Assalammualaikum,
Setelah sekian lama bercuti akhirnya kembali
dengan entry terbaru CABARAN “30 DAYS
RADIANT ME”.. Ingat lagi bilamana diumumkan dalam group pada 14hb July 2016
tentang program #VivixCollagenEffect30days,
terus ramaiii yang bersorak kegembiraan.
Tau kenapa???
Sebab apabila kami membeli sebotol VIVIX, automatic kami layak diberi 30 sachet Collagen Powder Shaklee secara PERCUMA
dari penganjur program.. Gilerrrr.. Maunya tak bersorak kegembiraan happy
sakan. Bukan 1-2 sachet tau. 30 sachet terus untuk sebulan punya makan. Kalau saja-saja
nak beli sendiri kos collagen tu jer dah hampir RM500++.. Syukur pada Allah
apabila pihak pengajur bermurah hati nak bagi secara PERCUMA pada semua peserta program. Semoga bertambah murah rezeki
pihak penganjur lagi nanti. InsyaAllah.
Target penganjur nak bagi kita rasa sendiri
effect selepas pengambilan #VivixCollagen
secara konsisten.. nak kita tengok apakah perubahan ketara sepanjang sebulan tu.. Kulit
bertambah glowing ker? Berat badan menurun ker? Perut buncit dah susut ker?
Tapi serius cakap sebenarnya target utama klong nak try #VivixCollagen sebab nak pulihkan rasa kebas di tangan... sebab
ramai yang cakap #VivixCollagen ni
baik untuk sakit sendi atau kebas tangan... since klong pun dah cantik dan awet
muda (uwekkkkk), so klong dah tau once consume #VivixCollagen nanti, automatic
tu dapat ler bonus kulit cantik flawless lagi.. bertambah cantik ler tu nanti..
suka encik hubby nanti.. hiiii
CABARAN HARI KE-2
Sebelum ni memang klong pernah ambil VIVIX dan Collagen secara berasingan, tapi
ambil secara serentak sekali macam program ni memang tak pernah… so untuk
program CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” ni kita
semua peserta bermula 02hb Ogos 2016.. dan percaya tak effectnya tu the next
day 03hb Ogos dah dapat rasai.. WOW!!! Baru satu hari proses ‘mencuci’ dah bermula.. mak oii habis
segala mak nenek dalam usus ni semua dicuci bersih… memang terasa perut tu
kosong bersih… tu baru hari pertama, kalau dah tiap-tiap hari dicuci bersih
macam ni mau tak perut yang buncit jadi pepeh terus.. can you imagine..??? Ehhhh.. korang faham tak pepeh tu apa??? Kalau
tak faham buat-buat faham jer lah yer…Heeee…
Jadi semua peserta feedback ‘healing crisis’ masing-masing
dalam group. Mungkin ada pembaca blog ni yang tak faham apa itu ‘Healing Crisis’ atau bahasa melayunya Krisis Penyembuhan. So klong share
sikit la yer supaya lain kali bila korang ada ambil apa-apa supplement dan
alami ‘healing crisis’ ni, korang dah boleh get
ready… Setiap vitamin yang
kita ambil tidak kiralah brand apa sekali pun, kebiasannya akan mengalami
Krisis Penyembuhan ini tapi kalau boleh tu pilihlah Shaklee supplement
semulajadi terbaik dunia.. (^__^)
'Healing Crisis’
ni ada macam-macam.. Kadang-kadang tu ada yang masalah awalnya sakit kepala
akan semakin sakit kepalanya. Ada tu yang asyik keluar angin jer. Ada yang
melawaskan. Ada yang memang jenis badan bertoksin akan rasa keletihan melampau
dan macam-macam lagi jenis 'Healing
Crisis’. Memang setiap krisis berbeza dengan individu yang lain. Jadi apa
perlu dibuat untuk melalui krisis ini? TERUSKAN.
Jangan berputus asa bilamana menghadapi Krisis Penyembuhan ini. Senang
cerita, cuba korang bayangkan sedang mencuci paip karat kat rumah korang yang
dah berkeladak bertahun-tahun tu.. Confirm banyak kekotoran segala bagai karat yang akan
keluar. Betul ker betul?
TARGET NAK PULIH KEBAS TANGAN
Macam klong cakap di awal entry, target join
program ni sebab nak cuba kurangkan rasa kebas dekat tangan kanan ni.. Doctor panggil
‘Carpal Tunnel Syndrome (CTS)’.
Pernah dengar tak? Aneh sekali nama sindrom ni jika kali pertama mendengarnya.
Actually, klong sendiri pun tak pernah dengar
dan tak pernah ambil tahu pun pasal CTS ni... Alkisah penghujung Mei 2016,
selepas majlis perkahwinan adik bongsu klong, tangan kanan klong tiba-tiba rasa
kebas semacam.. kebas sangat-sangat... Pada awalnya klong fikirkan mungkin
sebab terlalu banyak buat kerja berat dan penggunaan tangan yang kerap melampau... tapi kebas
ni makin lama makin kuat rasanya.. makin menjadi-jadi pulak... tak tahu nak explain rasa kebas tu macam mana.. yang
pasti untuk hilangkan rasa kebas tu klong gigit-gigit semua jari-jari tangan
kanan ni.. Haaaa.. boleh bayangkan tak macam mana situasi masa tu..bila malam
nak tidur satu hal lagi.. nak tidur rasa tak selesa.. rasa macam nak hempapkan
tangan kanan ni dengan something yang
berat.. so apa klong buat masa nak tidur letak tangan kanan bawah bantal atas
kepala.. masa tu baru rasa macam pergghhhh leganya rasa... lagi satu hal bila
nak mengemas rumah, masa pegang penyapu atau mop rasanya Ya Allah sakitnya
tangan.. kebas sangat-sangat.. Nak pegang dan taip HP pun punya payahnya..
memang tak boleh langsung guna jari tangan kanan ni.. rasa macam kena ‘current shock’.. so nak tak nak, suka
atau tidak, terpaksa guna jari tangan kiri ni.. ambik kau dah macam budak baru
nak belajar menaip jer masa tu...kiranya memang masa tu buat apa pun rasa tak
selesa.. Kadang-kadang menangis sebabbbbb entah ler yer tak tahu menangis sebab
apa.. tapi serius siapa yang dah pernah alami CTS ni dia akan faham apa yang
klong rasai pada masa tu.. Dahsyatkan penangan CTS ni..
Isyyyy... awat dah panjang berjela-jela klong
citer pasal CTS ni lak.. nak citer pasal CABARAN
“30 DAYS RADIANT ME”.. dah melalut jauh pulak.. ampunlah yer.. sedia maklum ler dah lama tak berblogging..
mencurah-curah pulak idea nak tulis.. hahaha...
PROMOSI VIVIX DATANG LAGI
PROMOSI VIVIX DATANG LAGI
Masa program CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” ni, bestnya tengah promo VIVIX.. apa orang kata “pucuk dicita ulam mendatang”.. ehhh..
betul ker peribahasa ni??? Ada kena mengena ker??? Kalau salah tu minta abaikan
jer lah yer… klong ni Engineer.. bab-bab peribahasa ni memang out ler.. hahaha…
Oleh sebab masa tu VIVIX pun tengah promo murah, rugi pulak rasanya kalau tak rembat,
kebas tangan ni pula dah menjadi-jadi, penganjur pula announce pasal program ni.. apa lagi zasssss tak tunggu lagi terus
klong register masuk nama nak join
juga... walaupun klong rasa kebanyakan yang join program ni target untuk
kecantikan, untuk nak slim badan, tapi klong target lain.. ‘Nak Kurangkan Kebas
Tangan’.. kalau ada yang gelak.. ‘ada aku kisah...’... heeeee..
Klong beli VIVIX ni pun sebab rakan-rakan Shaklee yang bagi tau untuk pesakit CTS disarankan mengamalkan pengambilan minuman campuran botani VIVIX sebagai alternative daripada memakan ubat hospital atau melakukan pembedahan.. WHAT? OPERATION?.. seram sejuk terus bila dengar bab operation ni... taubatttt...
Klong beli VIVIX ni pun sebab rakan-rakan Shaklee yang bagi tau untuk pesakit CTS disarankan mengamalkan pengambilan minuman campuran botani VIVIX sebagai alternative daripada memakan ubat hospital atau melakukan pembedahan.. WHAT? OPERATION?.. seram sejuk terus bila dengar bab operation ni... taubatttt...
APA ITU CARPAL TUNNEL SYNDROME
Chopp... sebelum klong go further, korang tau tak CTS tu apa?? CTS tu sebenarnya suatu
keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (Median Nerve) dipergelangan
tangan. Dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan
dalam 80% kes pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.. Ermmm.. macam betul jer
fakta ni.. yang pompuan umur 40an tu dah boleh standby apa yang patut lah yer
nak elakkan CTS ni dari berlaku...
Kita akan merasa kebas pada bahagian tangan
dan jari-jari tangan. Terutama tangan kanan. Rasa kebas ini akan menjadi lebih
kuat terutama semasa memandu, semasa memegang objek seperti penyapu, telefon,
pen atau semasa tidur. Jangan anggap kebas tangan tidak bahaya tau.. so don’t play-play yer...
Siapa yang dah ada tanda-tanda awal Carpal Tunnel Syndrome tu haaa tunggu
apa lagi, cepat-cepat dapatkan segera VIVIX
dan Collagen... Nak order??? Meh
terus order jer dengan klong.. senang sikit nak consult nanti... heeee....
Klong sendiri pun sedaya upaya nak kurangkan
pergerakan tangan kanan ini. Tapi apakan daya.... semua kerja memerlukan kita
menggunakan tangan kanan ni...betul tak?
Biasanya bila tangan kita rasa kebas, kita pun turut rasa berdenyut pada sendi tangan hingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan. Keadaan ini berlaku biasanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat... Huuuu.. nak nangis masa ni...
Biasanya bila tangan kita rasa kebas, kita pun turut rasa berdenyut pada sendi tangan hingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan. Keadaan ini berlaku biasanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat... Huuuu.. nak nangis masa ni...
Kebiasaannya pula rawatan terbaik untuk
pesakit Carpal Tunnel Syndrome ni
ialah MINOR OPERATION di bahagian
pergelangan tangan. Ohhhhh.. tidakkkk.. imagine
lepas operation tangan kananku perlu ‘bercuti’.. mampus ler mak nak oiii..
tengok gambar operation ni pun klong
dah rasa nak meraung.. seram sejuk dah wei..
MERAWAT CARPAL TUNNEL SYNDROME DENGAN
VIVIX + COLLAGEN
Pengalaman sendiri
selama 30 hari bermula 02hb Ogos 2016 dan berakhir 31hb Ogos 2016 dengan
mengamalkan secara konsisten VIVIX + Collagen, apa yang klong boleh simpulkan
bahawa kebas ditangan BERJAYA
DIKURANGKAN.. Walaupun tak 100% sembuh atau hilang terus kebas tapi at
least kita dah boleh rasa kebas tu berkurangan.. Syukur alhamdullilah.
BUKTInya, klong tidak
perlu lagi menaip menggunakan tangan kiri, tidur malam tangan dah tak perlu
letak bawah bantal, menyapu mengemop rumah pun boleh jer dah ni dan ermmmm apa
lagi yer..Apa-apa pun memang VIVIX + Collagen membantu sangat-sangatlah
pada mereka yang ada simptom CTS ni.
"Klong tolong buktikan…"
Maaf, klong tak dapat
nak buktikan dengan testimonial bergambar sebelum dan selepas. Sebab ia
melibatkan ‘feel’.. diri sendiri sahaja yang boleh rasa kebas atau tidak lagi
tangan dan jari-jari.. serius tak boleh digambarkan.. dan macam di awal entry
klong dah bagi tau target klong hanya untuk mengurangkan kebas di tangan sebab
tu klong tak fokus sangat pada kecantikan dan penurunan berat badan. Jadi tiada
testimonial bergambar.
Cuma apa yang klong
boleh simpulkan untuk mereka-mereka yang mempunyai simptom CTS ni segeralah
amalkan VIVIX + Collagen secara konsisten. Andai kata tiada bajet nak beli
kedua-duanya.. klong rekemen anda go for VIVIX dulu.
Kepada pihak penganjur
terima kasih daun keladi kerana telah bersusah payah menganjurkan program ni
dan monitor #VivixCollagenEffect30days untuk kesemua peserta
program.
CABARAN “30 DAYS RADIANT ME” =>> YES, I CAN FEEL THE DIFFERENCE
BERINGATLAH, JANGAN DIANGGAP KEBAS TANGAN TIDAK BAHAYA!!
No comments:
Post a Comment