
pakaian, selalu bersenam dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Oleh demikian, dicadangkan:
1.
Pakaian
a)
Pakai
pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas
b)
Elakkan
memakai pakaian yang ketat serta tidak menyerap peluh
2.
Pemakanan
a)
Makan
makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
b)
Elakkan
makan makanan yang mendatangkan alergik seperti makanan laut, kekacang dll
3.
Persekitaran
a)
Mewujudkan
pengudaraan yang baik ditempat tinggal
b)
Pastikan
tahap kelembapan adalah sederhana
c)
Sentiasa
menukar cadar dan selimut
d)
Menggunakan
sarung tangan (jika perlu)
4.
Sikap
a)
Elakkan
terdedah kepada matahari yang kerap
b)
Elakkan
mandi dengan air panas
c)
Kerap
memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru
d)
Sentiasa
mematuhi arahan doctor
BAGAIMANA
SHAKLEE DAPAT MEMBANTU MERAWAT EKZEMA?
InsyaAllah,
dengan mengamalkan supplement Shaklee
secara konsisten, ia dapat membantu merawat EKZEMA. Alhamdulillah, ramai
customer yang mendapat rawatan bersama SET
EKZEMA SHAKLEE beri feedback
positif. Memang akan nampak perubahan yang cepat dan sangat ketara! Kiranya memang
berbaloilah keluar duit beli supplement
SET EKZEMA SHAKLEE ni. Lagi pun supplement Shaklee bukan drugs dan semua natural. So, CONFIRM tak
der side effect yang pelik-pelik.
Apa supplement
Shaklee yang terbaik bagi pesakit EKZEMA? Jom teruskan membaca…
A. Bagi
bayi berusia bawah 1 tahun
Kepada ibu yang
menyusukan anak yang menghidap EKZEMA, disarankan untuk mengambil:
1.
Omega Guard
2.
Energizing Soy Protein (ESP)
~Khasiat dan kebaikkan daripada
pengambilan Omega Guard dan ESP, dapat disalurkan kepada bayi melalui
penyusuan susu ibu kelak~
3.
Herbal Blend Cream - Manakala Herbal Blend Cream boleh disapu kepada kulit bayi bagi tujuan
mengurangkan rasa kegatalan dan pedih luka.
*TIDAK sesuai
bagi ekzema berair
4.
Vitamin E - Untuk luka-luka pada kulit pula,
boleh sapukan Vitamin E ini (gunting
sedikit dihujung kapsul)
1.
Ambil
Omega Guard bagi mengawal dan
merawat EKZEMA, menguatkan membrane sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan
kegatalan
2.
Selain
itu, ambil juga Meal Shakes yang
diperkaya dengan mineral dan multivitamin untuk kesihatan tisu kulit serta
menghilangkan parut.
3.
Kombinasi
Herbal Blend Cream dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat
luka akibat EKZEMA.
*TIDAK sesuai bagi ekzema berair
C. Bagi
remaja dan dewasa
1.
Energizing Soy Protein (ESP) – Sangat bagus untuk membantu
penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat EKZEMA. Ia akan menjadikan kulit
lebih anjal sihat dan gebu.
2.
Omega Guard – Berfungsi mengekalkan kelembapan
kulit sekaligus mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan kerana
penghidap EKZEMA menpunyai kulit yang sensitive.
~Gabungan
ESP dan Omega Guard memastikan EKZEMA tidak terus merebak dan memelihara
kulit dari dalam~
3.
Vitamin E
4.
GLA Complex
~Gabungan Vitamin E dan GLA berkhasiat
untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan.
Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan EKZEMA
sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit.
5.
Herbal Blend Cream – Bagus untuk melegakan kegatalan dan
pedih akibat luka EKZEMA.
*TIDAK sesuai bagi ekzema berair
6.
Alfalfa Complex – Bertindak sebagai penyahtoksin dan
mempertingkatkan lagi kekuatan sistem dalam tubuh badan.
TAPI sebenarnya tidak semestinya pun anda perlu ambil semua
apa yang dicadangkan tersebut. Boleh jer ambil supplement berdasarkan bajet yang anda ada. Tapi alangkah bagusnya kalau
boleh ambil semua apa yang dicadangkan, Kiranya dapatlah merawat EKZEMA dengan
lebih optimum. Apa-apa pun langkah terbaik cuba hubungi klong dulu dan
insyaAllah klong akan cadangkan yang terbaik untuk anda.
Jadi
buat pesakit EKZEMA, jangan putus asa. Masih ada harapan EKZEMA anda sembuh.
Cubalah supplement Shaklee ni dulu.
InsyaAllah, berbaloi-baloi sangat.
Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
ReplyDeleteIf you’re going to strap on the same fake watchesevery day, it needs to look good with both your Tuesday suit and your Sunday t-shirt, but you don’t want it to be boring. You don’t have to spend five figures to get a great breitling replica.Theklockor kopior Globemaster ($120) handles all situations effortlessly and is packed with technology like a totally anti-magnetic movement and a more accurate and durable co-axial escapement,you’ll notice the seconds hand seems to tick like on a quartz
rolex replica, but this rolex replicais because of a special gear-and-spring system inside that gives it the so-called “deadbeat seconds” for more precise timekeeping.As the brand’s iconic omega repliqueindividual product, admirable adroitness and absolute kelly 35cm demonstrates what both central and outside.
Buy Cheap air max
online.