TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Thursday 25 December 2014

20 SEBAB KENAPA PERLU PILIH SHAKLEE SEBAGAI BISNES?

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai business online saya?

Ok, saya bermula dengan bisness Shaklee selepas berpuas hati mencuba produknya. Bila saya rasa ianya berkesan, saya ingin berkongsikan dengan ramai orang kebaikan Shaklee. Saya berkongsi seberapa banyak khasiat dan kelebihan produk dengan orang ramai.. niat cuma nak membantu orang lain juga dapat kesihatan yang elok. Lebih-lebih lagi produk Shaklee ni lebih kepada kesihatan.

Paling best, apabila mendaftar modal cuma RM65 sahaja dan tak perlu langsung nak simpan stok! Dengan hasil bonus itu lah, saya boleh guna balik sebagai modal. Tak payah pening kepala nak pinjam duit kat bank.

Ramai yang tanya kenapa join Shaklee? Kenapa saya perlu pilih Shaklee? Nak tau kenapa? Meh saya kongsi kan sikit ape yang menyebabkan saya join Shaklee, kenapa tidak syarikat MLM lain.. saya bukan kata MLM lain tak bagus atau tak hebat... jadi jangan ada yang melatah yer kalu anda dari syarikat MLM lain..

Ni saya senaraikan antara sebab-sebabnya: -

1. Kekuatan pada produknya – Shaklee adalah produk yang bagus dan berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci & ujian yg ketat. Shaklee berdaftar dengan KKM & yang paling penting disahkan halal. Shaklee juga telah lebih 57 tahun dalam pasaran dunia. The Shaklee Difference ~ Always Safe, Always Works, Always Green.

2. Syarikat yang mempunyai kredibiliti dan integriti yang sangat tinggi.

3. Sistem yang sangat adil & terbukti mematuhi syariah.

4. Shaklee bayar bonus yang tinggi pada pengedarnya, 50% daripada keuntungan syarikat (satu ciri syarikat yang baik). Banyak sangat kelebihan selain cash bonus, ada car bonus & pelbagai insentif lagi. Satu peluang yang sangat besar dan paling utama Shaklee sangat menghargai pengedarnya.

5. Satu bisnes yang boleh diwarisi oleh anak cucu.

6. Income yg tidak terhad (unlimited income). Boleh jadi passive income dan pelan untuk persaraan. Jadi ambil peluang berpencen dengan Shaklee.

7. Bisnes produk kecantikan & kesihatan adalah antara bisnes yang terbaik, seperti mana pernah dikatakan oleh DAO & Faisal Abdullah. Industri yang bernilai billion dollar, termasuk di Malaysia.

8. Tidak perlukan modal untuk mulakan bisnes. Tak perlu buat pinjaman bank dan tak perlu berhutang dengan sesiapa.

9. Boleh dilakukan 100% dari rumah. Home-based business.

10. Tak perlukan premis perniagaan. Bukan ker mahal kalau nak sewa kedai?

11. Tak perlu simpan stok yang banyak. Tak ada stok langsung pun boleh.

12. Hampir tiada risiko rugi, barang rosak, tak laku dsb. Biasanya dalam bisnes, “High Risk, High Return”, tapi di Shaklee.. “No Risk, BUT High Return”.. mana nak cari konsep perniagaan macam ini?

13. Kalis kemelesetan ekonomi, Insyaallah. Maksudnya dalam keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan membeli. Orang tetap perlukan supplement & produk kesihatan.

14. Peluang perniagaan online yang sangat besar, seperti mana kajian oleh SKMM & Paypal berkenaan peningkatan pembeli online & nilai yg dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit. Daripada kajian seorang Pensyarah di Malaysia, bisnes online lahirkan paling ramai Jutawan. Kaitannya dengan Shaklee? Shaklee boleh dibuat 100% secara online system.

15. Syarat untuk berjaya dalam bisnes adalah M.E.S.T.I (Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan & Impian). Ramai yang dah berjaya dapat income sehingga 6-7 angka sebulan. Dalam Shaklee, kita dah ada mentor & sistem yg dah tersedia.. malah, peluang menuntut ilmu yg sentiasa terbuka luas… tinggal lagi TINDAKAN & IMPIAN saja untuk berjaya.

16. Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yg lalu. Syarikat pertama di dunia yg memperolehi pensijilan "Climate Neutral". Kita sokong Shaklee, kita juga menyokong usaha ke atas alam sekitar yg lebih baik. GO GREEN.

17. Boleh jd MLM pahala… peluang untuk dapat pahala yang berpanjangan, walaupun kita sudah tiada di dunia ini (daripada ilmu yang dicurahkan generasi demi generasi… menjadi ilmu yang bermanfaat)

18. Income yang berpanjangan, dengan itu boleh jadi amal yang berpanjangan… walaupun kita sudah tiada di dunia ini.

19. Donald Trump & Robert Kiyosaki pun sokong MLM. Juga DAO, pun sokong MLM. Justeru, kenapa kita tidak?

20. Supplement Shaklee sebagai alternatif kepada ubatan kimia & drugs (ini lebih kepada sebab peribadi tapi satu sebab yang penting juga.. Shaklee jauh lagi selamat daripada ubat yang ada banyak side effect). Shaklee untuk mencegah… kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Ingin mendaftar sebagai ahli shaklee? Nak tahu lebih lanjut, jom sertai kami di ‘EMPAYAR BSL’. Jumpa anda nanti sebagai salah seorang “JUTAWAN MUSLIMAH EMPAYAR BSL”.. Insyaallah, Aamiin.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut atau KLIK SINI



Monday 22 December 2014

Apakah Rahsia Carotomax Shaklee Selain Untuk Rawatan Mata

“Angkara Carotomax Shaklee, bangun pagi mata dah boleh lihat dengan jelas - kata Norliza”

Carotomax Shaklee juga dikenali sebagai vitamin untuk mata. Bagi yang ada masalah mata seperti rabun jauh atau dekat, amat-amatlah disyorkan kerana di dalam Carotomax ada Beta Carotene.
Apa itu Beta Carotene?
Beta Carotene adalah sumber vitamin A yang berfungsi untuk membantu penglihatan, pertumbuhan dan memperbaiki tisu disamping menjaga kecantikan kulit dan rambut.

Dengan kehadiran vitamin A, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu:-
1.   Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian
2.   Provitamin A dikenali juga sebagai Carotenoid yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.

Peringatan!!!!!!
Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan.

Carotomax Shaklee berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.

Fungsi Beta Carotene
1. Bantu pertumbuhan dan memulih sel-sel badan.
2. Kekalkan penglihatan malam–rabun malam.
3. Kekalkan kesihatan kulit dan selaput membran seluruh badan–mata hitam, penghadaman
4. Bertindak sebagai antioksidan, cegah kanser.
5. Menyokong fungsi kuatkan sistem pertahanan badan.
6. Bantu cegah masalah asma, dan paru-paru.
7. Bantu cegah pembentukan ketumbuhan ‘tumor’
8. Menyokong fungsi pertumbuhan dan pembiakan.
Khasiat Beta Carotene
1. Awet muda
2. Rabun malam
3. Gastrik
4. Masalah kulit
5. Lelah
6. Jeragat


CAROTOMAX adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene dan zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apa itu Carotenoid?
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Fungsi dan kebaikan Carotenoid
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Carotenoid menyamai dengan;
1.   Beta Karotena = 102 porsi pisang
2.   Lycopena = 714 porsi aprikot
3.   Lutein dan Zeaxanthin = 285 porsi pink grapefruit
4.   Alpha karoten = 89 porsi raspberi

Antara manfaat Carotomax Shaklee:
1.      Mempertingkatkan penglihatan
>> Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.
>> Mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, gegelung hitam di bawah mata dan sebagainya.

2.      Meredakan penyakit kulit
>> Pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti kulit kering, kulit gugur, jerawat, acne dan lain-lain.

3.      Melawan kanser dan oksidasi
>> Pengambilan berterusan Beta Carotene membantu mengukuhkan sistem imunisasi, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser serta menghalang pembentukan sel-sel kanser yang baru.

4.      Menghalang infeksi
>> Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti batuk, hepatitis, asma dan selsema.

Banyak sekali fungsi Carotomax Shaklee ni. Bukan untuk mata semata-mata ye.


AMARAN!
Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.
Cadangan pengambilan

Cara pengambilan:
Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 atau 2 kapsul, dimakan 2 kali sehari (selepas makan)
Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit : 2 kapsul, 2 kali sehari (selepas makan)

Anda berminat ingin membeli secara terus Carotomax Shaklee di atas? Klik Online Order

Wednesday 17 December 2014

Resdung Dan Shaklee

Lazimnya, kebanyakkan orang mempunyai penyakit resdung samada ditahap kronik ataupun tidak. Penyakit resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia. Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama “Sinusitis”. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut.

Tanda-tanda Menghidap Resdung
Hidung selalu tersumbat
Lendir dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat pada muka terutama kawasan di antara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tak sihat berpanjangan
Gatal hidung, kerap bersin dan sebagainya

Punca Penyakit Resdung
Resdung adalah alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luar biasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak.

Apabila kita mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak secara semulajadi. Seterusnya, ianya akan menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Jika udara tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.

Apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini?

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Struktur hidung yang tidak normal akibat daripada tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ”senget”  atau tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Selain itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. Resdung boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Bagaimana Resdung Terjadi?
Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil yang dinamakan 'ostium' ke dalam rongga hidung. Apabila 'ostium' tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari. Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat. Ini kerana mukosa hidung dilengkapi dengan sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.


Komplikasi Penyakit Resdung
·      Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
·      Jangkitan otak (meningitis)
·      Sakit tekak yang kronik
·      Jangkitan tulang muka
·      Memburukkan keadaan lelah
·      Berdengkur yang kronik
·      Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
·      Alahan hidung atau hidung sensitive
·      Selesema yang melarat.

Petua Mencegah Resdung
√ Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
√ Elakkan daripada menggunakan cadar atau selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
√ Selalu bersihkan karpet dengan menggunakan vacuum cleaner
√ Pakai penutup hidung semasa hendak membersihkan rumah
√ Banyakkan meminum air suam/mineral
√ Jagalah kebersihan muka
√ Elakkan memakan makanan yang mengundang pada alahan (contoh: makanan laut)

Cadangan Vitamin Shaklee
Set Resdung Shaklee yang mempunyai 3 supplement iaitu Alfafa Complex, B-Complex dan Vitamin C disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini!

Alfalfa Complex
·      Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
·      Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
·      Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement.

B-Complex
·      Kandungan B6 dalam B-Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
·      Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, BComplex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
·      Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C
·      Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
·      Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
·      Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi yang diselidik dan diuji secara klinikal, selamat dari bahan-bahan kimia berbahaya dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Jadi, kepada penghidap resdung di luar sana, saya memang sarankan anda mencuba Set Resdung Shaklee ini. 

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Resdung di atas? Klik Online Order



Sunday 14 December 2014

Vitamin B-Complex Ibu Segala Vitamin

Mungkin kita biasa dengarkan.. makan vitamin B-Complex nanti boleh jadi gemuk sebab selera makan bertambah. Namun hakikatnya, bukan vitamin yang menyebabkan kegemukan. Kegemukan mudah berlaku bila makanan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga sepenuhnya. Di sinilah vitamin B-Complex memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita kerana ia dapat berfungsi seperti ‘starter plug’ yang akan menukarkan gula menjadi tenaga. Bila makanan dapat ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan kegemukan dapat dielakkan.

Kekurangan vitamin B-Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B-Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B-Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Antara tanda-tanda tubuh kekurangan B-Complex?
· Sensitif
· Keletihan
· Mudah marah
· Mudah merajuk
· Emosi yang tidak stabil
· Kemurungan
· Sembelit
· Mudah panic
· Darah gemuruh
· Kurang selera makan
· Kulit wajah nampak kusam

Tahukan anda vitamin B-Complex adalah vitamin larut air. Oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan vitamin B. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari.

Mungkin ada sesetengah yang berpendapat mereka sudah dapat zat yang mencukupi dengan masak sendiri setiap hari. Namun tahukan anda zat makanan mudah hilang dengan cara masakan, cara penyimpanan dan cara penyediaan.

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia kurangnya sel darah merah (hemoglobin low)


Siapa individu yang perlukan vitamin B-Complex?
· Mereka yang terdedah kepada sinaran matahari.
· Mereka yang terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak.
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine.
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan.
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda.
· Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya.
· Wanita yang mengambil pil perancang.


Oleh itu, bermula dari hari ini bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya walaupun hanya 1 biji sehari.



1 botol B-Complex Shaklee mampu menampung selama 4 bulan pengambilan. Jadi dapatkan segera B-Complex Shaklee untuk keperluan Vitamin B lengkap anda. Keistimewaan vitamin B-Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B yang lengkap iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

Anda berminat ingin membeli secara terus B-Complex Shaklee di atas? Klik Online Order



Friday 5 December 2014

December 2014 Bulan Kecantikan Shaklee

Kita sekali lagi dah sampai ke penghujung tahun 2014. Bersempena dengan penhujung tahun, Shaklee sekali lagi ada buat PROMOSI BERGANDA iaitu promosi untuk Vitamin E Complex dan Vitamin C Sustained Release. Dua-dua vitamin ni memang kesukaan ramai. Vitamin yang terdapat dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee. Vitamin E juga di kenali sebagai Vitamin Cinta sebab ia merangsang sistem reproduktif dan merangsang hormon seksual.

Kebiasaan bulan December bulan kenduri kahwin, sebab itulah Shaklee buat promosi berganda Vitamin E dan Vitamin C. So bakal-bakal pengantin baru bolehlah rebut peluang keemasan ni.

Siapa yang sayang kulit muka, mesti rebut promosi kali ni.. Jimat banyak!!!

  Buy 6 Free 1 Vita-C
  Buy Twinpack Vita-C, get 5% discount 
  Buy 6 Free 1 Vita-E Complex, FREE membership
  Buy Twinpack Vita-E Complex, get 5% discount


Manfaat Vitamin C Sustained Released
* Membentuk kolagen
* Mencantikkan kulit
* Menghilangkan jerawat
* Meningkatkan sistem imun badan
* Memerangi kanser  

Manfaat Vitamin E
* Memudarkan parut jerawat dan berlubang
* Atasi masalah kulit kering
* Mengecilkan pori-pori wajah
* Membantu meningkatkan kesuburan suami
* Anti penuaan
* Baik untuk jantung
* Mengawal kolestrol

Promosi akan tamat pada 31 Disember 2014. Jadi jangan tunggu lama-lama...!!!


Darah Tinggi dan Shaklee!!

Sihat hari ini atau baru balik jumpa Doktor? "Bad news" lak Doktor cakap ada darah tinggi? Atau memang ayah ibu ada masalah darah tinggi?

Ingat, jangan ambil mudah dengan masalah tekanan darah tinggi. Ia perlu dirawat dan dicegah dengan sebaik mungkin. Ia dikenali sebagai "silent killer" atau pembunuh senyap kerana tidak memberikan sebarang gejala, tanda dan simptom. Itulah bahaya yang anda perlu tahu.

Sebelum tu, jom kita berkenalan dulu dengan penyakit ini. 

Apa itu Tekanan Darah?
Tekanan darah ialah apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
Tekanan darah diukur dalam dua bacaan. Contoh bacaan normal ialah 120/80 dan bacaan darah tinggi adalah 140/90. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Maksud Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi berlaku apabila saluran darah (arteri) yang sempit akibat kolesterol dan lemak yang berkumpul menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi saluran darah yang sempit itu. Darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk sampai ke tisu badan.
Lama-kelamaan mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai Aterosklerosis. Jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar). Sangat bahayakan..

Ayuh, saya kongsikan sedikit cara turunkan darah tinggi secara tradisional serta apa supplement yang selamat untuk diambil oleh pesakit darah tinggi.

1. Minum jus air belimbing atau blend buah epal hijau dan buatkan jus.

2. Kalau ada daun pegaga pun boleh dibuatkan jus dan minum airnya.

3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat. Tenangkan fikiran.

4. Bacalah ayat suci Al-Quran atau surah pendek semasa berehat dan concentrate semasa baca kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit.

5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram.

6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim ataupun lebihkan sayur-sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber).

7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!


Selain tu, produk supplement SHAKLEE juga memang boleh membantu! Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-


1. CoQ Heatlh Plus
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan. Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.


2. Garlic
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
- Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- Menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah


3. OmegaGuard
Omega-3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5,000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega-3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

Atau

Terus ambil 1 jenis supplement sahaja iaitu VIVIX - mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak unggu yang kaya dengan PolIfenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat anti-oksida dan anti-penuaan semulajadi. VIVIX adalah pilihan terbaik. Tak payah susah-susah lagi nak ambil banyak jenis suplemen atau pil. Hanya ambil satu sudu teh sehari dan hasilnya memang menakjubkan. Ye la, badan kita kan terdiri daripada sel. Jika sel ini dilindungi dan dipelihara kesihatannya dengan baik, jadi semua fungsi badan yang lain juga akan baik.

Sekarang ini, tepuk dada, tanyalah pada diri sendiri. Adakah anda masih lagi berkira dengan nikmat kesihatan sedangkan ramai yang sudah menarik nafas lega selepas mengambil supplement SHAKLEE? 

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Tekanan Darah Tinggi di atas? Klik Online Order 

ATAU membeli secara terus VIVIX di atas? Klik Online Order