1. Belilah beberapa
buah kerusi/bangku dan letakkan di dalam Masjid/Surau/Madrasah supaya dapat digunakan
oleh jemaah yang sakit, uzur, warga emas dan jemaah yang ingin menggunakannya disaat
solat.
2.
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing
yang datang singgah kelak kerumah anda.
3. Sisihkanlah
sedikit dari hasil gaji/upah harian/mingguan/bulanan dan disumbangkan kepada anak-anak
yatim dan orang miskin.
5.
Letakkanlah sebuah kotak di dalam bilik tidur. Setiap kali anda merasa melakukan
dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak tersebut sedekahkan
wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
6. Jika hadir
dalam mana-mana acara keramaian/kenduri-kendara, belilah 1 @ 2 kotak air
mineral, niatkan untuk bersedekah kepada orang-orang yang memerlukannya nanti.
7. Jika kamu membeli
barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki,
biarkan baki wang itu dan niatkan untuknya bersedekah.
8. Belilah Al-Quran
dan letakkan di Masjid/Surau/Madrasah. Bayangkan berapa banyak pahala yang anda
dapat daripada setiap huruf yang mereka baca.
9. Berikanlah
perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang
sedang ditimpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doamu setulus ikhlas hati.
10. Lemparkanlah
senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam dan bertuturlah dengan ucapan
yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
11. Jangan biarkan
engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek
kepadamu.
12. Sedekahkan
Al-Fatihah kepada kedua ibubapa, ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita yang
telah meninggal dunia.
13. Kirimkan setiap
mesej kebaikan kepada kenalan anda.
Selamat bersedekah.
No comments:
Post a Comment