TAG

SHAKLEE...MAKING YOUR LIVE HEALTHY...HEALTHY YOU...HEALTHY HOME...HEALTHY PLANET... DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA

Monday 24 March 2014

Senarai Produk Kesihatan Shaklee

Klik gambar untuk perbesar


Kesemua produk yang ditawarkan adalah hasil kajian klinikal terbaik dari Shaklee. Produk-produk Shaklee adalah halal, terjamin keselamatan, diperbuat dari sumber semulajadi dan terbukti berkesan!

Untuk mendapatkan CADANGAN PRODUK Shaklee yang bersesuaian dengan bajet anda atau harga produk pada harga istimewa, boleh hubungi saya segera.



Mengapa Shaklee?


1.   Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis pewarna dan perisa

2.   Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga

3.   Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga

4.   Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten

5.   Shaklee mamatuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain

6.   Produk Shaklee terserlah diseluruh dunia dengan mambantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka

7.   Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA_Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM

DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA



Monday 17 March 2014

Testimonial Set Kesuburan kehamilan





Cadangan Set Kesuburan Kehamilan

Alhamdullilah, ada sahabat yang bertanya untuk mendapatkan Set Kesuburan Kehamilan. Jadi saya akan sarankan kepada anda set suami isteri ini. Ini adalah merupakan CADANGAN bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga yang tiada masalah kesihatan dan juga tiada masalah pada sistem peranakan. Dengan pemakanan yang berterusan dan teratur oleh suami isteri, dengan izin tuhan ada rezekinya. Kita hanya merancang dan berusaha hanya tuhan sahaja yang menentukannya.

Set Kesuburan Shaklee membantu anda meningkatkan kesuburan dalaman dan berikan nutrisi yang lengkap sebagai persediaan kehamilan. Jika anda mengamalkan gaya hidup sihat,  menjaga pemakanan dan kurang tekanan, Insyaallah semuanya akan berhasil dengan izin Allah SWT.

Vitamin Kesuburan Shaklee bukan sahaja meningkatkan kesuburan TETAPI juga: -
# memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, & pelekatan telur
# mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
# membantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di tiub Fallopio
# hasilkan servikal mukus yang berkualiti & subur
# menstabilkan hormon
# menguatkan rahim 
# menghasilan sperma yang sihat
# melancarkan aturan haid supaya lebih teratur
# membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam badan sebagai persediaan hamil
# mengecutkan CYST / FIBROID / ENDOMETRIOSIS 

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

330 tablet untuk 66 sajian = 2 bulan

Cara pengambilan: 5 biji selepas makan tengahari

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”.

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio dan ke telur (ovum).

Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses.

60 kapsul untuk 60 sajian = 2 bulan

Cara pengambilan: 1 biji selepas makan malam

Nota:
Untuk isteri yang period teratur setiap bulan, GLA Complex makan pada hari pertama period hingga hari ke-13 period sahaja. Hari ke-14 berhenti ambil GLA Complex dan tunggu hingga hamil/period seterusnya. Kalau masih period, mula ambil GLA Complex semula (hari 1-13 period sahaja)

Untuk isteri yang period tak teratur, ambil GLA Complex berterusan setiap hari sehingga period teratur (biasa 2-3 bulan lepas amalkan GLA Complex, period akan teratur)

Anda berminat ingin membeli secara terus Set Kesuburan Untuk Isteri diatas? Klik Online Order



Bagi kaum lelaki, Zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosterone yang bersesuaian serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

Selain itu, Zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.

120 tablet untuk 120 sajian = 4 bulan

Cara pengambilan: 1 biji sebelum bersarapan

Terkenal sebagai 'vitamin cinta'. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA), ianya amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

120 kapsul untuk 120 sajian = 4 bulan

Cara pengambilan: 1 biji sebelum tidur malam

Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Kesuburan Untuk Suami diatas? Klik Online Order



Saturday 15 March 2014

Testimonial Pengguna OmegaGuard





Shaklee OmegaGuard Membantu Perkembangan Otak/Minda Dan Tumbesaran Yang Sihat Anak-Anak

Anak merupakan anugerah dan amanah Allah yang tidak ternilai harganya.

Oleh itu sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas kita menjaga amanah tersebut dengan sebaiknya. Seimbang dari segenap aspek kehidupan seperti agama, duniawi serta aspek kesihatan.

Ibu bapa mana yang suka melihat anak selalu sakit - demam, selsema, selalu mengantuk di dalam kelas serta sering ditegur sebagai malas dan tidak tumpukan perhatian di dalam kelaskan?

Adakah anda pasti bahawa anak anda sememangnya bersikap malas atau sebenarnya anak anda kekurangan nutrisi khas untuk otak? Ya, otak juga memerlukan nutrisi untuk berkembang dengan baik dan menghubungkan sel-sel dengan baik.

Tubuh badan kanak-kanak juga memerlukan nutrisi lengkap untuk membantu mereka menjalani rutin harian. Kanak-kanak merupakan insan yang aktif bermain dan memerlukan tenaga yang banyak. Ingat, banyak yang mereka belajar dengan cara bermain bersama rakan-rakan dan kesemua ini memerlukan tenaga yang mencukupi.

Tahukah Anda?

Kajian menunjukkan 40% daripada pelajar yang mengambil Omega 3 menunjukkan peningkatan mendadak dalam pembelajaran, membaca, mengeja dan tingkahlaku.

Jadi ibu bapa di luar sana, buatlah pilihan yang bijak dengan memilih makanan tambahan yang terbaik dan semulajadi untuk anak-anak anda.

OmegaGuard merupakan minyak ikan yang terbaik di dunia, diekstrak dari ikan laut dalam dan merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi - EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi.

DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA menigkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain

OmegaGuard juga meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Ia juga membantu mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuklah kemurungan, Autism, dan kanak-kanak Hiperaktif.

90 kapsul untuk 90 sajian = 3 bulan

Cara pengambilan: 1 biji selepas makan malam

Anda berminat ingin membeli secara terus OmegaGuard Shaklee diatas? Klik Online Order



Thursday 13 March 2014

7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Supplement?

1.   Dalam sesetangah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan

2.   Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut

3.   Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak

4.   Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-uabtan, alcohol dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi, kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh

5.   Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan

6.   Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makan segera yang tinggi kandungan bahan kimia

7.   Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan


DAPATKAN PRODUK SHAKLEE PENERAJU PEMBUATAN VITAMIN & MAKANAN TAMBAHAN NO.1 DI DUNIA



Wednesday 12 March 2014

Cadangan Set Vitamin Untuk Pelajar

Menjadi seorang pelajar memang memerlukan kita untuk sentiasa bertenaga dan sihat bagi memastikan otak yang cergas. Bila otak dah cergas barulah boleh dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tak dinafikan dengan pola pemakanan zaman sekarang, pelajar memang memerlukan supplement tambahan yang baik untuk pertumbuhan otak yang cergas dan sihat.

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat sepertimana yang diamalkan oleh Nabi seperti kismis, kurma dan sebagainya,  saya syorkan juga kepada ibu bapa pelajar untuk memberi anak-anak anda produk Shaklee sebagai alternatif dan pilihan kedua. Ambil kedua-duanya sekali lagi bagus..

Insyaallah, dengan pengambilan vitamin yang konsisten akan membantu pelajar dan anak kita lebih  sihat tubuh badan sekaligus mencapai kecemerlangan akademik.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan besar terutamanya (SPM atau STPM), bekalkan anak anda dengan vitamin Shaklee yang memang telah terbukti keberkesanannya dari sekarang.


Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Vitamin Untuk Pelajar diatas? Klik Online Order



Monday 10 March 2014

Testimonial Pengguna Set Slimming




Testimonial Pengguna Set Diabetes

Mak Mah dari Simpang Renggam, Johor
Penglihatan kabur kini semakin cerah selepas mengamalkan produk 
Mr. R Jitendra, Kuala Lumpur kini pulih sepenuhnya



Sunday 9 March 2014

Cadangan Set Kurus

Saiz badan yang besar dalam erti kata lain gemuk memang merunsingkan ramai orang. Baik lelaki mahupun wanita. Ini antara masalah besar bagi semua orang. 

Ramai yang ingin turunkan berat badan tapi ada masalah bajetkan. Apa kata and cuba Cadangan Set Bajet Shaklee Kurus.

Set bajet ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal tanpa mengeluarkan modal yang tinggi dengan syarat anda perlu konsisten dalam pengambilannya, kawal pemakanan berlemak terutamanya, lakukan senaman jika mahu lihat lebih cepat kesannya dan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Alfalfa
Bertindak sebagai detoksifikasi. Agen untuk mengangkut lemak keluar dari badan sekaligus mengeluarkan toksik. Ia juga membantu perbaiki sistem metabolisma badan kita.

330 tablet untuk 33 sajian = 1 bulan

Cara pengambilan: 5 biji selepas bersarapan dan makan malam


Lecithin
Agen pemecahan lemak sekitar di bawah lapisan kulit. Membantu mencantikkan otot dan kulit. Ia juga bantu mengurangkan sembelit.

180 kapsul untuk 30 sajian = 1 bulan

Cara pengambilan: 2 biji selepas bersarapan, makan tengahari dan makan malam

PERINGATAN
Lecithin dan Alfafa tidak boleh diambil oleh wanita hamil


Anda berminat ingin membeli secara terus Cadangan Set Bajet Slimming diatas? Klik Online Order



Friday 7 March 2014

PROMOSI HEBAT

SUDAH TAMAT!!!

PROMOSI SEMPENA PELANCARAN BLOG DAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2014

Cara Pembayaran

Sila buat pembayaran samada secara Deposit Cash/On-line Banking di salah satu Akaun Maybank 1040-6702-6240 atau 5040-6727-8785 NORHAFIZAH NORDIN

Selepas pembayaran dibuat, berserta bukti atau slip pembayaran, anda boleh email terus ke fiza1974@yahoo.com dan/atau Call/SMS/WhatsApp 013-615 1984

Jangan lupa bagi maklumat berikut:-

Nama Penuh:

No. Telefon:

Alamat Penghantaran:

Jenis Produk Shaklee:

Jumlah Bayaran:


PERHATIAH

*PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH ANDA DI SELURUH MALAYSIA

**Proses pengeposan adalah melalui CITYLINK / GDEX (mengambil masa 3-4 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan 5-7 hari bagi Sabah & Sarawak)

***RM10 untuk kos penghantaran ke Semenanjung dan RM20 untuk kos penghantaran ke Sabah & Sarawak



Wednesday 5 March 2014

Mengenai Saya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia,

Saya sebenarnya tidak pernah bermimpi langsung pun untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan Shaklee ini TAPI kini secara tidak sengaja saya adalah pengedar berdaftar produk Shaklee (SID No. 1116367) setelah melihat keserasian dan keberkesanan produk Shaklee ini kepada kesihatan ibu dan suami.

Mari saya kongsikan dengan anda….

Ibu adalah seorang pesakit kategori minor stroke. Saya membeli dan memperkenalkan kepada ibu produk Shaklee OmegaGuard & OsteMatrix. Alhamdullilah setelah pengambilan berterusan, ibu berasa sangat bertenaga dan yang mengembirakannya apabila membuat pemeriksaan berkala di Klinik Kerajaan, keputusan paras gula & tekanan darah sangat baik. Sehingga doktor pun berasa satu pencapaian yang baik apabila dibandingkan keputusan sebelum dan selepas (tapi doktor tak tahu la yang ibu ada mengambil produk supplement nutrisi Shaklee ni)… Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, produk Shaklee kini membuat ibu lebih bertenaga untuk menjalani rutin kerja harian.

Suami pula kerap bersungut perut terasa senak @ terik dan dada juga kerap sakit. Saya membeli dan memperkenalkan pula kepada suami produk Shaklee Alfalfa Complex. Begitu juga dengan suami setelah pengambilan berterusan, tidak lagi merungut perut senak/terik dan dada juga tidak berasa sakit lagi.

Bermula dari sini, saya percaya pada kelebihan, kehebatan dan keberkesanan yang ada pada produk nutrisi Shaklee ini telah membuatkan saya nekad untuk menjadi pengedar aktif produk nutrisi Shaklee. Kini kami sekeluarga adalah pengguna tetap produk Shaklee.

Saya menjadikan blog ‘Kedai Vitamin Anda’ sebagai tempat perkongsian peribadi dan informasi atau pengalaman pengguna-pengguna Shaklee. Semoga ianya dapat membantu anda semua diluar sana.

Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kita semua pada hari ini dan hari-hari yang mendatang dan memberikan kesihatan berpanjangan kepada kita dan keluarga dengan pengambilan produk nutrisi supplement Shaklee.

Anda cuba dahulu Set Cadangan Bajet Shaklee dan anda rasai sendiri perubahan pada diri anda….SAYA BOLEH KATAKAN TERBAIK!!!




Tuesday 4 March 2014

Konsep Perniagaan

Lain orang lain konsep dan tujuan perniagaan mereka. Bagi saya secara ikhlas saya tidak melihat keuntungan yang berlipat ganda semata-mata, konsep yang saya bawa adalah “Anda bantu Saya, Saya bantu Anda”. Anda tentu fahamkan konsep yang simple ini.

Kenapa saya fikirkan konsep ini kerana tujuan saya hanya satu adalah untuk melihat anda semua menyayangi keluarga anda dengan memberikan mereka satu produk yang dijamin halal dan berkesan. Sepertimana saya menyayangi yang amat sangat keluarga saya, saya ingin mereka hidup dalam kehidupan yang sihat sepanjang masa dan tidak sesekali saya ingin mereka sakit..

“Duit senang dicari tetapi keluarga….??” ***saya tak sanggup untuk meneruskan lagi ayat ini. Kehilangan ayah masih saya terasa sehingga kini kerana lewat diperkenalkan dengan produk berkhasiat ini.

Jadi “Anda bantu Saya” dengan membeli produk ini untuk keluarga anda, “Saya bantu Anda” dengan menawarkan pada harga yang amat berpatutan.  

Cuba dahulu baru tahu khasiatnya!!!















Pengambilan Harian Vitamin

MAKLUMAT PENTING UNTUK ANDA

·       Elakkan pengambilan minuman berkafein. Jika teringin nak minum coffee/nescafe pastikan diberi jarak masa 4-5 jam sebelum mengambil Shaklee. Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran dan kerosakan pada khasiat Vitamin yang diambil

·       Pengambilan Vitamin bersama ubat. Bagi anda yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil Vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duanya secara serentak kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. Sekiranya anda mengambil vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin antara 2-3 jam

·       Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. Ini kebiasaan yang berlaku. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Anda harus faham, kesan supplement ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan. Ramai orang yang tidak penah mengambil supplement sebelum ini akan mengalami “Healing Crisis” selepas mengambil Supplement Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai  keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan supplement dan minum air masak sebanyak mungkin

·       Minum air masak sebanyak mungkin 1.5 liter hingga 3 liter sehari. Semakin banyak minum air masak, semakin cepat penyerapan Vitamin ke dalam badan kita. Air putih sangat penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan

·       Vitamin yang tidak boleh diambil secara serentak: -
a)   Vita-Lea dan Alfafa tidak boleh diambil serentak dengan Vitamin E, GLA, Ostematrix ataupun dairy produk yang lain
b)   Vita-Lea  tidak boleh diambil serentak dengan air susu/Kalsium. Ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea
c)   Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa kerana Alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan Vitamin E
d)   Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana boleh menyebabkan risiko keguguran di awal kehamilan
e)   Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan GLA Complex kerana ia boleh ganggu penyerapan nutrisi kedua-duanya

f)    Zink perlu diambil sebelum waktu makan. Ini kerana dalam proses pencernaan yang normal, Zink akan dimusnahkan, dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Pengambilan Zink selepas makan (terutamanya roti dan susu) akan menurunkan potensi zink sehingga 1mg untuk setiap 15mg zinc yang anda telan

Selamat menjalani kehidupan sihat dengan SHAKLEE