Adoi ler…!!! Majlis Shaklee Master
Celebration (MasCel) Master Siti Farhana & Ahmad Firdaus dah lama pun berlangsung
di Marriott Putrajaya pada 20 September 2014 yang lalu… tapi baru ler berkesempatan
nak update blog... kiranya dah basi ler cite nie yer... Tapi saya tak kira la,
saya nak share gak dengan pengunjung blog saya nie..
Syukur Alhamdulillah, berkesempatan juga
akhirnya saya hadir ke majlis nie... dan yang paling teruja sangat sebab inilah
kali pertama saya menjejakkan kaki ke hotel nie. Teruja punya pasal, kul 12
tengahari kita orang dah terpacak kat hotel tu… Lawak jer, sampai krew kat situ
pun tegur “awalnya akak sampai, majlis kul 3 baru mula”.. Nak cover punya pasal jawab
jer ler “takut jalan jam bang oii”… hehehe..
Anda mungkin nak tahu apa tu MasCel…???
Shaklee Master Celebration (MasCel) sebenarnya
adalah suatu majlis yang diadakan oleh pihak Shaklee untuk meraikan Master
Coordinator iaitu rank terakhir dalam Shaklee…..Kiranya macam majlis pengiktirafan
dari Shaklee. Jangan terperanjat pula tau sebab setiap kali pihak Shaklee menganjurkan
majlis Master Celebration, sekitar RM50,000 akan diperuntukkan. WOW…!!! Banyaknya…Terima
kasih Shaklee.
Kenapa saya nak sangat hadir ke majlis
seperti ini? Sebenarnya, saya dah plan awal-awal nak peluk si Nana Macarona tu...
suruh melekat aura Master dia tu kat saya nie… Alhamdullilah, hajat tu tercapai...
Iye ler, mana tau bila dah datang majlis nie terkena tempias jadi “Master” satu
hari nanti. Insyaallah…
Bestnya saya dapat bawa sekali salah
seorang anak didik saya dari Empayar Brightstar Leader (BSL) ke majlis nie. Biar
terbuka sikit minda tu, tengok macam mana orang lain boleh berjaya, ambil tips macam
mana nak berjaya juga. Nasib baik la, anak didikku nie pun berkobar2 nak pegi MasCel.
Selepas selesai makan-makan, maka bermulalah
acara masuk dewan dengan perarakan semua Master-Master yang hadir dan diikuti
yang terakhir Master yang diraikan. Adoi…!!! Naik bulu romaku masa ni.. dah
macam arak pengantin lak…
Dah tak nak tulis panjang-panjang,
citer pun dah basi, jom layan gambar-gambar sekitar majlis MasCel Master Siti Farhana
& Ahmad Firdaus.
Kesimpulannya, peluang hadir ke Master
Celebration ni sangat menarik sekali. Mana tau satu hari nanti, saya suami isteri
pula hadir sebagai “Master Coordinator”…
No comments:
Post a Comment