Selalu tak rasa pening
kepala dan kadang-kadang pernah pitam/pengsan? Bila pergi check-up, baru tahu
sebenarnya kita ada masalah Low Blood Pressure/Tekanan Darah Rendah. Tolong jangan
ambil ringan masalah nie tau?
Tekanan darah rendah atau
dikenali sebagai Hipotensi, adalah lebih sukar untuk diubati berbanding tekanan
darah tinggi kerana ubat rawatan untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih
sukar dan hampir tiada ubatnya. Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan
diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada
pengidapnya contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh atau boleh menyebabkan
pesakit pengsan.
Walaupun demikian, tekanan
darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkan gangguan
kesihatan yang kronik. Oleh kerana itu, hipotensi tidak menyebabkan orang ramai
merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan langsung.
Apa itu Tekanan Darah
Rendah?
Tekanan
darah rendah (hipotensi)
adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang
diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran
darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah
seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak,
jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Nota:
Andai bacaan tekanan darah
kita melebihi 130/85 mmHg, itu tandanya tekanan darah tinggi
Andai bacaan tekanan darah
kita kurang 130/75 mmHg itu tandanya tekanan darah rendah.
Kebiasaanya bacaan bagi
tekanan darah rendah yang serius adalah 90/60 mmHg.
Dalam menentukan seseorang
itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu
usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan dan infeksi.
Kebiasaannya orang yang
selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan
atlet dan pengamal diet.
Bagi penghidap tekanan
darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit
tekanan darah rendah.
Mereka akan menunjukkan
gejala atau tanda-tanda awal seperti: -
- Sering
menguap
- Pening
kepala ketika posisi badan berubah
- Kerap
pitam
- Pengsan
(tahap serius)
- Sukar
untuk berkonsentrasi
- Mata
berkunang-kunang/penglihatan kurang jelas (rabun)
- Mual
- Kulit
berasa dingin, pucat dan lembap
- Pernafasan/kadar
denyutan jantung cepat dan pendek
- Cepat
haus
- Sentiasa
letih
- Apabila
melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
- Merasa
cepat lelah/sesak nafas terutama bila cuaca panas
- Warna
kulit bertukar menjadi pucat
- Penurunan
berat badan
- Lemah
daya ingatan
- Mudah
berpeluh
- Tangan dan kaki kebas
Sekiranya seseorang itu
hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu
sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada
bayi itu nanti.
Terdapat beberapa penyebab
yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu: -
a)
Kekurangan
volume darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang
tidak boleh terkawal
b)
Dehidrasi
– dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah
yang teruk dan cirit-birit
c)
Masalah
jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat
dan keadaan otot yang lemah
d)
Kekurangan
faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
e)
Kekurangan
hormon - paras hormon tiriod yang rendah
f)
Gangguan
pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Bagi anda yang menghadapi
masalah tekanan darah rendah, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:
a)
Bangun
dari duduk atau berbaring secara perlahan
b)
Jangan
berdiri terlalu lama
c)
Jangan
terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
d)
Diet
rendah karbohidrat
e)
Banyakkan
minum air putih
f)
Hindarkan
diri dari pengambilan alcohol
g)
Jika
perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
h)
Melakukan
aktiviti senaman secara teratur
Pilih lah supplement yang
memberi kesan yang baik untuk jangka masa yang panjang, semestinya dari SHAKLEE.
Vitamin terbaik untuk dikongsi bersama kerana sememangnya ianya berbeza dari
jenama supplement yang lain.
Anda berminat ingin membeli
secara terus Cadangan Set Tekanan Darah Rendah di atas?
Klik Online Order
No comments:
Post a Comment