Hidup kita ni
singkat... Jadi saya rasa tak mau habiskan sebahagian umur saya untuk menjadi
hamba bekerja sahaja… cukuplah kerja tu sebagai keperluan saya untuk
menyelesaikan urusan yang patut, menambah aset-aset yang perlu dan laksanakan
perancangan kewangan yang sepatutnya.
Alhamdulillah...
mungkin dah diajar dari kecil oleh mak ayah, berjimat cermat, jadi saya ni
bukan kaki shopping atau saja-saja suka-suka nak berbelanja untuk perkara-perkara
yg tak tentu hala… berbelanja hanya ikut keperluan…dari kecik, anak dara,
hingga dah bergelar ibu… tak berubah sekali pun… Tak percaya…??? Tak suruh
percaya pun… J
Mungkin apabila
kita nekad menjadi seorang WAHM, mereka yang diluar sana akan bagi negative
komen…”bosanlah jadi suri rumah…hari-hari nak buat kerja yang sama jer”. Betul
tak?? Sebenarnya, ada banyak perkara indah, aktiviti bermanfaaat &
menyeronokkan yang kita boleh buat di rumah yang tak dapat kita buat jika masih
bekerja di pejabat... Yang penting kita sendiri perlu bijak mengurus aktiviti
seharian supaya tak membosankan.
Apabila saya
nekad bergelar surirumah sepenuh masa BERDUIT... Jadi apa saya perlu buat,
mencari sesuatu perniagaan yang saya boleh gerakkan secara on-line, tak perlu
modal yang besar, tak perlu keluar rumah cari orang, tak perlu simpan stok-stok
kat rumah… tapi PERNIAGAAN APA yang tak perlu semua tu??? SEMUA NAK DUIT baru
ada masyukkkk…. Pening gak kepala fikir tu… Tapi tak pe, percaya mesti ada jalan
yang Allah belum tunjukkan lagi…
Bermulalah perjalanan kisah hidupku
dengan Shaklee….
Kes 1: Mak adalah seorang pesakit
kategori minor stroke. Saya membelikan
mak dan minta mak mencuba produk Shaklee
OmegaGuard & OsteMatrix. Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal
Shaklee ni… saja jer search kat internet tiba2 terjumpa cite pasal post Shaklee
bole merawat pesakit strok… lama gak ler saya buat keputusan untuk beli set ni,
tak berapa yakin sebab dah terlalu banyak supplement, yang mahal yang murah
semua dah cuba… tapi itulah Allah bukakan hati saya supaya “beli & cuba”..
Alhamdullilah,
setelah pengambilan berterusan, mak berasa sangat bertenaga dan yang
mengembirakannya apabila membuat pemeriksaan berkala di Klinik Kerajaan,
keputusan paras gula & tekanan darah sangat baik. Sehingga doktor pun
berasa satu pencapaian yang sangat baik apabila dibandingkan keputusan sebelum dan
selepas (tapi doktor tak tahu la yang mak ada makan produk Shaklee ni)… Syukur
Alhamdulillah, produk Shaklee buat mak lebih bertenaga sebab tu bila saya
outstation mak banyak bantu saya… bab ni yang nak nangis ni….. L
Kes 2: Suami pula kerap bersungut perut
terasa senak @ terik dan dada juga kerap sakit. Saya membelikan pula kepada
suami produk Shaklee Alfalfa Complex.
Sama juga setelah pengambilan berterusan, suami dah tak merungut perut
senak/terik dan dada juga tidak berasa sakit lagi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas tu,
saya terfikir kalau produk Shaklee ni baik kenapa aku tak jadi ahli je terus..
jimat sikit duit nanti masa beli dapat harga ahli.. Masa tu outstation kat
China, kejap2 wasap Mummy saya sekarang C’Noor Aslizan…tanya itu ini, macam
macam lah saya tanya… sebab nak kuar duit RM65 tu kan…J…sebab saya nak kaji dulu, kalu agak2
tak berbaloi jadi ahli, baik tak payah… tapi Mummy saya sempoi jer… langsung
tak desak pun suruh jadi ahli.. Cuma layannnnn jer soalan saya dan nasihat
sikit2 ler…tapi hati saya tetap kuat suruh jadi ahli dan akhirnya 26 February
2014, berdaftarlah saya sebagai ahli Shaklee yang sah.
Masa tu plan
untuk kegunaan sendiri, tak berapa nak faham sangat pun plan Shaklee nie…
Bulan March
2014, saya beli set B-comp, Vita-lea & Zinc sebab badan saya memang rasa
keletihan melampau.. memang letih yang amat sangat.. rasa nak tidur jer… Pas
makan tu bole dapat rasa perbezaan sebelum dan selepas (sehingga saat ini masih
setia dengan set ni)…
Pastu jiran, kawan & adik lak tau saya jadi ahli
Shaklee pakat dok order… saya pula jual harga ahli je, lagi ler mereka suka…
rupa-rupanya dia orang nie dah tahu awal-awal pasal Shaklee… kiranya aku nie ler yang ketinggalan
zaman… emmmmm…
Yang paling
best 15 April 2014, Mummy cakap bonus Shaklee masuk…Masa tu baru lagi, rasa
macam excited sangat bile tengok ada bonus pertama masuk… Walaupun pada masa tu
cuma hanya 2 angka jer tapi at least rasa happy sebab plan jadi ahli nak makan
sendiri pun bole dapat bonus gak..sape nak bagi kan... dah lah jual pada dia orang pun pada harga ahli jer pun..
Bermula dari saat
dapat bonus pertama dan badan rasa sihat, saya mula percaya pada kelebihan,
kehebatan dan keberkesanan yang ada pada produk nutrisi Shaklee dan akhirnya saya
nekad untuk menjadi pengedar aktif produk nutrisi Shaklee. Kalau nak tahu
sekarang ni kami sekeluarga adalah pengguna tetap produk Shaklee. Tak yah
promote ler produk jenama lain, tengok sebelah mata pun dah tak nak…hehehe…
Eksyen lak yer…
Tapi dalam
masa yang sama sebenarnya ada sedikit rasa terkilan sebab saya tak sempat nak
beli produk ni untuk arwah ayah… Kadang-kadang terfikir, agaknya kalu aku cepat
lar tahu pasal produk Shaklee, aku beli VIVIX Shaklee produk terbaik tu,
mungkin saat ni ayah masih ada lagi… huwaaaaa….Rindu kat arwah ayah… Al-fatihah buat arwah ayahku Nordin Bin
Burok. Amin
Nak tahu tak,
bila saya buat bisnes Shaklee ni, baru saya tahu, bisnes ni bukanlah untuk
dapat untung semata-mata, bukan untuk diri saya seorang tapi lebih kepada
memberi dan membantu orang lain supaya sama-sama sihat dan sama-sama dapat
income macam saya dapat. Tak mustahil semua tu... Sebab tu saya mahu terus sustain dengan bisnes ini dan saya
tak malu nak beritahu semua orang yang saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT
DISTRIBUTOR SID No. 1116367 (Norhafizah Nordin) – bakal Master February 2016.
Insyaallah
Ok nanti kita
bersambung ke Part seterusnya “Kenapa Akhirnya Shaklee Menjadi Pilihan Bisness”
JADI
KESIMPULANNYA KERJA DARI RUMAH.. IMPIAN NAK RILEKS DI RUMAH TAPI MESTI BERDUIT!!!
**Bukan apa, kalu tulis panjang-panjang nanti orang bosan lak nak membaca... biar kasi tertunggu-tunggu pengakhirannya...baru best...
No comments:
Post a Comment