TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Friday 20 March 2015

Ramainya Orang Buat Shaklee, Boleh Berjaya Ker?

Borak-borak kosong dengan member dan member tanya lah macam mana boleh terjebak dengan bisness Shaklee ni. Secara ringkas, saya bermula sebagai pengguna, jatuh hati dengan keberkesanan produk, terus jadi ahli dan seterusnya saya amalkan konsep sharing di media sosial.

Sebenarnya, dalam Shaklee ni “We Answer To Nobody” sebab kita adalah bos kepada diri kita sendiri. Bila nak buat kerja, bila nak relax, bila nak cuti, bila nak gi shopping, pukul berapa nak settle kerja semua tiada paksaan. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk tentukan… hehehe… tapi tu yang dah bergelar “WAHM” la.. macam saya ni still makan gaji, jadi tak merasa lagi kebebasan macam ni. Tapi soon or later, saya juga bakal mendapat title termahal tu… J J J

Tapi ada gak yang join Shaklee, awal-awal bersemangat konon nak berShaklee tapi last-last terkubur tengah jalan.. Agak-agak kenapa ya?

Mungkin sebab lost.. tak tau macam mana nak mula, apa nak buat… semua nak Upline yang sudukan... Sebenarnya bisnes Shaklee adalah bisnes kita sendiri. Jadi semuanya kita kena tentukan sendiri. Memang dalam Shaklee kita ada Upline. Tugas Upline ni sebenarnya sebagai ‘Guardian Angel’ kita je untuk membantu kita memulakan langkah Shaklee kita. Tapi ramai orang salah anggap tugas Upline ni untuk sediakan semua benda sampaikan nak promote pun suruh Upline tolong. Mana boleh macam tu kan.. Tapi hakikatnya ramai orang macam tu lah.. Sebab tu ramai yang susah nak berjaya. Bak kata orang, suka di ‘spoon feed’. Disuap macam baby yang tak reti berdikari tu…

Susah ke nak berjaya dalam Shaklee? Jujurnya, sangat mudah untuk berjaya dalam Shaklee sebab segala tips dan panduan telah disediakan dengan terperinci. Tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Hanya Copy&Paste untuk result yang sama! TAK PERLU susah payah nak buat langkah yang baru pun. TAK PERLU hadir kelas sana sini untuk korek rahsia berbisnes.

Credit to Anisah Husnulkhotimah

Malangnya tak ramai yang istiqamah. Belajar tidak bersungguh! Ya, dalam Shaklee kita perlu belajar untuk berjaya, belajar untuk mendekatkan diri dengan “Pemilik Rezeki Yang Agung”.

Komen yang paling biasa didengar "dah ramai sangat buat Shaklee, ada ke yang nak beli lagi, ada ke yang nak bisnes lagi". Tidak dapat dinafikan, memang ramai SID yang aktif dan yang tidak aktif. Memang ramai! Dan yang penting, Shaklee dah berada di pasaran sejak tahun 1950-an dan di Malaysia pun dah bertahun-tahun lamanya. Bermakna Shaklee memang established company, sudah ada record dan bertahan lama.

Kenapa mahu takut jika ramai kenal Shaklee? Bukankah itu bagus untuk bantu marketing? Yang perlu dibina sekarang ini ialah brand diri kiri sendiri. Macam mana nak buat orang suka pada kita, nak buat sampai orang akan membeli dengan kita. Setiap cabaran yang datang, mesti dilihat sebagai peluang, bukan halangan dan sekatan.

Jadi apa tips untuk anda berjaya dalam Shaklee ni?

1. Rajin belajar info produk
• Kalau nak jual produk dekat orang wajiblah tahu fungsi produk tersebut. Tak kan info produk pun nak kena orang suapkan juga? Semuanya di hujung jari. Google sahaja.. 

2. Jangan malu untuk menjadi ‘aggressive’
• Jadi ‘aggressive’ ni bukannya paksa orang beli dengan kita tapi berani menggunakan ayat-ayat power untuk memikat hati potential customer.

3. Jangan malas membaca dan mencari jawapan
• Malas ni memang satu penyakit. Rata-rata memang malas mencari. Memandangkan kita ada Support Group dan Upline, ramai orang suka bertanya terus. Nakkan jawapan on-the-spot.
• Memang tak ramai yang akan usaha mencari dulu jawapan sebelum bertanya. Sedangkan kalau Google sahaja pun pasti akan jumpa jawapan. Alasan paling mudah tak sempat. Tapi ini kan bisnes anda, jadi kenalah ikhtiar untuk sempat.
• Malas mencari ilmu inilah punca utama ramai yang gagal dalam Shaklee. Semuanya nak disuap.

4. Dekati rapat-rapat Mentor atau Upline
• Yang ni ramai orang tak buat. Kenapa?

5. Tetapkan Target dan Matlamat
• Yang ni pun ramai sangat orang tak buat. Sangat penting untuk kenal pasti apa matlamat dan target kita dalam berShaklee ni. Barulah kita tahu kemana hala tuju kita kelak.

Kalau nak tulis tips ni banyak lagi tapi kalau tulis banyak sangat pun orang tak baca tak guna juga. Semoga perkongsian ini memberi kesan di hati anda especially buat anak-anak di “Empayar BrightStar Leader (BSL)”. Hasil usaha bisnes Shaklee semuanya tertakluk kepada usaha dan strategi yang disusun, ilmu yang ada dan kekuatan minda, emosi dan rohani masing-masing.
Apa-apa pun ALHAMDULILLAH & TAHNIAH, apabila Shaklee telah dinobatkan sebagai Best Brand in MLM (Nutritional Supplement Category) di majlis gilang gemilang Brand Laureate Award 2014-15.

Buat yang belum lagi jadi ahli dan berminat nak menyertai “Empayar BSL”, boleh hubungi saya di talian 013-615 1984 untuk pendaftaran!



Thursday 19 March 2015

Shaklee Sentiasa Di HatiKu….

Apabila sesuatu produk bagus dan berkesan, ia pasti sentiasa mendapat tempat di hati semua orang. Kini makin hari makin ramai yang sudah terbuka hati untuk mendapatkan vitamin Shaklee dengan tujuan memulihara kesihatan dan juga mengekalkan kesihatan diri. Produk baik seharusnya di kongsi bersama dengan orang yang tersayang!

“Sihat dan Bahagia Di Hari Tua” itulah yang saya pilih. Sebagai bonus, saya ambil peluang menjana pendapatan luar biasa dengan bisnes Shaklee walaupun hanya secara Part Time. Seronok sangat dapat berShaklee sebab kami dapat bantu ramai orang untuk hidup lebih sihat. InsyaAllah dengan izinNya.

Apa yang saya SUDAH dan BAKAL dapat dengan berShaklee?

1. Cash Bonus - setiap bulan Shaklee masukkan cash RM dalam acc Maybank saya.. Alhamdullilah, saya SUDAH menikmatinya setiap bulan!

2. Car Bonus - setiap bulan juga Shaklee BAKAL bayarkan duit kereta baru yang saya pakai kelak!

3. Free Trip - setiap tahun Shaklee akan bayarkan free trip untuk SID yang layak percutian dalam dan luar negara berserta mengerjakan Umrah. InsyaAllah, saya BAKAL merasai percutian tersebut apabila cukup point kelak!

Amacam, berminat? Jadi apa nak buat sekarang nie? Senang aja, daftar ahli dengan cuma bermodalkan RM65 sahaja (seumur hidup) dan anda akan ditunjuk ajar bagaimana bermula dari ZERO KE HERO… Nak tahu apa kelebihan menjadi ahli Shaklee, KLIK SINI.


~Kita Bahagia Bila Kita Sihat, Kita Bahagia Bila Bantu Orang Lain Sihat~



Wednesday 18 March 2015

10 Cara Mulakan Diet Untuk Kurus

Adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan lansing seperti yang kita nak? Tak dinafikan, Shaklee Slimming Set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat, kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.

Ramai yang mengambil supplement seperti Cinch Shake Mix, OmegaGuard, Alfalfa, Lecithin dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus. Dan perlu juga diingatkan berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak.

Mulakan diet kurus dengan 10 cara berikut.

1. Makan sumber protein pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan
  • Bagi mereka yang dah ada ‘Cinch Shake Mix’, dicadangkan mengambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda.
  • Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, jogging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif, tiada masalah ambil diwaktu sarapan.

2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta
  • Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu (selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spaghetti dan yang seangkatan dengannya.
  • Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.

3. Makan makanan yang segar
  • Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sausage, nugget, daging burger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan.
  • Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah. 

4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil pada waktu malam
  • Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik.
  • Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. Tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam tapi sebaik baiknya makan di awal waktu petang.

5. Elakkan makan buah-buahan berlebihan
  • Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah-buahan banyak baik untuk kesihatan tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah-buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum.
  • Bagi yang tak selalu makan buah-buahan, dicadangkan pengambilan supplement Vitamin C Plus SR adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.

6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu
  • Ketepikan susu atau produk tenusu kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak.
  • Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik dengan sumber kalsium dan magnesium.

7. Hentikan serta merta minuman berkarbonat
  • Kandungan gula di dalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula di dalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain.
  • Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.

8. Hentikan penggunaan minyak sayur-sayuran seperti minyak bunga matahari ataupun minyak jagung
  • Minyak yang terjual dikedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.

9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan
  • Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu/tak tepu?
  • Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti daging bahagian rusuk, keju, mentega, susu penuh krim dan makanan yang diproses (segera).
  • Hindarkan terus margarine dan makanan bergoreng.
  • Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan minyak Omega 3 seperti OMEGAGUARD adalah yang terbaik.

10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
  • Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih.
  • Sekiranya urine berwarna kuning bermakna anda belum cukup air.

Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus di atas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.

SARAPAN
  • Makan 5 biji ALFALFA COMPLEX setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
  • Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG (anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama). Anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu ESP.
  • Anda akan kenyang sehingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan dan anda akan makan dengan kuantiti yang sedikit.

MAKAN TENGAH HARI
  • Sebelum makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGAGUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
  • Makan nasi (agak2 sebesar genggaman tangan) + ikan/daging (yang tidak berlemak)/dada ayam.
  • Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus, kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng.
  • Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
  • Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
  • Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.

MAKAN MALAM
  • Seboleh-bolehnya elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
  • Ataupun anda boleh menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKE MIX atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan tetapi seelok-eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes Mix.
  • Sebelum tidur, makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur. 

Selamat mencuba.



Tuesday 17 March 2015

Shaklee Johor Bahru New Branch Opening Ceremony

Pada 15 March 2015 yang lalu, satu lagi sejarah Shaklee tercipta iaitu “Pembukaan Cawangan Baru Shaklee Di Johor Bahru”. Cawangan baru Shaklee di JB telah berpindah di kawasan yang lebih besar dan cantik, berhadapan dengan Ponderosa Golf & Country Club.

Alamat penuh cawangan Shaklee Taman Molek
No. 47, 49 & 51,
Jalan Molek 3/20,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru

Perasmian pembukaan cawangan baru Shaklee Johor ini telah dirasmikan oleh Presiden Shaklee Malaysia 'Victor Lim’, seorang yang peramah dan kelakar. Diberitahu yang cawangan Shaklee Johor ni paling besar tau dalam Malaysia dengan keluasan 6,000 kaki persegi. Kos perbelanjaan renovate pun dah nak cecah sampai RM600,000. Wow!! Ini bermakna sale JB meletup-letup sampai boleh buat macam tu!!


Program telah bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 1 tengahari. Menurut sahabat SID yang hadir, majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Alhamdulillah.

Yang paling best, Performance Drink dan juga Meal Shakes disediakan secara percuma. Best nyer.. dah ler tengah panas minum pula Performance Drink, dah kena sangat ler tu.. Thanks Shaklee… J

Lepas tu ada gak sesi Pemeriksaan Kesihatan percuma. Boleh tengok keadaan kesihatan luaran dan dalaman. Ada orang yang kita lihat cantik dan handsome secara luaran tetapi organ dalamannya sudah tua. Jadi kalu nak kesihatan dalaman pun kuat dan muda, kena lah rajin ambil nutrisi yang cukup dan cara paling mudah dan berkesan ialah dengan pengambilan vitamin SEMULAJADI dari Shaklee.  

Semoga perniagaan Shaklee terus berkembang dan menjadi pilihan ramai. InsyaAllah, Aamiin.



Monday 16 March 2015

Jom Kurus Dengan “Cinch Shake Mix”

Nak kurus lagi....? Kurus dan ramping itu menawan! Memang tidak disangkal lagi! Siapa kata gemuk itu menawan??? Memang ada yang berkata 'gemuk itu menawan' tapi hanya dibibir sahaja tapi di hati tidak begitu. Mungkin sekadar menjaga hati sahaja.


Sebagai seorang SID antara soalan yang sering ditanya ialah Shaklee ada SET SLIMMING tak? Ya, ADA.. dan jika anda ingin turunkan berat badan dengan sihat dan selamat, SHAKLEE lah jawapannya. Kebiasaannya, saya akan mencadangkan Alfalfa, Omega, Lecithin, ESP, Herb-Lax dan Cinch dan jika ada kekangan budget, kita boleh runding… J

Dalam entri kali ini, saya nak perkenalkan “Cinch Shake Mix” yang ada 3 perisa iaitu VANILLA, CHOCOLATE dan CAFE LATTE, merupakan minuman yang lazat dan berkhasiat. Rasanya sangat sedap dan menyelerakan dan yang penting mengenyangkan. Rasanya seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh untuk setiap hidangan.


Tahukah anda, setiap kali anda menikmati minuman “Cinch Shake Mix” ini, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut (dicadangkan mengambil bersama dengan 1 sudu ESP). Ini penting kerana protien digunakan untuk membina otot dan otot lah yang menaikkan kadar metabolisma dan penting juga untuk membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protein boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga dengan kehadiran Leucine iaitu nutrisi penting di dalam “Cinch Shake Mix” untuk keperluan tubuh kita.

Biasanya di dalam proses untuk berdiet, kita akan kehilangan lemak dan otot. Akan tetapi, bila kita kehilangan otot, kita juga akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisme badan. Sebab itulah bila berdiet yang kita nak hilangkan adalah lemak dan bukannya otot. Kalu kedua-duanya hilang maka terjadilah Diet Yo-Yo. Diet Yo-Yo adalah kitaran di mana selepas badan anda kembali kurus, bila anda berhenti dari berdiet, berat badan anda akan kembali bertambah.

Dari kajian klinikal, “Cinch Shake Mix” membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine akan membina otot dan 100% mengekalkannya dalam bentuk jisim otot tanpa lemak (lean muscle). Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. Ini bermakna, walaupun anda sudah mendapat berat yang ideal, kulit dan otot anda tidak akan menggeleber sepertimana produk pelangsing jenama lain.

Faedah utama “Cinch Shake Mix”
a)    Memberi faedah seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut
b)    Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten
c)    Campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan Leucine - Asid Amino
d)    Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
e)    24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang berjam-jam lamanya
f)     Tinggi kandungan serat - 6 gram serat setiap hidangan
g)    Glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
h)    Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
i)      Penggunaan soya bebas GMO(Non-GMO Soy)
j)      Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis

Keistimewaan “Cinch Shake Mix”
* Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak
* Membakar lemak yang tidak diingini
* Mengurangkan inci yang tidak diingini
* Makanan segera untuk mereka yang aktif
* Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang
* Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
* Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
* Merupakan ‘meal replacement’ yang sihat dan mengenyangkan
* Mengurangkan selera makan bagi mereka yang tak boleh control nafsu makan
* Memberi tenaga berpanjangan, jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian

Cara pengambilan “Cinch Shake Mix”
-       1 scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atau plain water. Guna shaker.
-       Untuk permulaan ambil sekali sehari sebagai meal replacement untuk membiasakan badan dengan pengambilan cinch shake sebagai meal replacement. Samada breakfast, lunch atau dinner.
-       Apabila habis 1 canister, kemudian barulah boleh diambil 2 kali sehari.. Untuk kesan penurunan yang lagi cepat.. ambil breakfast-lunch, breakfast-dinner atau lunch-dinner.
-       Pastikan sehari mesti minum air paling sedikit 2 liter. Dicadangkan minum air segelas setiap sejam.

PERINGATAN!!!
-       Sila kawal kalori pemakanan setiap hari. Ambil makanan berkhasiat. Elakkan makanan ‘deep fry’ serta bergoreng.
-       Boleh guna minyak zaitun sebagai ganti minyak masak semasa menumis.
-       Exercise secara berkala dan jangan lupa berdoa kepada Allah untuk menunaikan hasrat dan impian anda.

Secara ringkasnya “Cinch Shake Mix” membantu mengawal lapar, tingkatkan tenaga dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam proses diet seseorang.


Anda berminat ingin membeli secara terus “Cinch Shake Mix” di atas? Klik Online Order dan pilih samada perasa kegemaran anda VANILLA, CHOCOLATE atau CAFE LATTE.



Sunday 15 March 2015

GST is Coming!! Takut Tak???

Alhamdulillah..  Petang tadi 15/03/15 bertempat di Bayview Hotel, berkesempatan menghadiri “GST Talk”.

Semua jadi panik bila sebut tentang GST! Adakah harga Shaklee akan naik? Apa akan berlaku nanti? Kaluttttttt... sangat mengalutkan. Adakah Shaklee pun terlibat? Ya, betul Shaklee juga terlibat sama dalam pelaksanaan GST.

Bermula 1 April 2015, SEMUA barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST termasuk produk Shaklee!  Ia memang tidak boleh dielakkan lagi. Selepas ni, semua produk Shaklee akan ditambah 6% keatas harga tiap-tiap produk.  Cth: ESP + 6%, Vitalea + 6%, Ostematrix + 6% and the list goes on...huwaaaaaa... Jangan lupa postage pun + 6%...


Selama ni memang tau akan kedatangan GST tapi buat derkk je.. Macam tak der effect apa-apa sangat.. Tapi tadi bila Vice President Finance Shaklee explain berserta dengan contoh nilai barang yang kita memang consume hari2, baruuu lahh terasa bahangnya.. Huhuhu…

Imagine, cukai untuk ESP aja adalah RM7++! Banyakk tuu.... Fuhhh… Bulan ni ada promosi ESP, cepat cepat cepat grab promosi BUY 6 FREE 1 tu… nanti bulan depan nak repeat order ESP nangis tau… L
Tak nak sedih-sedih, jom posing ngan 'nanny' dan rakan-rakan sideline Shaklee

So, sementara bulan Mac ni masih bebas GST, jom laa kita beli stok supplement yang kita perlukan.. Sementara harga pun masih murah!



Saturday 14 March 2015

Rahsia Di Sebalik Warna Buahan dan Sayuran

Rakyat Malaysia amat menggemari makanan sehingga kita sering bertanya, "Hai, dah makan?" setiap kali bertemu rakan dan keluarga. Namun, perlu diingat makan bukan saja untuk memuaskan selera tetapi untuk memenuhi keperluan pemakanan kita.

Kita perlukan tenaga, makronutrien (karbohidrat, protein dan lemak), mikronutrien (vitamin dan mineral) dan fitokimia (unsur makanan yang terdapat secara semula jadi dalam makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan).

Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan rupa. Rasanya juga pelbagai... ada yang manis, masam, pahit, kelat, lemak dan berbagai lagi.

Warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja cantik di pandangan mata tetapi juga memberi petunjuk akan kandungan khasiat di dalamnya dan boleh dijadikan panduan memilih pemakanan kesihatan kita.

Warna-warna yang pelbagai pada setiap buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya juga menjelaskan kepada kita akan kandungan serta khasiat yang terkandung di dalamnya. Oleh itu mudah untuk kita memilih serta memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan dengan hanya melihat melalui warnanya.

Hampir setiap buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh badan. Vitamin merupakan keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sentiasa sihat. Oleh itu jangan sesekali abaikan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin yang secukupnya untuk kesihatan tubuh badan.

Khasiat Disebalik Warna


Berwarna Merah
Mengandungi Lycopen yang bertindak sebagai antioksida untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin dan hesperidin. Nutrisi ini dapat mengurangkan risiko kanser prostate pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL serta menghalang radikal bebas yang berbahaya.

Berwarna Oren
Mengandungi Beta-carotine (salah satu sumber Vitamin A) yang di perlukan oleh tubuh badan sebagai bahan immunisasi melindungi kulit dan sel-sel badan dari pencemaran bahan kimia dan alam sekitar.

Berwarna Kuning
Mengandungi Vitamin C yang melindungi daripada jangkitan dan selesema, meningkatkan imunisasi badan serta pertumbuhan dan pembaikan tisu. Selain itu ia juga mengandungi Potassium yang juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.

Berwana Hijau
Mengandungi Folate yang membina sel-sel tubuh selain Indoles dan Lutein yang membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, kesihatan retina dan penglihatan. Ia juga mengandungi Allyl Sulfides yang bertindak menyerang sel-sel kanser

Berwarna Putih
Mengandungi banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko penyakit usus besar, payudara dan kanser prostate serta menjaga keseimbangan hormon dan mengurangkan risiko kanser.

Berwarna Biru
Mengandungi Anthocyanins pula membantu untuk ­melindungi mata daripada ­zarah bebas yang berbahaya, melegakan mata yang letih dan memperbaiki peredaran darah.

Berwarna Ungu
Mengandungi Resverator yang mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.

Berwarna Coklat
Mengandungi Fiber yang bertindak seolah-olah seperti span di dalam badan, menyerap segala bahan-bahan yang tidak dikehendaki - kolesterol jahat, lemak degil, lebihan gula (diabetes), dan juga lebihan asid urik (gout) dan lain-lain lagi. Dengan kata ringkasnya, Fiber sangat bagus untuk melawaskan sistem penghadaman kita.


Ingatlah... Tubuh badan yang sihat menjana otak yang cerdas serta kehidupan yang aman dan bahagia. Kesihatan boleh diperolehi melalui sumber pemakanan yang seimbang, berkhasiat serta halal disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pilihlah makanan yang berkhasiat mengikut keperluan. Buah-buahan dan sayuran segar adalah sebahagian dari makanan keperluan yang di perlukan oleh tubuh badan anda. Makanlah ia sekadar perlu dan jangan berlebihan dan membazir kerana ia akan membawa kemudaratan.

Artikel: Rahsia Disebalik Warna Buah Dan Sayuran (Entri republish 22.1.13)



MIGRAIN MEMBAWA MAUT?

Seriously, memang takut sangat jika terkena MIGRAIN.. sebab sakit kepalanya berdenyut-denyut.. bila menyentuh bab kepala otak ni... habis hilang semua fungsi saraf lain.. SEBAB fokus lebih pada sakit saja kan.. confirm memang tak boleh buat kerja lain lagi dah.. baring pun rasa tak selesa... Hanya mereka yang ada MIGRAIN saja yang tau macam mana azabnya.

1.0 Apakah itu MIGRAIN?
MIGRAIN sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud “sakit sebelah kepala”. Juga dikenali sebagai “hemikrania” dari perkataan Greek yang membawa maksud “sebelah tengkorak” atau di kenali sebagai “vescular headache”.

MIGRAIN ialah sejenis penyakit kepala yang kronik, sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan berlangsung antara 4 – 72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.  Individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda MIGRAIN yang berlainan.

MIGRAIN berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, MIGRAIN juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan rasa loya sehingga menyebabkan seseorang pesakit boleh muntah.

Kadang kala seseorang pesakit itu boleh merasakan aura iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran cahaya di depan matanya. Kemudian disusuli dengan tangan, bahu dan muka menjadi sejuk dan kebas. Kebiasaannya, berlaku 30 minit sebelum sakit kepala menyerang.

Kira-kira 40% MIGRAIN dirasai di seluruh kepala, 40% bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20% lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan MIGRAIN datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam.

Namun begitu menurut kajian yang dibuat, MIGRAIN tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius.

Jenis-jenis MIGRAIN yang utama.

1 - Classic Migraine (wujud bersama aura)
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit mengalami MIGRAIN jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya MIGRAIN, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit.

Tanda-tanda aura ini adalah seperti di bawah dan selepas tanda-tanda ini hilang, MIGRAIN mula menyerang.
  • Terlihat cahaya terang (bright spots)
  • Garisan zigzag (zigzag lines)
  • Penglihatan berganda (double vision)
  • Buta sementara (temporary blindness)
  • Kebas (numbness)
  • Kepala terasa berpusing (dizziness)
  • Pening (drowsiness)
  • Sukar bercakap (slurred speech)
  • Keliru (confusion)

2 - Common Migraine (tanpa aura)
Berlaku tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti mana Classic Migraine. Jenis MIGRAIN ini lebih kerap terjadi.

3 - Opthalmoplegic Migraine
Terlalu jarang berlaku tetapi kesan MIGRAIN jenis ini adalah sakit kepala yang keterlaluan yang boleh menyebabkan mata menjadi juling dan buta sementara.

4 - Status Migraine
Berlaku apabila seseorang itu mengalami MIGRAIN yang teruk dan berterusan yang kesannya boleh mengakibatkan pesakit mendapat strok.

2.0 Apakah penyebab MIGRAIN?
Sehingga ke saat ini, punca sebenar MIGRAIN masih belum lagi diketahui atau dipastikan tetapi menurut kajian, MIGRAIN boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku MIGRAIN salur-salur darah di dalam kepala mengembang dan menguncup dengan cepat atau secara mengejut dan pengaliran darah ke otak akan berkurangan menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.

MIGRAIN boleh juga disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu pernah mengalami MIGRAIN semasa muda, anaknya juga besar kemungkinan boleh mengalami MIGRAIN.

Beberapa Makanan Ini Ternyata Penyebab Migrain


Antara punca-punca lain berlaku MIGRAIN: -
  • Silau akibat lampu yang terang
  • Bunyi bising atau terlalu kuat
  • Bau wangian yang terlampau kuat
  • Tekanan fizikal atau emosi
  • Tidak cukup atau terlebih tidur atau tidur yang tidak teratur
  • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  • Stress
  • Kerabunan mata
  • Menundakan waktu makan dan membiarkan perut kosong terlalu lama
  • Pemakanan yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG)
  • Minum minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan. Ini adalah kerana kafein akan menyempitkan saluran darah
  • Perubahan cuaca (ini termasuk keadaan pancaran matahari yang panas terik)
  • Keletihan melampau

3.0 Siapa golongan yang kerap mengalami MIGRAIN?
Sebenarnya, kira-kira 70% daripada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan wanita menghidap MIGRAIN dan selebihnya 30% adalah lelaki. Wanita lebih terdedah kepada penyakit MIGRAIN berkemungkinan disebabkan perubahan hormon estrogen yang tak stabil iaitu sebelum dan semasa kedatangan haid atau hamil.

Juga didapati MIGRAIN selalu dihidapi oleh mereka yang selalu risau atau rungsing dan tidak ketinggalan mereka yang rabun siang atau malam, jauh atau dekat.
Didapati juga banyak kes MIGRAIN kerap dilaporkan ketika dalam kehamilan yang kebanyakan disebabkan oleh tekanan emosi. Ia biasanya berlaku di awal kehamilan. Secara fisiologi, wanita yang hamil tidak mempunyai kekuatan seperti wanita yang tidak hamil. Oleh itu, tekanan perasan samada di tempat kerja atau di rumah dan kesedihan menyebabkan mereka senang mendapat MIGRAIN ini. Bagi wanita yang sering mengalami MIGRAIN sebelum hamil, kehamilannya boleh menyebabkan MIGRAIN bertambah teruk.


4.0 Kesan jika dibiarkan sahaja MIGRAIN tanpa rawatan?
Kebiasaanya, pesakit MIGRAIN akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit MIGRAIN yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Bagi wanita hamil yang sering mengadu MIGRAIN dan pada masa yang sama mempunyai tekanan darah tinggi, ia perlu mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut kerana risiko yang boleh meragut nyawa ibu dan anak.

Pesakit MIGRAIN juga akan mengambil tindakan diluar jangkaan yang boleh mengundang maut seperti contoh dengan menghantukkan kepala di dinding dan mengambil ubat-ubatan terlarang pada kadar dos yang tinggi, akibat tidak dapat menahan kesakitan yang dialami.

Untuk pengetahuan, pesakit MIGRAIN yang teruk boleh menyebabkan kerosakan dan kecacatan otak secara kekal jika tidak dirawat dengan segera.  Sumber dari DailymailUK mendapati MIGRAIN yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi padu otak berbanding mereka yang tiada MIGRAIN.

Penulis kajian, Dr. Messoud Ashina dari Universiti Copenhagen berkata: -
“Secara tradisinya, MIGRAIN dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak. Kajian dan analisis meta mencadangkan bahawa gangguan itu mungkin secara kekal mengubah struktur otak dengan pelbagai cara”


5.0 Bagaimana produk Shaklee dapat membantu mengatasi MIGRAIN?
Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan akan lebih memudaratkan dan keburukannya boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan seperti strok. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah MIGRAIN.

Kenapa pengambilan supplement lebih baik daripada ubat-ubatan? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang.

Supplement Shaklee yang dapat membantu untuk atasi masalah MIGRAIN adalah: -

a)  B-Complex
  • B-Complex memang dikenali sebagai vitamin saraf dan juga dikenali sebagai vitamin yang menenangkan, lengkap dengan 8 jenis vitamin B (termasuk vitamin B2) yang sangat penting untuk membantu memelihara kesihatan dan melegakan tekanan harian
  • Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat MIGRAIN. Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress, strok dan depressi
  • Vitamin B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Kekurangan tenaga juga dikatakan punca kepada MIGRAIN
  • Ia berupaya merangsang pengeluaran hormon serotonin di bahagian otak atau dikenali sebagai ‘hormon gembira’. Hormon ini penting untuk melegakan stress orang yang sedang MIGRAIN 

b)  Ostematrix
  • Terdiri dari Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan masalah tekanan dan kemurungan
  • Kalsium dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala
  • Magnesium dapat mengekalkan metabolisma Kalsium dan membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata dan membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang. Magnesium mengawal pergerakan di dalam salur darah, mengurangkan rasa sakit dan membantu melegakan sistem saraf yang stress yang merupakan punca MIGRAIN
  • Vitamin D amat penting untuk penyerapan Kalsium. Kalsium yang tiada Vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh menjadi sisa/batu dalam ginjal atau pundi kencing
  
Kesimpulannya, sila pertimbangkan pengambilan supplement sebagai satu percubaan untuk mengurangkan MIGRAIN kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang kebanyakannya diperbuat daripada dadah yang telah diformulasikan di makmal. Jadi, tindakan sewajar perlu diambil sebelum MIGRAIN menjadi lebih teruk dan merbahaya.
  
Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Migrain di atas? Klik Online Order