TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Friday 10 April 2015

Gara-gara Ter’SIGN-UP’ Dengan……

Alahai... memang sejak kecil saya ni memang ler tak minat langsung dunia bisness nie.. memang tak pernah terlintas satu ari akan jadi ‘bussiness woman’.. cewah.. bab-bab nak menjual nie memang malu ler sangat-sangat.. susah nak buka mulut cakap ada jual tu ada jual nie… berat mulut nak bercerita, terasa keyakinan diri sangat rendah, selalu fikir negative... apa la nanti orang kata bila buat bisnes itu bisness ni nanti.

Tapi bila dah ter’sign-up’ dengan Shaklee, buka Bisnes Manual, baca satu persatu apa yang syarikat tawarkan… Baru terbeliak biji mata ni.. Rupa2nya... jeng jeng jeng…


5 JENIS BONUS DITAWARKAN:

1) Retail Profit
Untung runcit hasil dari jualan produk. Untung sehingga 33% dari harga produk.

2) Performance Bonus
Bonus yang diberi berdasarkan jualan. Makin tinggi sales.. makin banyak bonus Shaklee bagi.

3) Leadership Bonus
Istimewa untuk leader Shaklee. Reward yang diberi sebab telah bantu ahli-ahli dalam organisasi. Yang nie semua orang boleh dapat kalu dapat title ‘leader’.. senang jer sebenarnya nak dapat title ni.. ‘WORK HARD, WORK SMART’

4) Car Bonus
Sebenarnya Car Bonus yang dimaksudkan ialah bayaran tunai untuk membayar duit bulanan kereta sekiranya kita membeli kereta baru. Tapi kalau kita tidak membeli apa-apa kereta pun boleh, gunakan untuk perkara-perkara lain. Contoh nak bayar installment kereta yang tengah guna sekarang/nak menyimpan/nak guna untuk shopping, terpulang pada kita. Bestkan?

5) Conference/Convention
Shaklee akan offer trip ke oversea atau umrah (bagi yang islam). Trip ni trip 5/6 bintang. Bayangkan 1 tiket worth RM1 juta. Pengsan dengar…


Ini lah antara 5 point yang saya perlu hadapi bila saya dah ter’sign-up’. Alhamdulillah, satu persatu saya akan merasainya kelak.

Anda pembaca blog saya ni, nak baca je ke atau nak sama-sama macam saya TERPAKSA jugak? Kalau dah buat keputusan, terpaksa ikut saya ter’sign-up’, jangan berlenggah-lenggah lagi… boleh hubungi di talian 013-615 1984… saya tunggu tau.. J



Wednesday 8 April 2015

DIA Bangunkan KITA Pada Malam Hari… !!!

Kadang-kadang kita terjaga waktu tengah malam . Pukul 2-3-4 pagikan.. Bila terjaga tu apa kebiasaan yang kita buat? Yang saya perasan, kita cuma bangun tidur pergi toilet buang air atau ke dapur minum air atau pun tidur semula dibuai mimpi yang ‘indah’. Adakah kita mengambil peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah? Wallahu a'lam…

Ketahuilah, sebenarnya bukan sengaja Allah kejutkan kita. Bukan sebab Allah nak kacau tidur kita tapi sebab Allah rindu dengan kita.. Allah nak dengar rintihan kita.. Allah kejutkan kita sebab DIA betul-betul rindu pada KITA.. Apabila kita terbangun pada waktu tengah malam, tu petanda panggilan kasih sayangNya.

Ya Allah… tiba-tiba rasa syahdu pulak bila tulis post nie… sebab saya pun tidak menggunakan sebaik mungkin masa tersebut… Kalah dengan pujuk rayu ‘mereka’…

Allahu Akbar.. Indahnya kalu kita dapat bercinta dengan Allah senyap-senyap, dalam suasana yang tenang, dalam kepekatan malam.. Benar-benar buat kita rasa kerdil sangatkan…


Antara kelebihan orang yang rajin buat Solat Tahajjud:
  1. Mukanya berseri-seri
  2. Memperolehi ketenangan jiwa sama ada ditimpa kesusahan atau tidak
  3. Hatinya bersih dan mudah menjauhi kemungkaran
  4. Doa dimakbulkan Allah
  5. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah
  6. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas
  7. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari
  8. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai
  9. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan
  10. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT
  11. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi
  12. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  13. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim
Kalau lah ada sesiapa selepas membaca post saya ni, nak mudahkan bangun solat malam, cuba amalkan tips ni:
  1. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur kita mencukupi
  2. Ambil wuduk sebelum tidur
  3. Sebelum tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud
  4. Maafkan semua orang sebelum tidur
  5. Tidur menghadap ke kanan
  6. Baca Doa
-       Subhanallah (33 kali), Alhamdulillah (33 kali) and Allahu Akbar (34 kali) - Jumlah 100 kali
-       Surat Al-Ikhlas, Surat Al-Falaq, Surat An-Nas dan Surat Al-Kafirun 
-       Ayat Kursi

  1. Hindar hal yang makruh sebelum tidur
  2. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang

Rasulullah SAW pun ada bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Sekarang kita semua sudah tahu apa kebaikan Solat Sunat Tahajjud, bolehlah selepas ni buat pilihan samada nak mulakan atau tidak yer..



Tuesday 7 April 2015

Indahnya Buat Business Dengan Shaklee

Alhamdulillah, hampir setahun lebih saya bersama Shaklee sebagai pengguna tegar Shaklee dan Shaklee ni juga yang bagi saya pendapatan sampingan setiap bulan. Syukur saya ditemukan dengan leader yang baik, yang banyak membantu saya dalam berShaklee.

Ada yang bertanya susah tak buat bisness Shaklee? Sebenarnya, tiada yang senang dalam dunia ni. Macam mana pun kita perlu bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Tapi sebenarnya, takde la susah sangat sebab business plan Shaklee ni simple sangat. Konsep siapa usaha lebih dia dapat lebih, tak kira la upline ker, downline ker.

Ada juga yang bertanya macam-macam soalan bila nak buat Shaklee ni. Ye lah saya pun dulu macam tu juga. Tanya itu ini kan kat upline saya.. sampai dah betul-betul yakin barulah saya daftar ahli. Ni antara soalan popular yang ditanya:

Q: Saya ni pemalu la.
A: Saya pun kategori pemalu gak... hehehe.. Tapi itu lah keindahan bisnes Shaklee, share jer kebaikan Shaklee kat orang lain dengan niat untuk bantu ekonomi keluarga.

Q: Saya nampak dah ramai SID, boleh jual ke?
A: Ya, masa nak mula aktif bisnes Shaklee dulu, saya pun berfikiran macam tu. Tapi kalau saya masih berteka-teki macam tu, saya tak akan berada di rank SUPERVISOR sekarang. Percaya rezeki Allah yang bagi.

Q: Saya tak ada modal besar lah nak buat Shaklee?
A: Ya Allah....nak buat apa nya modal besar-besar. Cuma bayar yuran yang tak sampai pun RM100. Seumur hidup pulak tu.. Selebihnya kita fokus sharing produk, InsyaAllah boleh dapat modal 100% semula di bulan pertama.

Q: Upline duduk jauh, macam mana nak guide?
A: Sekarang ni semua online jer, guna whatsapp atau Facebook


Sebenarnya sejak saya buat dan fokus pada Shaklee, banyak perkara yang telah merubah hidup saya. Meh, saya kongsikan sikit tau:

1. Bonus - Saya puas hati buat Shaklee sebab kalu saya usaha lebih, saya dapat bonus lebih. Puas hati gak bila tengok ‘anak-anak’ gembira melihat bonus Shaklee masuk account mereka setiap bulan.

2. Kawan - Sekarang dah semakin ramai kawan. Sideline jadi kawan, customer pun jadi kawan.

3. Motivasi - Upline & leader sentiasa bagi motivasi dan dorongan pada kita untuk berjaya. Support group sangat kuat.

4. Peningkatan amalan rohani - Antara kenapa saya suka sangat dengan Shaklee ini, bukan sekadar ajar buat sales dan motivasi diri tetapi banyak mengajar, membimbing dalam amalan rohani. Dulu bukan la saya kata tak solat, tak puasa. WAJIB tu. Tetapi benda-benda sunat macam solat sunat & berzikir ni memang jarang dibuat. Selepas berShaklee, leader2 setiap hari tegaskan buat business mesti jaga hubungan kita dengan ALLAH. ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI. Solat Tahajud, Solat Dhuha, Zikir YA WAHAB, bersedekah jangan lupa. SUBHANALLAH.. selepas itu memang banyak MAGIC yang berlaku sebenarnya.

5. Membantu ramai orang - Shaklee bukan setakat nak menjual sahaja tetapi bantu selesaikan masalah orang lain juga. Puas hati bila customer bagi feedback yang mereka semakin sihat, semakin cergas dan gembira.

6. Berimpian - Di Shaklee, kami diajar “POWER OF DREAMS”. Pentingnya kita bermimpi. LIKE ATTRACTS LIKE.. detik dalam hati pun dah dikira doa juga.


Saya teringin sangat nak bantu lebih ramai orang untuk memperoleh pendapatan 4-5 angka sebulan dengan Shaklee. Tiada yang MUSTAHIL dalam hidup ini... Yang MUSTAHIL apa bila kita menyatakan TIDAK BOLEH. Halangan BESAR adalah diri kita sendiri. 

Nak ubah hidup ke arah yang lebih baik?? JOMMMM saya bimbing. Tiada paksaan sebab yang nak berjaya adalah ANDA. 

Dengan cara yang betul dan usaha gigih, InsyaAllah semua orang mampu berjaya dalam business Shaklee ini. Semoga semua 'anak-anak Shaklee Empayar BSL’ akan turut berjaya bersama-sama. Aamiin. 



Monday 6 April 2015

Kenapa Peniaga Online Tak Pamer Harga Barang?

Topik agak hangat yer… Sekarang ni rata-rata yang peniaga kat media social tak kisah lah FB, instagram memang tak der pamerkan harga barang. Saya sendiri pun tak pamerkan harga setiap barang kat setiap post saya...

Oleh yang demikian, ramai ler pulak yang complain peniaga online tak letak harga. Kalu nak tahu harga barang tu, nak kena “PM, PM for price, PM me for details”. Pelanggan pun dah sampai naik menyampah bila tengok ayat standard “PM for details, PM me for best price”. Kadang-kadang tu siap marah-marah kat peniaga, siap cakap peniaga tak jujur berniaga dan macam-macam lagi ler kata-kata tohmahan yg dilemparkan.. aduh.. sakitnye menusuk kalbu.. tapi saya tak pernah melenting.

Kenapa?
Sebabnya, saya faham tu lah hak sebagai pengguna. Tapi Alhamdullilah setelah saya berShaklee, baru lah saya faham.. kenapa ayat “PM for price” tu sangat popular.

Shaklee sendiri pun meletakkan syarat tak boleh pamer harga setiap barang. Ia melanggar Rules & Regulatian Shaklee Malaysia.

Kenapa tidak boleh pamer harga?
Ada sebabnya.. saya ambil contoh paling mudah ye… Bayangkan lah, saya telah peruntukan sedikit modal untuk buat FB Ads dan kemudian ramai pula yang berminat.. contoh adalah feedback 20-30 orang yg berminat nak membeli.. tup-tup ada pulak yang diam-diam PM bakal pelanggan saya dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah. Senang cakap, curi pelanggan tanpa berusaha… Tak sihat lah berniaga macam ni kan.. !!

Alasan lain pulak sebab pengedar nak beri kebebasan kepada penjual untuk menetapkan harga jualan sendiri asalkan ia tak melebihi Retail Price atau Harga Jualan.. Sebagai pembeli yang bijak kenalah pandai survey yer.. Ye la, “Best Customer Will Wins & Will Get The Best”.. Kalu nak satu-satu benda, kena la usaha lebih sikit.. usaha untuk buat survey....

Jadi, saya harap kita semua sama-sama lah memahami situasi dan keadaan penjual-penjual online ni dan yang penting take it positively..