Mungkin kita biasa dengarkan.. makan
vitamin B-Complex nanti boleh jadi gemuk sebab selera makan bertambah. Namun
hakikatnya, bukan vitamin yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan mudah berlaku
bila makanan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga sepenuhnya. Di sinilah
vitamin B-Complex memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita kerana ia
dapat berfungsi seperti ‘starter plug’ yang akan menukarkan gula menjadi
tenaga. Bila makanan dapat ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko
kencing manis dan kegemukan dapat dielakkan.
Kekurangan vitamin B-Complex boleh
melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana
akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga
boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu, kekurangan vitamin B-Complex
juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan
memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B-Complex
akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas,
insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.
Antara tanda-tanda tubuh kekurangan
B-Complex?
· Sensitif
· Keletihan
· Mudah
marah
· Mudah
merajuk
· Emosi
yang tidak stabil
· Kemurungan
· Sembelit
· Mudah
panic
· Darah
gemuruh
· Kurang
selera makan
· Kulit
wajah nampak kusam
Tahukan anda vitamin B-Complex adalah
vitamin larut air. Oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan
melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna
kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna
kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan vitamin B. Oleh itu adalah sangat penting
untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari.
Mungkin ada sesetengah yang
berpendapat mereka sudah dapat zat yang mencukupi dengan masak sendiri setiap
hari. Namun tahukan anda zat makanan mudah hilang dengan cara masakan, cara
penyimpanan dan cara penyediaan.
KELEBIHAN
VITAMIN B-COMPLEX
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan
dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada
kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata,
kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi
normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel
genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan
protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan
perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
KELEBIHAN
VITAMIN B-COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN
VITAMIN B-COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN
VITAMIN B-COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan
dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia kurangnya sel
darah merah (hemoglobin low)
Siapa individu yang perlukan vitamin B-Complex?
· Mereka yang terdedah kepada
sinaran matahari.
· Mereka yang terdedah kepada
tekanan kerja dan beban kerja yang banyak.
· Mereka yang mempunyai sakit
kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine.
· Mereka yang tidak dapat focus
dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga
kecantikan tubuh badan.
· Mereka yang nak nampak cantik
dan muda.
· Mereka yang mengandung dan
menyusukan anaknya.
· Wanita yang mengambil pil
perancang.
Oleh itu, bermula dari hari ini
bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya walaupun hanya
1 biji sehari.
1 botol B-Complex Shaklee mampu menampung
selama 4 bulan pengambilan. Jadi dapatkan segera B-Complex Shaklee untuk
keperluan Vitamin B lengkap anda. Keistimewaan vitamin B-Complex Shaklee mengandungi
8 Vitamin B yang lengkap iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12,
Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.
No comments:
Post a Comment