TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Thursday 17 July 2014

PART 5: Kenapa Nak Kerja Di Rumah? Kenapa Tak Nak Makan Gaji?

Wanita ni, mase bujang senang lah... boleh buat itu, boleh buat ini... kerja sampai lewat malam pun tak pe, outstation sana outstation sini pun tak pe.. TAPI BILA DAH BERUMAHTANGGA, dah ada tanggungjawab, dah ada suami, anak... semua aktiviti tu jadi limit. Semua tu jadi stress bila difikirkan... mana nak luangkan masa dengan suami, dengan anak, bercuti dengan family, nak berkemas rumah… semua tu jadi terhad.. Rasanya masa 24 jam sehari pun tak cukup!!!

Sebelum saya aktif sebagai pengedar Shaklee, saya kaji dulu, saya baca dulu kisah-kisah kejayaan pengedar-pengedar Shaklee yang lain… Masa tu langsung tak ambil port bila orang cakap pasal Master-Master ni… Tapi bila baca sendiri kisah bagaimana mereka bemula dan bagaimana mereka boleh berjaya sehingga menjadi Jutawan… WOW!!! Baru terfikir senang nyer buat bisness Shaklee boleh dapat sampai 5-6 angka bonus sebulan…. Jika mereka boleh kenapa AKU TIDAK????
*Credit to Master Coordinator Ainul
Tabik spring saya dekat mereka yang dah berjaya ni… Asal mereka pun hanya orang biasa sama seperti kita tapi mereka ambil & cuba peluang yang datang ini secara bijaksana… Dengan hanya bermodal RM65 sahaja akhirnya lihatlah hasil bonus yang mereka perolehi setiap bulan... Tak muflis lah kalu kita cuma keluarkan RM65 saja… Lihat macam tak percaya mereka dapat berlipat kali ganda lebih daripada modal dan lebih dari gaji mereka dulu… Sekarang dah boleh bersenang lenang sebagai WAHM… Itulah yang aku idamkan dan bakal menyusul mengikut jejak langkah mereka tak lama lagi. Insyaallah, Semoga Allah permudahkan jalan.  
Tak abis kat situ, bila saya serius pilih Shaklee sebagai on-line business, tiba-tiba kata-kata negatif dalam hati tu pula mula bercakap...Camne nak start, ada ke orang nak beli dari aku sebab dah ramai SID, boleh ke aku buat, aku tak reti buat sales macam orang tu, aku tak reti nak buat ayat-ayat berbisa, banyak yang aku tak reti. Tapi mentor saya selalu berpesan "Rezeki ni semua Allah dah tentukan. Buat aje, Insyaallah ada bahagian untuk kita".

Saya pegang kata-kata ni dan dari sehari ke sehari saya cuba bunuh kata-kata negatif dan gantikan dengan kata-kata positif… Sebenarnya, itu la antara kata-kata negatif yang sebenarnya mampu membunuh anda, membunuh fokus anda, membunuh usaha anda dan seterusnya melenyapkan impian anda. Elakkan berkata-kata sedemikian. Semua tu umpama racun. Ada racun yang kesannya terus menerus, ada kesannya makan masa. Nak ke makan racun? Kalau tak nak, JANGAN CAKAP LAGI MACAM TU…!!!

Selepas beberapa bulan bersama Secret Group Shaklee, kami ibarat adik-beradik walaupun ada yang tidak pernah bersua muka tapi bila bersama baru saya rasa betapa mudah sebenarnya bisness Shaklee ni… kita diajar untuk menjemput rezeki… bagaimana menjadi magnet menarik segala kebahagian & kekayaan. Kita tidak set mind untuk nak sales aja, niatkan dalam hati kita nak membantu mereka diluar sana hidup sihat, makan supplement terbaik yang semulajadi, Insyaallah dengan niat yang baik tu, niat yang ikhlas tu, Allah berikan rezeki berlipat ganda kepada kita. Kita cuma perlu ‘sharing…sharing... sharing…’ Itu saja… mudahkan…???

Dan dalam masa yang sama saya NAK DAPAT SIDE INCOME dengan Shaklee.... Tak nak kerja makan gaji lagi…tak de kepuasan.. tak de FREEDOM!!!

Saya copy paste apa yang mentor-mentor buat dan suruh buat… mesti ada vision board… mesti ada checklist… mesti ada target…listkan 101 impian…berbaik sangka kepada Allah… dan semuanya saya buat.. Bak kata DOA “Follow Step Orang Berjaya, Kita Terpaksa Berjaya”. Insyaallah…
 Berfikiran positif dan bersangka baik itu penting... Allah yang bagi kite rezeki bukan orang sekeliling kita.. ingat tu... saya juga bermula dengan bersusah payah. Tak de ler terus dapat bonus beribu-ribu.. dan terus bersenang lenang... Masa bulan pertama bonus dengan Shaklee memang sikit, dapat 2 angka jer tapi saya tak terus give up sebab saya tahu untuk berjaya kita perlu bermula dari bawah. JUST BELIEVE YOUR SELF...!!! Alhamdulillah semakin lama semakin tinggi hasil bonus setiap bulan. Tak dinafikan kadang-kadang turun juga... tapi semua tu tak melemahkan semangat sebab kita telah diajar untuk tidak mengejar sales semata… Tanpa jemu saya teruskan Sharing… Sharing… Sharing…

Sejak aktif sebagai pengedar Shaklee.. saya memang terasa kuat sangat untuk merialisasikan impian saya… tak sabar rasanya nak capai semua 101 Impian saya… Niat saya nak tolong family, husband, orang yang ada kat sekeliling dan lebih-lebih lagi wanita... Ya!!! Kaum wanita supaya dapat bersama-sama membantu dan meringankan beban ekonomi suami.

Alhamdullilah, semenjak dah menjadi pengedar Shaklee yang aktif, bukan setakat dapat bonus je.. kesihatan diri, suami dan keluarga bertambah baik sebab kami sekeluarga memang pengguna tegar Shaklee… perasaan teruja dan bersyukur sangat bila dapat tolong dan bantu orang yang memerlukan produk kesihatan yang berunsurkan semulajadi..

Pada anda diluar sana & pembaca blog, saya sedia untuk membimbing anda secara peribadi dan berkongsi tips, amalan dan ilmu untuk anda membina perniagaan Shaklee di internet dengan cara yang paling mudah dengan modal hanya serendah RM65 dan saya mahu anda juga mendapat pulangan yang besar dan berjaya juga… Percaya dan yakin, income yang bakal anda dapat memang lebih dari modal...

Dan yang paling best, Shaklee menawarkan 3 bonus utama iaitu Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Bonus serta Umrah bagi yang muslim. Semua 100% ditanggung oleh pihak Shaklee... Tak best ker???


Jom sertai saya dan ahli-ahli Shaklee yang lain dalam group dari susur galur “JUTAWAN” dan saya memang yakin sekali bahawa saya “TIDAK SALAH PILIH RUMAH DENGAN SHAKLEE”

Akhirnya, target saya “Impian nak rileks di rumah tapi mesti berduit…!!!” insyaallah bakal tercapai…Anda bagaimana…???

Jumpa anda bersama-sama di “Puncak Kejayaan Menjadi Jutawan”.. Amin



Friday 11 July 2014

PART 4: Kenapa Nak Kerja Di Rumah? Kenapa Tak Nak Makan Gaji?

Hidup kita ni singkat... Jadi saya rasa tak mau habiskan sebahagian umur saya untuk menjadi hamba bekerja sahaja… cukuplah kerja tu sebagai keperluan saya untuk menyelesaikan urusan yang patut, menambah aset-aset yang perlu dan laksanakan perancangan kewangan yang sepatutnya.

Alhamdulillah... mungkin dah diajar dari kecil oleh mak ayah, berjimat cermat, jadi saya ni bukan kaki shopping atau saja-saja suka-suka nak berbelanja untuk perkara-perkara yg tak tentu hala… berbelanja hanya ikut keperluan…dari kecik, anak dara, hingga dah bergelar ibu… tak berubah sekali pun… Tak percaya…??? Tak suruh percaya pun… J
Mungkin apabila kita nekad menjadi seorang WAHM, mereka yang diluar sana akan bagi negative komen…”bosanlah jadi suri rumah…hari-hari nak buat kerja yang sama jer”. Betul tak?? Sebenarnya, ada banyak perkara indah, aktiviti bermanfaaat & menyeronokkan yang kita boleh buat di rumah yang tak dapat kita buat jika masih bekerja di pejabat... Yang penting kita sendiri perlu bijak mengurus aktiviti seharian supaya tak membosankan.

Apabila saya nekad bergelar surirumah sepenuh masa BERDUIT... Jadi apa saya perlu buat, mencari sesuatu perniagaan yang saya boleh gerakkan secara on-line, tak perlu modal yang besar, tak perlu keluar rumah cari orang, tak perlu simpan stok-stok kat rumah… tapi PERNIAGAAN APA yang tak perlu semua tu??? SEMUA NAK DUIT baru ada masyukkkk…. Pening gak kepala fikir tu… Tapi tak pe, percaya mesti ada jalan yang Allah belum tunjukkan lagi…

Bermulalah perjalanan kisah hidupku dengan Shaklee….

Kes 1: Mak adalah seorang pesakit kategori minor stroke. Saya membelikan mak dan minta mak mencuba produk Shaklee OmegaGuard & OsteMatrix. Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal Shaklee ni… saja jer search kat internet tiba2 terjumpa cite pasal post Shaklee bole merawat pesakit strok… lama gak ler saya buat keputusan untuk beli set ni, tak berapa yakin sebab dah terlalu banyak supplement, yang mahal yang murah semua dah cuba… tapi itulah Allah bukakan hati saya supaya “beli & cuba”..

Alhamdullilah, setelah pengambilan berterusan, mak berasa sangat bertenaga dan yang mengembirakannya apabila membuat pemeriksaan berkala di Klinik Kerajaan, keputusan paras gula & tekanan darah sangat baik. Sehingga doktor pun berasa satu pencapaian yang sangat baik apabila dibandingkan keputusan sebelum dan selepas (tapi doktor tak tahu la yang mak ada makan produk Shaklee ni)… Syukur Alhamdulillah, produk Shaklee buat mak lebih bertenaga sebab tu bila saya outstation mak banyak bantu saya… bab ni yang nak nangis ni….. L

Kes 2: Suami pula kerap bersungut perut terasa senak @ terik dan dada juga kerap sakit. Saya membelikan pula kepada suami produk Shaklee Alfalfa Complex. Sama juga setelah pengambilan berterusan, suami dah tak merungut perut senak/terik dan dada juga tidak berasa sakit lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas tu, saya terfikir kalau produk Shaklee ni baik kenapa aku tak jadi ahli je terus.. jimat sikit duit nanti masa beli dapat harga ahli.. Masa tu outstation kat China, kejap2 wasap Mummy saya sekarang C’Noor Aslizan…tanya itu ini, macam macam lah saya tanya… sebab nak kuar duit RM65 tu kan…J…sebab saya nak kaji dulu, kalu agak2 tak berbaloi jadi ahli, baik tak payah… tapi Mummy saya sempoi jer… langsung tak desak pun suruh jadi ahli.. Cuma layannnnn jer soalan saya dan nasihat sikit2 ler…tapi hati saya tetap kuat suruh jadi ahli dan akhirnya 26 February 2014, berdaftarlah saya sebagai ahli Shaklee yang sah.

Masa tu plan untuk kegunaan sendiri, tak berapa nak faham sangat pun plan Shaklee nie…
Bulan March 2014, saya beli set B-comp, Vita-lea & Zinc sebab badan saya memang rasa keletihan melampau.. memang letih yang amat sangat.. rasa nak tidur jer… Pas makan tu bole dapat rasa perbezaan sebelum dan selepas (sehingga saat ini masih setia dengan set ni)…

Pastu jiran, kawan & adik lak tau saya jadi ahli Shaklee pakat dok order… saya pula jual harga ahli je, lagi ler mereka suka… rupa-rupanya dia orang nie dah tahu awal-awal pasal Shaklee… kiranya aku nie ler yang ketinggalan zaman… emmmmm…

Yang paling best 15 April 2014, Mummy cakap bonus Shaklee masuk…Masa tu baru lagi, rasa macam excited sangat bile tengok ada bonus pertama masuk… Walaupun pada masa tu cuma hanya 2 angka jer tapi at least rasa happy sebab plan jadi ahli nak makan sendiri pun bole dapat bonus gak..sape nak bagi kan... dah lah jual pada dia orang pun pada harga ahli jer pun..
Bermula dari saat dapat bonus pertama dan badan rasa sihat, saya mula percaya pada kelebihan, kehebatan dan keberkesanan yang ada pada produk nutrisi Shaklee dan akhirnya saya nekad untuk menjadi pengedar aktif produk nutrisi Shaklee. Kalau nak tahu sekarang ni kami sekeluarga adalah pengguna tetap produk Shaklee. Tak yah promote ler produk jenama lain, tengok sebelah mata pun dah tak nak…hehehe… Eksyen lak yer…

Tapi dalam masa yang sama sebenarnya ada sedikit rasa terkilan sebab saya tak sempat nak beli produk ni untuk arwah ayah… Kadang-kadang terfikir, agaknya kalu aku cepat lar tahu pasal produk Shaklee, aku beli VIVIX Shaklee produk terbaik tu, mungkin saat ni ayah masih ada lagi… huwaaaaa….Rindu kat arwah ayah…  Al-fatihah buat arwah ayahku Nordin Bin Burok. Amin

Nak tahu tak, bila saya buat bisnes Shaklee ni, baru saya tahu, bisnes ni bukanlah untuk dapat untung semata-mata, bukan untuk diri saya seorang tapi lebih kepada memberi dan membantu orang lain supaya sama-sama sihat dan sama-sama dapat income macam saya dapat. Tak mustahil semua tu... Sebab tu saya mahu terus sustain dengan bisnes ini dan saya tak malu nak beritahu semua orang yang saya adalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR SID No. 1116367 (Norhafizah Nordin) – bakal Master February 2016. Insyaallah 

Ok nanti kita bersambung ke Part seterusnya “Kenapa Akhirnya Shaklee Menjadi Pilihan Bisness”

JADI KESIMPULANNYA KERJA DARI RUMAH.. IMPIAN NAK RILEKS DI RUMAH TAPI MESTI BERDUIT!!!

*Bersambung lagi Part 5…
**Bukan apa, kalu tulis panjang-panjang nanti orang bosan lak nak membaca... biar kasi tertunggu-tunggu pengakhirannya...baru best... 




Thursday 10 July 2014

101 IMPIAN

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya menarik kejayaan dunia dan akhirat dengan menulis 101 IMPIAN ini supaya jelas matlamat dan tindakan saya seperti yang disarankan oleh orang-orang yang terbukti berjaya dan dikongsikan dengan anda supaya di aminkan hajat saya oleh para mukminin dan solehin.. Insyaallah..

“Ya Allah, Kau murahkan rezekiku, lipat gandakan rezekiku, moga setiap ringgit yang ku terima dapat ku belanja ke jalanMu, Kau rahmatilah hambaMu ini dan kabulkan lah setiap impian ku ini. Amin”

101 IMPIAN KU…

1.         Master Shaklee Februari 2016, di Philea Resort Melaka
2.         Duduk semeja lunch, hi tea @ dinner bersama CEO Shaklee Roger Barnett
3.         Dapat jumpa dan peluk cium PM Kak Cery
4.         Empayar BSL berkembang dengan melebihi 10 orang leader
5.         Anak cucu cicit Shaklee melebihi 1000 orang
6.         Anak cucu cicit Shaklee berjaya membina empayar masing-masing
7.         Mahu membantu anak cucu cicit Shaklee berjaya dan menjadi leader yang terbaik
8.         Dapat tiket percuma Umrah dari Shaklee
9.         Dapat tiket percuma percutian mewah dari Shaklee
10.      Dapat hadir ke “National Conference Shaklee”
11.      Suri rumah bergaji sekurang-kurang RM4,000 December 2015
12.      Beri pada adik Norhafizree RM10,000 untuk deposit kereta baru
13.      Membayar hutang TAPEM adik Norhafizree secara keseluruhan sebelum berakhir tahun 2016
14.      Beri pada adik Norhafendi duit RM20,000 untuk selesaikan hutang piutang
15.      Renovate rumah di Taman Krubong Perdana dan Kampung Ladang RM50,000 setiap rumah
16.      Mempunyai ‘Private Swimming Pool’ di rumah Taman Krubong Perdana 
17.      Saya inginkan kolam ikan dihalaman rumah Kampung Ladang
18.      Saya nak tukar hiasan dalaman rumah Taman Krubong Perdana dan Kampung Ladang yang dihias oleh Interior Designer
19.       Mempunyai rumah ekslusif dengan bilik gym,home theater room dan mini perpustakaan
20.       Ada Small Office Home Office (SOHO) untuk urusan perniagaan Shaklee
21.       Saya nak seorang pembantu rumah untuk membantu kerja-kerja di rumah
22.       Saya nak seorang pemandu peribadi untuk membawaku ketempat-tempat tertentu
23.       Saya nak seorang tukang kebun untuk membantu membersihkan halaman & menjaga bunga-bunga tanaman mak
24.       Bawa semua family bercuti dalam Malaysia setiap bulan
25.       Buat Gathering/Family Day setahun sekali
26.       Bagi mak, mak mertua dan ayah mertua duit belanja RM1,000 seorang setiap bulan
27.       Banyakkan amalan bersedekah pada anak yatim, OKU, ibu tunggal dan fakir miskin
28.       ‘Financial Freedom’ dan ‘Debt Free’ sebelum berakhir tahun 2016
29.       Aku nak menguruskan sendiri kewangan sedia ada dengan baik
30.       Aku nak selesaikan semua hutang piutang sebelum berakhir tahun 2016
31.       Bawa mak, mak mertua, ayah mertua & semua ahli keluarga buat Umrah bersama December 2015
32.       Dapat menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah
33.       Dapat beribadat di Masjidil Haram, Madinah, Aqsa dan di Raudhah
34.       Berjaya mengucup Hajarul Aswad
35.       Bawa suami, mak, mak mertua dan ayah mertua pergi mengerjakan Haji pakej 1st class tahun 2017
36.       Fokus pada pembelajaran anak Nurulhana Humaira bermula January 2015
37.       Sediakan Guru Tuisyen persendirian untuk anak di rumah
38.       Saya mahu menjadi ibu mithali & anak solehah
39.       Saya mahu jadi seorang isteri yang sangat luar biasa hebatnya di mata suami
40.       Beli kereta idamanku BMW putih plat NEZ4
41.       Beli dan hadiahkan suami kereta idaman Toyota Wish putih
42.       Buat mini surau kat rumah Kampung Ladang untuk keluarga dan saudara mara dapat sembahyang berjemaah
43.       Adakan kelas agama Fardhu Ain di mini surau untuk keluarga dan jiran-jiran setiap minggu
44.       Adakan kelas mengaji di mini surau untuk keluarga dan jiran-jiran setiap hujung minggu
45.       Sembahyang berjemaah dengan keluarga di mini surau setiap hari
46.       Buat Kenduri Kesyukuran, Arwah & Tahlil samada di rumah Taman Krubong Perdana atau Kampung Ladang setiap bulan
47.       Diberikan kesihatan yang sempurna dan berpanjangan
48.       Jaga mak sehingga akhir hayat
49.       Buat Umrah setiap tahun
50.       Bercuti ke luar negara bersama keluarga setahun sekali
51.       Bawa keluarga membeli belah di luar negara tanpa perlu ada masalah duit
52.       Bawa keluarga bercuti menaiki Star Cruise
53.       Buat 2 biji rumah sewa di tanah Bertam Ulu dan sedekah duit sewa pada yang berkenaan
54.       Mempunyai doktor peribadi untuk keluarga
55.       Ada pakar pemakanan dan kesihatan peribadi untuk keluarga
56.       Buat simpanan RM50,000 seorang untuk anak, adik-adik dan anak buah
57.       Jualan produk kesihatan Shaklee meningkat setiap hari, minggu dan bulan
58.       Nak buat mini kedai Shaklee di rumah
59.       Pergi Spa dan Facial setiap minggu
60.       Bawa mak dan keluarga shopping di butik
61.       Hadiahkan mak dan mak mertua barang kemas 
62.       Sponsor kenduri kahwin adik Norhafizree
63.       Mempunyai ‘Rumah Persinggahan/Percutian” di Fraser Hill
64.       Beli Apartment Sevices di Port Dickson
65.       Pendapatan RM50,000 sebulan bermula February 2016
66.       Tolong adik-beradik dari segi kewangan
67.       Rawatan kesihatan mak, mak mertua dan ayah mertua di Mahkota Medical Centre
68.       Makan malam di hotel bersama keluarga setiap bulan
69.       Solat 5 waktu setiap hari jangan sesekali ditinggalkan
70.       Mengamalkan Solat sunat DHUHA, TAUBAT dan TAHAJUD setiap hari
71.       Sedekah Al-Quran, telekung dan sejadah di masjid, surau dan sekolah pondok Tahfiz
72.       Bersedekah makan tengahari setiap kali solat Jumaat
73.       Aku menghargai insan-insan yg hadir dalam hidupku
74.       Aku mempunyai sifat positif dan sabar yg tinggi, tidak merungut, tidak suka marah dan merendah diri
75.       Aku mempunyai  keluarga yang bahagia begitu juga hubunganku dengan adik-beradik dan sanak saudara menjadi lebih erat dan akrab
76.       Membayar zakat kepada golongan fakir miskin
77.       Memberi bantuan pada badan-badan kebajikan yang memerlukan
78.       Mahu makan di mana-mana sahaja yang aku suka tanpa berkira tentang duit lagi
79.       Mahu membeli belah apa-apa sahaja barang yang aku suka tanpa berkira tentang duit lagi
80.       Nak beli dan beri hadiah yang paling istimewa/mahal setiap kali ulang tahun kelahiran suami
81.       Nak beli dan beri hadiah yang paling istimewa/mahal setiap kali ulang tahun kelahiran anak
82.       Nak beli dan beri hadiah yang paling istimewa/mahal setiap kali Hari Ibu & Hari Bapa
83.       Nak raikan ulang tahun perkahwinan di tempat-tempat yang romantik setiap tahun
84.       Nak lakukan sebanyak mungkin amal kebajikan agar pahala yang aku terima dihadiahkan buat mak dan arwah ayah
85.       Aku, suami dan anak sentiasa bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang diberiNya
86.       Aku mahukan kekayaan rezeki yang melimpah ruah
87.       Beli tanah dan wakafkan untuk kebajikan dan perkuburan islam
88.       Anak Nurulhana Humaira sihat berjaya dunia dan akhirat
89.       Mendalami ilmu agama dan tutup aurat yang sempurna
90.       Bagi semua adik-beradik dan saudara-mara cuba, rasa, nilai dan berkongsi khasiat dan keberkesanan produk kesihatan Shaklee
91.       Mampu taja saudara mara yang teringin pergi mengerjakan umrah
92.       Dapat beli baju yang cantik-cantik yang labuh dan menutup aurat dengan lebih banyak
93.       Mendapat ramai kawan-kawan yang sentiasa positif dan saling mengingatkan
94.       Menaja ‘Shopping Raya’ untuk anak-anak yatim setiap tahun
95.       Dapat bercuti dan stay di bilik Suite Hotel 5 bintang
96.       Beli kerusi urut berjenama Gintell
97.       Beli dan hadiahkan suami & adik2 motor idaman mereka
98.       Dapat menjejak kami semula melihat university dan rumah penginapan semasa belajar di UK
99.       Mati dalam Husnul Khatimah dan dapat mengucap Syahada
100.    Mohon dimatikan didalam Husnul Khatimah dan dalam keadaan tidur
101.    Kubur aku nanti di tepi jalan agar senang orang yang lalu lalang jalan itu dapat mendoakan aku semasa aku di alam barzah


101 Impian Norhafizah Nordin
Rabu, 09/07/2014, 2:00PM

  
Alhamdulillah, siap juga akhirnya 101 IMPIANKU, semoga dipermudahkan jalan oleh Yang Maha Kuasa.

Terima kasih pada yang sudi mendoakan, anda kaya berjaya dunia dan akhirat,semoga hajat anda juga dimakbulkan jua!!! Aminnnn